Babah Sinopsis Penuh Senarai Pelakon Trailer Filem


Filem Babah dalah sebuah karya yang penuh dengan emosi, menonjolkan kisah kekeluargaan, kasih sayang, dan pengorbanan seorang bapa.
Filem ini telah berjaya menyentuh hati penonton dengan naratif yang mendalam dan visual yang memukau.
Untuk artikel kali ini, kami ingin kongsikan kepada anda serba sedikit info mengenai filem Babah yang sedang trending ketika ini.
Baca juga:
Benci Jadi Cinta : Sinopsis, Senarai Pelakon & Sedutan Episod Drama Lara Kasih : Sinopsis, Senarai Pelakon & Sedutan Episod Rahsiamu Selamat Denganku – Sinopsis Drama, Pelakon & Episod Sinopsis Filem Babah Babah adalah sebuah filem yang menyentuh emosi, membawa penonton mendalami kisah kekeluargaan, kasih sayang, dan pengorbanan seorang bapa dalam membesarkan anak-anaknya.
Kisah ini bermula dengan Isyak, seorang baoa tunggal yang membesarkan Maya dengan penuh kasih sayang dan dedikasi. Maya, yang menganggap ayahnya sebagai pelindung dan sumber inspirasi, menghadapi cabaran besar apabila disahkan menghidap Sindrom Guillain-Barré, sebuah gangguan autoimun yang menyerang sistem saraf dan boleh menyebabkan kelumpuhan.
Dalam menghadapi penyakit ini, Maya bergantung sepenuhnya kepada Isyak, yang tanpa mengenal lelah memberikan sokongan fizikal dan emosi kepada anaknya. Perjalanan mereka dipenuhi dengan ujian dan dugaan, termasuk kehilangan pekerjaan dan masalah pendengaran yang dialami oleh Isyak.
Namun, ikatan kekeluargaan yang kuat dan kasih sayang sejati antara ayah dan anak ini menjadi sumber kekuatan untuk mereka meneruskan hidup.
Dengan latar masa yang merangkumi era 1990-an hingga 2020-an, “Babah” membawa penonton menyelami perjalanan emosi yang mendalam, memperlihatkan pengorbanan tanpa batas seorang ayah dan ketabahan seorang anak dalam menghadapi cabaran hidup.
Senarai Pelakon Filem Babah diarahkan oleh Mohd Shah Faizul Ibrahim, penulis skrip oleh Wan Rafiq Fadzly, hasil syarikat produksi Nads Media Entertainment Sdn Bhd.
Filem ini diterajui oleh barisan pelakon popular tanah air seperti berikut:
PELAKON UTAMA:
Qi Razali sebagai Isyak Sweet Qismina sebagai Maya Cristina Suzanne sebagai Hayati Adam Lee sebagai Ikmal Kis Aisha sebagai Maya (7 tahun) PELAKON TAMBAHAN:
Hazama Jesse Lim Cupcake Aisyah Melanie Tan Afiq Hamidon Arieff Yong Natasha Hudson Noh Salleh (kameo) Lagu Tema & Lirik Penuh Lagu ini merupakan runut bunyi asal untuk filem “Babah” dan menceritakan pengalaman peribadi Noh Salleh mengenai kehilangan ahli keluarga yang bakal lahir.
Lirik seperti “Ku rela kau dipanggil kembali” mencerminkan renungan Noh tentang bagaimana hidup penuh dengan pelbagai kejutan yang perlu kita hadapi dan terima sebagai takdir Tuhan.
Untuk menikmati lagu ini, anda boleh menonton video lirik rasmi di YouTube:
Kredit: Youtube Noh Salleh LIRIK LAGU
Hanya nafas didengari aku
Puas resah melengkapi lagu
Rumah tempat berteduh
Hingga usia rapuh
Hanya kau dan aku
Kurela kau dipanggil kembali
Walaupun sakitnya hampir mati
Menyentuh bara api
Hampir jadi benci
Ku rela kau dipanggil kembali
Ini rahsia Tuhan
Tertulis masa depan
Bisa kita mengulit masa indah
Bila aku mencurigai
Apa yang tertulis buatku
Kian berat bila tiba siang
Kurela kau dipanggil kembali
Walaupun sakitnya hampir mati
Menyentuh bara api
Hampir jadi benci
Ku rela kau dipanggil kembali
Ini rahsia Tuhan
Tertulis masa depan
Bisa kita mengulit masa indah
Bila aku mencurigai
Apa yang tertulis buatku
Kian berat bila tiba siang
Bisa kita mengulit masa indah
Bila aku mencurigai
Apa yang tertulis buatku
Kian berat bila tiba siang
Kredit: Youtube Panji Sakti Tarikh Tayangan Filem Babah mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 5 Disember 2024.
Trailer Filem Babah Kredit: Youtube NME Films





