Ayam Goreng Madu Yang Sangat Sedap




Alhamdulillah kita bersua lagi. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada follower saya yang telah singgah di blog dan sudi pulak untuk klik iklan yang keluar di blog saya. Alhamdulillah rezeki untuk saya melalui sokongan anda semua. 
Telah hampir sebulan setengah, saya di London. Bagi mengisi masa, saya memasak setiap hari untuk makan pagi, tengahari dan malam. Juga kalau ada lebihan, simpan untuk bekal Nana ke hospital. 
Maklumlah bukan senang nak cari makanan halal dalam masa rehat yang pendek. Melainkan pergi jer ke restoran yang sama setiap hari. 
Ada juga kantin di hospital tapi tak pasti lah kalau ayam yang dijual adalah halal. Ada jer rakan rakan dia dari negara India yang selamba makan. Maksudnya rakan beragama Islam kalau tengok dari nama. 
Di sini pun kalau beli ayam atau daging, kita akan tengok sijil halal yang digantung di belakang butcher. Ada di Tesco, ASDA dan kedai kedai Arab yang menjual ayam dan daging halal. 
Ada yang menulis komen pada saya di youtube saya bahawa di UK, semua benda ada dijual. Ya betul, semua benda dan bahan memasak ada dijual. Tapi kadang tak ada dijual di kedai yang dekat dengan rumah. Nak berjalan 1 km juga untuk ke kedai kedai yang menjual makanan halal. 
Malahan sehingga sekarang saya belum menemui lagi kedai yang menjual ikan basah dan udang segar. Hanya sekali ada jumpa kedai di Lewisham tapi bila saya masuk, kedai dah nak tutup. 
Kalau tak nak jalan kaki, nak naik bas boleh juga. Tapi di sini, belanja kalau dalam RM tinggi juga. Rasa sekejap jer top up kad oyster £10, sekejap jer dah habis. 
Makan aiskrim gelato pun £7 dah bersamaan dengan berapa RM tu. Jadi memang kata orang kalau di sini, jangan convert tapi kalau duit kita memang dalam RM, laju juga habisnya. Lain lah kalau income memang dalam pound. 
Tak sampai hati nak susahkan Nana nak minta makan itu ini. Dia pun belum lagi dapat gaji pertama di sini. Jadi banyak lah duit saving dia yang mengalir laju. 
Menjawab kepada komen tersebut, memang semua ada tapi tak semudah yang kita fikir seperti mana di Malaysia. Saya pun bukan muda lagi, untuk ke sana sini seorang diri. Kalau supermarket berdekatan ok lah lagi. Tapi sehingga kini, belum pernah lagi saya baik bas atau train seorang diri. OK lah setakat ini dahulu. 

Serious lah sedap ayam goreng madu ni. Saya kebelakangan ini tak berapa suka makan ayam. Kalau tengok lauk ayam, tak berapa berselera makan. Saya masaklah juga lauk ayam kerana Nana tak makan daging dan kurang gemar makan ikan. 
Punya lah sedap ayam goreng madu ini sampai saya menambah nasi lah tengahari ni. Aduhaai kalau ikutkan nak tambah sekali lagi tapi kena kontrol makan. Maklum dalam cuaca sejuk ni, memang berselera makan nasi putih panas panas. 
Kalau tak ada idea nak masak apa, saya suggest anda masak lauk ni. Bahan pun simple kan. Pasti anak anak lagi suka bila ada rasa manis manis madu. Kemanisan tu ikutlah citarasa masing masing. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....

Ayam Goreng MaduOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:500 gram kepak ayam
Tepung jagung
Minyak untuk menggoreng


Bahan sos: 
5 ulas bawang putih - cincang
1-2 sudu besar cili kisar 
5 sudu besar madu
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar gula 
2 sudu besar kicap manis


Cara cara:
Celup ayam dalam tepung jagung dan goreng sehingga garing kekuningan. Angkat dan ketepikan. Jika suka, boleh juga buat double fry untuk lebih garing.

Nota: boleh campur tepung beras dan tepung jagung. 
Panaskan minyak dan tumis bawang putih yang dicincang halus sehingga wangi. Masukkan cili kering kisar, kacau rata sehingga cili masak. 
Masukkan sos tiram dan kicap. Kacau rata. Masukkan madu dan gula secukupnya. 
Masukkan ayam goreng dan kacau rata sehingga bahan sos bersalut pada ayam. 

Angkat dan sedia untuk dinikmati. 

Boleh hias dengan daun bawang atau bijan. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2025/06/ayam-goreng-madu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Ayam Madu Sedap Panggang Guna Kuali

Resipi Ayam Madu Sedap Panggang Guna Kuali

papar berkaitan - pada 4/6/2025 - jumlah : 98 hits
Sedap Madu ni Kalau ke pasar malam seketul paha dah harga RM2 50 Agak mahal Dengan adanya resipi mudah perkongsian saudari Mar Che ni bolehlah pakat cuba buat sendiri secara homemade Sangat mudah dan tak guna banyak bahan CARA MASAK AYAM MA...
Ayam Goreng Berlado Dan Hari Arafah

Ayam Goreng Berlado Dan Hari Arafah

papar berkaitan - pada 4/6/2025 - jumlah : 132 hits
Saya di London hari Arafah adalah esok hari iaitu hari Khamis Jadi saya kongsikan kelebihan hari Arafah dari petikan video Tokku Pasir Gudang Raya di sini ialah hari Jumaat Jadi kita akan berpuasa pada esok hari iaitu hari Khamis Jadi malam...
Rupa Tak Cantik Tapi Rasa Sangat Sedap

Rupa Tak Cantik Tapi Rasa Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 1/6/2025 - jumlah : 157 hits
Assalamualaikum First time buat malam tadi jadi ke Jadi laaaaaa cumanya rupa x cantik je hahaha masa SA masukkan dalam mangkuk dessert rupa paras dia x cantik first time buat kan jenuh uiii masa kacau dan kaup balik dalam periuk SA kacau da...
Resepi Rendang Daging Batang Pinang Yang Sangat Sedap Lembut Juicy Dan Dimakan Bersama Nasi Himpit Dan Kuah Kacang

Resepi Rendang Daging Batang Pinang Yang Sangat Sedap Lembut Juicy Dan Dimakan Bersama Nasi Himpit Dan Kuah Kacang

papar berkaitan - pada 30/5/2025 - jumlah : 180 hits
Assalamualaikum Resepi Rendang Daging Batang Pinang Yang Sangat Sedap lembut Juicy dan Dimakan bersama Nasi Impit dan Kuah Kacang Hari ini sudah bermula cuti pertengahan penggal persekolahan Cukuplah tempoh lebih kurang seminggu lebih ni bu...
Ayam Goreng Widuran Solo Ternyata Tidak Halal Ini 7 Toko Ayam Goreng Dijamin Halal Enak Di Solo

Ayam Goreng Widuran Solo Ternyata Tidak Halal Ini 7 Toko Ayam Goreng Dijamin Halal Enak Di Solo

papar berkaitan - pada 28/5/2025 - jumlah : 109 hits
Banyak rumah makan ayam goreng khas dan legendaris di Solo yang halal lho Kamu bisa cobain beberapa warung makan ayam terenak ini
Resipi Sup Ayam Lada Hitam Tanpa Minyak Sedap

Resipi Sup Ayam Lada Hitam Tanpa Minyak Sedap

papar berkaitan - pada 27/5/2025 - jumlah : 145 hits
Bagi anda yang menggemari hidangan bersup boleh cuba resipi Sup Ayam Lada Hitam yang terlajak mudah perkongsian saudari Nana Sabrina Sarsan ini Jika anda demam batuk dan selsema elok sangat nikmati sup ini Sup ni bukan untuk orang yang tak ...
Sos Pencicah Keropok Lagi Sedap Kalau Buat Sendiri Caranya Pun Mudah Sangat

Sos Pencicah Keropok Lagi Sedap Kalau Buat Sendiri Caranya Pun Mudah Sangat

papar berkaitan - pada 4/6/2025 - jumlah : 141 hits
Sos pencicah keropok boleh dikatakan kita gunakan hampir setiap ari Bukan saja untuk makan dengan keropok lekor keropok keping malah pisang atau keledek goreng pun turut kita gunakan pencicah Boleh kata ia sos yang wajib ada di rumah kita B...
Ayam Goreng Masak Lemak Cili Api

Ayam Goreng Masak Lemak Cili Api

papar berkaitan - pada 10/6/2025 - jumlah : 115 hits
Assalamualaikum WBT SEBELUM balik ke rumah minggu lepas awal awal Iman dah minta masakkan lauk Ayam Goreng Masak Lemak Cili Api Satu satunya lauk permintaan dia nampak macam senang tapi beberapa hari jugak baru ada masa nak masakkan untuk d...
Mayat Pasangan Suami Isteri Warga Emas Ditemui Dalam Rumah Mereka Di Kampung Sungai Ruan Raub

Hari Lautan Sedunia Dunia Tersembunyi Karang Mesofotik Di Lautan Dalam

Mof Justifies Sst On Imported Fruits Cites Sufficient Local Alternatives

Kpkt Raikan Kejayaan Pemaju Hartanah Tempatan Rangkul 5 Pingat Emas Di Fiabci World Prix D Excellence Awards 2025

Senarai Filem Melayu Dan Tempatan Malaysia 2025

Israel Launches Massive Strike On Iran Early Friday 13 6 2025

Rafizi Dan Nik Nazmi Adalah Pemimpin Sinaran Dan Bukannya Pemimpin Sialan Kata Ketua Cabang Pkr Pada Shamsul Iskandar

Explore Malaysia And Beyond


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jinda55 17 June 2568 100 Jinda55 Top 83 By Clay Jin55 Vip

Focus On Demand Responsive Bus Rather Than Rm17bn Lrt

Livetvonline Solusi Modern Untuk Menikmati Pertandingan Sepak Bola Kapan Saja

Martabak Manis Tetangga Kita Kini Di The Campus Ampang

Adam Hilman Feat Abbysee One Day Aku Chill Chord

Shandai Gisang Mabuk Pengerindu Chord