Ayat Ayat Al Quran Yang Perlu Dijawab Di Dalam Dan Luar Solat




Di dalam al-Quran terdapat ayat-ayatnya menceritakan tentang rahmat Allah SWT dan juga yang menceritakan tentang azab-Nya. Apabila seseorang membaca ayat al-Quran berkaitan rahmat dan azab, maka disunatkan untuk dia membaca doa memohon rahmat kepada Allah SWT dan meminta perlindungan daripada Allah SWT daripada azab yang dibacanya tersebut.
Bahkan, begitu juga ayat-ayat yang lain, seperti jika sekiranya ayat tersebut menyuruhnya untuk bertasbih dan beristighfar, hendaklah dia bertasbih dan beristighfar. Manakala, jika ayat yang berkaitan misalan atau perumpamaan, maka hendaklah dia mentadabburnya. 
Rasulullah SAW juga jika sekiranya membaca ayat berkaitan tasbih, doa dan ta’awwuz (memohon perlindungan), maka Rasulullah SAW sendiri menyebutkan tasbih, berdoa dan juga bertaa’wwuz. Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Huzaifah RA, beliau menceritakan bahawa beliau mendirikan solat sunat bersama Nabi SAW pada suatu malam, dan beliau menyifatkan:


يَقْرَأْ مُتَرَسِّلًا – أَيْ مُتَأَنِّيًا - إِذَا مَضَي بِآيَةٍ فِيهَا تَسْبِيحٌ سَبَّحَ وَ إِذَا مَرَّ بِآيَةِ سُؤَالِ سَأَلَ وَ إِذَا مَرَّ بِتَعَوُّذٍ تَعَوَّذَ


Maksudnya: Sesungguhnya Nabi SAW membaca al-Quran secara perlahan-lahan memperhatikan maknanya. Jika sekiranya Baginda SAW membaca ayat al-Quran yang berkaitan tasbih, maka Baginda SAW pun bertasbih. Jika sekiranya Baginda SAW membaca ayat al-Quran yang memohon sesuatu, maka Baginda SAW pun berdoa memohon doa tersebut. Dan jika sekiranya Baginda SAW membaca satu ayat al-Quran yang memohon perlindungan daripada Allah SWT, maka Baginda SAW pun meminta perlindungan daripada Allah SWT...Hadith riwayat Muslim: (772)
Begitu juga, dalam hadith yang diriwayatkan oleh ‘Auf Ibn Malik RA, bahawa beliau berkata:


قُمْتُ مَعَ النَبِيِّ صلّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّام لَيْلَةً فَقَامَ فَقَرَأَ سُورَةَ البَقَرَةِ وَ لَا يَمُرُّ بِآيَةِ رَحْمَةِ إِلَّا وَقَفَ وَ سَأَلَ وَ لَا يَمُرُّ بِآيَةِ عَذَابِ إِلَّا وَقَفَ وَ تَعَوَّذَ


Maksudnya: Aku telah mendirikan solat bersama dengan Nabi SAW pada suatu malam. Rasulullah SAW telah mendirikan solat dengan membaca surah al-Baqarah, dan Baginda SAW tidak membaca satu ayat yang berkaitan rahmat Allah SWT kecuali Baginda SAW berhenti dan berdoa. Begitu juga, Baginda SAW tidak membaca satu ayat yang berkaitan azab kecuali Baginda SAW berhenti dan memohon perlindungan daripada Allah SWT... Abu Daud: (1/381) dan al-Nasaie: (2/223)


Di dalam kitab 'Aun al-Ma’bud Syarh Sunan Abi Daud menjelaskan bahawa ketika  Rasulullah SAW mendirikan sembahyang bersama para sahabat, Baginda SAW berhenti dan berdoa memohon kerahmatan kepada Allah SWT apabila membaca ayat rahmat dan berta’awuz ketika membaca ayat berkaitan azab dan buruknya pembalasan kejahatan di akhirat, samada menyebutnya dengan lisan atau di dalam hati. (Rujuk ‘Aun al-Ma’bud Syarh Sunan Abi Daud, 2:106)
Selain itu, Imam al-Nawawi juga menyebutkan bahawa:
    Jika sekiranya seseorang itu membaca ayat berkaitan azab dan keburukan, maka hendaklah dia berdoa kepada Allah SWT dengan doa: (اللهم إني أسألك العافية).
    Jika seseorang itu membaca ayat berkaitan menyucikan dan mengagungkan Allah SWT, maka hendaklah dia berdoa: (سبحانه وتعالى) atau (تبارك الله رب العالمين) atau (جلت عظمة ربنا) dan lain-lain. (Rujuk al-Tibyan fi Adab Hamalatil Quran Li al-Nawawi: 78)
Selain itu, dalam beberapa ayat yang khusus Rasulullah SAW ada menyebutkan lafaz yang khusus juga apabila membacakan ayat tersebut dan menggalakkan untuk umatnya juga menyebutkannya  seperti dalam surah al-Tin ayat 8,  surah al-Qiyamah ayat 40 dan surah al-Mursalaat ayat 50.
Dalam satu hadith yang diriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW bersabda:


مَنْ قَرَأَ مِنكُم بـِ وَالتِّينِ وَالزَيْتُون ، فَانْتَهَى إِلَى : أَلَيْسَ اللهُ بِأَحْكَمِ الحَاكِمِينَ فَلْيَقُلْ : بَلَى ، وَأَنَا عَلَى ذَلِكَ مِنَ الشَّاهِدِينَ ، وَمَنْ قَرَأَ : ( لَا أُقْسِمُ بِيَومِ القِيَامَةِ فَانتَهَى إِلَى : أَلَيْسَ ذَلِكَ بِقَادِرٍ عَلَى أَن يُحْيِيَ المَوْتَى ، فَلْيَقُلْ : بَلَى ، وَمَن قَرَأَ ( وَالمُرْسَلَات ) ، فَبَلَغَ : فَبِأَيِّ حَدِيثٍ بَعْدَهُ يُؤْمِنُونَ فَلْيَقُل : " آمَنَّا بِاللهِ "


Maksudnya: Barangsiapa yang membaca surah al-Tin sehinggalah kepada ayat, (أَلَيْسَ اللهُ بِأَحْكَمِ الحَاكِمِينَ), maka hendaklah dia menyebut, (بَلَى ، وَأَنَا عَلَى ذَلِكَ مِنَ الشَّاهِدِينَ). Barangsiapa yang membaca surah al-Qiyamah sehinggalah kepada ayat (أَلَيْسَ ذَلِكَ بِقَادِرٍ عَلَى أَن يُحْيِيَ المَوْتَ), maka hendaklah dia menyebut (بَلَى). Barangsiapa yang membaca surah al-Mursalat sehinggalah sampai kepada ayat (فَبِأَيِّ حَدِيثٍ بَعْدَهُ يُؤْمِنُون), maka hendaklah dia menyebut (آمَنَّا بِاللهِ)...Hadith riwayat Abu Daud: (887)
Manakala hukum mengucapkan doa, istia’zah dan tasbih di dalam ataupun di luar solat adalah sunat mengikut pandangan jumhur ulama’, sepertimana yang disebutkan oleh Imam al-Nawawi di dalam kitabnya, al-Tibyan fi Adab Hamalatil Quran:


وَ يُسْتَحَبُّ هَذّا السُؤَال وَ الإِسْتِعَاذَةُ وَ التَسْبِيحِ لِكُلِّ قَارِئٍ سَوَاءٌ كَانَ فِي الصَّلَاةِ أَوْ خَارِجًا مِنْهَا. قَالُوا: وَ يُسْتَحَبُّ ذَلِكَ فِي صَلَاة الإِمَامِ وَ المُنْفَرِد وَ المَاْمُوم لِأَنَّهُ دُعَاءٌ فَاسْتَوَوا فِيهِ كَالتَاْمِينَ عَقِبَ الفَتِحَةِ.


Maksudnya: Disunatkan doa, isti’azah dan juga tasbih ini bagi setiap pembacanya tidak kira di dalam solat ataupun di luar solat. Ada golongan berpendapat dengan mengatakan bahawa: sunat hukumnya doa tersebut di dalam solat sebagai imam atau solat secara bersendirian atau juga solat sebagai makmum, kerana doa tersebut merupakan doa, maka disamakannya seperti ucapan “aminn” selepas daripada membaca surah al-Fatihah.
(Rujuk al-Tibyan fi Adab Hamalatil Quran: 78)


Doa-doa khusus yang disebut apabila membaca beberapa ayat tertentu .
1- Ayat-ayat berkaitan rahmat, doanya ialah meminta seperti apa yang disebutkan di dalam ayat tersebut.
2.   Ayat-ayat berkaitan azab, doanya ialah 
(اللهم إني أسألك العافية).
3- Ayat-ayat yang berkaitan menyucikan dan mengagungkan Allah SWT, doanya ialah:
 (سبحانه وتعالى) atau (تبارك الله رب العالمين) atau (جلت عظمة ربنا)
4-  Ayat terakhir, ayat 8 surah al-Tin, hendaklah menyebut 
(بَلَى ، وَأَنَا عَلَى ذَلِكَ مِنَ الشَّاهِدِينَ)
5- Ayat terakhir, ayat 40 surah al-Qiyamah, hendaklah menyebut 
(بَلَى ، وَأَنَا عَلَى ذَلِكَ مِنَ الشَّاهِدِينَ)
6- Ayat terakhir, ayat 50 surah al-Mursalaat, hendaklah menyebut 
(آمَنَّا بِاللهِ)
Sumber:    Al Kafi li al-Fatawi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ustazcyber.com/2021/11/ayat-ayat-al-quran-yang-perlu-dijawab.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makam Al Quran

Makam Al Quran

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 378 hits
Terletak jauh di kawasan pergunungan gersang mengelilingi bandar Quetta di barat daya Pakistan tersembunyi sebuah gua dipenuhi al Quran yang melindungi kitab suci berkenaan Gunung yang dikenali sebagai Jabal e Noor atau Gunung Cahaya itu di...
Menghayati Fungsi Solat

Menghayati Fungsi Solat

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 176 hits
Pada dasarnya bahawasanya seseorang yang sudah melakukan solat maka sesungguhnya telah BERJANJI pada Allah sebagaimana yang dikandung dalam ungkapan kalimat Iyyaka na budu yang ertinya HANYA kepada engkau kami menyembah beribadah Ibadah ber...
Menghayati Fungsi Solat Ii

Menghayati Fungsi Solat Ii

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 164 hits
Tentu lain halnya seseorang yang telah berjanji ketika menunaikan solatnya sedang dalam hal itu bersetuju berlakunya hukum hukum Jahiliyah atau rela bila hukum Islam dicampakkan dari dirinya maka itu beerti melanggar janjinya sendiri juga b...
Solat Isyrak Dan Solat Dhuha Perbezaannya

Solat Isyrak Dan Solat Dhuha Perbezaannya

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 297 hits
Solat Sunat Isyrak dan Solat Sunat Dhuha adalah antara solat solat sunat yang dianjurkan oleh Rasulullah Solat Sunat Isyraq dua rakaat ini dikerjakan selepas waktu Syuruk iaitu pada awal waktu Dhuha setelah matahari naik anggaran setengah g...
Tazkirah Kepentingan Solat Asar Ustaz Shamsuri Ahmad

Tazkirah Kepentingan Solat Asar Ustaz Shamsuri Ahmad

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 250 hits
LINK KULIAH PENUH https www youtube com watch v QCEewm1EdTU DAPATKAN APPLIKASI ANDROID RASMI ZONKULIAH di PLAY STORE HARI INI PERCUMA TANPA IKLAN www zonkuliah my apps Bantu Projek Zonkuliah Akaun Maybank Islamic 557250054584
Ingin Terjun Kembali Ke Dunia Hiburan Acha Septriasa Ungkap Sulitnya Hidup Jadi Irt Di Luar Negeri

Ingin Terjun Kembali Ke Dunia Hiburan Acha Septriasa Ungkap Sulitnya Hidup Jadi Irt Di Luar Negeri

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 233 hits
Mulai ikut casting dan mencoba peruntungan di Australia Acha berharap bisa kembali bekerja di industri yang melambungkan namanya
Wajib Baca Bagi Yang Suka Makan Luar Inilah Ciri Ciri Kedai Ada Pelaris Yang Patut Dihindari

Wajib Baca Bagi Yang Suka Makan Luar Inilah Ciri Ciri Kedai Ada Pelaris Yang Patut Dihindari

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 265 hits
WAJIB BACA BAGI YANG SUKA MAKAN LUAR INILAH CIRI CIRI KEDAI ADA PELARIS YANG PATUT DIHINDARI Bagi Anda yang suka makan di luar rumah atau punya hobi wisata kuliner waspada dan telitilah memilih tempat makan karena bisa jadi makanan yang and...
Lagi Fenomena Awan Luar Biasa Berlaku

Lagi Fenomena Awan Luar Biasa Berlaku

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 277 hits
Subhanallah cantiknya alam https bit ly 3muGiht Muzik www bensound com
Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

How To Survive Thanksgiving Travel

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

Resipi Cheese Tart

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly

Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Rare Footage Of Fish Rescuing Friend From Snake Catches Netizens Attention