Azan Akub Redakan Ribut


Bermula dari Parit Ngah Jalil di Jalan Junid, Muar, Johor hingga tersenarai berpuluh parit lain yang bertemu dengan laut sambil itu diikuti pula sungai yang bermula dari Sungai Balang hingga ke Batu Pahat, semuanya adalah kawasan periuk nasi nelayan yang bergantung rezeki kepada laut.


Hari ini parit atau sungai sudah tidak sesibuk dulu. Laut di sebelah sini juga sudah hilang lubuk ikan malah kebanyakan nelayan sudah berpindah mencari rezeki di darat.

Meninjau kembali nostalgia zaman kegemilangan nelayan di sini, penulis yang juga dilahir dan dibesarkan dalam keluarga nelayan di Kampung Dumpar, Muar, 74 tahun lalu sempat berbual dengan seorang nelayan veteran yang mahu dipanggil sebagai Akub Orang Besi.

Dunianya di laut lebih terserlah dari di darat. Kerana itu beliau lebih banyak masa di laut.

Rakan pancing lain yang ingin bersamanya untuk menimba ilmu laut tidak mampu bertahan lama.

Tetapi, beliau sendiri tidak menolak beberapa kali hanyut di laut hingga pernah mencecah rasa masin air laut di sebelah negara jiran Indonesia.

Kehilangan beberapa minggu itu tidak merisaukan keluarga yang sudah faham dengan perangainya yang suka menghilangkan diri.

Akub juga mengakui beberapa kuala parit seperti kuala Parit Ngah Jalil, Parit Lang Baru, Parit Simpang Empat, Parit Sakai, Parit Haji Baki, Parit Raja dan banyak parit lain ada badi tersendiri atau lebih dikenal dengan nama keras, ada penunggu!

Beliau sendiri beberapa kali hilang punca tidak dapat mencari arah kuala malah menerima pelbagai dugaan daripada suara yang menyeramkan sehingga kelibat wajah menakutkan.

Akub yang tebal dengan semangat keberanian tidak patah hati malah terus berjuang dengan penuh yakin.

Ada satu peristiwa yang pernah dialami menjadi misteri dalam hidupnya dan belum terjawab sehingga hari ini.

Menurut Akub, kira-kira 15 tahun lalu beliau bersama tiga lagi rakan pancing yang sama lasak dengannya berhasrat untuk memancing sembilang di togok buluh yang sudah lama ditinggalkan, tidak jauh dari kuala Parit Simpang Empat.

Dengan menggunakan sampan berlunas leper, mereka menuju togok buluh berkenaan.

Bagaimanapun dalam perjalanan ke tempat itu, togok berkenaan hilang daripada pandangan.

“Kita dah kena main ni,” Akub bersuara kepada rakan pancingnya yang juga sudah merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

Tiba-tiba togok buluh muncul agak jauh dan Akub dengan rakannya terus menuju ke tempat berkenaan dengan bot yang menggunakan injin 30 kuasa kuda.

Perjalanan sudah agak lama tetapi sudah mencecah jam 2 petang dan belum tiba di togok buluh itu.

“Ini dah melampau,” kata Akub marah.

Beliau tidak dapat menahan sabar lagi. Dia memandang sekeliling dan dalam masa yang sama terdengar suara ketawa yang mengerikan beserta angin tiba-tiba bertiup kencang dan gelombang agak tinggi.

Sampan sudah tidak dapat dikawal lagi lalu diambung ombak.

“Kami bagaikan tercampak ke laut tetapi masih lagi dalam sampan yang terus tidak menentu haluan,” cerita Akub lagi.

Akub dan rakannya masih berdegil dan cuba memandu sampannya mencari togok buluh yang sudah hilang daripada pandangan.

Suara ketawa tambah garang dan menakutkan tetapi Akub tidak hilang akal. Beliau berdiri di hadapan bot melaungkan azan dengan sekuat hati dan membunuh suara ketawa yang sebenar tadi begitu garang serta menakutkan itu.

Angin dan ribut pun terhenti sekelip mata. Akub terus melaungkan azan hingga selesai. Tiba-tiba kelihatan togok buluh berada tidak jauh dari mereka.

Rakan pancing menepuk bahu Akub sambil geleng kepala. Akub menarik nafas panjang dan membatalkan niat hendak memancing sembilang kerana waktu itu sudah menjelang malam.

Yang aneh, ketika tiba di darat, rakan yang berlabuh di gerai mendakwa tidak ada ribut dalam masa yang terdekat ini.

Akub senyum dalam pengertian yang tersendiri kerana dia saja yang tahu apa yang berlaku sebentar tadi.

Renungan

Kita tidak harus menidakkan adanya makhluk lain yang tidak dapat dilihat. Kewujudannya untuk menakut dan merosakkan kepercayaan serta akidah kita tetapi kekuasaan Allah melebihi daripada semua kekuasaan.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:
Ribut Solar Tahun 1770, Fenomena Aurora Paling Dahsyat Pernah Terjadi Di AngkasaSejarah Asal-usul Azan Dan Iqamat
-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/08/azan-akub-redakan-ribut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Met Malaysia Keluar Amaran Ribut Petir Di Selatan Tanah Air Sehingga Malam Ini

Met Malaysia Keluar Amaran Ribut Petir Di Selatan Tanah Air Sehingga Malam Ini

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 385 hits
Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir bagi beberapa kawasan di negeri Johor Menurut kenyataan yang dikeluarkan dijangkakan empat kawasan utama bakal dilanda ribut petir sehingga jam 9 malam ini Jab...
Doktor Ini Ajar Cara Berkesan Untuk Redakan Sakit Belakang Tanpa Guna Ubat

Doktor Ini Ajar Cara Berkesan Untuk Redakan Sakit Belakang Tanpa Guna Ubat

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 305 hits
Cuba bayangkan tengah kusyuk menaip di komputer untuk menyelesaikan tugas tiba tiba pinggang anda terasa sakit Aduh sudahlah banyak lagi kerja yang perlu disiapkan Rasa tak selesa tak fokus nak teruskan rutin harian anda Sebenarnya terdapat...
Lawatan Kerja Mahathir Disingkatkan Susulan Amaran Ribut Taufan

Lawatan Kerja Mahathir Disingkatkan Susulan Amaran Ribut Taufan

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 283 hits
MahathirFUKUOKA Lawatan kerja Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke Fukuoka Jepun disingkatkan kepada dua hari berbanding jadual awal tiga hari sebagai langkah berwaspada susulan amaran ribut taufan menurut pegawai dari Pejabat Perdana...
Jabatan Meteorologi Keluar Nasihat Ribut Tropika

Jabatan Meteorologi Keluar Nasihat Ribut Tropika

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 418 hits
Kuala Lumpur Ribut Tropika kini berada kira kira 908 kilometer ke Timur Laut Luzon Filipina dan sedang bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan 20 km sejam Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan pergerakan ribut tr...
Lima Buah Negeri Dijangka Dilanda Ribut Petir Hingga Lewat Petang Hari Ini

Lima Buah Negeri Dijangka Dilanda Ribut Petir Hingga Lewat Petang Hari Ini

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 585 hits
Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan satu amaran ribut petir di beberapa buah kawasan di lima buah negeri melalui satu kiriman di Twitter mereka sebentar tadi Antara kawasan yang dijangka terlibat ialah Rompin Gombak Petaling dan...
Amaran Ribut Taufan Di Jepun Lawatan Kerja Tun M Disingkatkan

Amaran Ribut Taufan Di Jepun Lawatan Kerja Tun M Disingkatkan

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 319 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad dijadual tiba di Fukuoka Jepun pada hari Rabu Foto oleh Firdaus LatifFUKUOKA 5 Ogos Lawatan kerja Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke Fukuoka Jepun disingkatkan kepada dua hari berbanding jadual awal tiga ha
Minyak Tenang Anakanda Ning Salmah Patut Ada Di Rumah Untuk Redakan Amukan Anak

Minyak Tenang Anakanda Ning Salmah Patut Ada Di Rumah Untuk Redakan Amukan Anak

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 382 hits
Minyak Tenang Anakanda Ning Salmah Patut Ada Di Rumah Untuk Redakan Amukan Anak Sebagai ibu sudah tentunya sikap anak boleh menyebabkan daku jadi pening kepala Lagi lagi dengan sikap anak yang masih kecil Kejap nak itu kejap nak ini dan mak...
4 Cara Redakan Demam Batuk Kahak Dan Selesema Anak Dengan Lemon

4 Cara Redakan Demam Batuk Kahak Dan Selesema Anak Dengan Lemon

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 791 hits
4 Cara Redakan Demam Batuk Kahak dan Selesema Anak Dengan Lemon Lemon adalah natural remedy yang tak ramai orang tahu Orang ingat lemon untuk kuruskan badan je Tapi sebenarnya Allah jadikan lemon sebagai penawar dan anti bakteria yang bagus...
Peralihan Kuasa Pm Jangan Ikut Rentak Umno Pas Azan Ismail

Peralihan Kuasa Pm Jangan Ikut Rentak Umno Pas Azan Ismail

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 279 hits
Peralihan kuasa PM Jangan ikut rentak Umno Pas Azan IsmailOleh August 03 2019Polemik isu peralihan kuasa di antara Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sewajarnya dihentikan segera Pengerusi KEAD...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya