Ayam Steak Bakar Susu Di Siam Festival Pasir Gudang 2023
Ayam Steak Bakar Susu di Siam Festival Pasir Gudang 2023 || Hi, Sawadeeka! Kisah semalam punya malam. Datang bersama member aku, Fiza untuk menikmati pelbagai makanan yang ada dalam Festival Makanan Thailand ni 🤩Actually tak nak datang sebab tu dah beberapa hari berlangsung pun aku still tak jejak. Tapi alang alang member cuti then ada benda nak diborakkan, so kita ke sini ler. Pelbagai makanan Thailand halal yang boleh didapati kat sini, cuma harga of course tinggi ye.. Ada Laksa Thai, Aiskrim Kelapa, Kerabu Maggi, Tom Yam, Pancake Krabi, Telur Sotong Dan macam macam lagi lah ui!
Kitaorang beli beberapa jenis makanan Dan ada yang share. Tapi mostly Fiza yang beli ~ Thank you Fiza belanja and share! Dia memang pemurah Dan mesra orangnya 😆 Aku sentiasa doakan dia dijodohkan dengan insan yang menepati citarasanya. Aamin🌹 So antara yang aku tertarik nak try ialah Ayam Steak Bakar Susu!!!
3 batang, RM10 ❤️
Gitu harganya. Mujur sedap! ! Memang tak berkuah, makan gitu je.. Ada masin sikit, ada rasa bakar bakar.. Eh sebati, memang menyelerakan! Hehe..
Selain tu, kitaorang beli Sotong bakar, Mee celup, kue teow tomyam, pancake Krabi, Dan Kerabu Maggi! Member beli baklava! Haha..Terselit ada kedai Pak Arab jual Kunafa dengan Baklava kat sini. Cashier boleh cakap Melayu sesikit. I amaze! 😄
Tak pernah tak suka. Janji masam Dan pedas secukupnya, pasti memuaskan hati
My favourite. Aku paling suka sosej pulut, intinya berpulut tuh!!!! Jarang jumpa kecuali time karnival meriah camni..
Alhamdulillah. Masih boleh merasai nikmati makan makanan. Bagi sesiapa yang teringin nak try Ayam Steak Bakar Susu di Siam Festival Pasir Gudang 2023, lekas pergi! Hehee.. Banyak sangat menu yang boleh dicuba Dan dinikmati bersama yang tersayang ✅
SENYUM SAJA
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nonasani.com/2023/06/ayam-steak-bakar-susu-di-siam-festival.html