Ayah Telefon Kata Kemungkinan Arwah Zulfarhan Yang Ambil Laptop Tersebut Tertuduh




Seorang tertuduh yang didakwa mencederakan Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, bahawa bapanya mempunyai kebolehan untuk 'tengok' siapa yang mencuri komputer riba di universiti itu.


Muhammad Ashraf Abdullah, 24, berkata rakannya yang juga bekas penuntut UPNM, Mohd Syafiq Abdullah berjumpa dengannya dan memaklumkan bahawa sebuah komputer riba kepunyaan Muhammad Akmal Zuhairi Azmal yang merupakan tertuduh pertama hilang.


"Syafiq meminta untuk bercakap dan meminta bantuan ayah saya, Haji Abdullah untuk 'tengok' kan siapakah yang mencuri komputer riba tersebut. Ada segelintir rakan-rakan yang tahu bahawa ayah saya ada sedikit ilmu berkaitan perkara ini.


"Syafiq turut memberitahu nama-nama orang yang disyaki iaitu Nazmi, Izzat Amir dan arwah Zulfarhan Osman. Saya bersetuju meminta bantuan ayah saya dan telah pulang ke bilik untuk membuat panggilan telefon," katanya semasa membacakan penyataan saksi pada pada prosiding bela diri 18 pelajar UPNM terhadap pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan.


Dia yang kini bekerja sendiri berkata, selepas lebih kurang 30 minit ayahnya menelefon dan menyatakan bahawa kemungkinan arwah Zulfarhan yang mengambil komputer riba tersebut, namun tiada apa-apa bukti diberikan ayahnya.


"Ayah saya juga sempat berpesan, supaya jangan mengambil sebarang tindakan memandangkan tiada 'petunjuk' yang jelas. Saya akur dengan nasihat ayah dan meminta Syafiq untuk turut akur," katanya.


Ketika pemeriksaan balas Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim adakah ayahnya menyebut nama (Zulfarhan) saksi itu berkata, ayahnya ada menyebut nama (Zulfarhan) dan Mohd Syafiq tahu mengenai perkara itu, kerana beliau membuat 'loud speaker' semasa perbualan telefon dengan ayahnya.


Semasa pemeriksaan semula oleh peguam Ariff Azami Hussein, mengenai mengapa tertuduh tidak membuat laporan kepada pihak berkuasa selepas mengetahui bahawa Zulfarhan disyaki mencuri komputer riba itu, Muhammad Ashraf berkata beliau mengambil kira pesanan ayahnya supaya tidak membuat apa-apa tindakan, kerana tiada bukti arwah Zulfarhan mengambil komputer riba itu.


Dalam prosiding sebelum ini, Mohd Syafiq memberitahu mahkamah bahawa beliau yang mencadangkan kepada Muhammad Akmal Zuhairi, supaya menggunakan khidmat pengamal perubatan tradisional sebagai ikhtiar mencari komputer ribanya yang hilang.


Mohd Syafiq yang juga saksi pendakwaan ke-25 itu memberitahu mahkamah bahawa cadangan itu juga timbul, kerana beliau mengetahui bahawa bapa kepada Muhamad Ashraf Abdullah, tertuduh ke-18 yang dituduh mencederakan Zulfarhan Osman, dikatakan mempunyai 'kelebihan' mencari barang hilang.


Dalam prosiding 16 Mei 2018, bapa Muhamad Ashraf, Abdullah Md Seh, 56, yang merupakan saksi pendakwaan ke-13, memberitahu mahkamah bahawa beliau mendapat 'petunjuk' bahawa Zulfarhan Osman mencuri komputer riba dan petunjuk itu diperoleh melalui gerak hatinya serta melihat nama mangsa timbul di pandangannya.


Pada 31 Julai 2019, Mahkamah Tinggi memerintahkan 18 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) membela diri terhadap pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan.


Lima tertuduh iaitu Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mod Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri berdepan pertuduhan membunuh Zulfarhan, manakala Abdoul Hakeem Mohd Ali didakwa bersubahat membunuh.


Kesalahan itu didakwa dilakukan di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan manakala Abdoul Hakeem didakwa mengikut Seksyen 109 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.


Mereka bersama 12 lagi iaitu Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif, Muhammad Adib Iman dan Mohamad Syazwan, juga diperintah membela diri atas pertuduhan mencederakan mangsa.


Mereka didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa, untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia telah mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda.


Perbuatan itu didakwa dilakukan di dalam bilik 03-05, blok penginapan asrama Jebat universiti itu di Kem Perdana, Sungai Besi antara 2.30 pagi dan 5.30 pagi 21 Mei 2017.


Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung 28 Disember ini.


Sumber: Bernama


Sumber : thereporter.my

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/12/ayah-telefon-kata-kemungkinan-arwah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ada Kemungkinan Kerajaan Pn Jatuh Esok Kata Dr M

Ada Kemungkinan Kerajaan Pn Jatuh Esok Kata Dr M

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 295 hits
mindarakyat netKerajaan Perikatan Nasional sekali lagi berdepan kemungkinan akan jatuh sekali lagi jika pengundian kali ketiga Belanjawan 2021 gagal mendapat sokongan majoriti esok kata Dr Mahathir Mohamad Menyatakan hal itu Mahathir berkat...
Bapa Pd Seorg Tertduh Ada Kebolehan Tengok Siapa Curii Yg Laptop Beritahu Mhkamah Nama Arwh Zulfarhan Timbul

Bapa Pd Seorg Tertduh Ada Kebolehan Tengok Siapa Curii Yg Laptop Beritahu Mhkamah Nama Arwh Zulfarhan Timbul

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 248 hits
loading Seorang tertudvh yang didkwa menceder4kan Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia ZuIfarhan Osman Zulkarnain memberitahu
Rundingan Agihan Kerusi Umno Bn Pas Hampir Selesai Kata Annuar

Rundingan Agihan Kerusi Umno Bn Pas Hampir Selesai Kata Annuar

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 313 hits
Rundingan pengagihan kerusi antara UMNO dan PAS juga hampir selesai KUALA LUMPUR Rundingan pengagihan kerusi bagi menghadapi pilihan raya umum ke 15 antara UMNO dan parti komponen Barisan Nasional selesai hampir 90 Setiausaha Agung BN Annua...
Bagai Habis Madu Sepah Dibu4ng Sedia Jadi Ibu Tunggal Sampai Akhir Hayat Ini Kata Kata Padu Rita Rudaini

Bagai Habis Madu Sepah Dibu4ng Sedia Jadi Ibu Tunggal Sampai Akhir Hayat Ini Kata Kata Padu Rita Rudaini

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 516 hits
loading Saya bersedia membawa geIaran ibu tunggaI hingga akhlr hyat Itu jwapan yang diberikan peIakon ini ketika ditnya sudahkah dia bersedia kembali bergelar seorang isteri
Terlajak Perahu Boleh Diundur Terlajak Kata Badan Binasa

Terlajak Perahu Boleh Diundur Terlajak Kata Badan Binasa

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 736 hits
Itulah situasi dialami juara Gegar Vaganza musim ketujuh Cliff Umar 37 apabila dia terlepas cakap berhubung pemakaian pelitup muka yang dikatakan merimaskan pada malam akhir program realiti itu berlangsung malam kelmarin Kenyataan vokalis k...
Youtuber Isarb Shah Dilihat Sudah Keluar Dan Disambut Isa Isarb Ini Kata Kata Padu Daripada Shah Sendiri Selepas Keluar

Youtuber Isarb Shah Dilihat Sudah Keluar Dan Disambut Isa Isarb Ini Kata Kata Padu Daripada Shah Sendiri Selepas Keluar

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 1091 hits
loading SELEPAS pendakwah muda Syed Iqmal atau dikenali sebagai Da i Syed ditahan dan didakwa kerana menca bul dan mero gol beberapa gadis baru baru ini kali ini seorang YouTuber dari Kelantan menghadapi tuduhan serupa iaitu menca bul
Takiyuddin Menteri Penyelaras Antara Putrajaya Dan Kedah Kata Setpol Menteri

Takiyuddin Menteri Penyelaras Antara Putrajaya Dan Kedah Kata Setpol Menteri

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 273 hits
PETALING JAYA Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri mendedahkan Takiyuddin Hassan turut dilantik menteri penyelaras antara kerajaan persekutuan dan kerajaan Kedah selepas tersebar tangkap layar perbualan beliau dan menteri kewangan men...
Sd Dikumpul Anwar Tak Boleh Pakai Dr Mahathir Kata

Sd Dikumpul Anwar Tak Boleh Pakai Dr Mahathir Kata

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 336 hits
Semalam Dr Mahathir Mohamad berkata dakwaan Presiden PKR Anwar Ibrahim memiliki sokongan dalam bentuk akuan berkanun tidak memberikan apa apa makna kerana tidak boleh diambil kira dalam keputusan menjatuhkan atau membentuk kerajaan baru mor...
Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Akhirnya Zaskia Sungkar Tunjukkan Wajah Humaira Ke Publik Tebak Mirip Siapa

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Gagal Itu Biasa Bangkit Itu Luar Biasa

Bufet Ramadan 2025 Citarasa Sedunia Di Ve Hotel Residence

Resep Thailand Milk Bun Viral Sajian Berbuka Puasa Yang Bikin Ketagihan

Masak Ayam Berlado Cili Merah Kesukaan Anak Anakku

Kes Buang Bayi Wanita Berusia 29 Tahun Direman

Doorgift Kenduri Dapat Numee Gardenia