Ayah Selalu Sembang Dengan Bayi Dalam Perut Anak Jadi Sihat Bijak


Setiap ibu ayah menginginkan anak yang bijak dan sihat baik ketika di dalam kandungan ataupun semasa tempoh tumbesarannya. Amalan oleh ibu ketika sedang hamil boleh mempengaruhi anak di dalam kandungan. Mendidik anak sedari dalam rahim bukan sahaja untuk pembentukan fizikal otak anak tetapi jiwa spiritual mereka juga.
Di dalam penulisannya di laman Facebook, Dr Zubaidi Hj Ahmad ada berkongsi beberapa tip yang boleh si ibu amalkan ketika mengandung sebagai inisiatif memastikan anak sihat dan bijak sejak dalam rahim.
TIP UNTUK ANAK SIHAT DAN BIJAK SEJAK DALAM RAHIM Pendidikan anak-anak seharusnya bermula ketika mereka masih di dalam rahim. Oleh itu jika kita inginkan anak yang bijak seharusnya dimulai pendidikan seawal seorang ibu disahkan hamil.
Artikel Menarik: [Waktu Mengandung Selalu Sedih, Nanti Anak ‘Keluar’ Pun Kuat Menangis!]
Pendidikan di awal kehamilan bukan saja membentuk kerangka fizikal otak mereka tetapi membentuk jiwa dan spiritual mereka yang mantap.

Dalam satu artikel yang bertajuk “Proses Kejadian Janin dan Peniupan Roh” oleh Ustaz Abu Anas Madani menyatakan bahawa “Yang sahihnya roh akan ditiupkan selepas 40 hari pertama dari umur janin bukan sebelumnya dengan yakin.”
Ini bersesuaian dengan mana-mana kajian saintifik bahawa pergerakan jantung (tanda bayi bernyawa) bermula seawal enam minggu selepas disenyawakan.
Jadi pendidikan juga harus berumur sebaik saja bayi ditiupkan roh (mula bernyawa).
Apakah pendidikan yang harus diberikan pada tahap ini? Ibu dan ayah harus banyak berkomunikasi secara baik sesama sendiri dan bersama ‘anak dalam rahim’.
BERI NAMA YANG BAIK Pertama, ia harus dimulakan dengan pemberian nama yang baik untuk anak. Pemberian nama yang baik ibarat doa dari ibubapa. Nama yang baik (setelah mendapat nasihat dari ibubapa dan agamawan), harus difikirkan sebaik si ibu hamil. Pertimbangkan beberapa nama. Pilihlah yang sesuai.
SELALU BERKOMUNIKASI Kedua, sering berkomunikasi dengan anak dengan bercakap-cakap sambil mengusap perut. Kata-kata yang baik, nada yang lembut disertai dengan perbuatan berkasih sayang, seperti gerakan mengusap akan memberikan isyarat bahawa ibubapa sangat menyayangi anak dalam rahim.
Gunakan bahasa yang indah, nada yang lembut dan usapan kasih sayang. Biar anak dalam rahim tahu ibubapa mereka menyayanginya.
AYAH SEMBANG DENGAN ANAK Ketiga, bagi si ayah yang mungkin sibuk bekerja atau tidak berada di sisi ibu yang hamil, boleh cuba bercakap dengan anak dalam rahim juga. Cuba bercakap melalui telefon dan si ibu merapatkan telefon tersebut dekat dengan abdomen. Biarkan seolah-olah si ayah berada di sisi dan bercakap dengan anaknya. Getaran suara si ayah akan sampai kepada anak dalam rahim.

Artikel Menarik: [Jangan ‘Main Tipu’ Bila Kira Gerakan Bayi. Itu Tanda Dia Elok Dalam Tu!]
‘DEKAT’ DENGAN AL-QURAN Keempat, banyakkan mendengar bacaan Al-Quran. Sama ada dengan membaca sendiri atau mendengarnya dari siaran yang dirakam di komputer, radio atau di kereta. Ini akan memberikan ketenangan pada anak dan si ibu.

