Azmin Menang Politik Anwar Malap



Azmin menang, politik Anwar malap?Posted By: Pentadbiron: November 12, 2018 Print EmailKejayaan Azmin Ali mempertahankan jawatan timbalan presiden PKR akan memperkukuhkan parti reformasi itu dalam kerajaan, kata penganalisis.Namun pada masa sama, pengaruh presidennya Anwar Ibrahim dijangka akan semakin berkurangan kerana hampir separuh jawatan dalam pelbagai peringkat parti itu dikuasai pemimpin kem Azmin.“Kemenangan Azmin adalah lebih baik untuk Pakatan Harapan (PH). Dia dilihat dalam kerajaan sebagai seorang ahli yang setia, walaupun awal-awal dia menentang (pembentukan PH).“Azmin sebagai menteri juga akan memperkuatkan hubungan dan dalam harapan mrmperkuatkan parti,” kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Tunku Mohar Tunku Mokhtar.Turut sependapat dengannya, Awang Azman Awang Pawi yang berkata kedudukan Azmin boleh menggugat legasi Anwar.Ini memandangkan, lebih separuh dari pemimpin dalam kem Azmin menang jawatan di peringkat pusat, kata Awang Azman.Beliau juga melihat kedudukan Azmin semakin kuat dan sukar dicabar sejak menjadi timbalan presiden selama satu penggal.Pengaruh ini akan menjadi semak dan imbang kepada Anwar yang tidak boleh buat sesuka hati dalam partinya, kata Awang Azman.“Anwar tidak boleh melakukan (sesuka hatinya) sebagai pemimpin parti. Beliau akan dipantau. Kita dapat lihat dengan jelas sindiran parti anak bapa yang dimainkan.“Sekiranya ia berterusan tidak mustahil legasi Anwar dan pengikutnya yang setia lama kelamaan akan semakin hilang dalam radar politik negara,” kata pensyarah sains politik Universiti Malaya itu.Malah katanya, kemenangan Azmin juga akan membuatkan peluang puteri sulung Anwar, Nurul Izzah semakin tipis untuk meningkat naik dalam parti.“Izzah kini berseorangan dari kem Rafizi yang menang dalam sebagai naib presiden. Tiga naib presiden kem Azmin sudah cukup kuat ditambah lagi dengan 15 jawatan MPP (Majlis Pimpinan Pusat),” katanya.Hanya Nurul Izzah yang menyertai senarai empat calon dengan undi terbanyak dari kem Rafizi.Tiga lagi jawatan naib presiden dimenangi pemimpin dari kem Azmin iaitu penyandang ketua Wanita Zuraida Kamaruddin dan dua penyandang naib presiden, Dr Xavier Jayakumar dan Tian Chua.Untuk jawatan MPP, 15 calon kem Azmin terpilih ke jawatan tersebut dan baki lima lagi dimenangi calon kem Rafizi.Pemimpin dari kem Azmin dilihat menguasai jawatan kanan PKR ketika pemilihan parti itu masuk fasa akhir minggu ini.Selepas 14 negeri mengundi sejak 23 September lalu, Azmin yang menyandang jawatan timbalan presiden PKR itu mendahului lebih 5,000 undi mengatasi pencabarnya Rafizi.Undi di Sabah dan Sarawak juga memihak kepada Azmin, masing-masing memberi majoriti 289 dan 2,135 undi kepadanya.Jumlah itu bagaimanapun belum lengkap kerana satu undi di cabang Julau belum dikira kerana dakwaan kes serangan siber semasa pemilihan Sabtu lalu.Kalangan pemimpin akar umbi PKR bagaimanapun melihat penguasaan kem Azmin dalam PKR sebagai satu perkembangan positif.Bagi Ketua Penerangan PKR Perak Siti Aishah Shaik Ismail, beliau yakin gandingan Azmin akan melancarkan pentabdiran negara.“Azmin akan gunakan segala kelebihan untuk dimanfaat parti dan anggota parti. Beliau juga ada pencapaian yang baik dalam kerajaan,” katanya kepada The Malaysian Insight.Sementara itu, Setiausaha Cabang Kapar Mohd Ruzaini Mohd Sani berkata beliau juga yakin Azmin akan terus memartabatkan parti selain cemerlang dalam pentadbiran.“Dengan pencapaian beliau yang baik, beliau akan ketengahkan dasar yang baik dari Selangor ke peringkat pusat.“Azmin juga mendukung kepimpinan reformis seperti mana Tian Chua orang lama yang setia berada dalam kemnya. Parti akan lebih kukuh,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2018/11/azmin-menang-politik-anwar-malap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umum Menang Anwar Tegur Azmin Kena Ikut Proses

