Babi Dan Menjadi Umat Mulia


 

Punyalah benci, geli, loya, jijiknya umat Melayu terhadap babi, nak pandang pun tak nak. Apa lagi pegang dan sentuh. Makan memang taklah. Nauzubillah minzalik.
Malah ada yang sebut “babi” pun tak mau. “Khinzir” kata mereka bila merujuk kepada haiwan itu. Namun apabila marah “babi” digunakan untuk memaki. Yang kena maki, marah hingga tak terkata kerana dipanggil “babi”.
Masa saya kecil, di tadika (masa itu orang semua bangsa, tak kira Melayu atau bukan Melayu mengenalinya sebagai “kindergarten”) saya dan rakan-rakan kerap dengar bacaan cerita dongeng oleh cikgu mengenai “The Three Little Pigs”.
Saya tak pasti sama ada kanak-kanak tadika masa kini masih dihidangkan dengan cerita tiga anak babi itu yang rumah mereka dihembus oleh “the big bad wolf” – sang serigala yang besar dan jahat . Rasanya tidak kerana kebanyakan ibu bapa Melayu sekarang tidak mahu pembelajaran anak-anak mereka ada kaitan dengan babi. Geli dan meloyakan kata mereka gamaknya.
Porky Pig, watak animasi siri kartun Looney Tunes dan Merrie Melodies terbitan Warner Bros juga popular suatu masa dulu. Adakah Porky Pig masih popular?
Yang agak popular kini ialah Peppa Pig, siri animasi British untuk pembelajaran pra sekolah. Cucu saya sejak berusia dua tahun lagi suka si Peppa dan famili. Namun saya (dan keluarga) kerap dimarahi malah disekolahkan kenalan kerana membiarkan cucu “menggemari” sang babi. Saya tidak bercadang berpolemik mengenai itu di sini.
Kadangkala binatang yang bukan babi pun dilihat sebagai babi. Contoh apa yang terjadi pada Ramadan 2015. Ia membabitkan syarikat yang dikenali sebagai Servcorp dan wombat, sejenis mamalia .
Servcorp ialah syarikat Australia. Wombat pula mamalia yang hanya didapati di Australia. Oleh itu tidaklah pelik Servcorp menggunakan wombat sebagai maskotnya.
Sempena Aidilfitri yang menjelang tiba ketika itu, Servcorp memaparkan wombat berbaju Melayu dan songkok untuk iklannya mengucapkan Selamat Hari Raya.
Imej wombat berbaju Melayu dan bersongkok dipaparkan menerusi papan elektronik yang ditempatkan di Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur .
Wombat sebenarnya “mirip” beruang koala. Akan tetapi ada orang Melayu yang melihat mamalia itu sebagai babi. Lalu wombat dituduh babi. Lantas menimbulkan kemarahan kerana si babi memakai baju Melayu dan songkok untuk menyambut Hari Raya.
Untuk memendekkan cerita yang panjang, kemarahan itu mengakibatkan iklan berkenaan ditarik balik (walaupun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berkata tindakan itu berkaitan isu perlesenan, bukan kerana kemarahan orang Melayu) dan Servcorp memohon maaf kepada mereka yang tersinggung.
Menurut laporan, imej wombat pernah digunakan oleh Servcorp di Arab Saudi tanpa masalah, tanpa menimbulkan kemarahan mana-mana pihak. Dalam erti kata lain, umat Islam di Arab Saudi apabila mereka tengok atau lihat wombat mereka nampak wombat. Bukan nampak babi. Tidak perlulah dipertikaikan siapa betul, siapa salah. Siapa keterlaluan siapa sebaliknya.
Babi memang haram menurut Islam. Oleh itu umat Islam menjauhi binatang itu. Memang wajar, tepat, dan betul tindakan itu. Pun begitu tahap benci, jijik, loya, geli terhadap babi agak melebihi umat Islam lain.
Saya pernah menulis sebegini dengan jalan cerita sama enam tahun lalu untuk portal berita The Malaysian Insider. Portal itu sudah tiada (digantikan dengan The Malaysian Insight).
Saya menulis semula kisah ini bukan kerana tidak punya modal untuk mengisi kolum ini. Cuba ingin dinyatakan sejak kisah babi ini mula-mula ditulis pada 2015, gelaja rasuah berterusan diperkatakan. Maksudnya gejala rasuah tidak pernah terhapus, dan kerap membabitkan orang Melayu beragama Islam.
Apa kaitan babi, rasuah, dan orang Melayu? Yang mendorong saya tulis apa yang saya tulis ini begini:
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kegiatan kartel daging seludup. Semua sudah maklum isu ini, maka tidak perlu dihuraikan pada artikel ini. Dipercayai rasuah berlaku dan ada orang Melayu Islam terbabit. Waullahualam.
Beberapa hari lalu diberitakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan dua pegawai Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia Johor kerana disyaki terbabit dalam kegiatan rasuah berhubung aktiviti penyeludupan bahan mentah sejuk beku dari negara yang dilarang untuk dibawa masuk ke Malaysia.
Tidaklah saya tahu sama ada yang disyaki itu orang Islam atau orang bukan Islam. Sekali lagi waullahualam.
Cuma saya ulangi apa yang saya tulis lima tahun lalu, yakni secara am saya menyatakan, kalau rasuah, pecah amanah (dan juga zina, arak, dan judi) dibenci, loya, geli, jijik seperti benci, loya, geli, jijik terhadap babi, umat Melayu akan menjadi umat paling mulia di muka bumi ini. In sha Allah. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/01/babi-dan-menjadi-umat-mulia.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+Know+th

