Ayat Terbaik Untuk Lenturkan Ego Anak Sulung Apabila Dapat Adik Baru



Inilah taktik paling mudah dan berkesan yang saya gunakan untuk 'lenturkan' ego Kakak.
Maklumlah, anak sulung ni kekadang, ada 'perangai' dia tersendiri bila dia dah dapat adik baru.

Ayat Terbaik Untuk Lenturkan Ego Anak Sulung Apabila Dapat Adik Baru
Credit Pic : SUMBER
Ada 5 'ayat keramat' yang boleh digunakan supaya anak sulung langsung tak mengganggap adiknya adalah 'pencabar' baru kedudukannya sebagai makhluk paling disayangi ibubapa.

Ayat Terbaik Untuk Lenturkan Ego Anak Sulung Apabila Dapat Adik Baru
Dan yang penting, ayat keramat ni bukan sekadar nak 'diamkan' anak sulung ketika marah saja, tapi nak INSTALL THE RIGHT BELIEF SYSTEM tentang SIAPA DIRINYA DI MATA IBUBAPA. InshaALLAH, kena dengan caranya, anak sulung kita akan jadi PEMBANTU kita yang cemerlang dalam menjadi contoh tauladan kepada semua adik-adiknya.

Adiknya umur berapa tahun, tak jadi masalah. Yang penting, taktik ni dah boleh dipraktis untuk anak sulung yang dah berumur 2 tahun ke atas, atau yang dah boleh faham bahasa. Seeloknya, mula 3 tahun ke 4 tahun ke atas. 

Cuba try gunakan ayat ni depan anak sulung, dan perhatikan bagaimana 'egonya' lentur secara tiba-tiba, dari menjadi PESAING adik-adik, dia boleh berubah menjadi 'PELINDUNG'  juga buat adik-adiknya.


1. SITUASI BEREBUT BARANG

Selalu kan, anak-anak ni suka berebut barang atau mainan?
Kalau anak-anak berebut barang, jangan sewenang-wenang menangkan adik yang kecil yang tak mengerti apa-apa lagi.

Tapi jagalah perasaan si anak sulung yang dah mula pandai kecil hati dan cemburu itu. Jadi, dalam situasi berebut barang, tunjukkan macam kakak yang menang secara halus.

Guna ayat keramat, "Adik, minta izin dulu dari Kakak/Abang.." Walaupun adik baru berusia 6 bulan yang mana takkan faham pun minta izin tu apa, tapi sebenarnya kita bukan bercakap dengan adik, kita sebenarnya 'bercakap' dengan si anak sulung untuk rendah dan buangkan ego dia, biar dia mengalah, biar dia lembut hati dengan adiknya selalu.

Selalunya, lepas suruh adik 'minta izin' untuk guna sesuatu barang, automatik Kakak pun akan bagi izin dan BERHENTILAH sudah adegan berebut barang dalam masa kurang 10 saat.

Tak perlu berleter pada Kakak suruh mengalah, atau beri arahan kasar suruh Kakak jangan berebut atau sebagainya. Cara marah dan guna kuasa veto suruh kakak lepas barang pada adik, MEMANG BERKESAN kadangnya, tetapi IANYA AKAN MENINGGALKAN KESAN yang TIDAK BAIK terhadap hubungan adik dan kakak untuk jangka panjang. Guna taktik ayat keramat di atas, inshaALLAH, kakak mengalah, hubungan adik beradik pun lebih ceria selepas ini.

Jangan terkejut kalau tiba-tiba nanti semua toys kakak dia sanggup kongsikan dengan adik tanpa drama derita dan air mata lagi. InshaALLAH.


2. SITUASI BERGADUH, SI ADIK MENJERIT

Ni commonlah kan. Adik tak pandai cakap lagi, bila dia marah atau tidak berpuas hati, dia akan menjerit dan menangis. Lepastu, bila seorang dah menjerit,si kakak/abangi pun selalunya akan sama-sama menjerit dan guna intonasi tinggi sebab tak puas hati atau sebab rasa TERANCAM mendengar adik menjerit.

Ye lakan, selalu bila adik menjerit mesti ibubapa serbu dan terus menyalahkan anak sulung, kan?

Jadi, jeritan adik sangat memberi 'ancaman' yang build 'tense' dalam diri Kakak/abang. Tense ni lama-lama akan buat Kakak/Abang akan membenci adik sebab sikit-sikit menangis dan at last, dia yang kena.

