Ayu Damit Mengharap Tuah Cubaan Ketujuh







TIADA istilah putus asa dalam kamus kehidupan penyanyi yang juga ahli perniagaan, Ayu Damit.

Walaupun namanya dalam industri muzik tempatan tidak segah penyanyi lain, Ayu tidak pernah berhenti bekerja keras.

Setiap tahun, dia antara penyanyi yang sentiasa akan mencuba nasib menyertai program Gegar Vaganza (GV). Namun, rezeki belum berpihak kepadanya.

Tahun ini, pintu rezekinya dibuka dan nama penyanyi lagu Hanya Di Mercu ini tersenarai dalam 14 peserta program fenomena itu.

"Alhamdulillah, tahun ini saya diberi peluang menyertai GV musim ketujuh. Setiap tahun, saya menyertai uji bakat GV musim pertama sehingga musim keenam. Saya juga pernah sekali mencuba nasib pada uji bakat Gema Gegar Vaganza. Namun, semuanya gagal.

"Apabila tak dapat, ada rasa sedih dan kecewa juga. Namun, sepanjang saya berada dalam industri hiburan, saya belajar untuk tidak berputus asa dan terus mencuba," katanya.

Ditanya mengenai khabar angin mengatakan suami menghalangnya daripada menerima tawaran nyanyian di luar supaya lebih fokus kepada latihan, Ayu menolak dakwaan itu.

"Bukanlah dia menghalang atau suruh saya berhenti menyanyi di luar, cuma dia sentiasa ingatkan saya supaya beri tumpuan kepada latihan dan persiapan memandangkan peluang ini bukan datang setiap hari.

"Jadi, pihak Indigital yang menguruskan karier saya ada melantik Bob Yusof sebagai guru vokal. Walaupun Bob cakap saya sudah boleh menyanyi, saya perlu belajar banyak benda lagi untuk memantapkan persembahan," katanya.

Menurut Ayu, suaminya menjadi penggerak untuknya terus menjaga stamina.

"Setiap pagi, dia akan 'push' saya supaya bersenam padi awal pagi dan mengumpul stamina. Ini penting untuk memantapkan tenaga saya ketika membuat persembahan," katanya.

Bercerita mengenai cabaran yang bakal dilaluinya, juara program One in a Million (OIAM) musim kedua itu mengakui bimbang dengan genre yang bakal menjadi tugasan untuk konsert mingguan.

"Seperti yang ramai tahu, saya menyanyi di hotel dan selalunya, genre yang sering saya persembahkan adalah balada dan beberapa lagu Inggeris. Kalau lagu tradisional dan lagi dangdut pun, saya pernah persembahkan.

"Yang menjadi kerisauan adalah kalau ada tugasan untuk menyanyikan lagu hip hop atau rap. Itu tentunya akan menjadi cabaran buat diri saya," katanya.

Ayu berharap kemunculannya dalam GV7 akan diterima baik dan mendapat sokongan daripada peminatnya.

"Harapan saya, semoga mereka yang meminati saya sejak zaman OIAM akan terus menyokong dalam GV7. Saya dan semua peserta akan cuba memberikan persembahan terbaik," katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://artismeletop.blogspot.com/2020/10/ayu-damit-mengharap-tuah-cubaan-ketujuh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Negeri Di Minta Siasat Cubaan Bawa Masuk Calon Pengurus Besar Pintu Belakang

Kerajaan Negeri Di Minta Siasat Cubaan Bawa Masuk Calon Pengurus Besar Pintu Belakang

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 293 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang diminta menyiasat dakwaan kekosongan jawatan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser akan diisi oleh calon pintu belakang Menurut sumber kekosongan untuk jawatan berkenaan telah diiklankan oleh PKBF da...
Senarai Peserta Terbaru Program Gegarvaganza 2020 Musim Ketujuh

Senarai Peserta Terbaru Program Gegarvaganza 2020 Musim Ketujuh

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 600 hits
Gegarvaganza 2020 dah nak mula dah ni Sebelum tu jom kita tengok senarai peserta terbaru program Gegarvaganza untuk musim ketujuh ini Sedar tak sedar program GV sudah masuk musim ketujuh tetapi ada 8 pemenang Kita sedia maklum pada terdapat...
Gegar Vaganza Musim Ketujuh Kembali Dengan 14 Peserta

Gegar Vaganza Musim Ketujuh Kembali Dengan 14 Peserta

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 413 hits
PROGRAM realiti popular Gegar Vaganza musim ketujuh membariskan 14 peserta berbanding 12 peserta dalam musim terdahulu Mereka adalah Mus MAY Yantzen Cliff Umar Aju Oja Nomad Noraniza Idris Rozita Izlyn Ayu Damit Linda Nanuwil Ashira Haslind...
Hampir Terima Surat Mengandungi Racun Trump Terlepas Cubaan Bunuh

Hampir Terima Surat Mengandungi Racun Trump Terlepas Cubaan Bunuh

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 280 hits
WASHINGTON 21 Sept Pihak berkuasa sempadan menahan seorang suspek wanita kerana didakwa menghantar surat mengandungi racun risin ke White House Menurut agensi berita Sputnik memetik laporan NBC Chicago seorang pegawai penguatkuasa undang un...
Hamzah Dakwa Ada Cubaan Sogok Polis Tutup Isu Tanduo

Hamzah Dakwa Ada Cubaan Sogok Polis Tutup Isu Tanduo

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 174 hits
KOTA KINABALU Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin hari ini mendakwa ada wakil calon dari sebuah parti politik pada Pilihan Raya Negeri Sabah cuba menyogok anggota polis bagi menutup isu ucapan seorang calon parti itu mempersenda...
3h2m Selera Hang Tuah

3h2m Selera Hang Tuah

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 290 hits
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Tiba tiba hujan pula balik dari Masjid Cina Melaka tu lebat pula tu memang gelap terus buat lagi perut laparKK pun bawa kereta perlahan dengan lebat permandangan jadi terhad pula fikir pula jalan jadi l...
Kegagalan Cubaan Rampasan Kuasa Di Sabah Oleh Warisan

Kegagalan Cubaan Rampasan Kuasa Di Sabah Oleh Warisan

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 260 hits
Selepas PRN Sabah WARISAN Plus mahu mengulangi cara ia membentuk kerajaan Sabah pada Mei 2018 Salah satu tawaran terbaik WARISAN Plus adalah kepada Presiden sebuah parti GRS Seorang ahli politik menelefon Presiden itu dan menawarkan beliau ...
Penyamun Panik Cubaan Merompak Gagal

Penyamun Panik Cubaan Merompak Gagal

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 125 hits
Batu Gajah Juruteknik sebuah syarikat kawalan keselamatan berdepan detik cemas diacu senjata dipercayai pistol oleh seorang lelaki dalam cubaan samun di kaki lima sebuah bank di pekan Batu Gajah di sini hari ini Ketua Polis Daerah Batu Gaja...
Jarang Tampil Di Televisi Hingga Tak Terlihat Berada Di Rumahnya Ayu Ting Ting Dikabarkan Terinfeksi Covid 19

Jarang Tampil Di Televisi Hingga Tak Terlihat Berada Di Rumahnya Ayu Ting Ting Dikabarkan Terinfeksi Covid 19

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 199 hits
Ayu Ting Ting dikabarkan terjangkit virus corona Kabar itu diberitakan oleh Selebrita Trans 7 saat dirinya bersama keluargabya melakukan tes swab Kini Ayu Ting Ting jarang terlihat tampil di televisi Ivan Gunawan juga mengatakan lama tak be...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Pemilik Kereta Tertekan Hon Kerana Panik Polis

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat Pacific Senior Living Bersinar Semasa Sambutan Hari Raya

M U S M

Data Drives Dollars How Competitive Intelligence Optimizes Sales Marketing Roi

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Cabaran Getir Menanti Ph Di Kkb

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote