Resepi Rendang Daging Batang Pinang Yang Sangat Sedap Lembut Juicy Dan Dimakan Bersama Nasi Himpit Dan Kuah Kacang


 Assalamualaikum,
Resepi Rendang Daging Batang Pinang Yang Sangat Sedap, lembut, Juicy dan Dimakan bersama Nasi Impit dan Kuah Kacang- Hari ini sudah bermula cuti pertengahan penggal persekolahan.Cukuplah tempoh lebih kurang seminggu lebih ni buat cikgu-cikgu se-Malaya nak tarik nafas sikit kan.Walau cuti sekolah, setimbun kertas periksa nak kena marks tau.heh.
Alhamdulillah. Memandangkan dah beberapa kali hasrat saya nak buat rendang daging ni tertunda, maka awal cuti sekolah ni, saya dah tak boleh nak tangguh lagi.Sendiri yang mengidam nak makan rendang dan lawan dengan nasi himpit plus kuah kacang.Tak tahulah.Nak kata saya ni cerewet sangat bab makan, tidak juga.Tapi banyak kali bila jumpa makanan yang kita suka, kerap juga frust sebab tak dapat rasa macam yang kita nak.Moral of the story, ekau kena masak sendiri lah jawabnya dokek rumah.

Rendang Daging Batang Pinang Cik Matahariku. Saya sekeluarga suka makan rendang yang tak kering camni sebab nak makan dengan nasi himpit.Kalau buat nasi lemak, saya suka juga makan dengan rendang daging yang camni.Sodap aihh.
Resepi rendang daging kali ini memang sangat simple.Saya asalnya terpengaruh dengan satu video kat Tiktok yang bagitahu, masak rendang tanpa jintan, rempah empat sekawan dan tanpa kerisik pun tetap menjadi dan sedap juga.Jadi, saya cuba buat cara macam tu.Cuma, saya masih kekalkan kerisik dalam rendang sebab nak bau rendang tu kekal.hihi.

Gandingan mantap ni ala-ala menu raya kan.haha.Nasi himpit tu kalau korang rebus, kena betul-betul lembut tau.baru ngam.kecewa tau kalau makan nasi himpit yang keras.Camna nak nasi himpit yang lembut, sebelum rebus tu, rendam dulu dalam 15 minit.InshaAllah, lembutlah nasi himpit tu
RESEPI RENDANG DAGING BATANG PINANG YANG SEDAP, MUDAH DAN PASTI MENJADI.
Oleh : Blogger Cik Matahariku
Bahan utama :2 kilo daging batang pinang ( dihiris )
Bahan kisar :cili kering 10 tangkai ( saya guna yang tak pedas)bawang merah 6 ulasbawang putih 4 ulasserai 2 batanghalia 1 incilengkuas 1 incikunyit hidup 1 inciketumbar 4 sudu makan
Bahan sampingankerisik dua sudu makandaun limau purut 8 helai dihirisdaun kunyit 2 helai besar dihirisSantan pekat setengah cawanAsam keping 1 keping1 keping gula melakagaram gula dan perasa secukupnya
CARA MENYEDIAKAN RENDANG DAGING BATANG PINANG YANG SEDAP1. Kali ini saya rebus sekejap daging dalam 30 minit dengan air yang sedikit.lebih kurang paras daging dalam periuk
2. Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar dalam kuali. Masak sehingga terbit minyak
3. Masukkan daging dan kacau sehingga sebati dengan bahan kisar tadi
4.Masukkan daun kunyit, daun limau purut dan asam keping.Tak payah tambah atau masukkan air.Tutup kuali, bila mendidih, air rebusan daging akan lembutkan daging itu sendiri.Kalau perlu jugak tambah air, tambah air panas dalam satu cawan sahaja
5.Biarkan daging lembut sekitar 45 minit.Ini tempoh yang sesuai nak pastikan daging betul-betul empuk dan serap dengan bahan yang kita kisar tadi
6. Bila daging dan empuk, bolehlah masukkan kerisik dan santan
7.Bila kuah rendang semakin pekat, boleh tutup api.Kalau suka rendang yang kering, boleh tunggu sehingga kuah betul-betul kering

Rendang Daging batang pinang kegemaran seisi keluarga

Resepi kuah kacang yang sedap ni korang boleh klik sini kalau nak tengok resepinya :Kuah kacang sedap dengan warna yang cantik

oklah.Terima kasih baca post ni sampai habis. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat bagi idea kat korang yang juga suka akan masakan rendang daging.Apapun, mintak maaf kalau ada yang terkurang. Boleh kongsi kat komen kalau ada cara lain nak bagi rendang kita jadi lebih sedap.hiks








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://cikmatahariku.blogspot.com/2025/05/resepi-rendang-daging-batang-pinang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Rendang Itik Yang Sedap Serta Tip Daging Lembut Tak Bau Hanyir Langsung

Resipi Rendang Itik Yang Sedap Serta Tip Daging Lembut Tak Bau Hanyir Langsung

papar berkaitan - pada 5/6/2025 - jumlah : 143 hits
Resipi rendang itik mungkin ramai yang tak pernah makan tapi mungkin jadi kegemaran ramai kalangan kita Kalau nak cuba kelainan dalam rendang boleh saja cuba masak rendang itik ini Cuma nak memasaknya ada cara dan tipnya supaya daging tiada...
Resepi Nasi Minyak Original Sedap Dan Mudah

Resepi Nasi Minyak Original Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 27/5/2025 - jumlah : 113 hits
Nasi minyak ganding gulai kurma ayam kentang potong serong Hishh Buat malam tadi jam 11pm siap Dia kalau dah teringin jam berapa pun onz Tipulah tak santap tengah malam bawa sampai ke pejabat bekal dua menu ni Abg Qi balik sekolah boleh mak...
Resipi Nasi Daging Sedap Mudah Guna Rice Cooker

Resipi Nasi Daging Sedap Mudah Guna Rice Cooker

papar berkaitan - pada 5/6/2025 - jumlah : 161 hits
Sepanjang musim PKP ni asyik masak je Pasti ramai ibu ibu yang sudah kehabisan idea untuk masak buat keluarga Bagi anda yang tercari cari sajian yang sedap dan mudah masak resipi Daging Mariana Zainal ni boleh dicuba Sangat mudah dan tentun...
Nasi Impit Kuah Kacang Untuk Minum Petang

Nasi Impit Kuah Kacang Untuk Minum Petang

papar berkaitan - pada 18/5/2025 - jumlah : 195 hits
Bukan main seronok lagi dapat berehat masak sampai ke petang Semua hidangan dari pagi dan disiapkan Tinggal hidang dan makan je Petangnya menjamu selera nasi impit kuah kacang pula Satu lagi makanan kegemaran saya Tak payah nak tunggu raya ...
Resipi Cucur Manis Jadi Sangat Sedap Garing Luar Lembut Dalam

Resipi Cucur Manis Jadi Sangat Sedap Garing Luar Lembut Dalam

papar berkaitan - pada 26/5/2025 - jumlah : 122 hits
Cucur Manis adalah sajian kudap kudapan yang sangat mudah untuk disediakan Nak buatnya cukup mudah Hanya menggunakan beberapa bahan ringkas sahaja anda telah boleh hasilkan sajian ini untuk sarapan minum petang bahkan sesuai dinikmati pada ...
Rendang Pedas Ikan Kayu Makin Pedas Makin Sedap

Rendang Pedas Ikan Kayu Makin Pedas Makin Sedap

papar berkaitan - pada 28/5/2025 - jumlah : 121 hits
Rendang pedas ikan kayu boleh jadi hidangan bagi yang mahukan kelainan dalam masakan rendang Jika kebiasaan menggunakan ayam dan daging boleh gantikan dengan ikan kayu atau ikan tongkol ini Rendang pula dibuat pedas baru terasa lebih sedap ...
Nasi Goreng Kerabu Sedap Lain Macam Senang Pula Tu

Nasi Goreng Kerabu Sedap Lain Macam Senang Pula Tu

papar berkaitan - pada 16/5/2025 - jumlah : 200 hits
Nasi Goreng Kerabu ni sedap dia lain macam Selalu makan nasi kerabu yang memang tak asing lagi dalam dunia kulinari Malaysia terkenal dengan keunikan warna biru nasinya ulam ulaman segar sambal kelapa dan ikan goreng Tapi pernah cuba versi ...
Rupa Tak Cantik Tapi Rasa Sangat Sedap

Rupa Tak Cantik Tapi Rasa Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 1/6/2025 - jumlah : 178 hits
Assalamualaikum First time buat malam tadi jadi ke Jadi laaaaaa cumanya rupa x cantik je hahaha masa SA masukkan dalam mangkuk dessert rupa paras dia x cantik first time buat kan jenuh uiii masa kacau dan kaup balik dalam periuk SA kacau da...
Daging Burger Masak Merah Lauk Mudah Yang Sedap Imbau Nostalgia

Daging Burger Masak Merah Lauk Mudah Yang Sedap Imbau Nostalgia

papar berkaitan - pada 4/6/2025 - jumlah : 112 hits
Sedapnya Daging Burger Masak Merah ni Menu ini adalah antara menu yang biasa dinikmati oleh anak anak kelahiran tahun 80an dan 90an Kafe kafe di universiti memang banyak jual lauk ni Ringkas dan mudah Bagi anda yang tak ada idea nak masa ka...
Kisah Saya Dengan Bank Rakyat

Nostalgia Raya 2025

Iran Lancar Peluru Berpandu Ke Pangkalan Tentera As Di Qatar

How Eu Laws Give Patients Better Protection For Cosmetic Surgery In Poland

Honor Magic V5 World S Slimmest Foldable Is Coming To Malaysia

Paper Cup Double Wall Custom Pilihan Ideal Untuk Minuman Panas Sejuk

Berhenti Beli Emas Orang Tengah Jimat Harga Kilang Dealer Orodesign

Mangsa Nahas Bas Upsi Banyak Tulang Patah Leher Retak Ibu Mohon Doa Orang Ramai Kesembuhan Anak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Self Healing Materials The Future Of Smart Infrastructure And Wearable Tech

Ulasan Mad Unicorn Di Netflix Kisah Benar Bangkit Dari Bawah

Adik Waniey Mangso Cinto

Lg S Radio Optimism Uses Music To Make Life Feel Good Again

Modern Courtyard House In Bangkok By Warchitect A Harmonious Blend Of Form And Function

Ringgit Rises At The Close On Easing Tensions In Middle East