Azizulhasni Kemalangan Di Brisbane Dipancung Hingga Jatuh Basikal Dilanggar Pelumba Lain


Atlet lumba basikal negara, Azizulhasni Awang sekali lagi kemalangan apabila terjatuh basikal ditunggangnya setelah dihimpit lawan dalam perlumbaan siri kelima Piala Dunia Brisbane, Australia hari ini.
Kemalangan ini menyebabkan helmet Azizul pecah dan beliau mengalami kecederaan serta dibawa ke Hospital Princess Alexandra.
Beliau menceritakan kembali detik kemalangan itu berlaku secara terperinci di laman Instagram miliknya.
Ketika saya mengarang posting ini, saya masih berada di hospital. Diatas katil dan baru lepas X-Ray dan MRI scan. Sekarang menunggu berita dari Doktor dan pasukan perubatan di bilik kecemasan Hospital Princess Alexandra.
Jom saya bawa anda semua ketika kemalangan berlaku. Ketika loceng dibunyikan, menandakan tinggal lagi satu pusingan, saya cuba memecut kehadapan untuk memotong pelumba dari Poland yang berada dihadapan.
‘Dipancung’ pesaing Ketika cuba memotong, pelumba dari Jepun yang datang dari belakang juga cuba untuk memecut kehadapan dan memancung saya ke dalam mengakibatkan saya terhimpit dengan pelumba dari Poland dan terus mencium permukaan velodrom bersama beberapa pelumba yang lain.
Menurut Azizul, biarpun beliau mempercayai pelumba yang memotongnya mempunyai niat yang tidak baik, beliau cuba untuk melihat kejadian ini dengan positif.
Sudah lumrah dalam dunia lumba basikal track ini terutamanya dalam acara Keirin.
Jatuh bangun itu adalah adat bertanding dan tidak perlu mengambil perkara seperti ini secara peribadi. Semua orang mahu menang dan disebabkan itu kadang-kadang benda tidak diingini berlaku.
This is the beauty of the sport, sometime you win, sometime you bahamm tanohh.
Saya dimaklumkan pelumba Jepun itu di dibuang kelayakan kerana salah beliau. Malangnya, keputusan itu tidak menghilangkan sakit dan luka-luka dibadan saya yang sasa ini.
Tak dapat bernafas Saya terseret jauh, mata di pejam, terasa kulit badan bergeseran dengan permukaan kayu, panass, pedih dan sakit, situasi amat huru hara, terdengar juga jeritan dari pelumba lain. Dalam hati saya hanya mampu menyebut nama Allah dan berdoa supaya tidak ada kayu mencucuk ke dalam tisu badan saya seperti kejadian pada tahun 2011 lalu.
Apabila seretan sudah berhenti, saya mengerang kesakitan, tidak dapat bernafas hasil dari hentakkan jatuh dan juga di langgar oleh pelumba dari belakang saya pada kelajuan sekurangnya 70km/h. Saya dah macam ayam kena sembelih.
Ramai orang mengelilingi saya, saya tidak dapat membuka mata, tapi terdengar suara jurulatih John Beasley, beliau suruh saya baring, relax dan cuba bernafas.
View this post on Instagram
[Part1] Hello guys, . Ketika saya mengarang posting ini, saya masih berada di hospital. Diatas katil dan baru lepas X-Ray dan MRI scan. Sekarang menunggu berita dari Doktor dan pasukan perubatan di bilik kecemasan Hospital Princess Alexandra. . Jom saya bawa anda semua ketika kemalangan berlaku. Ketika loceng dibunyikan, menandakan tinggal lagi satu pusingan, saya cuba memecut kehadapan untuk memotong pelumba dari Poland yang berada dihadapan. Ketika cuba memotong, pelumba dari Jepun yang datang dari