Ayam Engkong Legasi Engkong Johor Ayer Baloi Sedapnya Sampai Menjilat Jari Sejarah Dan Filosofi Ayam Engkung




Kebanyakan anak-anak generasi masa kini tidak mengetahui makanan tradisi masyarakat jawa dahulu kala yang enak dan lazat, iaitu "Ayam Engkong”. Hal ini mungkin disebabkan mereka tidak pernah melihat atau merasainya sendiri keenakan ayam engkong apatah lagi, ia agak jarang ditemukan sama ada di mana-mana majlis di kampung atau di kedai-kedai makan kerana kaedah memasaknya memerlukan kemahiran tinggi selain harus mengetahui lebih 20 bahan-bahan berupa ramuan herba dan rempah ratus yang diperlukan.

 





Namun kita masih bernasib baik kerana masih ada orang yang meneruskan legasi kuliner tradis ini.  Jika anda berhajat ingin menikmati ayam engkong yang lazat ini, anda bolehlah berkunjung ke Gerai Rakyat, Kampung Parit Panjang, Ayer Baloi, Pontian yang diusahakan oleh Encik Kamal Ibrahim Wardi bersama isterinya.






Kebanyakan pengunjung yang datang ke gerai ini adalah untuk merasai pengalaman sebenar, menikmati sendiri keistimewaan hidangan ayam engkong yang disajikan bersama campuran nasi, mi, sayuran kering, ikan masin dan keropok ikan di atas satu dulang besar.  Bekalan ikan dan keropok diperoleh daripada beberapa penduduk nelayan yang berdekatan untuk memastikan kualiti dan kesegaran di samping menyokong ekonomi pengusaha tempatan





Sejarah sebelum memulakan perniagaannya, pemilik Legasi Engkong Johor Ayer Baloi, Encik Kamal Ibrahim Wardi menjelaskan, beliau pada mulanya sekadar suka-suka membuat ayam engkong untuk teman dan saudara-mara yang mendambakan masakan Jawa seperti yang biasa mereka nikmati pada masa lalu.  Lama-kelamaan, populariti ayam engkongnya bertambah dari mulut ke mulut dan tidak lama kemudian pesanan mula masuk untuk majlis perkahwinan dan juga bulan puasa Ramadhan.

 



Sejarah penubuhan Legasi Engkong Johor bermula sewaktu Program Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2015.  Beliau adalah salah seorang peserta Gerai Rakyat, di mana beberapa gerai makanan telah didirikan di kampung ini untuk menyambut Sultan Johor semasa ekspedisi Kembara Mahkota Johor tahunan.  Beliau terkejut apabila Baginda Sultan Johor sangat menggemari dan memuji keenakan dan kelazatan ayam engkong masakannya.

 


Bertitik-tolak dari pujian yang diterimanya itu, En Kamal seterusnya mengatur langkah untuk mengkomersialkan ayam engkong dengan membuka tempahan di sekitar daerah Pontian.  Idea untuk memiliki ruang niaga kekal ini muncul apabila permintaan semakin meningkat dengan cepat tidak lama kemudian selepas kejadian itu dan mengubah hidup keluarganya












20 bahan masakan ayam engkong
En Kamal yang dibantu isteri, Hamilah Mohd Amin, amat mementingkan kualiti dalam penyediaan ayam engkong agar keenakan dapat dikekalkan.

 

Dengan hanya menggunakan ayam dari sumber tempatan, beliau memerapnya dengan campuran 20 bahan ramuan herba dan rempah termasuk ketumbar, jintan halus, jintan kasar, serai, halia, santan dan pelbagai lagi bahan digunakan untuk memasak ayam engkong. Hanya ayam kampung dan ayam tua sahaja yang boleh digunakan untuk masakan ayam engkong kerana perlu melalui merebus yang agak lama.. Hanya varian ayam ini yang cukup kuat untuk menahan rejim memasak yang ketat yang perlu disediakan.



Oleh sebab proses merebus ayam memakan masa agak lama, kini periuk tekanan digunakan bagi memudahkan ayam cepat lembut.  Selepas ayam yang direbus lembut dan masak, bahan-bahan rempah yang telah dikisar akan dimasak bersama ayam.  Proses menggaul ayam bersama rempah perlu dilakukan berhati-hati supaya ayam betul-betul menyerap rempah.

 

Selain ayam engkong, disediakan juga menu pilihan waktu makan tengah hari yang banyak dicari termasuk lontong kering dan pecal.

 

Legasi Engkong Johor

T / L 136, Kampung Parit Panjang,

82100 Ayer Baloi, Johor.

TEL 016-742 2656 / 016-797 7456

Buka setiap hari 9 pagi hingga 5 petang kecuali setiap hari Isnin minggu kedua dan keempat setiap bulan. [Pelbagai sumber/nst.com.my/ Fbook NoorlhishamSapuan/  FB Muhammad Razib] FB LegasiEngkongJohor]
 



 

Sejarah dan Filosofi Ayam Engkung
Ayam engkong bukan sekadar hidangan istimewa masyarakat orang Jawa Indonesia, sebenarnya ia adalah kuliner nusantara yang kental dengan budaya dan filosofi. Mengikut tradisi adat masyarakat Jawa dahulu kala, ayam engkung biasanya disajikan dalam nampah atau dulang besar sebagai sajian dalam berbagai acara adat dan perayaan seperti upacara keagamaan, peringatan hari besar, majlis kesyukuran (selametan), dan upacara peringatan kematian.



Walaupun banyak orang sudah tahu tentang ayam engkung yang menjadi ciri khas makanan orang Jawa dan disajikan bersama nasi tumpeng, namun belum banyak yang tahu bagaimana sejarah ayam engkung hingga menjadi salah satu kuliner warisan yang memiliki makna penting dalam adat Jawa


 

Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nutrition and Food Science bahawa ayam engkung berasal dari kata “manengkung” yang bermaksud memanjatkan doa kepada Tuhan dengan kesungguhan hati. Ayam engkung menjadi komponen pokok dalam tumpeng.

 



Bersamaan dengan tumpeng [nasi sajian], ayam ingkung dipercayai sudah ada sejak kerajaan Jawa dipengaruhi oleh agama Hindu.  Istilah ayam engkung disebutkan pada karya sastra lama, Serat Centhini II, yang menyebutkan mengenai iwak pitik (lauk ayam)


 

Ayam ingkung memiliki filosofi yang tidak harus diabaikan dalam budaya Jawa.  Menurut adat budaya Jawa dahulu kala, ayam adalah lambang dari rasa syukur dan kenikmatan yang diperoleh di dunia kerana kuasa Tuhan.

 

Hanya ayam yang baik dan lazat saja yang menjadi persembahan, sebab itulah mengapa ayam engkung disajikan dalam bentuk utuh [lengkap seekor] dan ditata hias dengan indah.  Justeru bersumberkan sejarah adat dan asal usul adanya ayam engkung, maka ia harus disajikan dengan ayam utuh dalam setiap nasi tumpeng di majlis keraian. [fimela.com]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.orangmuo.my/2021/04/ayam-engkong-legasi-engkong-johor-ayer.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Ayam Bakar Madu Ala Bazaar Ramadhan Sedapnya Sampai Menjilat Jari Mudah

Resipi Ayam Bakar Madu Ala Bazaar Ramadhan Sedapnya Sampai Menjilat Jari Mudah

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 416 hits
Bulan puasa yang tinggal beberapa hari saja lagi pastinya membuatkan ibu sibuk mencari pelbagai resipi Resipi berasaskan ayam antara menu yang begitu disukai anak anak kita Selain ayam goreng ayam panggang madu ala bazaar Ramadhan ini pasti...
Sedapnya Gulai Ayam Serai Lengkuas

Sedapnya Gulai Ayam Serai Lengkuas

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 257 hits
Rahsia keenakan menu ini kerana aroma herba tradisi seperti serai dan daun limau purut memang mengundang selera Rasa lemak lemak pedas dan masam manis memang terbaik Kalau dikeringkan dan tambah kerisik boleh jadi rendang Kalau korang nak t...
Sedapnya Makan Ayam Panggang Pukul 12 Malam

Sedapnya Makan Ayam Panggang Pukul 12 Malam

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 483 hits
Assalamualaikum BELI Ayam Panggang sekoq dari Baker s Cottage sebagai persediaan kot kot la Pak Inche kelaparan bila balik dari KL malam tadi Sementara tunggu Pak Inche balik Sk dan Iman tidur dulu kih kih kih Lepas Pak Inche balik memang p...
Sedapnya Bingka Roti Ayam Berkeju

Sedapnya Bingka Roti Ayam Berkeju

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 344 hits
Kalau tak tau nak buat apa dengan roti lebih korang jangan takut cuba resipi ni Gerenti jadi punya kalau buat bahan selain roti ikut je apa yang sesuai ada dalam dapur Idea bagus sesuai untuk sarapan pagi bekal anak ke sekolah atau boleh sa...
Resoles Inti Ayam Layan Wei Sedapnya

Resoles Inti Ayam Layan Wei Sedapnya

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 264 hits
Kali ini RASA kongsikan resipi Resoles Inti Ayam yang simple dan inti juga mudah disediakan sesuai sangat dijadikan menu untuk sarapan minum petang mahu pun sebagai hidangan untuk tetamu BAHAN BAHAN UNTUK KULIT 3 biji telur125gm tepung gand...
Sejarah Johor Bermula

Sejarah Johor Bermula

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 628 hits
Sejarah Johor bermula pada tahun 801 Masihi sebagai suatu petempatan perdagangan yang penting Pada tahun 1511 Melaka telah dikuasai oleh Portugis Sultan Melaka pada pada waktu itu iaitu Sultan Mahmud Shah telah berundur ke Pahang dan kemudi...
Senarai Buffet Ramadhan Sekitar Johor Bahru 2021

Senarai Buffet Ramadhan Sekitar Johor Bahru 2021

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 856 hits
Senarai Buffet Ramadhan Sekitar Johor Bahru 2021 Pakej buffet ramadhan umi compile kan untuk readers yang planning untuk berbuka puasa di luar bersama keluarga UNTUK The post appeared first on
Makan Makan Di The J Seri Alam Johor

Makan Makan Di The J Seri Alam Johor

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 930 hits
Makan Makan di The J Seri Alam Johor Makan jangan tak makan katanyaaa Hihi Ini salah satu tempat makan baru 2021 yang berada di Seri Alam Masai Johor Bulan lepas adalah hari pembukaannya dan setakat ni kulihat sambutan masih memberangsangka...
33 Year Old Dato Sri Nicky Wanted By Johor Cops

33 Year Old Dato Sri Nicky Wanted By Johor Cops

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 368 hits
Johor police chief Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay said the 33 year old Dato Sri Nicky Liow Soon Hee s last known address was Unit 1009 Trigon Residence Puchong Selangor STR NUR AISYAH MAZALANJOHOR BAHRU Police are on the hunt for a businessm...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Libur Nataru Di Indonesia Kapan Saja

Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

Kain Anduh Saiz Kegunaan Dan Jenis Balutan

Hidalgo Teruja Selepas Jaringan Hatrik Puas Bantu Sri Pahang Fc Ke Separuh Akhir Piala Malaysia

Tak Lama Selepas Pemergian Ibu Man Kulim Pening Meninggal Dipercayai Akibat Demam Panas