Ayam Percik Original Kelantan



Mungkin tidak keterlaluan kalau saya katakan hampir semua orang Kelantan suka makan ayam percik. Ianya adalah dikira makanan mewah berbanding dengan ikan percik kerana ikan sangat murah berbanding ayam. Ayam pun jarang jarang dapat makan, apalagi ayam percik.

Masih ingat lagi dulu dulu, orang kampung akan menyediakan ayam percik yang diletak di atas pulut kuning atau dikenali sebagai pulut semangat bila ada orang orang besar datang. Yang paling saya ingat ialah ketika Tun Dr Mahathir dan isteri datang ke Kampung Badak di mana Bonda salah seorang yang diminta menyediakan pulut kuning dengan terpacak seekor ayam percik di atasnya. Kemudian mereka berarak dengan menjunjung pulut semangat tersebut mengiringi Perdana Menteri. 

Ketika itu sangat terliur melihatnya tetapi saya memang tak dapat makan pun pulut dan ayam tersebut. Ayam percik juga ada disediakan di majlis majlis kawin tetapi sangat jarang kerana selain ianya remeh untuk disediakan juga lebih mahal. Maklum ayam dipotong 4 dan setiap bekas hidangan hanya diletak 1 bahagian sahaja. Merasalah mencubit cubit sedikit sedikit seorang. Percik Kelantan terdapat 2 jenis iaitu percik merah dan percik putih. 

Saya masih ingat antara ayam percik yang sedap ialah ayam percik yang dijual Cik gu Asmat di pasar Ramadhan suatu ketika dulu. Tapi kini, beliau tidak lagi berjualan. Saya sempat juga belajar resepi beliau. Boleh klik di SINI. 

Resepi hari ini, saya dapat dari sahabat sejak zaman persekolahan Cik gu Roslina Majid ketika berchatting di group WhatsApp. Bahan bahan sama sahaja tetapi saya inginkan anggaran sukatan yang beliau gunakan. Saya sebenarnya tak pernah memasak lauk ini sendiri masa bujang di kampung dulu. Hanya melihat sekali sekala Bonda menyediakannya. 

Hanya setelah berkahwin dan menetap di KL, barulah belajar menyediakannya sendiri kerana teringin nak makan. Kiranya saya pun baru baru nak belajar juga. Cuma saya bolehlah rasakan jika percik itu rasanya original seperti di Kelantan atau tidak. Kuah percik melekat di ayam atau ikan kerana ianya dilumur sambil dibakar. Saya tidak pernah tahu jika dulu, ada kuah percik yang dihidangkan bersama ayam atau ikan percik. Mungkin sekarang telah dipermodenkan selari dengan peredaran masa. 

Saya menyediakan 1 ekor ayam sahaja hari ini yang dipotong 4 bahagian. Bayangkan satu bahagian dah menjadi milik saya. Bahagian dada ayam bolehlah dikongsi oleh 2 orang. Jadi kalau memasak ayam percik, harus sekurangnya satu ekor ayam. Baru puas makan dan boleh meratah ratah. Makan dengan nasi putih atau pulut kuning. Memang meletop. 

Jom layan resepi di bawah ini dan jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Dengan melihat video, baru dapat gambaran bagaimana resepi di blog ini disediakan. Selamat mencuba...


Ayam Percik Original Kelantan Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 ekor ayam - potong 42 1/2 cawan santan pekat - guna santan segar1 batang serai ketuk - opsyenal2-3 keping asam keping2-3 sudu besar gula - kena ada lebih rasa manisGaram1/2 sudu kecil tepung beras/tepung jagung
Bahan kisar:4 tangkai cili kering - guna 1 sudu besar cili kisar10 ulas bawang merah - kena lebih

Bahan perap:4 ulas bawang merah2 hiris nipis haliaGaram
Cara cara:Ayam dibuang kulit dan potong 4 dan dikelar kelar. Kemudian perap ayam dengan bahan perap yang ditumbuk/kisar halus selama 30 minit. 
Lepas tu ayam dikukus sehingga masak, baru dibakar. Mesti kukus sampai masak supaya tiada lagi darah pada tulang ayam. Sementara ayam dikukus, boleh sediakan bahan untuk kuah percik.



Kisar bahan kisar bersama dengan sedikit santan pekat hingga benar benar hancur. 
Tuang bahan kisar ke dalam kuali dan masak bersama santan dengan api perlahan sambil dikacau sehingga santan pekat. Masukkan asam keping, gula dan garam secukupnya. Gula dilebih supaya kuah lebih berkilat bila dilumur pada ayam yang dibakar. warna lebih cantik dan carmelised.  

Jika belum cukup pekat, masukkan tepung beras yang dibancuh dengan sedikit air. 

Bila elok kepekatannya, bolehlah tutup api dan dilumur pada ayam yang sedang dibakar. Kemudian, dibalikkan dan lumur di permukaan satu lagi. Boleh buat secara berulang kali, ikut suka masing masing.


