Ayah Meninggal Sehari Sebelum Majlis Akad Nikah


Ayah Meninggal Sehari Sebelum Majlis Akad Nikah | Assalamualaikum. Sebelum Diah bercerita lebih panjang, minta pembaca sedekah kan AlFatihah buat arwah Pakcik Diah yang telah kembali ke rahmatullah pada Khamis lepas 29 November 2018. Arwah meninggal akibat serangan jantung. Kehilangan yang amat mengejutkan semua terutama kaum keluarga dan sahabat terdekat. 
Perit kan kalau kita di uji dengan ujian kehilangan. Kehilangan orang tersayang pula tu. Memang kita sedar yang mati itu pasti berlaku dan ia nya janji Tuhan kepada umatNya. Lumrah setiap yang hidup pasti akan mati dan kembali bertemu Penciptanya. Baru-baru ni sepupu Diah telah kehilangan ayahnya, tempat dia bergantung atau lebih tepat lagi Pakcik Diah, adik arwah abah paling bongsu telah menghembuskan nafas pada usia 55 tahun. 
Arwah disahkan terkena serangan jantung ketika bersukan pada petang Khamis tu. Menurut cerita kawan-kawan yang ada bersama arwah, dia kepenatan selepas bersukan dan bersandar pada dinding untuk berehat. Arwah minta air, dan tak lama selepas tu dia dipanggil menghadap Ilahi. Sungguh mudah pemergian arwah. Sekelip mata. 
Perkhabaran sedih kami terima di dalam group Whatsapp keluarga. Pendek je mesej dari anak arwah yang sulong. “abah dah tiada” dan semua seakan tidak percaya. Masing-masing rasanya masih baru berjumpa arwah sebelum dia meninggalkan kami. Masa mesej dihantar waktu tu Maghrib dan jenazah masih berada di hospital. 
Tambah memilukan arwah meninggal sehari sebelum anak sulongnya di ijab kabulkan. Anak perempuan pula tu. Berat sungguh dugaan. Segala persiapan telah dibuat, semua tetamu dah habis di undang hanya tinggal majlis akad nikah dan kenduri sahaja. Majlis akad nikah masih diteruskan tapi cuma kenduri kahwin sahaja dibatalkan dan diganti kan dengan kenduri tahlil. 
Diah sempat menziarah makcik sekeluarga. Memang lembik lutut dia. Hanya diam duduk di satu sudut, menerima tetamu yang melawat untuk sampaikan salam takziah. Makcik menerima tamparan paling besar. Dia dimasukkan ke wad kerana serangan darah tinggi dan kerap pengsan. Masih terkejut dengan kehilangan. Yelah pasangan sendiri. Kalau kita di tempat dia. Entah bagaimana pula. 
Menurut makcik arwah seorang yang berdisiplin dalam menjaga kesihatan. Aktif bersukan, menjaga pengambilan ubat-ubatan dan tidak merokok. Mungkin faktor kerja yang membuatkan arwah tertekan. Apa pun itu hanyalah asbab kepada kematian. Ajal dan maut memang telah ditetapkan. 
Keluarga ambil keputusan untuk teruskan majlis akad nikah pada Jumaat malam, dan di ikuti dengan majlis tahlil untuk pakcik. Majlis kenduri yang sepatutnya dilangsungkan pada hari Sabtu dibatalkan. Keluarga hanya sempat war-warkan pada yang terdekat sahaja. Dewan, katering dan seangkatan dengannya turut dibatalkan. 
Gambar dari Facebook SepupuTabah betul bakal pengantin. Setitik air mata pun Diah tak nampak masa kami datang menziarah. Cekal hati dia. Mungkin dia kena kuat untuk emak dan adik-adik yang lain. Tugas anak sulong begitulah. Nak menangis pun bila orang tiada. Kita nampak dia ok, tapi dalam hati Allah sahaja yang tahu. 
Dugaan sebesar ini pasti akan dikenang sampai bila-bila. Tarikh pemergian insan tersayang dan juga tarikh permulaan kehidupan yang baru. Takdir Allah, tarikh pemergian pakcik adalah 29 November 2018 manakala arwah abah pada 29 Disember 2010. Tarikh awal yang sama di bulan dan tahun yang berbeza. 
Masih teringat saat Diah sendiri yang terima berita pemergian arwah abah di telefon. Panggilan dari kakak yang kebetulan balik bercuti di kampung. Waktu tu hampir pukul 1 pagi dan kakak beritahu selepas mendapat pengesahan dari Klinik Kesihatan di kampung. Suami yang ada di sebelah hanya mampu genggam tangan dan minta bersabar. Sungguh, masih terkesan dengan detik kehilangan tu. 
Semoga arwah abah dan pakcik ditempatkan dikalangan golongan orang yang beriman, dikasihi Allah, golongan yang mendapat syafaat dari Rasulullah dan ditempatkan ke dalam syurga. Satu hari kami semua pasti akan dipanggil jua. Hanya belum tahu bila dan ketikanya. Tenanglah kamu di sana. Alfatihah. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2018/12/ayah-meninggal-sehari-sebelum-majlis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Majlis Akad Nikah Uzu X Ff 1 12 18

Majlis Akad Nikah Uzu X Ff 1 12 18

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 2152 hits
Majlis Akad Nikah Uzu X FF 1 12 18 Salam Alhamdulillah syukur sangat sangat uzu selamat di ijabkabulkan dengan FF pada 1 disember 2018 sekitar jam 10 11 pagi Dengan hanya sekali lafaz termenterailah ikatan bertunang selama 2 tahun juga peng...
Tak Sampai 1 Jam Gubahan Hangus Dijilat Api Rumah Terbakar 2 Hari Sebelum Majlis Kahwin

Tak Sampai 1 Jam Gubahan Hangus Dijilat Api Rumah Terbakar 2 Hari Sebelum Majlis Kahwin

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 791 hits
Tak sampai 1 jam gubahan hangus dijilat api Rumah terbakar 2 hari sebelum majlis kahwin Assalamualaikum wbt kami sekeluarga memohon maaf tiada majlis persandingan akan diadakan pada 1 Disember 2018 Saat menghitung hari bahagia lagi dua hari...
Zumi Zola Terpukul Sang Ayah Meninggal Saat Dirinya Terjerat Masalah Hukum

Zumi Zola Terpukul Sang Ayah Meninggal Saat Dirinya Terjerat Masalah Hukum

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 259 hits
Kuasa Hukum Gubernur nonaktif Jambi Zumi Zola Handika Hanggowongso mengatakan kliennya sangat terpukul dan sedih dengan kepergian sang ayah Zulkifli Nurdin Terlebih Zumi saat ini tengah terjerat kasus korupsi
Membagi Waris Sebelum Meninggal

Membagi Waris Sebelum Meninggal

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 258 hits
Membagi Waris Sebelum Meninggal Bolehkah orang tua membagi warisan kepada anaknya sebelum dia meninggal Jawab Bismillah was shalatu was salamu ala Rasulillah wa ba du Ada 3 hal yang perlu dibedakan terkait pembagian warisan sebelum meningga...
10 Hari Sebelum Seminar Sales Marketing

10 Hari Sebelum Seminar Sales Marketing

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 326 hits
10 hari sebelum Seminar Sales Marketing Untuk Training Pelajar Di Sekolah Entah kenapa setiap kali hampir dengan hari Public Programme saya selalu rasa berdebar Pertama mungkin disebabkan debaran sama
3 Hari Sebelum Harga Diskaun Ditutup

3 Hari Sebelum Harga Diskaun Ditutup

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 386 hits
3 hari sebelum harga diskaun ditutup Jumpa kami di sana dan sama sama kita berkenalan bersinergi dan bekerjasama untuk projek projek Sales Marketing 2019 ya Seminar Trainer Profesional
Tiga Praktik Sebelum Tidur Penuh Manfaat Lalu Hafalkan Doanya

Tiga Praktik Sebelum Tidur Penuh Manfaat Lalu Hafalkan Doanya

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 382 hits
Ada tiga praktik yang kita bisa amalkan sebelum tidur dan ada doa penting di dalamnya yang bisa diamalkan Moga tidur kita bawa berkah
15 Restoran Chinese Muslim Sekitar Kuala Lumpur Selangor

Dododots Released Limited Edition Of The Powerpuff Girls Collection

Rules And Strategies Of Different Casino Online

Ringgit Weakens Against Us Dollar Amid Ongoing Trade War Concerns

Norza Leaves Bam On A High

Energy Efficient Shredders That Don T Compromise On Cutting Force

Chemical Peel Treatment In Malaysia Restore Your Skin S Natural Glow

Penangguhan 90 Hari Tarif As Bantu Ringankan Beban Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dolar As Menguat Tipis Di Tengah Ketidakpastian Global Begini Dampaknya Ke Pasar Forex Hari Ini

Cancel Culture Antara Keadilan Sosial Dan Pengadilan Massa Digital

Insurance Binders A Temporary Coverage Solution

The Pros And Cons Of Different Mortgage Year Terms Choosing The Right Option For

Lebai Terus Memperbodohkan Walaun

Beto Tolak Babak Atas Katil Watak Lgbt Saya Tak Mahu Cemar Maruah Keluarga