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menjadi Usahawan

Menjadi Usahawan

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 272 hits
Menjadi Usahawan Kita perlu belajar menjadi PROBLEM SOLVER orang yang membantu menyelesaikan masalah Kita perlu belajar bagaimana menyusun sistem untuk menyelesaikan masalah Kita perlu belajar menjadi orang yang mencapai impian hidup Kita p...
Guru Sebak Di Bengkel Tak Sangka Pelajar Contoh Dan Menjadi Ada Di Depan Matanya Gaji Pertama Habis Untuk Motor Lama

Guru Sebak Di Bengkel Tak Sangka Pelajar Contoh Dan Menjadi Ada Di Depan Matanya Gaji Pertama Habis Untuk Motor Lama

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 673 hits
Ahad 03 Januari 2021 10 00 AMOleh IWAN SHU ASWAD SHUAIB fedSeorang guru berkongsi kisah pertemuannya dengan seorang remaja yang menghantar motosikal ibunya untuk dibaiki Gambar hiasan foto baikmotor comSEJAK kebelakangan ini banyak kisah me...
Video Ini Bakal Menjadi Memori Untuk Tatapan Semua Frontliners

Video Ini Bakal Menjadi Memori Untuk Tatapan Semua Frontliners

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 197 hits
loading KUALA LUMPUR Sebuah video berdurasi empat minit mula menjadi perbualan selepas ia dikongsi sendiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
Diy Tutorial Dari Botol Kaca Terpakai Menjadi Hiasan Menarik

Diy Tutorial Dari Botol Kaca Terpakai Menjadi Hiasan Menarik

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 349 hits
DIY DARI BOTOL KACA BOTOL KACA TERPAKAI SAMPAH YANG CANTIK Sebenarnya kan UA memang pengumpul botol kaca dan segala macam sampah hehe Entah kenapa sayang nak buang segala benda sebab nampak semua benda ini boleh digunakan lagi dan terbayang...
Kriteria Langkah Pertama Sebelum Menjadi Seorang Penulis Buku Kanak Kanak

Kriteria Langkah Pertama Sebelum Menjadi Seorang Penulis Buku Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 253 hits
Kriteria Langkah pertama sebelum menjadi seorang penulis buku kanak kanak Lama dah UA nak share tentang kriteria dan langkah pertama yang perlu di ambil untuk menjadi seorang penulis buku kanak kanak tapi mood tak sampai sampai Jadi harini ...
Bitcoin Mencecah Tahap 34 000 Mengubah Teori Menjadi Satu Kenyataan

Bitcoin Mencecah Tahap 34 000 Mengubah Teori Menjadi Satu Kenyataan

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 224 hits
Pasaran kripto dipenuhi dengan ramalan mengenai pertumbuhan pesat aset digital utama sebelum 2020 berakhir Pada awal 2021 penyokong teori ini berjaya Bitcoin berjaya menembusi tahap 34 000 untuk pertama kalinya Rekod baru dicatatkan pada le...
Sudah Disahkan Pt Surveyor Indonesia Resmi Menjadi Lembaga Pemeriksa Halal

Sudah Disahkan Pt Surveyor Indonesia Resmi Menjadi Lembaga Pemeriksa Halal

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 289 hits
PT Surveyor Indonesia resmi mengemban tugas sebagai Lembaga Pemeriksa Halal melalui Surat Keputusan Nomor 155 Tahun 2020 yang diterbitkan oleh Kepala Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal pada tanggal 28 Desember 2020 Surat Keputusan itu...
Edkpop Menawarkan Latihan Profesional Menjadi Artis Kpop Secara Atas Talian

Edkpop Menawarkan Latihan Profesional Menjadi Artis Kpop Secara Atas Talian

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 199 hits
Kpop ialah genre muzik paling hangat sekarang Walaupun berasal dari Korea Selatan gelombang kpop boleh dirasai di Malaysia dan juga negara barat yang selama ini tidak terbuka kepada muzik dari Timur Dengan kepopularannya tidak mengejutkan a...
Elon Musk Hampir Mengatasi Jeff Bezos Untuk Menjadi Manusia Terkaya Di Dunia

Elon Musk Hampir Mengatasi Jeff Bezos Untuk Menjadi Manusia Terkaya Di Dunia

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 240 hits
Elon Musk pengasas disebalik syarikat kereta elektrik Tesla dan juga SpaceX yang memfokuskan eksplorasi angkasa kini dilihat semakin menghampiri takhta manusia terkaya di dunia Melalui peningkatan saham semalam ia memperlihatkan peningkatan...
Kerjasama Malaysia Jepun Bangunkan Semula Gaza Dapat Pujian Rakyat

Headed To New Orleans For The Super Bowl Or Mardi Gras Here S The Safety Info You Need

Turn Your Startup Dream To Reality

Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Makan Malam Chicken Chop Viral Klang

Bahaya Vitamin Dan Suplemen Tanpa Nasihat Pakar

Cara Menghidupkan Kembali Percikan Cinta Dalam Hubungan

Bagaimana Orang Berjaya Menguruskan Masa Mereka Dengan Bijak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice


Bendang

Aktiviti Joging Bertukar Tragedi Wanita Maut Dirempuh Kereta

Utamakan Isu Negara Sebelum Bangunkan Semula Gaza Rafidah

Resepi Ikan Siakap Hong Shau Kredit Soyabelacan

Minta Semua Sedekahkan Al Fatihah Abang Tajul Meninggal Dunia

Tiga Cedera Selepas Kenderaan Melanggar Sekumpulan Lelaki