belakang juga cuba untuk memecut kehadapan dan mmemanncunng saya kedalam mengakibatkan saya terrhiimmpet dengan pelumba dari Poland dan terus mencium permukaan velodrome bersama beberapa pelumba yang lain. Panccungaann itu kalau diikutkan seperti datang dgn nniiaattt yg kuuraanngg baekk namun sebagai seorang atlet professional yang berjiwa besar, saya tetap melihatnya dengan positif. Sudah lumrah dalam dunia lumba basikal track ini terutamanya dalam acara Keirin. Jatuh bangun itu adalah adat bertanding dan tidak perlu mengambil perkara seperti ini secara peerribadi. Semua orang mahu menang dan disebabkan itu kadang-kadang benda tidak diingini berlaku. This is the beauty of the sport, sometime you win, sometime you bahamm tanohh. Saya dimaklumkan pelumba Jepun itu di Disqualified kerana salah beliau. Malangnya, keputusan itu tidak menghilangkan sakit dan luka-luka dibadan saya yang sasa ini. . Saya terseret jauh, mata di pejam, terasa kulit badan bergeseran dengan permukaan kayu, panass, pedih dan sakit, situasi amat huru hara,terdengar juga jeritan dari pelumba lain. Dalam hati saya hanya mampu menyebut nama Allah dan berdoa supaya tidak ada kayu mencucuk ke dalam tisu badan saya seperti kejadian pada tahun 2011 lalu. Apabila seretan sudah berhenti, saya mengerang kesakitan, tidak dapat bernafas hasil dari hentakkan jatuh dan juga di langgar oleh pelumba dari belakang saya pada kelajuan at least 70km/h. Saya dah macam ayam kene sembelih. Ramai org mengelilingi saya, saya tidak dapat membuka mata, tapi terdengar suara jurulatih John Beasley, beliau suruh saya baring, relax dan cuba bernafas. [Bersambung]
A post shared by Azizul | Awang (@azizulhasniawang) on Dec 14, 2019 at 12:47am PST
Helmet pecah Saya cuba relax kan otot-otot saya semampu boleh dan fokus kepada pernafasan. Sakitnya bukan kepalang. Apabila pernafasan pulih sedikit saya memberanikan diri untuk membuka mata. Saya nampak ramai orang, jurulatih dihadapan saya.
Saya beritahu mereka, bahu saya sakit, rusuk hadapan dan belakang belah kanan juga sakit dan saya cakap tolong lah bukak helmet saya ni, lemas!
Helmet saya pecah. Visor juga patah dan tercampak entah kemana, terasa sakit dengan luka berdekatan mata, barangkali terkena serpihan tersebut.
Sempat berseloroh Seorang paramedik lelaki cuba menguji kecerdasan otak kanan saya, beliau bertanya, what’s your name mate? Saya pon cuba menguji kecerdasan otak beliau juga, my name is John Beasley.
Kelihatan jurulatih saya menggeleng kepala. Why so serious. Soalan kedua ditanya oleh beliau, do you know where you are now? Saya pon menjawab, i’m in the heaven. Semua orang tergelak. Sekurang-kurangnya semua orang reda sedikit dari tekanan termasuk saya.
Mereka ingin meletakkan saya di atas stretcher tapi saya memilih untuk bangun dan berjalan walaupun kesakitan. Bukan apa. Saya nak sampaikn mesej kepada isteri dan anak-anak yang berada di tempat penonton supaya mereka tidak risau dan nampak everything is okay, kononnya.
Gambar: Instagram Saya pon berjalan terhinjut-hinjut, langkah demi langkah, semua penonton memberikan tepukan tanda penghormatan.
Saya melambai kearah isteri dan anak-anak sambil menahan kesakitan. Nampak kerisauan di wajah mereka.
Sedih dan rasa bersalah pula, mereka terbang dari Melbourne untuk melihat dan menyokong saya berlumba, sekurang-kurangnya saya naik podium tak pun masuk final pun dah berbaloi untuk mereka, tapi harini malang sungguh tak berbau, saya gugur macam nangka busuk, busuk kohonggg.
Saya dah beritahu isteri, tengok dekat TV cukuplah, tapi beliau semangat nak turun padang. Saya bukan apa, taknak dia dan anak-anak tengok saya dalam keadaan macam ni. Confirm risau dan nak pecah jantung tengok keadaan dan situasi macam ni. Paling saya tak suka nanti ade adegan mata berhujan, ohh nooo.
View this post on Instagram
[Part2] . Saya cuba relax kan otot-otot saya semampu boleh dan fokus kepada pernafasan. Sakitnya bukan kepalang. Apabila pernafasan pulih sedikit saya memberanikan diri untuk membuka mata. Saya nampak ramai orang, jurulatih dihadapan saya. Saya beritahu mereka, bahu saya sakit, rusuk hadapan dan belakang belah kanan juga sakit dan saya cakap tolong lah bukak helmet saya ni, lemas! . Helmet saya pecah. Visor juga patah dan tercampak ntah kemana, terasa sakit dengan luka berdekatan mata, barangkali terkena serpihan tersebut. Seorang paramedik lelaki cuba menguji kecerdasan otak kanan saya, beliau bertanya, what’s your name mate? Saya pon cuba menguji kecerdasan otak beliau juga, my name is John Beasley. Kelihatan jurulatih saya menggeleng kepala. Why so serious. Soalan kedua ditanya oleh beliau, do you know where you are now? Saya pon menjawab, i’m in the heaven. Semua orang tergelak. Sekurang-kurangnya semua org reda sedikit dari tekanan termasuk saya. Mereka ingin meletakkan saya di atas stretcher tapi saya memilih untuk bangun dan berjalan walaupun kesakitan. Bukan apa. Saya nak sampaikn mesej kepada isteri dan anak-anak yang berada di tempat penonton supaya mereka tidak risau dan nampak everything is okay, kononnya. Saya pon berjalan terhinjut-hinjut, langkah demi langkah, semua penonton memberikan tepukan tanda penghormatan. . Saya melambai kearah isteri dan anak-anak sambil menahan kesakitan. Nampak kerisauan di wajah mereka. Sedih dan rasa bersalah pula, mereka terbang dari Melbourne untuk melihat dan menyokong saya berlumba, sekurang-kurangnya saya naik podium tak pun masuk final pon dah berbaloi untuk mereka, tapi harini malang sungguh tak berbau, saya gugur macam nangka busuk, busuk kohonggg. Saya dah beritahu isteri, tengok dekat TV cukuplah, tapi beliau semangat nak turun padang. Saya bukan apa, taknak dia dan anak-anak tengok saya dalam keadaan macam ni. Confirm risau dan nak pecah jantung tengok keadaan dan situasi macam ni. Paling saya tak suka nanti ade adegan mata berhujan, ohh nooo. [Bersambung]
A post shared by Azizul | Awang (@azizulhasniawang) on Dec 14, 2019 at 1:08am PST
Sumber: Azizulhasni Awang
The post Azizulhasni Kemalangan Di Brisbane, ‘Dipancung’ Hingga Jatuh Basikal & Dilanggar Pelumba Lain appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/12/14/azizulhasni-kemalangan-di-brisbane-dipancung-hingga-jatuh-basikal-dilanggar-pelumba-lain/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malang 039 Dipancung 039 Pelumba Jepun Azizulhasni Tetap Positif

