Ayam Percik Mudah Azie Kitchen




Alhamdulillah masih diberi keizinan untuk bersiaran lagi. Insya Allah semoga kita  diberi kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah puasa. Saya mohon anda semua untuk follow blog saya dengan klik follow blog, juga klik iklan yang keluar. 
Jadi dengan follow blog, anda akan dapat notifikasi bila ada entri baru. Saya tahu selama ini anda hanya masuk untuk mencari resipi dengan menaip Azie Kitchen di belakang carian. Kali ini, follow ya.
Saya ingin kongsikan antara petikan dari kelas Zoom Ustaz Najib Kassim berhubung persiapan sebelum masuk bulan Ramadhan. Masuk bulan Ramadhan dengan perasaan gembira. Nabi ceritakan perbezaan orang beriman dan orang munafik ketika Ramadhan bakal menjelma. 
Allah berikan kepada kamu akan datang bulan Ramadhan dengan sumpah dari Nabi kalian. Tiada berlalu bulan yang lebih baik bagi orang Islam ialah rasa seronok dengan bulan Ramadhan. Tidak ada bulan paling tidak disukai oleh orang munafik ialah bulan Ramadhan. 
Jangan hanya rasa seronok dengan Syawal seumpama Ramadhan tidak berbekas di hati kita. Belum lagi Ramadhan, dah sibuk beli baju raya. Konon beli awal, tak kalut. Macam lah baju tu akan habis kalau beli lambat.  
Allah menulis pahala ganjaran sebelum masuk bulan Ramadhan. Umpama orang yang menunggu solat sebelum masuk waktu solat, telah dapat pahala solat. Hadis sohih, kata Nabi siapa berniat untuk melakukan satu kebaikan tapi tak melakukan kebaikan tersebut, Allah akan catit satu pahala penuh. 
Manakala orang yang berkemampuan melakukan, Allah akan bagi 10 pahala penuh. Malah lebih lagi. Adanya pahala sebelum kita melakukan sebarang perbuatan.  Jadi masuklah dengan iman dan masuk dengan niat. Motivate diri dan orang lain dengan sampaikan khabar gembira akan tawaran yang ada dalam bulan Ramadhan. 
Bila beribadah, kena ada ilmu. Supaya puasa kita bukan jadi puasa biasa. Buat apa pun, akan jadi seronok. Sama seperti orang solat subuh berjemaah di masjid. Kalau dia tahu kelebihan orang solat subuh berjemaah, nescaya dia tak akan lepas peluang ini. 
Ketiga, nabi di antara salah satu sunnah menyampaikan khabar gembira tentang Ramadhan. Cari lah suatu benda apa yang ada dalam Ramadhan. Cari yang motivate diri untuk beramal di dalam Ramadhan. 
Apa Nabi buat di ambang Ramadhan ialah menyampaikan khabar gembira dengan kedatangan Ramadhan. Nabi bangun bagi ucapan telah tiba Ramadhan bulan teramat banyak kebaikan penuh keberkatan. Kamu berpuasa siangnya dan terbuka pintu langit, doa mustajab, amalan diangkat. 
Ditutup pintu neraka. Keinginan buat dosa kurang seumpama tertutup. Diikat syaitan. Kalau syaitan diikat kenapa kejahatan masih ada. Kesyaitanan masih ada. 
Perangai syaitan dalam diri manusia masih ada. Ada musuh kedua selain syaitan, jihad melawan musuh adalah jihad kecil kerana musuh kita nampak tapi jihad melawan hawa nafsu kita tak nampak. Nafsu lah sifat kesyaitanan. 
Keempat, sebelum masuk Ramadhan, para sahabat excited sehingga menanti saat melihat anak bulan. Keluar berdekatan waktu maghrib untuk tengok anak bulan. Jadi kita pun, boleh lakukan perkara sama sebagai tanda terujanya kita untuk menyambut Ramadhan. OK setakat ini dahulu, semoga bermanafaat. 

Sebenarnya dah lama saya menyediakan ayam percik versi mudah tapi terlupa pula untuk di publish. Maka terperap lah sekian lama. 
Ini adalah salah satu lagi cara menyediakan percik yang telah dipermudahkan. Jadi kalau nak cepat, ikut cara ini. Tak perlu nak mengeluarkan pengukus atau nak membakar atas arang. 
Sempena Ramadhan yang akan datang tidak lagi, bolehlah sediakan lauk pauk mudah seperti ini untuk sajian berbuka. Walaupun mudah, rasanya tetap sedap. Cuba laaah. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....

Ayam PercikOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:½ ekor ayamSedikit halia - tumbuk lumatGaramSedikit serbuk kunyit
Bahan Percik:4 biji bawang merah - tumbuk lumat1 batang serai - ketuk½ sudu kecil cili kering kisar1 asam kepingGaram2-3 sudu besar gula1 kotak santan + 1 kotak air1 sudu besar tepung beras + sedikit air
Cara cara:Perap ayam dengan semua bahan di atas. Panaskan minyak dan goreng sekadar masak sahaja. Angkat dan ketepikan.


Di dalam kuali lain, satukan semua bahan kuah percik kecuali bancuhan tepung beras. Kacau rata sehingga mendidih dan sedikit pekat berkilat.
Tuang bancuhan tepung beras dan kacau rata.
Akhir sekali, masukkan ayam dan digaul rata. 



