Azmin Wajib Saman Wan Saiful Dan Semua Yang Pernah Mengaitkannya Dengan Video Sandakan






2 October 2025


Sebagai respon terhadap dakwaan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan terhadap dirinya, Azmin Ali semalam menafikan kaitan dirinya dalam “video Sandakan”.


Setiausaha Agung Bersatu itu menafikan tuduhan Wan Saiful Wan berhubung sebuah video pada yang tular sejak 2019 yang mengaitkan beliau dengan aktiviti homoseksual.


Azmin berkata, dakwaan Wan Saiful dalam satu sidang media baru-baru ini menunjukkan Ahli MPT Bersatu itu gagal mengeluarkan kenyataan bersandarkan pada ilmu dan fakta.


“Ia juga mencerminkan beliau mengamalkan budaya fitnah yang boleh membawa kepada perpecahan parti.


“Mereka hidup dengan fitnah. Kita bersandarkan ilmu dan fakta. Tenang melangkah maju.


“Perjuangan pasti ada cabaran. Ikhlas dan jujur berkhidmat walau di mana sekali pun,” tegas Azmin sebagaimana dilaporkan sebuah portal berita.


Berita penuhnya di sini – https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/10/01/mereka-hidup-dengan-fitnah-kata-azmin-berkait-dakwaan-wan-saiful


Wan Saiful dalam sidang media baru-baru ini mendakwa beliau menerima ‘maklumat baharu’ yang menunjukkan “video Sandakan” itu adalah tulen dan itulah  yang mengubah sokongannya terhadap Azmi , walaupun sebelum ini beliau antara sekutu rapat bekas Menteri Besar Selangor itu.


Dalam perkembangan berkaitan, Wan Saiful juga dilaporkan telah menghantar soalan kepada Menteri Dalam Negeri berkaitan siasatan pihak berkuasa terhadap “video Sandakan” pada sesi Parlimen yang akan bermula 6 Oktober ini.


“Kita tengok apa jawapan Menteri Dalam Negeri nanti,” ujarnya.


Berkaitan hal ini, penafian semata-mata adalah tidak memadai bagi Azmin.


Lebih baik beliau memfailkan tindakan saman terhadap Wan Saiful berhubung tuduhan tersebut.


Lagi pun, kebelakangan ini ramai pemimpin telah menang saman fitnah terhadap pihak yang didapati membuat dakwaan tidak berasas dan berunsur fitnah.


Mereka seterusnya beroleh ganti rugi yang besar hasil kemenangan saman itu.


Jika Azmin yakin tuduhan Wan Saiful terhadapnya adalah fitnah, bermakna peluangnya untuk menang dan memperolehi ganti rugi juga adalah besar.


Diharapkan Azmin jangan berlengah lagi berurusan dengan peguam untuk memulakan proses tersebut.


Seperkara lagi, berikutan dakwaan yang dibuat Wan Saiful itu, di media sosial juga sehari dua ini didapati tular kembali video pengakuan seorang pemuda bernama Haziq yang mengaku beliau adalah lelaki dalam “video Sandakan” itu.


Logiknya, jika dakwaan Wan Saiful itu dianggapnya sebagai fitnah, bermakna pengakuan Haziq juga adalah fitnah.


Maka itu, Azmin wajar – bahkan wajib – menyaman sama Haziq berikutan dakwaannya itu.


Bahkan sesiapa yang pernah terbabit  membuat dakwaan yang sama terhadapnya, Azmin turut wajib menyaman mereka.


Sebagai pemimpin masa depan yang namanya disebut-sebut sebagai antara bakal Perdana Menteri suatu hari  nanti, Azmin harus menamatkan episod ini secara “once and for all”.


Saman semua mereka dan kambus terus isu ini buat selama-lamanya. – ShahbudinHusin 02 Okt2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/10/azmin-wajib-saman-wan-saiful-dan-semua-yang-pernah-mengaitkannya-dengan-video-sandakan/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/10/azmin-wajib-saman-wan-saiful-dan-semua.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wan Saiful Takes Aim At Azmin Revives Spectre Of Sandakan Video

Wan Saiful Takes Aim At Azmin Revives Spectre Of Sandakan Video

papar berkaitan - pada 30/9/2025 - jumlah : 529 hits
Bersatu supreme council member Wan Saiful Wan Jan today raised alleged misconduct by party colleagues Azmin Ali and Tun Faisal Ismail Aziz including physical threats and cyber warfare Previously summoned to face a disciplinary board hearing...
Azmin Ali Tak Layak Jadi Pemimpin Bersatu Kata Wan Saiful Berhubung Video Melampau

Azmin Ali Tak Layak Jadi Pemimpin Bersatu Kata Wan Saiful Berhubung Video Melampau

papar berkaitan - pada 30/9/2025 - jumlah : 672 hits
Elill EaswaranAhli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Wan Saiful Wan Jan berkata skandal moral tidak boleh ditoleransi dalam parti merujuk kepada klip video tular yang muncul pada 2019 Pada 2019 Azmin Ali berkata penyebaran klip video tular ...
Azmin Ugut Ketua Bahagian Isu Sd Wan Saiful

Azmin Ugut Ketua Bahagian Isu Sd Wan Saiful

papar berkaitan - pada 30/9/2025 - jumlah : 452 hits
Essa Abu Yaminessabuyamin bh comKuala Lumpur Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU Datuk Wan Saiful Wan Jan mendedahkan Setiausaha Agung BERSATU Datuk Seri Azmin Ali mengugut beberapa Ketua Bahagian berhubung isu Akuan Bersumpah Menurut Wa...
Wan Saiful Kritik Azmin Pas Tak Masuk Campur Isu Dalaman Bersatu

Wan Saiful Kritik Azmin Pas Tak Masuk Campur Isu Dalaman Bersatu

papar berkaitan - pada 30/9/2025 - jumlah : 434 hits
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata setiap parti mempunyai mekanisme untuk selesai isu dalamannya Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Wan Saiful Wan Jan mendakwa Setiausaha Agung Azmin Ali tidak layak menjadi pemimpin par...
Wan Saiful Misled Division Heads Says Selangor Bersatu Leader

Wan Saiful Misled Division Heads Says Selangor Bersatu Leader

papar berkaitan - pada 1/10/2025 - jumlah : 249 hits
Wan Saiful misled division heads says Selangor Bersatu leader Selangor Bersatu deputy chief Rafiq Abdullah said Supreme Council member Wan Saiful Wan Jan crossed the line by tarnishing the image of a party leader without solid evidence PETA...
Wan Saiful Didakwa Perangkap Beberapa Ketua Bahagian

Wan Saiful Didakwa Perangkap Beberapa Ketua Bahagian

papar berkaitan - pada 1/10/2025 - jumlah : 248 hits
Anne MuhammadPemimpin Bersatu Rafiq Abdullah dakwa ketua bahagian diberitahu sidang media hanya berkait SD bukan kritik Azmin Ali Timbalan Ketua Bersatu Selangor Mohd Rafiq Mohd Abdullah persoal dakwaan Wan Saiful Wan Jan berhubung kandunga...
Bersatu Terus Berantakan Wan Saiful Dianggap Beri Peluru Kepada Pihak Lawan

Bersatu Terus Berantakan Wan Saiful Dianggap Beri Peluru Kepada Pihak Lawan

papar berkaitan - pada 30/9/2025 - jumlah : 338 hits
HarapandailyBersatu dilihat terus berantakan susulan pendedahan panas Ahli Majlis Pimpinan Tertingginya Datuk Wan Saiful Wan Jan yang mendakwa siasatan forensik terhadap video tular membabitkan Datuk Seri Azmin Ali pada 2019 sebagai tulen K...
Dinda Sons Port Dickson Best Cafe For Authentic Malaysian Food Local S Pick

Modi To Attend Asean Summit Virtually

Kenaikan Harga Emas 2025 Patut Tunggu Turun Atau Mula Simpan Sekarang

Saya Minta Ditukarkan Kepada Pembiayaan Peribadi Islamic Bank Kenapa

Kalau Macam Tu Betul La Sanusi Mb Kedah Fitnah Anwar

Minister Fahmi Thanks 123 Companies For Pouring Rm22m Into 2025 National Day Celebrations

James Chin Kepong Mp Challenge Pas To Start Its Own All Halal Sans Alcohol Pas Airline

Bukan Setakat Alkohol Kru Penerbangan Juga Patut Diberi Pilihan Tutup Aurat Zainul Rijal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Komando Serang Masjid Rusila

Cara Perbaharui Sijil Beranak Tulisan Tangan

Rizab Antarabangsa Malaysia Tetap Kukuh Pada Usd12 Bilion Menunjukkan Kestabilan Ekonomi Negara

4 Fon Kepala Wayarles Anc Bunyi Sedap Harga Bawah Rm500

Makluman Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 23 Oktober Hingga 29 Oktober 2025

Kedah Lelaki Bangladesh Mati Dijerut 6 Termasuk Suspek Ditahan