Si ayah juga boleh membacakan ayat-ayat Al-Quran ketika solat berjemaah dengan si ibu. Atau membaca bersama-sama dengan si ibu pada bila-bila masa.
ELAKKAN BERTENGKAR SEMASA MENGANDUNG Kelima, wujudkan suasana harmoni dalam keluarga. Jauhi pertengkaran. Kawal emosi ketika marah. Jangan naikkan nada suara jika keadaan tidak perlu.
MAKAN YANG ‘ELOK-ELOK’ Keenam, makan makanan yang bernutrisi. Makanan yang bernutrisi adalah makanan yang memenuhi keperluan ibu dan anak. Ini akan membina kerangka otak yang sihat di samping mampu memahami pendidikan yang diberikan dengan lebih baik.
Jadi dalam tempoh kehamilan, harus meningkatkan pengambilan makanan yang sihat dan seimbang.
Pastikan dapat makanan yang ada karbohidrat kompleks (yang tidak berproses) seperti sayur-sayuran, protein yang sihat seperti ikan, daging, susu dan dapatkan juga minyak atau lemak sihat seperti avokado, minyak zaitun dan buah zaitun itu sendiri yang mengandungi antioksida yang banyak dan unsaturated fatty acid.

Cuba amal kekacang seperti buah badam, kacang kuda yang direbus, almond dan banyak lagi jenis kekacang sebagai makanan ringan untuk kudapan.
Elakkan makanan berproses yang banyak pewarna,perasa dan pengawet. Minum air secukupnya.
Jika mahukan sesuatu yang manis, dapatkannya secara segar dan natural seperti potongan buah-buahan, madu, gula kabong dan jus yang diperah segar.
Artikel Menarik: [Bayangkan Air Gula Pun Dah Loya, Boleh Ke ‘Survive’ Lepas Minum Tanpa Termuntah]
Pastikan juga apa yang kita makan dan minum adalah sesuatu yang halal, toiyyib dan tidak membazir.
Minum air kosong secukupnya bagi meningkatkan daya tahan dan tahan. Air sangat penting untuk menjana tenaga yang banyak diperlukan.

Bila masuk pertengahan usia kehamilan, boleh ambil minyak zaitun, kurma atau delima bagi memudahkan proses kelahiran. Jangan lupa berdoa kerana Allah yang akan permudahkan segala urusan kita.
Perkongsian ini sekadar inisiatif si ibu untuk menjaga kandungan supaya tumbesaran janin berlaku dengan baik. Diharapkan dengan mengamalkan perkara-perkara ini akan membuatkan kedua-dua ibu dan bayi dalam keadaan sihat sahaja.
 
The post Ayah Selalu Sembang Dengan Bayi Dalam Perut, Anak Jadi Sihat & Bijak! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ayah-selalu-sembang-dengan-bayi-dalam-perut-anak-jadi-sihat-bijak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak 14 Tahun Imamkan Solat Jenazah Ayah Maut Lori Rempuh Tol

Anak 14 Tahun Imamkan Solat Jenazah Ayah Maut Lori Rempuh Tol

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 376 hits
Sebuah lori yang terbabas selepas melanggar tembok Tol Lunas Lebuhraya Butterworth Kulim dari Kubang Semang menghala ke Lunas Kulim Isnin lalu telah menyebabkan pemandunya maut Mangsa Abdul Rani Abdullah yang mengalami kecederaan parah disa...
Jumpalah Ayah Di Bilik Mayat Bapa Tak Sempat Jumpa Anak Sulung Baru Lahir Maut Dilanggar Lori

Jumpalah Ayah Di Bilik Mayat Bapa Tak Sempat Jumpa Anak Sulung Baru Lahir Maut Dilanggar Lori

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 406 hits
Malang tidak berbau itulah ungkapan yang kita akan takuti bila mana sesuatu bencana atau ujian menimpa kita tanpa di duga Menerusi perkongsian Kuan Chee Heng di akaun Facebook miliknya beliau telah berkongsi pengalaman beliau sebagai seoran...
Tak Mampu Nak Sewa Van Jenazah Ibu Ayah Nak Bawa Jenazah Bayi Naik Bas Ekspress

Tak Mampu Nak Sewa Van Jenazah Ibu Ayah Nak Bawa Jenazah Bayi Naik Bas Ekspress

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 321 hits
Setiap orang diberikan ujian yang berbeza lebih lebih lagi diuji dengan kehilangan orang yang tersayang Bukan mudah untuk mencari kekuatan yang hilang itu Kehilangan anak yang dikandung sembilan bulan akhirnya pergi begitu sahaja Ditambah d...
Bila Mendidih Jangan Jerit 80 Kata Kata Dari Mulut Mak Ayah Bentuk Peribadi Anak

Bila Mendidih Jangan Jerit 80 Kata Kata Dari Mulut Mak Ayah Bentuk Peribadi Anak

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 453 hits
Biasanya ibu bapa akan gunakan kuasa jerit bila rasa nak marah anak Alasannya cara ini baru buat anak cepat dengar kata Ye betul tapi lama kelamaan cara ini dah tak dihiraukan Kenapa bab menjerit pada anak tak elok untuk perkembangan anak y...
Ayah Di Blitar Jadikan Anak Kandungnya Budak Nafsu Sejak Sd Pernah Tampar Korban Karena Menolak

Ayah Di Blitar Jadikan Anak Kandungnya Budak Nafsu Sejak Sd Pernah Tampar Korban Karena Menolak

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 236 hits
Pur warga Kecamatan Ponggok Kabupaten Blitar yang diduga memaksa setubuhi anak kandungnya sendiri masih menjalani pemeriksaan di Unit PPA Satreskrim Polres Blitar Kota Selasa Kasusnya sudah dilimpahkan ke Unit PPA Karena korban masih anak a...
Berapa Kali Cakap Selalu Macam Ni Kerap Sangat Berleter Nanti Anak Tak Takut

Berapa Kali Cakap Selalu Macam Ni Kerap Sangat Berleter Nanti Anak Tak Takut

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 356 hits
Orang cakap kalau kita mahu sesuatu itu melekat di hati dan ingatan anak kita perlu ulang banyak kali barulah anak ingat barulah anak buat Saya dah letih berleter kadang kadang sampai naik angin hilang sabar tetapi anak tidak buat juga Tida...
Tahukah Anda Mengapa Bayi Pengemis Selalu Tertidur

Tahukah Anda Mengapa Bayi Pengemis Selalu Tertidur

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 279 hits
Dekat stasiun di sebuah kota besar duduk seorang wanita dgn usia yg tak diketahui Rambutnya kotor kepalanya tertunduk dalam kesedihan Wanita itu duduk di lantai kotor dan di sampingnya terletak sebuah tas Dalam tas itu orang melempar uang D...
Ayah Kau Hidup Lagi Permintaan Terakhir Bapa Uzur Merayu Anak Datang Jenguk

Ayah Kau Hidup Lagi Permintaan Terakhir Bapa Uzur Merayu Anak Datang Jenguk

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 619 hits
Sebagai seorang anak apabila sudah dewasa kita sepatutnya mengasihi dan menjaga kedua ibu bapa sebagai membalas jasa mereka yang telah membesarkan kita Tetapi apakan daya apabila sudah uzur dan tidak mampu mengurus diri maka perkara itulah ...
Doa Ayah Buat Anak Perempuan Baru Berkahwin

Doa Ayah Buat Anak Perempuan Baru Berkahwin

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 402 hits
Maaflah gambar tak berkaitan dengan tajuk tetapi bayangkan anak yang ibu dan babah tatang bagai minyak yang penuh apabila dewasa setelah diserahkan kepada suami sebagai isterinya namun anak yang kita besarkan dengan penuh kasih sayang disia...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt