Anak Vincent Tan Dapat Peluang Kedua Bagaimana Orang Lain Tommy Perlu Jawab
KUALA LUMPUR: Khai (bukan nama sebenar) berasa agak kecewa sebaik mendapat tahu bekas Peguam Negara (AG) Tommy Thomas telah mengurangkan pertuduhan memiliki dadah yang dihadapi anak lelaki taikun Vincent Tan.
Walaupun dia memahami bahawa Peguam Negara mempunyai hak prerogatif untuk berbuat demikian, namun Khai tidak dapat menahan dirinya daripada mempersoalkan mengapa adiknya yang masih berusia awal 30an tidak diberi peluang kedua yang sama.
Adiknya, Jay (bukan nama sebenar) menjalani hukuman penjara seumur hidup. Dia telah ditahan bersama 1 kilogram (kg) ganja ketika berusia 25 tahun.
Seperti juga anak taikun itu, Jay didakwa di bawah Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya 1952. Namun, pertuduhan terhadap anak lelaki Tan telah dikurangnya, Jay pula dibicarakan, didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati.
Hukumannya kemudiannya diubah kepada penjara seumur hidup.
“Saya tidak mempersoalkan bidang kuasanya (AG). Tetapi saya hanya memikirkan mengenai adik saya. Mengapa dia tidak boleh dilayan seperti orang itu (anak lelaki taikun)?
“Dia masih muda. Dia masih mempunyai masa depan yang cerah. Dia tidak memiliki sebarang rekod jenayah sebelum penahanan itu,” kata Khai kepada FMT.
Minggu lalu, Thomas menafikan dakwaan bahawa beliau bertindak secara korup semasa berkhidmat sebagai Peguam Negara dalam kes anak taikun Vincent Tan, yang ditahan atas kesalahan dadah.
Thomas berkata, seperti lazimnya dalam hal jenayah, peguam tertuduh mengemukakan representasi bertulis kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menimbang semula keputusan mengenakan tuduhan.
“Setelah mengkaji representasi dan kertas siasatan, menyemak peruntukan berkaitan dan perbincangan dengan pegawai kes, saya ingat (saya) mengurangkan pertuduhan,” katanya.
Khai berkata keluarganya, menerusi peguam mereka, telah mengemukakan tiga representasi bertulis kepada AG sebelum itu untuk memohon pertuduhan itu ditarik balik tetapi tidak berjaya.
Keluarga itu juga telah mengemukakan surat kepada Istana Selangor untuk mendapatkan pengampunan diraja untuk Jay.
“Setiap kali berjumpa, dia akan mengingatkan kami untuk menulis surat kepada istana untuk mendapatkan pengampunan diraja. Saya harap satu hari nanti Sultan akan mempertimbangkan rayuan kami,” katanya.
Baca Artikel Menarik:
KPM beri pilihan sekolah jalankan PdPR – Alamin
Tiada seorang anak saya ditawar kerja dengan Goldman Sachs – Najib
Leissner sogok suami Zeti
Pengerusi EAIC tak tahu bagaimana sistem polis berfungsi – Hamid
Saya tak ada kroni – Mahathir
Mahkamah tolak rayuan Anwar kembalikan semula saman kes liwat
Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api
Shashic minta Shuk turunkan ilmu curang
M’sian Penthouse Adult Model Releases A Song & Netizens Are Amazed By The MV And Her Voice
Gempar! Babi Hutan Pecah Masuk Rumah, Selamba Lepak Atas Sofa
Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hibah Tabung Haji Mengecewakan, Tiada Lagi Agenda Memperkasa Ekonomi Ummah – Najib Razak
Mahathir disenarai pemimpin no. 6 terkaya di dunia dengan kekayaan RM188 billion
Kenyataan Media BNM amat mengejutkan Najib
The post Anak Vincent Tan dapat peluang kedua, bagaimana orang lain, Tommy perlu jawab! appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/02/26/anak-vincent-tan-dapat-peluang-kedua-bagaimana-orang-lain-tommy-perlu-jawab/