Maka, kakak/abang dengan adik masing-masing jadi tak rapat kerana Kakak/Abang yang lebih selesa 'mengelakkan' diri dari si adik. Perasan kan masalah ni?

Jadi kembali pada situasi jerit-jerit ni, memang kita perlu tenangkan Si Adik. Ada kalanya, adik marah tu SEBAB ANAK SULUNG/KAKAK/ABANG yang menajdi pengacau.

Jadi, kita gunakan ayat keramat "Adik, cakap elok-elok dengan Kakak.." Sebagai hint, nak beritahu pada Kakak, "Kakak dulu yang kena ajar adik bercakap dengan baik.."

Adik yang berteriak menangis tu kita tenangkan macam biasa. Dan Kakak yang dengar ayat keramat tu pun, secara spontan akan mula 'lembut' dan tone down. Tiba-tiba, dia pun juga mengadu dengan nada suara yang rendah. Tiada lagi adegan jerit-jerit marah-marah. Mudah kan?

"Anak faham ke reverse phsychology macam ni...?"

Jawapan saya, inshaALLAH, anak faham. Tapi bukan buat sekali dua, buatlah beberapa kali. Jangan harap express result ya. Kita pun belajar sesuatu, kena ulang berkali-kali. Sama jugalah dengan anak-anak. Beri masa. Sabar itu adalah 'Basic' dalam mendidik anak-anak.


3. SITUASI MINTA ANAK SULUNG JAGAKAN ADIK

Ni antara ayat yang paling kerap saya guna.

Untuk ajar Kakak/Abang menjadi Kakak/Abang yang betul-betul seorang yang bertanggungjawab dan boleh diharap tengok-tengokkan adik sementara saya meeting, mengajar, memasak, kemas rumah dan sebagainya. 

Untuk pastikan sesi Kakak/Abang babysitting adik berjalan tanpa adegan yang tak diingini, awal-awal lagi saya akan pesan kepada adik, TAPI MAKE SURE KAKAK YANG DENGAR YA.. "Adik, Adik dengar cakap Kakak/Abang ya.." 

Dan kemudian, sambunglah dengan segala nasihat kita bagi si Kakak pula. Contohnya, "Adik, adik dengar cakap kakak ya. Kakak tak bagi panjat pagar, adik jangan panjat ya.. Kakak suruh makan duduk, adik duduk ya. Adik DENGAR CAKAP kakak ya.."

Dan kemudian, baru ulang semula skrip di atas kepada Kakak pula. Selalunya, kalau adik buat apa-apa perkara yang bahaya atau yang saya tegah awal-awal, memang Kakak akan bertindak sebagai penjaga dan penyelamat yang sangat berjaya. Dia takkan biar adiknya sendirian dalam bahaya. Syaratnya, kena buat taktik di atas.

Automatik, perasaan sebagai SEORANG KAPTEN KAPAL YANG BERTAGGUNGJAWAB terhadap anak kapalnya, akan terus teraktif dalam diri Kakak.


4. SITUASI PUJUK ANAK SULUNG YANG MERAJUK/KECIK HATI

Selalunya, anak yang berusia 2 tahun ke atas dah mula pandai merajuk . Simple, sebabnya keinginan yang tak dipenuhi selalunya.

Logik anak-anak ni, kalau ibubapa sayang mereka dan hargai mereka, semua kehendak mereka mesti akan ditunaikan. Mereka tak faham, kadang-kadang, larangan dan amaran juga adalah salah satu tanda kita sayang mereka.

Jadi, dalam situasi anak-anak merajuk ni, depan-depan adik, kita keluarkan ayat keramat kita. Make sure, kakak dengar. "Adik, tengok Kakak lukis ni, hebat kan Kakak? SubhanALLAH.." atau

"Adik, tadi Kakak solehah sangat, sebab Kakak tolong ibu kemas mainan tadi.. Adik TIRU/IKUT PERANGAI KAKAK ya.."

By the time anak sulung dengar yang DIA KENA JADI CONTOH/ROLE MODEL kepada adik-adik, selalunya dia pun akan terus sejuk dan tak jadi nak buat perangai tak solehah dia.

Ya, anak-anak umur 3 tahun ke atas, sudah boleh tahu perangai soleh dan perangai tak soleh. Dia boleh relate, mana perangai dia patut buat, dan mana yang dia patut tak buat. Dengar ayat keramat tadi, terus dia malu nak buat perangai yang bukan-bukan.


5. SITUASI SEMASA BEREBUT PERHATIAN IBU/AYAH & ANAK SULUNG CEMBURU
Normallah kadang-kadang anak sulung ambil masa untuk 'move on' dan terima hakikat yang dia kini berkongsi kasih sayang bersama adiknya.
Kekadang, masa kita nak menyusukan, memberi makan, layan adik atau apa saja dengan adik, time itu jugalah kakak pun buat-buat terdesak nak itu ini sampai tergendala kerja kita. Dalam situasi ni, ingat ibubapa, jangan sekali-kali mengabaikan perasaan anak sulung.
Anak sulung kita dah pandai 'merajuk' dan pandai 'buat judgment' samada kita sayangkan dia atau tak. Sedangkan adik-adik yang masih baby/kecil lagi tu belum faham lagi sepenuhnya apa yang berlaku.
Bila Kakak/Abang cemburu dengan layanan, Jelaskan dengan simple keperluan adik dan minta adik 'mohon maaf.'
"Adik nak Ibu suap makan ya? Ok, adik minta kakak tunggu sebentar, dan adik minta maaf kakak ya.. Lepas ni, Ibu suap kakak pula makan, ya?" Dan tarik tangan adik buat macam acah-acah si adik nak minta maaf dengan Kakak. Sambil bagitau pada Kakak, adik kecil lagi, adik lapar, adik minta maaf sebab adik nak makan dulu dan sebagainya.
Si Kakak/Abang yang DAPAT PENGHORMATAN sebegitu, lazimnya akan mudah cair dan tiba-tiba keluarlah ayat keramat dia, "Tak apalah, ibu bagi adik makan dulu. Kesian adik tu lapar.."
Ini situasi benar yang selalu saya hadapi. Bila Kakak rasa 'bahagian' dia terancam, minta adik minta maaf. Dan dia pun, akan mula mengalah dan dia tahu, dalam 'hak' dia untuk dapatkan perhatian ibubapa, adik juga mempunyai hak yang sama.
==============KESIMPULAN==============Sampai bila kena guna taktik ni? Takkan sampai bila-bila?Ya! Memang takkan sampai bila-bila. Cuba lakukan dalam beberapa hari ke beberapa minggu saja. Kelamaan, Kakak memang tak akan kisah lagi untuk beralah dengan adik bila berlaku 'perebutan' meraih cinta dan perhatian ibubapa.
Tapi yang penting, kita ni sebagai parents perlu attend kakak pula selepas tu. Jangan diabaikan kakak pula. Mentang-mentang dia dah bertolak ansur, kita abaikan dia pula lepas tu. JANGAN  sesekali ya.
HARGAI KEPERCAYAAN yang anak beri kepada kita. Dah beri perhatian adik dan janji nak beri perhatian pada kakak pula, jangan buat-buat lupa pula dengan janji kita. ATAU nanti, KESEMUA AYAT KERAMAT YANG KELUAR DARI MULUT KITA AKAN TERUS HILANG SEGALA 'BISANYA.' Di saat tu, sebut apa saja pada Kakak, semuanya jadi tak lut.
Sebab apa tak lut? Sebab anak dah hilang percaya. Ada banyak sebab kenapa kata-kata kita dah kurang 'power' dengan anak-anak, inshaALLAH lain kali saya cerita.
Cuma basically, ini adalah 5 AYAT KERAMAT tersebut yang boleh kita gunakan untuk LENTUR dan BUANG ego anak sulung dan supaya hatinya terpujuk untuk SENTIASA BERSIKAP RAHMAH DAN bertolak ansur dengan adiknya.
Credit : Sharifah Zahidah
SUMBER
Baca Juga : Kenapa Bayi Takut Untuk Mandi Yang Perlu Setiap Ibubapa Tahu?


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dakcaii.blogspot.com/2020/07/ayat-terbaik-untuk-lenturkan-ego-anak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Nak Homeschool Mama Papa Kena Ada 3 Syarat Asas Ni Baru Anak Dapat Catch Up Bila Masuk Sekolah Balik

Kalau Nak Homeschool Mama Papa Kena Ada 3 Syarat Asas Ni Baru Anak Dapat Catch Up Bila Masuk Sekolah Balik

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 410 hits
Mengajar sendiri di rumah atau homeschooling pastinya bukan satu tugas mudah untuk digalas Seperti yang dikongsikan oleh Wawa Shauqi Menurutnya homeschooling itu tidak mudah Bila ibu bapa mengambil keputusan untuk homeschooling anak mereka ...
Latih Anak Potty Training Bersihkan Betul Betul Baru Yakin Tilam Karpet Bebas Najis

Latih Anak Potty Training Bersihkan Betul Betul Baru Yakin Tilam Karpet Bebas Najis

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 499 hits
Seawal usia anak dua atau tiga tahun biasanya para ibu sudah mula melatih anak anak untuk tidak mengenakan lampin Jika latihan dibuat secara konsisten dalam tempoh dua minggu anak anak akan mendapat rentak dan sudah bersedia untuk tidak per...
Susulan Dakwaan To Ki Langsung Tak Jenguk Dan Beri Nafkah Pada Anak Adik To Ki Tampil Buka Mulut

Susulan Dakwaan To Ki Langsung Tak Jenguk Dan Beri Nafkah Pada Anak Adik To Ki Tampil Buka Mulut

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 384 hits
Sejak seminggu lalu kisah tentang To ki penyanyi yang pernah popular suatu masa dahulu dan kini tinggal di sebuah pondok mencvri perhatian masyarakat Kemudian timbul kenyataan anak perempuan To ki yang mend kwa bapanya itu telah membuang di...
Noda Anak Kandung Baru Lepas Habis Berpantang Bapa Mengaku Tidak Bersalah

Noda Anak Kandung Baru Lepas Habis Berpantang Bapa Mengaku Tidak Bersalah

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 424 hits
Seorang bapa berusia 54 tahun yang sebelum ini ditahan polis atas dakwaan merogol anak bongsunya yang baru habis berpantang bulan lalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen Kangar nbsp pada Selasa Dalam pertuduhan dibacakan terhadapnya...
Kalau Adik Ore Mati Ore G P Ncung Belako Anak Pengasas Dnars Didakwa Ugut Mahu Bunuh Bapa Tiri

Kalau Adik Ore Mati Ore G P Ncung Belako Anak Pengasas Dnars Didakwa Ugut Mahu Bunuh Bapa Tiri

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 593 hits
Pada hari ini anak lelaki pengasas kosmetik Dnars Skincare didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan mengugut bapa tirinya melalui WhatsApp Mohamed Aqbar Hakim mengaku tidak bersalah Mohamed Aqbar Hakim Jasman 20 mengaku ti...
Sempat Beli Baju Anak Hadiah Terakhir Suami Untuk Anak Sulung Sebelum Lahir

Sempat Beli Baju Anak Hadiah Terakhir Suami Untuk Anak Sulung Sebelum Lahir

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 386 hits
Baju bayi baru dibeli untuk anak sulung bakal dilahirkan menjadi hadiah terakhir ditinggalkan Wan Ahmad Adam Murshidy Wan Rosli 24 yang maut dalam kemalangan di Kilometer 42 Jalan Kuala Jeneris Sungai Gawi Kuala Berang Terengganu Isteri Wan...
5 Anak Selebriti Teruja Kembali Ke Tadika Mak Ayah Memang Risau Tapi Percaya Guru Sekolah Dah Buat Terbaik

5 Anak Selebriti Teruja Kembali Ke Tadika Mak Ayah Memang Risau Tapi Percaya Guru Sekolah Dah Buat Terbaik

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 371 hits
Sejak kerajaan laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan semua sekolah tadika dan pusat asuhan ditutup bagi membendung penularan pandemik Covid 19 Namun setelah 3 bulan berlalu Malaysia juga sudah menunjukkan perubahan positif dalam menanggani...
Anak Pencinta Tegar Ayam Goreng Resipi Ayam Rangup Ala Kfc Ni Terbaik Mudah Sangat

Anak Pencinta Tegar Ayam Goreng Resipi Ayam Rangup Ala Kfc Ni Terbaik Mudah Sangat

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 404 hits
Tak sah makan tanpa ayam goreng Inilah menu wajib anak anak kita setiap kali makan Masak dan sajikanlah jua apa jenis lauk pauk hebat pun anak anak kecil kita tetap sukakan hidangan ayam goreng Tambahkan lagi selera anak kecil kita dengan h...
Waktu Makan Sebenarnya Masa Terbaik Anak Belajar Kita Tengok Muka Dia Jangan Hulur Gajet

Waktu Makan Sebenarnya Masa Terbaik Anak Belajar Kita Tengok Muka Dia Jangan Hulur Gajet

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 397 hits
Sesetengah ibu ayah mengalami kesukaran bila ajak anak makan Anak anak menolak untuk makan atau suka bermain waktu makan Bagi memudahkan kita memujuk anak anak untuk fokus makan dan tidak bermain main kita hulurkan gajet pada mereka Dalam p...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025