Baby Asyik Menangis Tak Tahu Kenapa Cuba Buat Benda Ni Dulu


Ada sebab kenapa bayi menanis. Bukan hanya kerana lapar, boleh jadi juga dia tak selesa dengan lampin yang basah ataupun perut kembung. Memandangkan bayi ni tak boleh bercakap, jadi mereka gunakan tangisan sebagai isyarat unuk menyampaikan sesuatu pesanan kepada mama papa. Namun kalau asyik menangis, buntu juga kita nak tahu apa masalahnya kan?
Artikel Menarik: [Nak Anak Makan, Mak Ayah Selalu Buat Salah Ni. Tak Elok!]
Sumber foto: www.freepik.com BUAT YANG INI DULU!
Sekiranya anda sudah biasa mengendalikan anak sendiri, anda akan tahu apa yang mereka mahukan apabila menangis. Sebagai langkah pertama sebelum anda memeriksa dengan lebih lanjut, anda boleh lakukan lima perkara ini dahulu:
Tukar lampin. Kemungkinan lampin basah menyebabkannya dia tidak selesa. Berinya susu atau makanan. Mungkin dia kelaparan atau haus. Periksa perut bayi jika dia alami kembung perut. Sapu minyak angin pada perutnya. Cuba tidurkan bayi. Dia mungkin mengamuk kerana mengantuk. Periksa pakaian yang dipakainya sama ada terlalu ketat atau tebal yang menyebabkannya tidak selesa. Tukar jika perlu. Jika bayi masih menangis selepas anda buat lima perkara ini, mungkin anda boleh meredakan tangisan si manja dengan beberapa cara yang lain. Usah risau, ia tidak susah dibuat dan biasanya berkesan untuk menenangkan mereka.
1.BAWA BAYI KE TEMPAT YANG TENANG
Bayi boleh menjadi lebih mudah dirangsang apabila berada di ruang yang tenang dari kebisingan dan suasana nyaman. Kadang kala dengan pencahayaan, bunyi dan persekitaran mudah untuk bayi bergerak akan bayi menjadi cerewet. Cuba alihkan bayi ke lokasi yang tenang dan tempat yang biasa dengannya untuk si manja berada dalam keadaan tenang. Pencahayaan bilik yang dimalapkan sedikit juga boleh meredakan tangisan mereka.
Sumber foto: www.freepik.com 2.BEDUNG BAYI
Kebanyakan bayi suka dirinya dibedung kerana ia membuatkan dirinya berasa selamat seperti di dalam rahim ibu. Apabila si manja di bedung, ia dapat membantu mengawal pergerakan (refleks Moro) bayi anda dan membantu si manja tidur nyenyak.
3.BUAIKAN
Perlahan-lahan buaikan bayi anda dalam gerakan berirama yang boleh membantu mengatasi masalah bayi yang cerewet. Gerakan berirama mengingatkan bayi anda berada di dalam rahim. Anda juga boleh dodoinya sambil berjalan atau meletakkan di pangkuan sambil anda duduk di kerusi goyang.
Membuaikan si manja dalam dukungan seperti ini boleh meredakan tangisannya.
Artikel Menarik: [Cari Donat, Jumpa Abie. Pertemuan Lepas 4 Tahun Berjauhan, Sedih!]
4.MENYANYI
Mengulangi bunyi seperti “Shhh, shhh, shhh” atau “ahhh, ahh” dalam corak irama pada nada yang sama boleh membantu menenangkan bayi anda. Tidak mengapa jika suara tidak merdu, asalkan bunyi suara anda adalah biasa dan selesa untuk bayi anda. Bagi Muslim, boleh mengalunkan zikir dalam nada yang sama untuk menenangkan si manja.
Sumber foto: www.freepik.com 5.UBAH KEDUDUKAN
Kadang-kala memegang bayi dengan cara berbeza boleh membantu memberikan keselesaan pada si manja yang cerewet. Jika bayi anda mempunyai masalah kolik atau kembung perut, anda boleh memegang bayi dengan kedudukannya menghadap anda. Posisi dukung cara ini memberi tekanan pada bahagian perut kecilnya yang boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan si manja.
Artikel Menarik: [Mahal Macam Mana Pun Botol Susu, Tetap Kena Tukar 3 Bulan Sekali]
6.MASA UNTUK SENDIRIAN
Jika anda masih tidak dapat menenangkan bayi anda yang cerewet ini, cuba letakkan si manja di tempat tidur bayi untuk beberapa minit. Kadang-kala seperti orang dewasa, bayi hanya mahu sendirian untuk dirinya berehat tanpa diganggu.
Jika anda telah mencuba pelbagai keperluan bayi anda dan mencuba panduan yang diberi ini, namun masih gagal menenangkan bayi, cuba dapatkan rawatan pakar kanak-kanak untuk mendapatkan nasihat serta melakukan pemeriksaan kesihatan bayi.
Info Mengenai Kembung Perut/Kolik Tangisan bayi selalunya akan lebih kerap di antara usia enam hingga lapan minggu dan akan berkurangan apabila bayi berusia tiga bulan. Jika bayi anda baru lahir sihat tetapi menghidapi kolik, akan membuatkan bayi anda menangis kerana tidak selesa.
Sumber foto: www.freepik.com Tangisan akibat kolik berbeza daripada tangisan yang normal kerana lebih kuat dan bernada lebih tinggi.Tangisan bayi yang kolik kedengaran seolah-olah dia dalam kesakitan atau berteriak. Bayi yang menangis kerana kolik lebih sukar ditenangkan dan tangisan mungkin akan berakhir selepas dia mengeluarkan angin atau membuang air besar.
Jangan susah hati okay mama papa, periksa betul-betul dan ambil tahu kenapa si manja anda menangis!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Baby Asyik Menangis, Tak Tahu Kenapa. Cuba Buat Benda Ni Dulu appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/baby-asyik-menangis-tak-tahu-kenapa-cuba-buat-benda-ni-dulu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kasihan Muka Merah Menangis Nak Meneran Urutan Ni Bantu Baby Sembelit