Malang 039 Dipancung 039 Pelumba Jepun Azizulhasni Tetap Positif

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 322 hits
Malang dipancung pelumba Jepun Azizulhasni tetap positif nbsp Dikemas kini 37 minit yang lalu Diterbitkan pada 14 Dec 201
Kemalangan Ngeri Kereta Tengah Pecut Laju Terbabas Melayang Jatuh Dari Flyover

Kemalangan Ngeri Kereta Tengah Pecut Laju Terbabas Melayang Jatuh Dari Flyover

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 449 hits
Dalam satu video yang tular di media sosial memaparkan satu kemalangan ngeri membabitkan sebuah kereta di sebuah jambatan yang dipercayai berlaku di India Video tersebut menunjukkan sebuah kereta yang memandu laju di sebuah jambatan di Indi...
Azizulhasni Tarik Diri Acara Pecut Di Kejohanan Berbasikal Trek Piala Dunia Brisbane

Azizulhasni Tarik Diri Acara Pecut Di Kejohanan Berbasikal Trek Piala Dunia Brisbane

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 290 hits
Mungkin ramai dah mengetahui tentang pelumba berbasikal trek negara yang mengalami kemalangan ketika beraksi dalam pelumbaan acara keirin di Kejohanan Trek Piala Dunia Brisbane di Velodrom Anna Meares semalam Kemalangan yang tercetus diseba...
Dia Terus Tolak Badan Khaleef Anak Trauma Nyaris Jatuh Ditolak Budak Lain Ketika Bermain Gelongsor

Dia Terus Tolak Badan Khaleef Anak Trauma Nyaris Jatuh Ditolak Budak Lain Ketika Bermain Gelongsor

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 414 hits
The ReporterAnak yang baik anak yang diberi didikan yang betul oleh ibu bapanya Jika selalu diterapkan dengan nilai nilai yang baik pasti tiada masalah apabila anak berada di luar terutamanya ketika bergaul dengan kanak kanak lain Namun ada...
Pemotor Ini Nekat Lawan Arah Lalu Seruduk Pengendara Lain Hingga Masuk Got

Pemotor Ini Nekat Lawan Arah Lalu Seruduk Pengendara Lain Hingga Masuk Got

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 205 hits
Meskipun telah berhati hati terkadang ada pula pihak yang nekat atau tidak berhati hati Tentu sering ditemukan orang menyeberang sembarangan atau pun melawan arus yang seharusnya tidak boleh dilakukan Seperti dalam video yang viral di media...
Accident Tiada Insurans Kemalangan Diri Apa Nak Buat Part 1 Jatuh Motor

Accident Tiada Insurans Kemalangan Diri Apa Nak Buat Part 1 Jatuh Motor

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 507 hits
Malang tidak berbau Untuk mereka yang selalu menunggang motorsikal risiko kemalangan ketika menunggang memang ada di mana mana Kunci utama ketika menunggang motorsikal adalah berhati hati dan jangan bawa motor dengan laju Namun jika terjadi...
Detik Detik Beton Tiang Listrik Jatuh Dari Truk Lalu Menembus Mobil Yaris Pengemudi Tewas

Detik Detik Beton Tiang Listrik Jatuh Dari Truk Lalu Menembus Mobil Yaris Pengemudi Tewas

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 237 hits
Inilah detik detik beton tiang listrik lepas lalu menancap di mobil Toyota Yaris N 1577 YM di belakangnya Peristiwa ini terjadi di Jalan Raya Nasional Probolinggo Lumajang di Kecamatan Ranuyoso Kabupaten Lumajang Kamis sore Dari video yang ...
Suami Orang Jangan Terlebih Layan Perempuan Orang Perempuan Ni Mudah Menyimpan Rasa Dan Jatuh Hati

Suami Orang Jangan Terlebih Layan Perempuan Orang Perempuan Ni Mudah Menyimpan Rasa Dan Jatuh Hati

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 413 hits
Suami Orang Jangan Terlebih Layan Perempuan Orang Perempuan Ni Mudah Jatuh Hati Suami org sila hati hati Org perempuan ni mudah terjatuh hati mudah menyimpan rasa mudah berharap dan mudah perasan Awak sihat hari ni Dah makan ke blum Hati2 d...
Sifat Wanita Yang Mampu Membuatkan Lelaki Jatuh Cinta

Sifat Wanita Yang Mampu Membuatkan Lelaki Jatuh Cinta

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 508 hits
Memikat hati seorang lelaki sebenarnya amatlah mudah dan dibawah ini adalah beberapa contoh sifat dan penampilan seorang wanita yang mampu menarik perhatian seorang lelaki dan mampu menjadikan mereka segera jatuh cinta Gambar hiasan Jom kit...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Gegar Vaganza 11 Keputusan Konsert Pertama Dan Senarai Lagu Minggu Ke 2

Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof