Ayam Suntikan Steroid Antibiotik Haram Jangka Hayat Hanya 40 Hari Sebelum Mati Sendiri
Adakah benar dakwaan wujudnya segelintir pihak yang tamak haloba untuk mengaut keuntungan apabila bertindak luar batasan dengan menyuntik antibiotik bagi mempercepatkan tumbesaran ayam?
Apa yang mengemparkan ialah ayam-ayam itu dipercayai bukan sahaja disuntik antibiotik haram malah sebanyak tiga dos steroid sintetik dan hormon tumbesaran disalurkan ke dalam badan ayam-ayam ini.
Perkara tersebut didedahkan Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr Jacob George yang mendapat maklum balas dan kebimbangan pengguna tentang tahap keselamatan pengambilan ayam dari ladang-ladang.
Kata beliau, setelah disuntik dengan steroid, antibiotik dan hormon, ayam-ayam itu perlu dijual dalam tempoh antara 30 hingga 40 hari sahaja.
Seandainya gagal menjual ayam-ayam ini, ada dakwaan ayam-ayam ini akan mati secara sendiri atau dibunuh dengan menyuntik racun ke atas mereka.Persoalan kini yang sedang berlegar dalam CASSA, adakah dakwaan ini benar?Sekiranya tuduhan itu benar akibatnya kepada pengguna bukan sahaja membimbangkan tetapi memudaratkan. Ada juga tuduhan mengatakan pemilik ladang, keluarga serta pekerja mereka tidak pula makan ayam-ayam kerana sedia maklum dengan bahaya ini.Pendek kata, adakah pengambilan ayam-ayam ini bermakna kita berdepan dengan bahaya penyakit seperti kanser? katanya kepada MalaysiaGazette.
Jacob menggesa Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memberi jaminan ayam-ayam dari ladang selamat untuk dimakan.
“Saya benar-benar mohon kepada pihak berkuasa supaya tidak sesekali memandang sebelah mata dengan dakwaan ini apatah lagi ia membabitkan nyawa manusia.
“Adalah amat penting supaya semua hasil dari ladang melalui ujian terlebih dahulu selain penyeliaan dan penguatkuasaan yang serius. Jangan buat main perkara seperti ini.
“Kebimbangan kita ada asas apatah ayam adalah antara makanan asas yang dimakan oleh masyarakat kita.
“Penting sekali supaya pihak berkaitan, pemerhati bebas, agensi anti rasuah mengawasi pelaksanaan kajian serta siasatan diambil dengan kadar segera supaya kebenaran dapat diketahui oleh umum.
“CASSA juga tidak akan sesekali berkompromi dengan isu-isu seperti ini,” tegasnya.
Dalam pada itu, Jacob berkata, sumber memberitahu antara lokasi yang terlibat dengan aktiviti itu ialah Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Kedah.
“Sumber pengguna saya juga ada memberitahu perkara menyuntik ayam seperti ini banyak dilaporkan di Indonesia sebelum ini, ada kemungkinan pekerja asing dalam kalangan mereka yang bekerja di sini membantu penternak kita di sini dengan memberikan ‘idea’ seperti ini.
“Saya ingin tegaskan di sini, ini adalah dakwaan serius dan pihak berkuasa terutamanya dua kementerian ini menyiasat secara menyeluruh, andainya ini tidak benar, baguslah. Tolong jangan ambil mudah, itu sahaja,” ujarnya.
Sebelum ini terdapat laporan tentang segelintir penternak menggunakan antibiotik ke atas ternakan mereka terutama ayam bagi menggalakkan tumbesaran dan meningkatkan daya tahan terhadap penyakit yang memberi kesanbahaya kepada pengguna.
MalaysiaGazette
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://bankami.blogspot.com/2019/12/ayam-suntikan-steroid-antibiotik-haram.html