Aziz Sattar Menulis Huru Hara Di Malaya Singapura



Oleh : Allahyarham Datuk Aziz Sattar*

Sebelum tentera Jepun menyerang Tanah Melayu pada tahun 1941 dan Singapura, saya sudah masuk darjah lima. Belim sempat saya masuk darjah enam, Jepun sudah mula menyerang Malaya dan Singapura, dan keadaan menjadi kelam kabut.

Pesawat tentera Jepun mengugurkan bom tanpa belas kasihan dan banyak nyawa orang yang tidak berdosa menjadi korban. Rumah dan harta benda musnah, hidup sentiasa dalam ketakutan, mayat bergelimpangan di sana sini dan di bawah runtuhan.

Hingga sekarang saya masih ingat akan peristiwa saya sekeluarga berlindung di bawah katil besi di rumah sewa ayah saya. Bunyi tembakan meriam bertalu-talu. Dalam waktu yang sama, rumah sewa ayah saya juga terkena bom. Tetapi mujur bom itu terkena dapur belakang.

Namun demikian, rumah kami runtuh juga dan serpihan batu dan kayu penuh di atas katil besi tempat saya dan keluarga berlindung. Syukur kerana saya sekeluarga tiada yang cedera. Untuk keluar dari bawah katil besi, kami mengambil masa yang lama. Ramai juga jiran yang datang membantu.

Apabila British menyerah kalah kepada tentera Jepun pada tahun 1942, ramai orang British cuba lari untuk menyelamatkan diri. ada juga yang selamat dan ada juga yang tertangkap dan dijadikan tawanan perang. Dalam suasana gawat itu, harta benda sudah tidak diambil peduli. Semuanya ditinggalkan begitu sahaja.

Dalam kesempatan itu, ramai orang yang pergi menggeledah rumah-rumah orang British yang ditinggalkan. Apa-apa yang masih ada di dalam rumah itu diambil. Saya tidak ketinggalan mengambil apa-apa sahaja yang ditemukan. Saya dapati, banyak barang berharga yang tersembunyi di bawah kolong rumah seperti pinggan mangkuk yang berharga, barang hiasan dan senjata api.

Kehadiran tentera Jepun pada mulanya amat dialu-alukan dan disambut dengan baik oleh segenap lapisan masyarakat Singapura, kerana mereka menjanjikan perubahan. Tetapi janji tinggal janji. Hari demi hari kehidupan penduduk bertambah terhimpit. Makanan mula dicatu. Sudahlah begitu, untuk mendapatkan makanannya penduduk kena beratur dari malam hingga ke pagi.

Mengharungi hidup yang begitu azab, saya terpaksa berhenti sekolah dan cuba mencari kerja bagi membantu keluarga. Kerja pertama yang saya lakukan ialah menyabit rumput di kawasan kem tentera Jepun dan tempat-tempat lapang. Gaji sehari cuma seringgit wang Jepun. Gaji sebanyak itu hanya dapat membeli sekati dua ubi kayu. Untuk mendapatkan beras hancur pun sukar didapati. Dalam mengharungi hidup yang begitu sempit, boleh dikatakan di mana-mana ada tanah kosong, di situ ada ubi kayu. Ubi kayu juga sudah menjadi makanan penting pada zaman itu.

Selepas empat bulan tentera Jepun memerintah, saya dapat bekerja di sebuah gudang, di Cecil Street, Singapura. Gudang itu menyimpan barang-barang berharga kepunyaan peniaga British. Antara barang yang tersimpan di situ ialah pakaian yang mahal, rokok tin pelbagai jenama, alat solek, barang hiasan, beras, tepung, gula dan keperluan lain yang disembunyikan oleh tentera Jepun.

Kerana kesempitan hidup, rasa marah saya sukar dikawal apabila melihat begitu banyak barang-barang mewah tersimpan untuk penjajah. Saya dans seorang pekerja lain berpakat dengan Benggali jaga untuk mencuri barang-barang tersebut.

Dengan persetujuan bersama, maka barang pertama yang saya curi ialah beras dan gula. Selepas itu barulah saya mencuri barang-barang yang berharga. Tidak beberapa lama kemudian, barang-barang yang berharga dipindahkan ke tempat lain yang tidak diketahui.

Begitupun, sekurang-kurangnya saya telah dapat melunasi dendam saya kepada tentera Jepun di samping membantu keluarga saya mendapatkan makanan dan keperluan asas yang lain.

*Dipetik dari Buku 'Meredah Gelombang Seni : Sebuah Memoir' karya Datuk Aziz Sattar

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.penaminang.com/2019/07/aziz-sattar-menulis-huru-hara-di-malaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4 Unicorn Ri Go Jek Tokopedia Bukalapak Traveloka Disebut Milik Singapura

4 Unicorn Ri Go Jek Tokopedia Bukalapak Traveloka Disebut Milik Singapura

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 221 hits
Pemerintah kerap membanggakan empat unicorn atau perusahaan rintisan yang valuasinya mencapai di atas USD 1 miliar Keempat Unicorn yang dimaksud yakni Go Jek Tokopedia Bukalapak dan Traveloka Sayangnya keempat unicorn tersebut oleh Google T...
Old Malaya Kopitiam Japanese Muslim Food Nilai

Old Malaya Kopitiam Japanese Muslim Food Nilai

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 683 hits
Assalamualaikum semua Salam Jumaat Apa khabar semua Semoga sihat sihat je semua ya Dengar cerita ramai betul yang dah tua sebelum masanya Demam FaceApp melanda ya Setakat ini aku masih tak tua lagi Forever young uolls Ehh Hahaha Oklah harin...
Diklaim Unicorn Milik Singapura Begini Tanggapan Traveloka

Diklaim Unicorn Milik Singapura Begini Tanggapan Traveloka

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 169 hits
Traveloka tidak membantah kabar investasi terbesar kepada pihaknya salah satunya berasal dari Singapura Namun salah satu unicorn di Tanah Air tersebut menekankan dana investasi dimanfaatkan untuk kemajuan perekonomian Indonesia Traveloka ad...
Tokopedia Soal Klaim Unicorn Milik Singapura Sejak Awal Didirikan Selaku Pt Indonesia

Tokopedia Soal Klaim Unicorn Milik Singapura Sejak Awal Didirikan Selaku Pt Indonesia

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 300 hits
Tokopedia menegaskan perusahaannya berasal dari Indonesia Manajemen tidak membantah kabar investasi terbesar ke salah satu unicorn di Indonesia ini berasal dari Singapura Menurut Nuraini Tokopedia memang memiliki kantor cabang di Singapura ...
Respons Bukalapak Saat Diklaim Sebagai Unicorn Milik Singapura

Respons Bukalapak Saat Diklaim Sebagai Unicorn Milik Singapura

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 160 hits
Bukalapak menegaskan bahwa pihaknya lahir dan besar di Indonesia Hal ini menanggapi kabar Bukalapak menjadi salah satu unicorn yang dimiliki oleh Singapura Bukalapak tidak mengungkap mengenai investor terbesar mereka Gicha menekankan Bukala...
Indahnya Sekali Sekala Pulang Ke Malaya

Indahnya Sekali Sekala Pulang Ke Malaya

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 286 hits
Assalamualaikum Ini kisah semalam Tentang epilog kepulangan seorang perantau Setelah agak lama tinggalkan Joco di negara omputeh ni Segan nak declare sebab tak dapat bagi ole2 pun pada uollz especially yg pernah bagi ole2 pada ai selama ni ...
Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kematian Spesis Harimau Malaya Si Awang Besul

Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kematian Spesis Harimau Malaya Si Awang Besul

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 345 hits
Baru baru ini tular satu video yang mengemparkan penduduk di sebuah perkampungan di Terengganu di mana kelibat seekor harimau jinak yang diberi nama Awang Besul yang menarik perhatian ramai apabila dikatakan menjilat pipi salah seorang mang...
Semasa Proses Perkembangan Kanak Kanak Mana Satu Nak Dimulakan Dulu Diantara Bercakap Membaca Dan Menulis

Semasa Proses Perkembangan Kanak Kanak Mana Satu Nak Dimulakan Dulu Diantara Bercakap Membaca Dan Menulis

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 598 hits
Di antara membaca bercakap dan menulis mana satu nak dimulakan dulu 1 Bercakap Usia KRITIKAL 0 2 tahun Inilah elemen paling penting dlm kehidupan seorang manusia Bercakap penting utk kita berkomunikasi tentang pemikiran dan perasaan kita su...
Tawaran Menulis Buku Anekdot Perjuangan Penyusuan Susu Ibu

Tawaran Menulis Buku Anekdot Perjuangan Penyusuan Susu Ibu

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 475 hits
PELUANG UNTUK MENULIS DAN MILIKI BUKU SENDIRI TENTANG PENGALAMAN PENYUSUAN Kami mencari ibu ibu yang serius ingin berkongsi pengalaman penyusuan dan penulisan ini akan dibukukan dan diterbitkan Seronok kan Untuk ibu ibu yang ingin rebut pel...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi