Azam Baki Jadi Bidak Hancurkan Negara


 

Benarkah Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, jadi sasaran pihak tertentu yang berdendam terhadapnya dan mahu mencemar bukan sahaja nama baik beliau tetapi wibawa SPRM dan negara?
Demikian kebarangkalian yang dilontarkan Azam ketika memulakan kempen membela diri terhadap tuduhan mengatakan beliau memiliki saham beberapa konglomerat pada sidang akhbarnya minggu lalu.
Jika benar kata Azam ini, maka seluruh rakyat harus bangkit mempertahankannya kerana ia boleh ditafsirkan sebagai percubaan mensabotaj negara dan mahu melekatkan jenama Malaysia negara paling rasuah di dunia.
Siapakah pihak yang memendam kesumat ini? Adakah mereka cemburu akan kemakmuran Malaysia atau, adakah mereka benci pendirian Malaysia mahu menjadi negara Islam contoh pada dunia?
Adakah mereka anasir dalam negara atau pihak asing?
Jika demikian naratif kontroversi ini maka sebuah badan siasatan bebas mesti ditubuhkan segera; jika tidak, reaksi rakyat akan payah diredakan. Bukan mereka menghukum atau menganiaya tetapi mereka mahu selamatkan Malaysia.
Maka lakukanlah. Selamatkanlah Malaysia daripada fitnah terbesar abad ini – ketua agensi cegah rasuah amalkan rasuah!
Sesungguhnya plot ini mampu memecahbelahkan perpaduan rakyat dan menggoncang wibawa pentadbiran negara serta mencampakkan negara ke kancah ketidakstabilan politik yang mencederakan maruahnya.
Tindak balas ini perlu dilancarkan segera. Namun titik mula usaha ini mesti dengan pembuktian konkrit bahawasanya Tan Sri Azam benar-benar tidak bersalah.
Usahlah kononnya demi memelihara nama baik dan menjamin keadilan untuk Azam maka siasatan dilengahkan. Sebaliknya ia mesti jadi keutamaan. Bersihkan nama baik Azam bermakna mempertahankan maruah Malaysia.
Yang berlaku sekarang ialah rakyat mahu kepastian Azam tidak bersalah. Maka Malaysia wajib bongkar dan dedah siapa sebenarnya pencetus angkara!
Mungkin itulah sebabnya PAS mengambil sikap paling lunak dalam kontroversi saham Azam ini. Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hassan, berkata PAS berpuas hati dengan penjelasan Azam.
Katanya, langkah Azam itu tepat kerana ia membabitkan integriti SPRM sebagai badan penguat kuasa pencegahan rasuah.
Beliau berharap penafian Azam dapat menghentikan tindakan anasir yang sengaja membangkitkan isu itu bagi menimbulkan keraguan dalam kalangan rakyat, sekaligus menggugat kestabilan negara pimpinan Ismail Sabri Yaakob.
Katanya, dengan itu beban pembuktian terletak ke atas pihak yang masih terus membuat dakwaan yang serupa bagi membuktikan segala tuduhan ke atas Ketua Pesuruhjaya SPRM berkenaan berasas.
“Sekiranya tidak, ia adalah sekadar tuduhan melulu dan PAS yakin yang pihak berkuasa akan meneliti kenyataan itu dan menilai seterusnya mengambil tindakan yang adil kepada semua pihak berdasarkan fakta dan undang-undang,” katanya dalam kenyataan media.
Pendirian ini nampak cenderung mencari jalan keluar politik bagi isu yang merumitkan dalam kerajaan hari ini. Ia mengekori pendirian Ismail supaya ruang diberikan kepada siasatan oleh Suruhanjaya Sekuriti selesai.
Namun pendirian Ismail seolah mengelak penubuhan sebuah badan bebas diwujudkan bagi merungkai kontroversi ini. Beliau tidak menetapkan tempoh siasatan.
Sementara itu Ahli Parlimen Pulai, Salahuddin Ayub, menghantar notis usul berkaitan isu pemilikan saham Azam untuk dibahaskan di Dewan Rakyat. Timbalan Presiden Amanah itu mengemukakannya mengikut Peraturan 18(1) Dewan Rakyat supaya ia dapat diterima dan dibahas pada 1 Mac ini, iaitu ketika sesi perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong.
Beliau berharap usul itu diterima dan dibahaskan di Dewan Rakyat, bukannya di Kamar Khas kerana isu terbabit menyentuh persoalan integriti penjawat awam yang menimbulkan persoalan kepercayaan dalam kalangan rakyat.
Bagaimanapun kumpulan bekas penjawat awam, G25, mengesyorkan supaya isu ini dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi memastikan siasatan penuh dapat dilakukan, memandangkan ia mempunyai kepentingan awam selain terdapat banyak perkara perlu dijelaskan.
“Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen kemudian akan menyatakan pandangannya berpandukan semua keterangan, sama ada pembelian saham itu kelakuan wajar di pihak Azam memandangkan kedudukannya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang tanggungjawab memastikan kerajaan bersih, bereputasi baik, dan bebas daripada rasuah.
“Ia juga akan menentukan keseriusan melaksanakan memorandum persefahaman ditandatangani bersama pemimpin pembangkang mengenai pembaharuan bagi memperkukuh sistem tadbir urus negara, antaranya ialah pemerkasaan Parlimen dalam menyelia kerajaan, kementerian, dan agensinya,” katanya.
Di samping itu, tiga pegawai kanan SPRM – Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Ahmad Khusairi Yahaya; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Norazlan Mohd Razali; dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme), Junipah Wandi bangkit membela Azam.
Dalam satu kenyataan, mereka mewakili seluruh warga SPRM menyatakan pendirian menyokong kepimpinan Ketua Pesuruhjaya itu.
Mereka berpendirian bahawa tohmahan dan serangan yang dibuat bermotifkan politik dendam bagi menjatuhkan imej dan kredibiliti SPRM.
“Warga SPRM tetap bersatu hati dalam mempertahankan institusi Ketua Pesuruhjaya dan SPRM demi kelangsungan pencegahan rasuah di negara tercinta,” jelas kenyataan itu.
Isu Azam ini wajib diselesaikan. Sikap bertangguh hanya menjerumuskan Malaysia ke kancah politik yang lebih dalam.
Jika demikian, Azam Baki yang teraniaya. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/01/azam-baki-jadi-bidak-hancurkan-negara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mgnews Isu Azam Baki Rakyat Perlu Bangkit Elak Negara Jadi Korup Ma

Mgnews Isu Azam Baki Rakyat Perlu Bangkit Elak Negara Jadi Korup Ma

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 201 hits
Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik bercakap kepada media selepas membuat laporan polis terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki di IPD Dang Wangi Kuala Lumpur
Wujud Agenda Hukum Azam Baki Sebelum Terbukti Bersalah Dakwa Peja

Wujud Agenda Hukum Azam Baki Sebelum Terbukti Bersalah Dakwa Peja

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 194 hits
Ahmad Faizal Azumu berkata pihak pihak yang lantang bersuara berhubung tuduhan isu urusniaga saham yang melibatkan KP SPRM itu jelas tidak menurut rule of law di mana innocent until proven guilty adalah asas keadilan PETALING JAYA Timbalan ...
Kes Azam Baki Mendedahkan Kegagalan Ketuanan Melayu Dan Keluarga Malaysia

Kes Azam Baki Mendedahkan Kegagalan Ketuanan Melayu Dan Keluarga Malaysia

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 206 hits
The Azam Baki Case is a perfect example of the Failure of Ketuanan Melayu Mail s Malaysian Family Sila sokong kerja saya untuk mencipta video yang lebih bermaklumat Patreon Website Facebook Twitter Instagram
Is The Whistleblower In The Azam Baki Case A Whistleblower

Is The Whistleblower In The Azam Baki Case A Whistleblower

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 387 hits
And this is the crux of the Lalitha Kunaratnam accusation against MACC s Azam Baki She is not a whistleblower because she did not lodge a confidential report to the MACC but published two articles Hence she cannot claim whistleblower status...
Stop Speculations On Azam Baki S Case Says Former Macc Officers Group

Stop Speculations On Azam Baki S Case Says Former Macc Officers Group

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 175 hits
An association representing former MACC officers have urged all quarters to refrain from further speculations pending the outcome of a probe into the shareholding scandal implicating MACC chief commissioner Azam Baki The Association of Form...
Kes Azam Baki Pengerusi Lppr Salahkan Media Kerana Salah Lapor

Kes Azam Baki Pengerusi Lppr Salahkan Media Kerana Salah Lapor

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 128 hits
Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah Abu Zahar Ujang mempersalahkan media berhubung kontroversi yang timbul daripada sidang medianya pada 5 Januari lalu ketika dia mengisytiharkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki tidak melakukan se...
Kes Azam Baki Beri Peluang Siasatan Dijalankan Tidak Wajar Hukum Melalui Perang Media Faizal

Kes Azam Baki Beri Peluang Siasatan Dijalankan Tidak Wajar Hukum Melalui Perang Media Faizal

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 146 hits
Oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki GAMBAR Abd Razak Aid SEMUA pihak perlu menegakkan kedaulatan undang undang atau rule of law di dalam kes yang melibatkan penjawat awam dan tidak sewenang wenang...
Rentasan 1047 Panas Skandal Azam Baki Kini Pm 9 Sahkan Enggan Camp

Rentasan 1047 Panas Skandal Azam Baki Kini Pm 9 Sahkan Enggan Camp

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 160 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 10471 SPRM SEMAKIN BERCELARU 2 CEGAH RASUAH LELUCON DALAM TANGISAN RAKYAT 3 UMRAH APA YANG TAK KENA 4 KERAJAAN BELA AZAM BAKI
Pemberi Maklumat Isu Azam Baki Beli Saham Mempertahankan Maklumat

Pemberi Maklumat Isu Azam Baki Beli Saham Mempertahankan Maklumat

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 258 hits
Pemberi Maklumat Isu Azam Baki Beli Saham Mempertahankan Maklumat Pemberi maklumat K Lalitha yang menulis mengenai pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki dalam dua syarikat senaraian awam mempertahankan laporannya Dalam satu kenya...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Wee Barking Up The Wrong Tree

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Mobile Friendly Free Money The Community Has You Covered

Pelajar Lelaki 14 Tahun Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa

Umur 7 Tahun Sudah Bergelar Tunangan Orang

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Bila Kau Rajin Nak Tolong Kerja Orang

Perjanjian Allah Swt Dengan Kaum Bani Israil