Azmin Vs Saifuddin Sindiran Hari Terakhir Kongres Pkr 2018


Hari terakhir Kongres Nasional PKR 2018 hari ini menyaksikan aksi berbalas sindir-menyindir di antara pucuk pimpinan parti itu.

Meskipun sindiran tersebut dibuat dalam nada jenaka tetapi maksud yang cuba disampaikan dilihat cukup dalam sehingga menarik perhatian para perwakilan.

Ia bermula apabila Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau tidak menyangka pendapatannya yang diisytihar lebih tinggi daripada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Saifuddin Nasution yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata, mengikut pengisytiharan pendapatan yang dibuatnya, beliau kini berada di kedudukan keempat yang memperoleh gaji tertinggi dalam kerajaan.

Menurutnya, Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi pula mengisytiharkan pendapatan lebih rendah daripadanya.

“Saya tanya dia (Mohamed Azmin), rupanya beza gaji saya dengan dia sebab saya masukkan pencen. Azmin cakap dia tidak dapat pencen lagi.

“Saya ingat umur saya dengan dia seumur (sebaya) je, macam mana saya dapat pencen dia tidak. Rupanya bila kita balik Parlimen kita dapat pencen,” katanya secara berseloroh di sini hari ini.

Terdahulu, Saifuddin Nasution juga mengatakan bahawa beliau tidak akan menggunakan muzik latar dalam ucapannya tetapi meminta muzik tersebut digunakan ketika Mohamed Azmin berucap.

Selepas itu, ketika ucapan penggulungannya, Mohamed Azmin pula mengambil peluang membalas sindiran itu apabila menyatakan gaji Saifuddin lebih tinggi daripada Perdana Menteri.

“Saifuddin punya harta lebih besar daripada Perdana Menteri... dia salah sebenarnya tidak sebesar itu.

“Namun, bagi saya itu tidak apa (soal gaji), yang penting kita telus (sanggup isytihar harta),” ujarnya sambil disambut dengan sorakan para perwakilan.

Membalas mengenai isu muzik latar tersebut pula, Mohamed Azmin berkata, Pengerusi Tetap dan Saifuddin Nasution selaku Setiausaha Agung boleh mengarah penggunaannya tetapi tidak semestinya ia akan dipatuhi.

“Saifuddin dan Pengerusi Tetap boleh guna muzik (untuk menandakan masa ucapan sudah tamat) untuk saya tetapi tidak semestinya saya akan patuh,” katanya.

Utusan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2018/11/azmin-vs-saifuddin-sindiran-hari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kongres Nasional Pkr Pusat Bermula Hari Ini

Kongres Nasional Pkr Pusat Bermula Hari Ini

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 405 hits
SHAH ALAM Kongres Nasional PKR 2018 yang pertama kali diadakan selepas Pakatan Harapan membentuk kerajaan berlangsung hari ini dengan tumpuan pastinya terarah kepada ucapan dasar presiden Selain akan membentuk hala tuju parti selepas keraja...
Baru Bian Nafi Boikot Kongres Nasional Pkr

Baru Bian Nafi Boikot Kongres Nasional Pkr

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 377 hits
Wartawan Sinar Harian KUANTAN Menteri Kerja Raya Baru Bian menafikan beliau memboikot Kongres Nasional PKR ke 13 sehingga diberi amaran oleh Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim Baru berkata beliau melalui Setiausaha Politiknya Zakaria Abd...
Rafizi Secures Big Win In Pensiangan To Keep Pace With Azmin In Pkr Polls

Rafizi Secures Big Win In Pensiangan To Keep Pace With Azmin In Pkr Polls

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 465 hits
KOTA KINABALU Sabah s interior PKR Pensiangan may have turned the tide for Rafizi Ramli who secured 2 388 votes for the deputy presidency with incumbent Datuk Seri Azmin Ali left trailing with 262 votes The unofficial Pensiangan results fro...
Hari Hari Terakhir Kami Di Plkn Pelupusan Dokumen

Hari Hari Terakhir Kami Di Plkn Pelupusan Dokumen

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 852 hits
Selepas kami mendapat maklum balas melalui emel daripada pihak Arkib Negeri Kedah lebih kurang pukul 9 30 pagi hari Khamis 27 Sept 2018 didapati bukan semua fail yang kami cadangkan untuk dilupuskan mendapat kelulusan oleh pihak Arkib Terda...
Run Far Run Together Mini Karnival Pasca Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Johor 2018

Run Far Run Together Mini Karnival Pasca Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Johor 2018

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 847 hits
Penyertaan Larian RUN FAR RUN TOGETHER bersempena Mini Karnival Pasca Hari Koperasi Negara 2018 Peringkat Negeri Johor Tarikh 25 November 2018Tempat Stadium Mini Kota Tinggi Taman Kota JayaKategori A Lelaki Terbuka 5km B Perempuan Terbuka 5...
Speaker By Election Needed For Three Perlis State Seats

National Pride Does Not Pay The Bills For Malaysia S Medal Winners

Semangat Kasih Dan Keharmonian Menyambut Hari Krismas 2025

Anwar S Political Survival Flip Flop

Yuan Mencapai Paras Tertinggi 15 Bulan Meski Pboc Mengeluarkan Isyarat Mewah

10 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Untuk Lawatan Cuti Sekolah 2025

Perjuanganku Belum Berakhir Kuat Kerana Tiada Pilihan

Cinta Yang Tetap Ada


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Creamy Lemon Prawn Pasta Paling Sedap Creamy Rasa Kafe Tapi Mudah Dibuat

Mahen Nyaman Yang Ku Pilih Chord

The Automotorblog Team Wishes You A Merry Christmas And A Healthy And Prosperous 2026

Jangan Melangit Walau Setinggi Mana Kita Naik Sikap Rendah Diri Khairy Jamaluddin Raih Pujian

Hiburan Tular Video Mona Allen Sambut Krismas Bertukar Hadiah Netizen Kecam Terus Tak Minat Hipokrit

Debat Iq 65 Dan 54 Vs Iq 92