Kutipan Filem Babah Dalam masa 5 hari tayangan, filem Babah berjaya mencatat kutipan box office sebanyak RM2 juta!
Kepada anda yang belum lagi menonton filem Babah ini, jangan lepaskan peluang hujung minggu anda untuk saksikannya di tayangan pawagam seluruh negara berdekatan anda.
MBO Cinemas : https://mbocinemas.com/browsing/ Golden Screen Cinemas : https://www.gsc.com.my/movies TGV Cinemas : https://www.tgv.com.my Kredit: IG @babahfilm Pengajaran Filem 1. Kasih Sayang Tanpa Syarat Seorang Bapa
Filem Babah menonjolkan pengorbanan seorang ayah yang sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagiaan dan kesejahteraan anaknya. Ia mengajar kita tentang cinta tanpa syarat dan tanggungjawab yang besar dalam peranan sebagai ibu bapa.
2. Ketabahan Menghadapi Ujian Hidup
Babah dan Maya menghadapi pelbagai dugaan hidup, termasuk masalah kesihatan dan kesusahan kewangan. Filem ini mengajar kita tentang pentingnya ketabahan dan kekuatan mental untuk menghadapi cabaran hidup dengan penuh kesabaran.
3. Kekuatan Ikatan Kekeluargaan
Ikatan keluarga yang erat antara Babah dan Maya menjadi sumber kekuatan dalam menghadapi kesukaran. Ini mengingatkan kita betapa pentingnya nilai kekeluargaan dalam kehidupan, terutama dalam saat-saat sukar.
4. Keikhlasan dalam Memberi
Babah memberi dengan penuh ikhlas tanpa mengharapkan balasan. Ini memberi pengajaran bahawa memberi dari hati, terutama kepada keluarga, adalah suatu tindakan mulia yang membawa kebahagiaan.
5. Kemaafan dan Kesedaran Diri
Konflik antara Babah dan anaknya mengajar tentang pentingnya memaafkan dan berdamai dengan masa lalu. Kemaafan adalah langkah penting untuk menyembuhkan luka emosi dan membina semula hubungan.
6. Menghargai Kehidupan dan Takdir Tuhan
Filem ini mengingatkan kita untuk menghargai setiap detik kehidupan dan menerima apa sahaja yang ditentukan oleh Tuhan. Ujian yang dihadapi adalah sebahagian daripada perjalanan hidup yang perlu ditempuhi dengan reda.
7. Kepentingan Kesihatan dan Sokongan Emosi
Dengan penyakit yang dihadapi Maya, filem ini menonjolkan betapa pentingnya sokongan emosi daripada keluarga dalam proses pemulihan. Ia mengajar kita untuk sentiasa ada bagi orang tersayang, terutama ketika mereka memerlukan.
Filem Babah bukan sahaja memberikan hiburan tetapi juga menyentuh jiwa, menyampaikan mesej mendalam tentang cinta, pengorbanan, dan ketabahan dalam kehidupan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/babah/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=babah

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Festival Filem Malaysia Ke 33 Senarai Penuh Pemenang

Festival Filem Malaysia Ke 33 Senarai Penuh Pemenang

papar berkaitan - pada 9/12/2024 - jumlah : 152 hits
SEKALUNG TAHNIAH KAMI UCAPKAN KEPADA SEMUA PEMENANG FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE 33 Festival Filem Malaysia ke 33 yang berlangsung pada 7 Disember 2024 telah menyaksikan filem Imaginur dinobatkan sebagai Filem Terbaik Filem arahan Nik Amir Mu...
Azira Shafinas Amp Fabian Loo Lakar Sejarah Rangkul Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Festival Filem Asia Pasifik

Azira Shafinas Amp Fabian Loo Lakar Sejarah Rangkul Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Festival Filem Asia Pasifik

papar berkaitan - pada 2/12/2024 - jumlah : 228 hits
contact form Dua pelakon kelahiran Malaysia Azira Shafinaz dan Fabian Loo telah melakar sejarah apabila apabila dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita serta Lelaki Terbaik menerusi filem Indera pada Festival Filem Asia Pasifik Kuala Lum...
Pelakon Baru Yang Menyerlah Nabila Huda Puji Semua Yang Terlibat Dalam Filem Kahar Kapla High Council

Pelakon Baru Yang Menyerlah Nabila Huda Puji Semua Yang Terlibat Dalam Filem Kahar Kapla High Council

papar berkaitan - pada 9/12/2024 - jumlah : 164 hits
Sekarang ini sedang menjadi tranding untuk filem Kahar Kapla High Council Kejayaan filem Kahar Kapla High Council meraih kutipan RM5 5 juta sejak tayangan rasmi pada 28 November lalu menunjukkan sambutan luar biasa penonton terhadap karya t...
Dikecualikan Dalam Senarai Pelakon Ramai Persoal Sebab Wajah T O P Tiada Dalam Poster Rasmi Squid Game 2

Dikecualikan Dalam Senarai Pelakon Ramai Persoal Sebab Wajah T O P Tiada Dalam Poster Rasmi Squid Game 2

papar berkaitan - pada 3/12/2024 - jumlah : 113 hits
Selain menerima respon negatif dari segelintir netizen wajah T O P disunting keluar pula dari poster Squid Game 2 Artikel Berkaitan Susulan tayangannya pada 26 Disember nanti Netflix telah mengeluarkan poster rasmi untuk Squid Game 2 menamb...
Keluang Man Sinopsis Barisan Pelakon Keluang Man Cinematic Universe

Keluang Man Sinopsis Barisan Pelakon Keluang Man Cinematic Universe

papar berkaitan - pada 19/12/2024 - jumlah : 480 hits
Generasi muda masa kini mungkin kurang mengenali watak Keluang Man yang pernah popular di kaca televisyen satu ketika dahulu dan menariknya watak adiwira ini akan membuat kemunculan semula pada tahun 2025 melalui sebuah filem yang diberi na...
Pelakon Pembantu Terbaik Tanda Aras Baharu Dalam Kerjaya Elizabeth Tan Dan Jack Tan

Pelakon Pembantu Terbaik Tanda Aras Baharu Dalam Kerjaya Elizabeth Tan Dan Jack Tan

papar berkaitan - pada 8/12/2024 - jumlah : 145 hits
KUALA LUMPUR Menepati ramalan pelakon Elizabeth Tan dan Jack Tan telah berjaya memenangi kategori Pelakon Pembantu Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 33 malam tadi Tidak mengjangkakan pengiktirafan tersebut Elizabeth Tan yang juga merupa...
Susan Lankaster Dinobatkan Kategori Pelakon Wanita Terbaik Ffm 33

Susan Lankaster Dinobatkan Kategori Pelakon Wanita Terbaik Ffm 33

papar berkaitan - pada 8/12/2024 - jumlah : 117 hits
Susan Lankaster mengungguli kategori Pelakon Wanita Terbaik FFM 33 FOTO NSTP KUALA LUMPUR Selepas meraih trofi Pelakon Wanita Terbaik pada Asian Academmy Creative Awards 2024 di Singapura baru baru ini pelakon Susan Lankaster mengungguli ka...
Tak Membantu Bae Doona Beri Nasihat Buat Pelakon Junior Akui Lebih Baik Bercinta Secara Rahsia

Tak Membantu Bae Doona Beri Nasihat Buat Pelakon Junior Akui Lebih Baik Bercinta Secara Rahsia

papar berkaitan - pada 17/12/2024 - jumlah : 181 hits
Sudah lebih 20 tahun dalam industri Bae Doo na pastinya sudah mempunyai pelbagai pengalaman dalam bidang ini Artikel Berkaitan Terbaru Bae Doo na dan Lee Su hyun telah tampil sebagai tetamu dalam saluran YouTube Zzan Bro yang diacarakan ole...
Baru 25 Tahun Pelakon Marc Syahmie Tak Sangka Hidap Kanser Testis Tahap Dua

Baru 25 Tahun Pelakon Marc Syahmie Tak Sangka Hidap Kanser Testis Tahap Dua

papar berkaitan - pada 14/12/2024 - jumlah : 193 hits
Pelakon Marc Syahmie tak sangka hidap kanser testis tahap dua selepas didignos pada 20 Oktober lalu Menerusi perkongsian pelakon baharu berusia 25 tahun itu dirinya sama sekali tidak menyangka sakit tulang belakang dan bengkak testis yang d...
Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Startups Vs Established Industries

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Apa Itu Konjac Adakah Konjac Membantu Proses Pembakaran Lemak Bagi Menurunkan Berat Badan

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Nasi Lemak Lobster Jb

Snowy Trails Cozy Inns Skiing Town To Town In Quebec


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Asian K Pop Stars As A Platform For Uniting New Talents Across Asia

Advertorial Rahsia Pengiklanan Yang Menjana Jualan Tahun Demi Tahun

Minuman Belgian Chocolate Choco Albab Rasa Kaya Khasiat Mantap

Lirik Lagu Penantian Lah Ahmad

Lirik Lagu Suci Sekeping Hati 2025 Saujana Wany Hasrita Dan Amin Idris

Beli Mata Wang Kripto Di Luno