Ayob Khan Nyatakan Kertas Siasatan Anak Vincent Tan Diserah Pejabat Peguam Negara
KUALA LUMPUR – Hasil siasatan membabitkan kes pertuduhan anak ahli perniagaan, Tan Sri Vincent Tan yang ditangkap atas kesalahan dadah telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk tindakan lanjut.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Ayob Khan Mudin Pitchay berkata, kes berkenaan berlaku pada Disember 2019 dan keputusan untuk mendakwa suspek mengikut seksyen berkaitan bergantung kepada AGC.
“Tuduh atau tidak itu kena tanya Pejabat Peguam Negara (AGC) kita, dah buka siasatan pada Disember 2019 dan sudah menyerahkan hasil siasatan.
“Kita tidak terima sebarang laporan polis berhubung perkara ini,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada Isnin.
19 Februari lalu, bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas menafikan dakwaan dirinya menerima rasuah semasa mengendalikan kes jenayah melibatkan anak lelaki ahli perniagaan terkenal terbabit.
Kata Tommy, selepas tertuduh didakwa, peguam-peguam tertuduh mengemukakan representasi bertulis kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) agar keputusan pertuduhan dipertimbangkan semula.
Dakwaan terhadap Tommy Thomas itu dibuat di akaun Twitter Edisi Khas dalam satu hantaran.
Dalam ciapannya, Edisi Khas mendakwa salah seorang anak lelaki Vincent Tan ditahan atas kesalahan dadah pada 2019 tetapi telah ditutup oleh Tommy Thomas.
Baca Artikel Menarik:
PRN Johor: BN dilihat lebih terkehadapan – Penganalisis
Hampir 400 Pelancong Terkandas Di Pulau Perhentian Ekoran Cuaca Buruk [VIDEO]
BN Tidak Amal Politik Balas Dendam, ‘Kita Bukan Jenis Balas Dendam’
Calon MUDA adalah calon kitar semula Pakatan Harapan
Anwar kecewa dan kesal kerana mempercayai MUDA
Tiada seorang anak saya ditawar kerja dengan Goldman Sachs – Najib
Leissner sogok suami Zeti
Pengerusi EAIC tak tahu bagaimana sistem polis berfungsi – Hamid
Saya tak ada kroni – Mahathir
Mahkamah tolak rayuan Anwar kembalikan semula saman kes liwat
Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api
Shashic minta Shuk turunkan ilmu curang
M’sian Penthouse Adult Model Releases A Song & Netizens Are Amazed By The MV And Her Voice
Gempar! Babi Hutan Pecah Masuk Rumah, Selamba Lepak Atas Sofa
Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]
Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin
Zul Yahya bodohkan KJ (Video)
#PRNJohor: Pengundi Cina Mula Tinggalkan DAP
The post Ayob Khan nyatakan kertas siasatan anak Vincent Tan diserah pejabat Peguam Negara appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/02/28/ayob-khan-nyatakan-kertas-siasatan-anak-vincent-tan-diserah-pejabat-peguam-negara/