Kasihan Muka Merah Menangis Nak Meneran Urutan Ni Bantu Baby Sembelit

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 193 hits
Alahai tak sampai hati kalau tengok anak sembelit kan Muka merah merah waktu meneran Lepas tu menangis sebab rasa tak selesa Sembelit adalah antara masalah yang biasanya berlaku dalam kalangan bayi selain kembung perut Artikel Menarik Apabi...
5 Benda Ni Kena Elak Bila Tidurkan Bayi Kurangkan Risiko Sids

5 Benda Ni Kena Elak Bila Tidurkan Bayi Kurangkan Risiko Sids

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 130 hits
Sindrom Kematian mendadak bayi atau SIDS biasanya berlaku kepada bayi berusia 1 tahun ke bawah dan ia biasanya terjadi ketika si kecil mama sedang tidur Punca sebenar kejadian ini berlaku masih lagi belum diketahui namun mama dan papa boleh...
Wanita Ini Kongsi Cara Didik Anak Lelaki Yang Betul Jangan Beri 2 Benda Ini Selagi Belum 17 Tahun

Wanita Ini Kongsi Cara Didik Anak Lelaki Yang Betul Jangan Beri 2 Benda Ini Selagi Belum 17 Tahun

papar berkaitan - pada 30/1/2022 - jumlah : 425 hits
January 30 2022Anak lelaki itu tunjang keluarga Andai betul cara didikannya mereka akan membesar menjadi pemimpin yang hebat Jadi mak ayah perlu tahu bagaimana mahu memainkan peranan membentuk anak lelaki agar ciri kepimpinan dapat disuburk...
Kalau Ya Pun Kejar Rating Tak Payah Buat Benda Bang4ng Hattan

Kalau Ya Pun Kejar Rating Tak Payah Buat Benda Bang4ng Hattan

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 150 hits
Penyanyi lagenda Datuk Hattan menyelar keputusan stesen televisyen swasta yang bertindak menjadikan usahawan tular Ahmad Iqbal Zulkefli sebagai salah seorang peserta untuk sebuah program Menerusi hantaran di Instagram Hattan meluahkan ketid...
Tanah Ni Bau Bangk4i Ni Tanah Kvbur Kak Berderau Dar4h Peniaga Terkejut Jumpa Benda Ni Keliling Kedai Makan

Tanah Ni Bau Bangk4i Ni Tanah Kvbur Kak Berderau Dar4h Peniaga Terkejut Jumpa Benda Ni Keliling Kedai Makan

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 332 hits
AKIBAT perbuatan khianat restoran makanan Arab milik Leisha Sa adon dan suaminya sepi tanpa kehadiran pelanggan
Kena Istikharah Dulu Kata Rafizi Bila Diminta Aktif Politik Semula

Kena Istikharah Dulu Kata Rafizi Bila Diminta Aktif Politik Semula

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 312 hits
MALAYSIA DATELINEBekas Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berkata beliau akan membuat solat istikhrah terlebih dahulu setelah digesa sesetengah pihak supaya beliau aktif semula dalam politik Menjawab ciapan reformis Rafizi menjelaskan beliau...
Hiburan Kenapa Public Benda Yang Dah Diprivate Sakinah Jawab Teguran Pedas Pu Syed

Hiburan Kenapa Public Benda Yang Dah Diprivate Sakinah Jawab Teguran Pedas Pu Syed

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 170 hits
Pelakon yang juga fitness selebrity Sharifah Sakinah memberi respon terhadap teguran yang dibuat pendakwah bebas yang tampil bertindak menegur gaya hidupnya Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al Khaired dilih...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tiada Apa Yang Salah Atau Nak Dimalukan Ramlah Ram Tak Kisah Jika Digelar Penyanyi Tiktok

Berhasrat Tamatkan Zaman Duda Jofliam Akui Belum Ada Calon Sesuai Saya Tak Confess Mana Mana Wanita Lagi

Umno Tidak Mampu Bertahan Sendiri Zahid Hamidi Bertaruh Nasib Dengan Pakatan Harapa

Meriah Sambutan Program Csr Bersama The Good Samaritan Home Anjuran Hotel Concorde Shah Alam

Health Fair Farmasi Al Qanaah Taman Air Biru

Tips Trik Menarik Untuk Pengguna Iphone