Umum Menang Anwar Tegur Azmin Kena Ikut Proses

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 363 hits
Anwar IbrahimKUALA LUMPUR Calon Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sewajarnya menghormati proses pemilihan parti dan hanya Jawatankuasa Pemilihan Pusat berhak mengumumkan sebarang keputusan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ib...
Azmin Belum Menang Tapi Dahului Rafizi Pengerusi Jpp

Azmin Belum Menang Tapi Dahului Rafizi Pengerusi Jpp

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 501 hits
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Rafizi Ramli di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya 21 September 2018 Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR Belum menang tetapi mendahului itu respons Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti PKR Datuk Rashid Din m...
Selepas Ditolak Undi Ragu Azmin Atau Rafizi Yang Akan Menang

Selepas Ditolak Undi Ragu Azmin Atau Rafizi Yang Akan Menang

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 512 hits
Sebagaimana dilaporkan media Azmin Ali ketika ini sedang mendahului Rafizi Ramli dengan kelebihan 3 965 undi bagi perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR Azmin memperolehi jumlah keseluruhan sebanyak 70 550 undi manakala Rafizi memperolehi ...
Kumpulan Azmin Dijangka Menang Besar

Kumpulan Azmin Dijangka Menang Besar

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 370 hits
MALAYSIAKINI Pemilihan PKR berkemungkinan menyaksikan pasukan Azmin Ali iaitu calon bagi timbalan presiden menang besar Bagaimanapun jawatan bagi ketua pemuda PKR masih boleh dimenangi calon daripada kumpulan pesaing Azmin Rafizi Ramli Sumb...
Panas Video Azmin Kutuk Anwar

Panas Video Azmin Kutuk Anwar

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 383 hits
Nampaknya perpecahan dalam PKR sudah tidak boleh di bendung Pergeseran antara team Anwar dan Azmin sebenarnya telah menyebabkan parti mata lebam ni dah terbelah dua pecah belah Walaupun episod baling kerusi sudah berlalu namun kesan lebam d...
Putusan Azmin Kekal T P Pkr Alih Kuasa Azmin Pm Lepas Anwar

Putusan Azmin Kekal T P Pkr Alih Kuasa Azmin Pm Lepas Anwar

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 378 hits
Lihat sambungan siri ini E Buku IH 121 Kemelut Dalam Senyum Anwar MahathirKUALA LUMPUR 12 Nov Pertarungan sengit dan ga nas bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR akhirnya dimenangi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sekali gus membolehkan be...
Makna Kemenangan Azmin Pada Politik Negara

Makna Kemenangan Azmin Pada Politik Negara

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 340 hits
Zin Mahmud Ramai kalangan penyokong Pakatan Harapan melepaskan nafas lega dengan kemenangan Datuk Seri Azmin Ali yang mempertahankan jawatan timbalan presiden PKR dalam pemilihan bersejarah parti itu Ini kerana kemenangan menteri Hal Ehwal ...
Azmin Perlu Hormati Proses Pemilihan Anwar

Azmin Perlu Hormati Proses Pemilihan Anwar

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 437 hits
Azmin perlu hormati proses pemilihan AnwarPosted By on November 12 2018Bakal Presiden PKR Anwar Ibrahim mengingatkan Mohamed Azmin Ali supaya menghormati proses pemilihan parti itu Mengulas tindakan timbalan presiden itu yang mengumumkan ba...
Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Perlu Monitor Chart Setiap Hari Untuk Untung Kripto

Sultan Nazrin Mosques Should Tackle Food Security Environment And Health Challenges

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah

Indonesia Hantar Pulang 30 Tan Bantuan Beras Daripada Uae

Kilang Di Tebrau Diserbu 356 Pekerja Asing Ditahan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Lirik Lagu Mikraj Agung Munif Hijjaz X Ustaz Faizan

Menyingkap Rahsia Molekul Revolusi Ai Dalam Meramalkan Dan Merekabentuk Kehidupan

Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Bronzed Beauty A Lithe Yamaha Xsr700 Street Tracker By Crooked