Sedia untuk dihidangkan.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2025/02/ayam-percik-mudah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ayam Percik Resepi Mudah Dan Sedap Bahan Bahan 7 Tangkai Cili Kering 1 Biji Bawang Besar

Ayam Percik Resepi Mudah Dan Sedap Bahan Bahan 7 Tangkai Cili Kering 1 Biji Bawang Besar

papar berkaitan - pada 22/2/2025 - jumlah : 166 hits
Resepi Ayam Percik Bahan bahan 7 tangkai cili kering 1 biji bawang besar 5 ulas bawang putih 2cm halia 3 tangkai serai 2cm kunyit hidup 1 sudu besar ketumbar 1 sudu besar jintan manis Garam dan gula secukup rasa 1 ekor ayam Sedikit minyak z...
Tteokbokki Dengan Kaki Ayam Pedas Sedap Dan Mudah

Tteokbokki Dengan Kaki Ayam Pedas Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 13/2/2025 - jumlah : 107 hits
Nota Saya suka masak tanpa resepi lebih mudah untuk menikmati makanan dengan bahan bahan yang mudah sedia ada dekat dapur tetapi insyallah enakkk Ching Ching Bahan bahan Tteokbokki kaki ayam serbuk cili Meggi Cukup Rasa Gula Air Bersih Bole...
Sup Ayam Thai Mudah Disediakan

Sup Ayam Thai Mudah Disediakan

papar berkaitan - pada 25/2/2025 - jumlah : 181 hits
Sup Ayam Thai adalah hidangan yang kaya dengan aroma dan rasa yang menyelerakan Ia menggabungkan keseimbangan rasa masam masin dan sedikit pedas yang sempurna untuk dinikmati pada bila bila masa Bahan bahan Bawang putih dan halia Bawang mer...
Cara Buat Ayam Percik Paling Senang Dan Sedap

Cara Buat Ayam Percik Paling Senang Dan Sedap

papar berkaitan - pada 17/2/2025 - jumlah : 206 hits
Cara buat ayam percik dalam air fryer ini kena belajar memandangkan dah masuk bulan puasa Selalunya waktu Ramadan inilah kita teringin makan hidangan ini Supaya tak perlu berasap satu rumah boleh bakar ayam percik ini guna cara yang lebih m...
Kari Ikan Mudah Resepi Kari Ikan Bawal Paling Padu

Kari Ikan Mudah Resepi Kari Ikan Bawal Paling Padu

papar berkaitan - pada 19/2/2025 - jumlah : 212 hits
Siapa yang tak suka kari ikan pekat dan penuh aroma Lagi lagi kalau guna ikan bawal segar memang rasa manis ikan tu keluar Kalau tengah cari resepi kari ikan bawal paling sedap yang kuahnya betul betul padu lemak dan berempah korang dah jum...
Huruf Jawi Panduan Menulis Jawi Dengan Mudah

Huruf Jawi Panduan Menulis Jawi Dengan Mudah

papar berkaitan - pada 19/2/2025 - jumlah : 225 hits
Huruf Jawi Panduan Menulis Jawi Dengan Mudah Huruf jawi telah diperkenalkan dalam sistem pendidikan di Malaysia sebagai salah satu langkah memelihara warisan tulisan tradisional Melayu Untuk pengetahuan anda huruf Jawi telah pun digunakan s...
Resipi Sambal Telur Hancur Cili Kering Sedap Mudah Masak

Resipi Sambal Telur Hancur Cili Kering Sedap Mudah Masak

papar berkaitan - pada 20/2/2025 - jumlah : 159 hits
Sambal Telur Hancur Cili Kering adalah lauk paling senang dimasak dikala buntu dan tak ada idea nak sediakan menu apa untuk keluarga tercinta Ringkas dan tidak memerlukan banyak bahan Rasanya yang pedas dan cukup berperisa membuatkan ia ena...
Diy Shiplap Menggunakan Papan Mdf Mudah Dan Ekonomis Diy Shiplapwall Decor

Diy Shiplap Menggunakan Papan Mdf Mudah Dan Ekonomis Diy Shiplapwall Decor

papar berkaitan - pada 21/2/2025 - jumlah : 124 hits
DIY Shiplap guna MDF board senang murah DIY Shiplap guna MDF board senang murah by The post appeared first on
Resipi Mudah Masak Sup Siam Sambal Kicap Padu

Resipi Mudah Masak Sup Siam Sambal Kicap Padu

papar berkaitan - pada 18/2/2025 - jumlah : 189 hits
Bagi peminat lauk berkuah resipi Sup Siam perkongsian saudara Wan LuQman ni antara yang perlu dicuba Sedap mudah dan pastinya membuka selera Resipi ini menggunakan pes Sup Siam segera namun penambahan bahan bahan lain menjadikan rasanya leb...
Villa Kaizen By Ark Architects A Refined Balance Between Architecture And Nature In La Zagaleta

Saya Cuba Diet Viral Tiktok Tapi Guna Makanan Malaysia Je Hasilnya Menangis Dalam Toilet

Ex Armed Forces Chief To Oversee National Service Training

Seniwati Legenda Sophia Ibrahim Meninggal Dunia

The Hidden Light Bioluminescence In Deep Sea Ecosystems

Jalan Jalan Santai Di Harajuku Shinjuku Ginza Dan Ueno

Tabung Emosi Aku Penuh

Against The Odds Dutch Lady S Program Murid Angkat Students Soar With The Power Of Support


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jauhi Sahabat Toksik Kisah Kesan Dan Cara Menghindarinya

Continuous Learning In Business

Jalan Jalan Bukit Bendera

Drama Bukan Ipar Sempurna

Mee Kari Putih Kuah Tanpa Cili Dan Rempah Tapi Sedap Kena Cuba Baru Tahu Keenakannya

Thomas Arya Feat Shinta Angely Berat Rindu Terpisah Chord