Nota:Jika menyediakan ayam percik putih, tak perlu memasukkan cili kering. 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2018/12/ayam-percik-original-kelantan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bertambah Nasi Dengan Hidangan Patin Original Special Dari Temerloh Di Kota Bharu Kelantan

Bertambah Nasi Dengan Hidangan Patin Original Special Dari Temerloh Di Kota Bharu Kelantan

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 535 hits
Assalamualaikum hi korang Eh cuti hujung tahun ni pergi mana Dah ada destinasi perlancongan belum Haaa kalau belum meh la jenjalan ke bumi Cik Siti Wan Kembang ni tengok tengok bumi Kelantan yang ada pelbagai macam makanan yang sedap and be...
Original Ayam Kampung

Original Ayam Kampung

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 1034 hits
Original Ayam KampungAsalamualaikum Salam Sejahtera semua Bersiaran lagi di blog kegemaran Etuza pastinya blog milik sendiri Lama sebenarnya nak ke udarakan anak anak ayam mak di kampung tetapi memandangkan ambil gambar guna phone samsung m...
Resepi Buah Gomak Kelantan

Resepi Buah Gomak Kelantan

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 2629 hits
Sumber gambar dari googleAssalamualaikum Kalu musim kenduri kendara memang laris la orang tempah kuih buah gomak ni Kalau kat luar Kelantan orang panggil apa pun Cik Nor tak tahu Cik Nor cuba gak search keluar tepung gomak Tepung gomak lain...
Ph Dua Kali Umum Cuti Peristiwa Kenapa Kelantan Tidak Boleh

Ph Dua Kali Umum Cuti Peristiwa Kenapa Kelantan Tidak Boleh

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 406 hits
Seorang penyokong memegang poster tolak ICERD pada Himpunan Rakyat Bantah ICERD di hadapan Kompleks Sogo Kuala Lumpur foto SYAFIQ AMBAK KUALA LUMPUR Sepanjang tujuh bulan Pakatan Harapan mengambil alih pemerintahan Persekutuan dua kali cuti...
Himpunan Icerd Dapat Cuti Peristiwa Kerajaan Pas Kelantan

Himpunan Icerd Dapat Cuti Peristiwa Kerajaan Pas Kelantan

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 812 hits
Hebat kerajaan Kelantan beri cuti peristiwa untuk hadir himpunan bantah ICERD Himpunan yang Kerajaan pun tak terima ICERD
Weekend Getaway Ke Bayu Melawi Chalet Bachok Kelantan

Weekend Getaway Ke Bayu Melawi Chalet Bachok Kelantan

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 885 hits
Weekend Getaway Ke Bayu Melawi Chalet Bachok Kelantan Buat pertama kali Gee singgah dan bermalam di Bachok Kelantan Kalini Gee terima ajakan Mek Yunie untuk bercuti 2 hari 1 malam di Bayu Melawi Chalet ni Gee memang dah lama teringin nak ba...
Pengumuman Cuti Peristiwa Negeri Kelantan Pada 9 Disember 2018

Pengumuman Cuti Peristiwa Negeri Kelantan Pada 9 Disember 2018

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 385 hits
AssalamualaikumKENYATAAN MEDIA YAB USTAZ DATO BENTARA KANAN MENTERI BESAR KELANTANPENGUMUMAN CUTI PERISTIWA NEGERI KELANTAN PADA 9 DISEMBER 2018Sempena dengan Himpunan Aman Rakyat Bantah ICERD di Dataran Merdeka pada 8 Disember 2018 saya me...
Natasha Hudson Selamat Nikah Usahawan Kelantan

Natasha Hudson Selamat Nikah Usahawan Kelantan

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 548 hits
Utusan Malaysia hari ini melaporkan yang Natasha Hudson kini sah bergelar isteri kepada usahawan dari Kelantan Noor Nashriq Sekarnor selepas selamat diijabkabulkan The post appeared first on
Kerajaan Kelantan Tidak Matang

Kerajaan Kelantan Tidak Matang

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 330 hits
Syed Badli Shah Syed Osman Kerajaan Kelantan tidak sepatutnya mengheret rakyat untuk menyertai himpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum Tindakan kerajaan negeri yang mengumumkan cuti pe...
F N Magnolia And Illumination S Minions Unleash Banana Fuelled Mischief Across Malaysia

Hari Lautan Sedunia Siapa Sangka Tanah Mati Ini Sebenarnya Menyimpan Ubat Masa Depan

Hiburan Lebih 200 Mayat Dijumpai Lelaki Duduk Seat 11a Mangsa Tunggal Terselamat Dalam Nahas Air India

Find Your Unique Selling Point

Israel Serang Iran Tokoh Tokoh Ini Jadi Korban

Why Can T Staff In The Retail And F B Industry Sit Down Netizen Goes Viral For Questioning The Norm

Why Garage Flooring Matters Protect Your Investment

Raised Bed Sederhana Pokok Bendi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


12 Orang Yang Didoakan Malaikat

Happy Birthday Sayang Barangan Ayuni Diserahkan Belon Masih Teguh Berdiri

Throwback Percutian Dua Hari Satu Malam Di Grand Paragon Hotel Johor Bahru

Apa Itu Kanser Darah Dan Penyebabnya

Kewpie Turns 100 And It S A Celebration Worth Squeezing Into

Rania Terkena Virus Rotavirus Atau Norovirus