Akta Lompat Parti Boleh Dilaksanakan



Akta lompat parti boleh dilaksanakan. Penggubalan undang-undang anti lompat parti boleh dilakukan di Dewan Rakyat dan berfungsi mengurangkan krisis pertukaran kerajaan tanpa membabitkan pindaan hak berpersatuan di bawah Perkara 10(1)(c) Perlembagaan Negara.
Pensyarah Undang-Undang dan Perlembagaan Malaysia di Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Dr Khairil Azmin Mokhtar berkata, ini kerana hanya Parlimen mempunyai hak untuk menyekat hak berpersatuan sama ada untuk menubuhkan, penyertai atau meninggalkan persatuan atau parti.
Bagaimanapun menurutnya, penggubalan undang-undang tersebut hanya dibenarkan jika ia dibuat demi keselamatan, ketenteraman awam atau prinsip moral.
“Tiga perkara tersebut adalah alasan yang dibenarkan oleh perlembagaan hanya untuk Parlimen membuat undang-undang anti lompat parti.
“Dalam Perkara 10(2)(c) Perlembagaan Negara, hanya Parlimen yang berhak iaitu melalui undang-undang mengenakan ke atas hak untuk membentuk persatuan, apa-apa sekatan yang didapati perlu atau manfaat, demi kepentingan alasannya keselamatan, ketenteraman awam atau prinsip moral,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
Beliau berkata demikian ketika mengulas pandangan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang mencadangkan agar akta lompat parti dapat diwujudkan bagi mengelakkan pertukaran kerajaan pada masa akan datang.
Tambah beliau, dalam situasi ketika ini kerajaan Persekutuan melalui Parlimen boleh meneruskan usaha meluluskan akta yang menghalang ahli Dewan Rakyat atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) melompat parti jika dipersetujui semua pihak.
“Buat masa ini, kelulusan akta di Parlimen mungkin sudah mencukupi kerana pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan memerlukan sokongan dua pertiga majoriti selain mengambil tempoh yang lama untuk diselesaikan.
“Bagaimana mekanisme pelaksanaan akta itu nanti perlu diperincikan di Parlimen.
“Salah satu cara yang boleh dilaksanakan ialah jika ahli Parlimen atau ADUN bertukar parti dengan sukarela, secara automatik kerusi tersebut akan dikosongkan atau berlaku kekosongan luar jangka,” katanya.
Namun, jelas beliau, untuk peringkat Persekutuan, mekanisme tersebut mungkin memerlukan pindaan kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan sokongan sekurang-kurangnya dua pertiga ahli daripada dua Majlis Parlimen (Dewan Rakyat dan Dewan Negara).
Bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) pula, memerlukan pindaan terhadap perlembagaan atau undang-undang tubuh negeri.
Sementara itu, bagi Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood, sebuah undang-undang anti lompat parti seharusnya dibuat oleh Parlimen sebagai undang-undang khas atau membuat pindaan kepada perlembagaan.
Namun, ujar beliau, memandangkan pindaan perlembagaan memerlukan dua pertiga majoriti, lebih mudah untuk melaksanakan undang-undang khusus yang hanya perlu sokongan majoriti mudah di Parlimen.
“Undang-undang tersebut hendaklah memperuntukkan larangan seorang ahli Dewan Rakyat atau ADUN untuk berpindah sokongan daripada parti yang mereka wakili selepas pilihan raya umum (PRU) atau pilihan raya kecil (PRK).
“Ini juga termasuk melarang mereka menjadi wakil rakyat bebas selepas bertanding dalam PRU atau PRK.
“Pada masa sama, undang-undang ini mestilah mempunyai kesan untuk mengosongkan kerusi wakil rakyat yang melompat parti dan PRK perlu diadakan untuk kembalikan mandat memilih pemimpin kepada rakyat,” katanya.
Akta lompat parti boleh dilaksanakan
Baca Artikel Menarik :
Pesakit Covid-19 Tumbuk Jururawat Sebelum Cuba Lari Dari Hospital Tunai umrah bersama, rakan baik songlap duit Azalina digesa dilantik sebagai Menteri KDN Dari Penternak Kambing Ke Laman Rumah Mentua, Kini Mr. Pepper Ada Kilang Sendiri Most Eligible Royal Bachelor Of Malaysia Azmin as DPM? Mediocrity breeds mediocrity Beri peluang Ismail Sabri jadi Menteri Kewangan Rakyat nak pembaharuan, nama kerajaan tak penting – Najib Sultanah akan beri keterangan dalam saman fitnah Resepi Kek Paun Lemon Sedap Lantik Azmin sebagai TPM umpama bunuh diri Layari Laman Facebook MYKMU
Kebijaksanaan Agong jayakan gencatan politik Ismail Sabri-PH

The post Akta lompat parti boleh dilaksanakan appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/08/26/akta-lompat-parti-boleh-dilaksanakan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pbs Sokong Undang Undang Anti Lompat Parti

Pbs Sokong Undang Undang Anti Lompat Parti

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 264 hits
Parti Bersatu Sabah menyokong dan mengalu alukan pengumuman dan kenyataan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin petang kelmarin untuk memperkenal dan membentangkan Rang Undang Undang Anti Lompat sekiranya mendapat sokongan rentas parti d...
Tidak Semua Parti Boleh Berlaku Jujur

Tidak Semua Parti Boleh Berlaku Jujur

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 200 hits
Ada yg kata boleh tak umno kali ini bantu PH utk letak PH sbg PM sebagaimana PH bantu Umno jadi MB Perak gantikan Peja dulu Saya kata sudah tentu boleh kalau Umno parti yang jujur dan berpegang kpd prinsip tidak akan bantu spesis kerajaan g...
Sebab Apa Ahli Parlimen Tak Boleh Tukar Parti

Sebab Apa Ahli Parlimen Tak Boleh Tukar Parti

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 201 hits
Ada cadangan untuk menggubal undang undang yang akan mengharamkan ahli parlimen menukar parti Bukan ke itu akan melanggar Perkara 10 di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia
Bibit Lompat Parti Di Sabah Bahayakan Kerajaan Grs

Bibit Lompat Parti Di Sabah Bahayakan Kerajaan Grs

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 276 hits
GRS merangkumi gabungan Perikatan Nasional BN dan Parti Bersatu Sabah yang membentuk kerajaan negeri selepas menang Pilihan Raya Negeri pada 26 September lalu Perubahan dinamik politik nasional akan membawa kepada perubahan di peringkat neg...
Azalina Mahu Bawa Usul Pecat Ahli Parlimen Lompat Parti

Azalina Mahu Bawa Usul Pecat Ahli Parlimen Lompat Parti

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 153 hits
AGENDA DAILY Datuk Seri Azalina Othman Said meletak jawatan sebagai Timbalan Yang di Pertuan Dewan Rakyat baru baru ini Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said mahu membawa notis usul bagi membentangkan Rang Undang Undang Pem...
Perkenal Pilihan Raya Pecat Wakil Rakyat Cegah Lompat Parti Kata Azalina

Perkenal Pilihan Raya Pecat Wakil Rakyat Cegah Lompat Parti Kata Azalina

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 161 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Antara cara mencegah tindakan lompat parti adalah dengan memperkenalkan pilihan raya untuk memecat wakil rakyat kata Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said Dalam perkongsian berbentuk FAQ berkenaan Akta Mence...
Cadangan Recall Election Hapuskan Lompat Parti Dalam Politik

Cadangan Recall Election Hapuskan Lompat Parti Dalam Politik

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 158 hits
LIM GUAN ENG KUALA LUMPUR Cadangan mengenai pelaksanaan pilihan raya bagi memecat wakil rakyat yang lompat parti atau recall election di sambut baik pembangkang Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng berkata pelaksanaan cadangan itu akan memberi ...
Hiburan Dikritik Tak Boleh Pergi Jauh Kerana Saiz Badan Dina Nadzir Syukur Rezeki Melimpah Ruah

Hiburan Dikritik Tak Boleh Pergi Jauh Kerana Saiz Badan Dina Nadzir Syukur Rezeki Melimpah Ruah

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 225 hits
Penyanyi dan juga penyampai radio Dina Nadzir mengakui bahawa ada sesetengah orang pernah mengkritik dan juga memandang rendah terhadap dirinya ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementUjar Dina ada yang memberi tanggapan negatif pada awal kemunculan...
218 Fibonaci

Kecewa Makanan Potluck Sekolah Anak Tak Disentuh Ikutlah Apa Budak Suka Makan Bukan Kita

Guideline Needed For Maintenance Of Old Trees In Kl Ft Minister

Biodata Faisal Halim Pemain Bolasepak Viral Malaysia

Persediaan Awal Haji

5 Tips And Ways That Can Help You To Reduce Body Fat

Wanita Dikenakan Bayaran Rm9 55 Untuk Nasi Putih Dan Telur Goreng Bungkus

Kkb Poll Indian Voters Might Make All The Difference



Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri


Porsche Design Honor Magic V2 Rsr Menang Red Dot Award Product Design 2024

3 Cara Menuju Ikn Ibu Kota Negara Baru Indonesia

0138002039 Scammer Maybank Panggilan Palsu

Empat Maut Mpv Dan Kereta Api Berlanggar

Lelaki Ditangkap Curi Kawal 25 000 Akaun Facebook

Anwar Ibrahim Terima Mandat Rakyat