Anak Perempuan Lebih Berjaya Kalau Ayah Selalu Pesan 5 Perkara Penting Ini


Anak Perempuan Lebih Berjaya Kalau Ayah Selalu Pesan 5 Perkara Penting Ini. Rupanya anak perempuan boleh jadi lebih berjaya sekiranya mereka rapat dengan ayah. Bahkan penting untuk ayah selalu pesan 5 perkara penting ini kepada anak perempuan mereka.
Hubungan ayah dengan anak perempuan memberi impak besar terhadap perkembangan positif anak perempuan. Kajian menunjukkan bahawa ayah yang mempunyai hubungan rapat dengan anak perempuan dapat mempengaruhi pembentukan harga diri dan keyakinan diri si anak hingga dewasa.
Persepsi anak perempuan terhadap ayah banyak mempengaruhi kehidupannya dan menjadikan ia seorang wanita yang kuat dan tabah kelak.
Hubungan anak perempuan dengan ayah sangat penting. Ayah memberikan pengaruh berpanjangan kepada anak perempuan. Ayah mampu membuatkan si anak mencapai kejayaan di masa hadapan.
Bagaimana hubungan anda (ayah) dengan anak perempuan? Sebab itu pentingnya setiap yang bergelar ayah sering berkomunikasi dengan anak perempuan dan mempunyai hubungan erat ayah dan anak.
1. Fikir sebelum bercakap
Orang perempuan cenderung untuk selalu bercakap yang bukan-bukan apabila mereka sedang marah. Elakkan anak perempuan daripada mempunyai sikap begitu. Ia perlu diasuh sejak kecil.
Ia mesti ditunjukkan oleh ibu bapa sendiri. Di sini pentingnya peranan ayah untuk memberitahu anak supaya berfikir sebelum mereka bercakap. Ayah mesti beritahu anak supaya fikir perasaan orang lain jika mereka berkata-kata.
Paling penting, ayah mesti tunjukkan contoh tauladan. Tunjukkan contoh bagaimana menjadi orang yang menghormati orang lain sebelum mengeluarkan kata-kata, ia akan memberikan pengaruh berpanjangan kepada anak perempuan supaya pandai menjaga hati orang lain ketika bercakap.

2. Percaya dan yakin pada diri sendiri
Ayah mesti menanamkan sikap percaya dan yakin pada diri sendiri kepada anak perempuan. Mereka akan membesar sebagai seorang wanita satu hari nanti maka ada pelbagai perubahan yang akan dilalui.
Walauapa pun perubahan yang mereka lalui, sentiasa ingatkan mereka untuk tetap berkeyakinan diri. Bercakap dari kaca mata seorang lelaki yang telah melalui banyak pengalaman, ayah perlu mengingatkan anak perempuan supaya sentiasa menjaga maruah diri dan dalam masa yang sama perlu berkeyakinan.
Mempunyai ayah yang sentiasa mengingatkan anak perempuan untuk berkeyakinan dan percaya pada diri sendiri memberikan impak besar yang positif terhadap perkembangan anak.
3. Menjadi berani
Walaupun anak perempuan nampak manja dan agak penakut tetapi penting untuk menanamkan kata-kata semangat kepada anak perempuan supaya sentiasa berani. Ketika anak perempuan mula belajar berjalan, ayah adalah orang yang paling kuat memberikan kata-kata semangat supaya anak berani melangkah walaupun berisiko untuk jatuh.
Dari situ anak memperoleh keberanian untuk meneruskan perjuangan sampai berjaya dan kata-kata tersebut perlu diteruskan secara konsisten sampai bila-bila kerana anak perempuan perlukan daripada seorang ayah!

4. Ayah sentiasa sayang
Anak perempuan memang anak yang manja. Mereka suka disayangi dan dimanjakan walaupun sudah besar. Ayah, jangan lupa tentang hal ini!
Sentiasa berikan mereka perhatian dan konsisten ucapkan yang ayah sayang akan dirinya. Percayalah, anak perempuan yang dibesarkan dalam suasana penuh kasih sayang daripada ibu dan ayah serta sentiasa mendapat ucapan sayang daripada ayah akan membesar sebagai anak yang bahagia dan berjaya.
Ucapan sayang daripada ayah memberi seribu makna kepada anak perempuan dan ia terus tersemat dalam sanubari mereka sampai bila-bila.
5. Melindungi anak
Ayah sentiasa menjadi pelindung kepada anak-anaknya terutama anak perempuan. Walaupun tegas dan nampak garang tetapi sebenarnya ayah seorang yang penyayang kepada anak perempuan.
Seorang ayah akan sentiasa melindungi anak perempuannya daripada perkara buruk. Ayah selalu nampak ‘tak sporting’ dalam banyak perkara tetapi sebenarnya dia lebih memikirkan perkara buruk yang mungkin tidak pernah terfikir oleh si anak. Itulah sikap pelindung seorang ayah.
Setiap ayah berkemampuan mengajar anak perempuannya kekuatan sebenar dan nilai keyakinan diri. Ayah memang tegas dan garang tapi jauh di sudut hati ayah sangat menyayangi dan melindungi anak perempuannya dan tidak mahu si anak disakiti sama sekali.
Sumber: Pa&Ma
The post Anak Perempuan Lebih Berjaya Kalau Ayah Selalu Pesan 5 Perkara Penting Ini appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/anak-perempuan-lebih-berjaya-kalau-ayah-selalu-pesan-5-perkara-penting-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Yang Selalu Ibu Ayah Cakap Itulah Akan Kekal Dalam Otak Anak Pastikan Sebut Yang Baik Baik

Apa Yang Selalu Ibu Ayah Cakap Itulah Akan Kekal Dalam Otak Anak Pastikan Sebut Yang Baik Baik

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 399 hits
Dato Mohamad Fadzilah Kamsah kata kita ibu ayah kena selalu sebut perkara yang baik baik kat anak Walau anak tengah buat perangai walau anak ada buat kita rasa nak marah sangat sangat Perkongsian dari seorang ibu Puan mengenai apa yang kita...
Biarlah Orang Nak Kata Saya Bagi Anak Perempuan Free Saya Tak Kisah Ayah

Biarlah Orang Nak Kata Saya Bagi Anak Perempuan Free Saya Tak Kisah Ayah

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 657 hits
Bila sebut mengenai majlis perkahwinan ramai yang akan terfikir mengenai kenduri dan jamuan secara besar besaran di dewan ataupun di hotel hotel mewah Biarlah Orang Kata Saya Bagi Anak Perempuan Free Saya Tak Kisah AYAH nangtime comItulah s...
Sedih Ayah Lapar Nak Nasi Goreng Tapi Anak Marah Marah Suruh Order Roti Canai

Sedih Ayah Lapar Nak Nasi Goreng Tapi Anak Marah Marah Suruh Order Roti Canai

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 590 hits
SEDIH AYAH LAPAR NAK NASI GORENG TAPI ANAK MARAH MARAH SURUH ORDER ROTI CANAI Kasih ibu bawa ke syurga kasih ayah sepanjang masa Ia kedengaran biasa namun jika diteliti dengan mendalam ia membawa maksud yang sangat besar Dunia semakin maju ...
Mengenal Lebih Dekat 4 Anak Tiri Siti Nurhaliza Semuanya Kacak Dan Bergaya

Mengenal Lebih Dekat 4 Anak Tiri Siti Nurhaliza Semuanya Kacak Dan Bergaya

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 1056 hits
Asyraf Khalid yang tak lain adalah anak tiri penyanyi Siti Nurhaliza kini tengah menjadi buah bibir setelah melamar aktris Indonesia kamis 20 Augustus 2015 kemarin Anak bangsawan negeri Jiran tersebut resmi melaTya Arifin aktris cantik peme...
Lisa Surihani Akui Berat Cecah 66kg Semasa Anak Berumur 4 Bulan 17kg Berjaya Disingkirkan Dengan 6 Tips Ini

Lisa Surihani Akui Berat Cecah 66kg Semasa Anak Berumur 4 Bulan 17kg Berjaya Disingkirkan Dengan 6 Tips Ini

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 844 hits
Bagi ibu ibu selepas bersalin berat badan yang bertambah semasa hamil sering menjadi igauan ngeri Tip yang dikongsikan oleh aktres Lisa Surihani ini boleh berikan panduan inspirasi kepada anda yang mempunyai masalah untuk mengurangkan berat...
Bila Nak Beli Susu Formula Untuk Anak Ambil Kira 7 Faktor Penting Ini

Bila Nak Beli Susu Formula Untuk Anak Ambil Kira 7 Faktor Penting Ini

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 410 hits
Ada macam macam jenis susu formula di pasaran sampai ibu ayah keliru mana satu yang patut dibeli untuk anak Sebenarnya ada banyak faktor penting yang perlu diambil kira sebelum memilih susu formula untuk anak anda Susu ibu adalah makanan te...
Pesan Penting Menteri Jonan Untuk Dwi Soetjipto Usai Diangkat Jadi Bos Baru Skk Migas

Pesan Penting Menteri Jonan Untuk Dwi Soetjipto Usai Diangkat Jadi Bos Baru Skk Migas

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 200 hits
Ignasius Jonan mengatakan setelah ditunjuk sebagai Kepala SKK Migas menggantikan Amien Sunaryadi Dwi sebaiknya melanjutkan usaha Amien dalam membangun SKK Migas untuk menjadi lembaga yang lebih baik
Nak Bentuk Anak Lelaki Hebat 4 Perkara Ini Ibu Perlu Buat Sebab Itu Hubungan Kena Rapat

Nak Bentuk Anak Lelaki Hebat 4 Perkara Ini Ibu Perlu Buat Sebab Itu Hubungan Kena Rapat

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 532 hits
Anak lelaki boleh jadi hebat kalau dididik dengan baik oleh si ibu Benar karakternya berlainan berbanding anak perempuan Namun jika dididik dari awal dan wujudnya hubungan rapat dengan si ibu anak lelaki boleh jadi insan yang hebat 4 sebab ...
Anak Dapat Result Exam Teruk Ibu Ayah Tolong Jangan Stress

Anak Dapat Result Exam Teruk Ibu Ayah Tolong Jangan Stress

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 512 hits
Assalamualaikum Tajuk Ummi tu macam pakar motivasi lagaknya hahaha Ehhh taklah Saja Ummi nak cuba bagi pendapat sendiri sebagai ibu yang anak baru je setahun melangkah ke alam persekolahan Pendapat Ummi mungkin tak sama dengan pendapat oran...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba