Babi Positif Demam Babi
Lebih 3,700 ekor khinzir melibatkan tiga ladang ternakan komersial di negeri ini positif demam babi Afrika (ASF) sejak Mac lalu sehingga kini
Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri, Razman Zakaria berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 990 ekor dilupuskan sehingga 10 April lalu di dua buah daerah iaitu Batang Padang dan Hilir Perak.
“Penyakit ini menjangkiti sebuah ladang khinzir komersil di Daerah Hilir Perak pada 27 Mac lalu dan dua buah ladang khinzir komersil di Daerah Batang Padang pada 4 April lepas yang disahkan melalui ujian oleh Makmal Institut Penyelidikan Veterinar, Ipoh.
“Susulan dari penularan penyakit ini, Notis Kuarantin di bawah Seksyen 18(3) Akta Binatang 1953 (Semakan – 2006) (Akta 647) dikeluarkan kepada pemilik ladang-ladang khinzir yang disahkan positif untuk tidak memindahkan ternakan khinzir atau karkas keluar masuk ke ladang terjangkit, ” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri, Dr. Ahmad Shafri Hassan
Razman berkata, enam buah ladang khinzir yang berada dalam jarak lima kilometer radius dari ladang disahkan positif turut dikuarantin untuk pemeriksaan lanjut dan persampelan
Menurutnya, Perintah Kawasan Dijangkiti, Kawasan Kawalan dan Pembasmian Penyakit ASF Negeri Perak diwartakan pada 4 April lalu bagi memastikan kawalan serta penguatkuasaan lebih ketat dapat dijalankan
“Setiap pemilik ladang ternakan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 jika gagal melaporkan segera kepada JPV sekiranya jangkitan tersebut dikesan pada ternakan,” katanya. Ni
Sementara itu, Ahmad Shafri berkata, penularan jangkitan tersebut masih terkawal dan tidak menjejaskan bekalan daging babi di pasaran
“Tidak ada (terjejas) kerana bilangannya 3,000 lebih sahaja kalau keseluruhan kita ambil kira. Pada peratusan pengeluaran kita tidak sampai satu peratus, setakat ini, sebab setiap tahun kita mengeluarkan 56,000 metrik tan daging khinzir dengan nilai lebih kurang RM620 juta,” katanya
Dalam perkembangan sama, Ahmad Shafri tidak dapat mengesahkan dakwaan jangkitan penyakit ASF di sebuah ladang ternakan di Negeri Sembilan berpunca dari babi yang dibawa dari Perak.
Menurutnya, berdasarkan rekod tiada permintaan rasmi untuk membekalkan daging babi ke negeri tersebut.
– UTUSAN
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://bankami.blogspot.com/2022/04/babi-positif-demam-babi.html