Old Malaya Kopitiam Japanese Muslim Food Nilai
Assalamualaikum semua.
Salam Jumaat! Apa khabar semua? Semoga sihat-sihat je semua ya. Dengar cerita, ramai betul yang dah tua sebelum masanya. Demam FaceApp melanda ya. Setakat ini, aku masih tak tua lagi. Forever young uolls! Ehh. Hahaha. Oklah harini ada berita gembira. Alhamdulillah sempena hari Jumaat yang mulia ni dapat perkhabaran gembira. Hehe. Siapa follow Instagram @_yeaslmn, tahulah apa berita gembiranya tu. Hehe.
Oklah. Lepas tu harini teman kawan nak makan sushi. Kami ni beginner nak makan sushi atau Japanese Food ni. Jarang makan sushi. Ada lah 2,3 kali makan dekat Sushi King. Tak semua sushi boleh makan. Kena pilih-pilihlah jugak yang mana. Yang raw2 tu memang tak bolehlah. Haha. Sushi yang macam tuna, telur, ayam semua tu bolehlah. Salmon tu macam tak boleh masuk. Hihi.
Kami makan sushi di Old Malaya Kopitiam & Japanese Muslim Food yang terletak di Bandar Baru Nilai. Dekat dengan Exit Tol Nilai, depan Nilai Square tu. Sederet dengannya ada Texas Chicken, Tealive, A&W. Kalau di Nilai ni memang area sinilah banyak kedai makan. Kedai ni ada 2 bahagian. 1 bahagian Old Malaya Kopitiam, 1 lagi bahagian Japanese Muslim Food. Jadi sebab tadi nak makan sushi jadi kami duduk di bahagian Japanese Food. Tapi kalau nak order menu yang Old Malaya Kopitiam pun boleh juga.
Inilah antara menu yang ada di sini. Pendek kata, banyak menu boleh pilih. Kalau terasa nak makan sushi, western dan goreng2 bolehlah datang ke kedai makan ni ya kalau berada di area Nilai. Harga makanannya juga berpatutan.
Suasana kedai makannya pun besar dan selesa. Servisnya pun baik juga. Kalau datang dalam jumlah yang besar dan ramai, boleh contact kedai ni dulu untuk reserve. Ada 1 bahagian seat untuk yang reserve sahaja. Nak buat apa2 gathering atau event pun boleh di sini. Ok jomlah tengok kitorang makan apa tadi di sini. Layan. Hehe.
AppetizerGyoza (5 pcs Chicken Dumpling)Harga: RM9.90Sedap. Secukup rasa. Rasa tak cukup 5 ni masa makan tadi. Hehe
GunkanTuna Mayo (2 pcs)Harga: RM4.55Rasa tunalah. Hihi. Boleh masuk dengan tekak. Saiz dia besar ok
MakimanoFuto Maki (4 pcs Tradition Roll)Harga: RM6.90
Ok-ok je rasanya yang ini. Saiznya pun besar jugak yang ni
Sebelum sushi sampai, dumpling tu dah tinggal 3 oi! Haha
Sedap sangat nanti boleh repeat makan dekat kedai ni
Ok. Jadi itu jelah yang sempat dihadam dalam perut harini. Next time, boleh lagi makan benda lain pulak dekat kedai ni. Hehe. Dulu dah pernah try makan nasi ayam dengan nasi goreng kambing dekat sini. Memang terbaik. Overall, memang puas hati. Oklah semua, jumpa lagi di entri seterusnya ya. Bye!
Untuk maklumat lanjut:
Old Malaya Kopitiam & Japanese Muslim Food (8.00 am - 12.00 am)
Alamat:
PT 9946, BBN 1/3L, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Facebook:
Old Malaya Kopitiam & Japanese Muslim Food
Instagram:
@omknilai
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://yea-slmn.blogspot.com/2019/07/old-malaya-kopitiam-japanese-muslim.html