Azalina Mahu Bawa Usul Pecat Ahli Parlimen Lompat Parti


AGENDA DAILY
Datuk Seri Azalina Othman Said meletak jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Dewan Rakyat baru-baru ini.
Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said mahu membawa notis usul bagi membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Pemecatan Ahli Parlimen 2021 untuk memecat mereka yang bertindak melompat masuk parti lain.
Bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu berkata menghantarnya kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat mengikut Peraturan Mesyuarat 49(1) untuk RUU Ahli Yang Bukan Ahli Kerajaan untuk dibentangkan pada persidangan Parlimen yang akan bermula 13 September ini.
“Saya berharap usul ini menjadi titik permulaan untuk memperkenalkan pilihan raya pecat melalui sidang Parlimen, September ini.
“Saya berbesar hati dengan perbincangan di antara kerajaan di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan blok pembangkang dan blok Bebas untuk memperkenalkan undang-undang mencegah lompat parti.
“Bagaimanapun saya menyarankan bentuk terbaik untuk undang-undang mencegah lompat parti adalah untuk memperkenalkan Akta Pemecatan Ahli Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan.
Melalui akta baharu itu nanti, katanya, pengundi boleh menarik semula mandat diberikan kepada wakil rakyat yang membelakangi mereka dan hak untuk memilih wakil rakyat baharu atau mengekalkan penyandang dikembalikan kepada pengundi.
“Setelah 64 tahun kita meraikan kemerdekaan, kini terdapat gejala berleluasa di mana wakil rakyat membelakangi bukan sahaja parti politik yang memberi watikah pelantikan mereka, tetapi juga masyarakat akar umbi yang bersusah payah meraih undi dari pintu ke pintu.
“Lebih-lebih lagi rakyat yang mengundi wakil rakyat berkenaan atas kepercayaan perwakilan mereka sebagai wakil parti politik dan manifesto dijanjikan,” katanya lagi.
Jelasnya, orang ramai mempersoalkan apa ertinya mengundi jika wakil rakyat boleh memajak gadai mandat yang diberikan selepas pilihan raya.
Katanya, pemimpin generasinya harus menerima persaingan antara parti politik sebagai sesuatu yang positif dan menguntungkan rakyat.
“Jika persaingan ini berdasarkan peraturan permainan yang munasabah dan bukan dicetuskan daripada perpecahan parti politik yang memudaratkan, persaingan politik perlu dimurnikan dan bukannya dihapuskan, ditekan, diisi dengan kebencian atau dihuru-harakan.
“Demi kemajuan negara, pemimpin politik generasi saya dan generasi lebih muda mesti berani bermuafakat serta berpakat untuk menjadikan politik itu pilihan kerjaya yang profesional, yang dihormati dan disegani, bukan dikeji atau dicaci.
“Tanggapan rakyat terhadap ahli politik hari ini sangat memalukan dan secara peribadi saya terkilan dengan keadaan ini,” katanya.
Sementara itu, Azalina juga mencadangkan penubuhan Kaukus Reformasi Parlimen dan Demokrasi Pelbagai Parti dalam kalangan Ahli Parlimen yang berminat bagi memperkasakan institusi Parlimen Malaysia dan memartabatkan sistem demokrasi berparlimen di negara ini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/azalina-mahu-bawa-usul-pecat-ahli.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perkenal Pilihan Raya Pecat Wakil Rakyat Cegah Lompat Parti Kata Azalina

Perkenal Pilihan Raya Pecat Wakil Rakyat Cegah Lompat Parti Kata Azalina

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 289 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Antara cara mencegah tindakan lompat parti adalah dengan memperkenalkan pilihan raya untuk memecat wakil rakyat kata Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said Dalam perkongsian berbentuk FAQ berkenaan Akta Mence...
Usul Ruu Pecat Mp Lompat Parti Diterima Dewan Rakyat

Usul Ruu Pecat Mp Lompat Parti Diterima Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 238 hits
AGENDA DAILY Yang di Pertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Harun Rang Undang Undang Perlembagaan 2021 dan juga RUU Pemecatan Ahli ahli Parlimen 2021 yang didapati melompat parti sudah diterima Dewan Rakyat ia disahkan Yang di Pertua Dewan Datuk A...
Ngo Antirasuah Veteran Politik Sokong Akta Pecat Mp Lompat Parti

Ngo Antirasuah Veteran Politik Sokong Akta Pecat Mp Lompat Parti

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 259 hits
NGO antirasuah veteran politik sokong akta pecat MP lompat parti Veteran Umno dan kumpulan antirasuah tampil mendukung usaha Azalina Othman Said untuk memperkenalkan undang undang bagi memecat anggota parlimen yang melompat parti Setiausaha...
Sebab Apa Ahli Parlimen Tak Boleh Tukar Parti

Sebab Apa Ahli Parlimen Tak Boleh Tukar Parti

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 354 hits
Ada cadangan untuk menggubal undang undang yang akan mengharamkan ahli parlimen menukar parti Bukan ke itu akan melanggar Perkara 10 di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia
Najib Ketuai Kumpulan Pertama Ahli Parlimen Bn Naiki Bas Ke Istana Negara

Najib Ketuai Kumpulan Pertama Ahli Parlimen Bn Naiki Bas Ke Istana Negara

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 292 hits
Muhyiddin Azmin Najib antara kumpulan kedua menghadap Agong KUALA LUMPUR Kumpulan pertama ahli ahli Parlimen Barisan Nasional yang tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah ...
Ismail Sabri Sah Bakal Pm Ke 9 Dengan Sokongan 114 Ahli Parlimen

Ismail Sabri Sah Bakal Pm Ke 9 Dengan Sokongan 114 Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 573 hits
Dato Seri Ismail Sabri Foto AwaniSeramai 114 ahli parlimen akan dipanggil ke Istana Negara hari Kesemua ahli ahli parlimen berkenaan akan tiba dalam lima kumpulan bermula jam 10 pagi Mereka terdiri daripada ahli parlimen daripada Gabungan P...
Akta Lompat Parti Boleh Dilaksanakan

Akta Lompat Parti Boleh Dilaksanakan

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 247 hits
Akta lompat parti boleh dilaksanakan Penggubalan undang undang anti lompat parti boleh dilakukan di Dewan Rakyat dan berfungsi mengurangkan krisis pertukaran kerajaan tanpa membabitkan pindaan hak berpersatuan di bawah Perkara 10 Perlembaga...
Cadangan Recall Election Hapuskan Lompat Parti Dalam Politik

Cadangan Recall Election Hapuskan Lompat Parti Dalam Politik

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 278 hits
LIM GUAN ENG KUALA LUMPUR Cadangan mengenai pelaksanaan pilihan raya bagi memecat wakil rakyat yang lompat parti atau recall election di sambut baik pembangkang Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng berkata pelaksanaan cadangan itu akan memberi ...
Kesemua 114 Ahli Parlimen Sokong Ismail Sabri Sudah Selesai Menghadap Agong

Kesemua 114 Ahli Parlimen Sokong Ismail Sabri Sudah Selesai Menghadap Agong

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 393 hits
gerakmalaysia comby KUALA LUMPUR Seramai 114 Ahli Parlimen mewakili Barisan Nasional Perikatan Nasional dan Gabungan Parti Sarawak serta bebas selesai menghadap Yang di Pertuan Agong di Istana Negara sebentar tadi Sesi terakhir menghadap Al...
Dbkl Reforms Kampung Baru And Pardons Yeoh S New Job Pressures

Seramai 2 603 Orang Mangsa Daripada 8 104 Keluarga Berada Di 68 Pusat Pemindahan Sementara Di Pahang Setakat Pagi Ini

Malaysia Rekod 198 992 Kematian Pada 2024 Ischaemic Heart Diseases Punca Utama

Emas Kembali Ke Pangkuan Negara Trio Juwaidi Aqil Dan Aiman Cipta Detik Gemilang

Air Kelihatan Bersih Tetapi Tidak Semestinya Selamat Isu Ppcps Dan Penyelesaian Lestari

Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year

Malaysia Tamatkan Kemarau Emas Sepak Takraw Silat Dan Badminton Di Sukan Sea

Patut Ke Guna Ai Bot Kripto Ini Yang Anda Perlu Tahu


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Hentian Rehat Rawat Seremban

Play88 Malaysia Online Casino The Trusted Choice

Perancangan Kewangan 2026 Cara Urus Duit Dengan Lebih Teratur

Alahai Blog Tak Boleh Follow Ini Yang Saya Buat

Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Kenapa Tangan Kita Tiba Tiba Terjadi Lebam Tanpa Sebab