Ayah Lelaki Pertama Dalam Hidup Anak Perempuan Sebab Tu Anak Perempuan Lebih Rapat Dengan Ayahnya


Pengaruh ayah sangat kuat kepada pembentukan diri anak perempuan. Kalau betul caranya, anak perempuan boleh jadi orang yang hebat & kuat keyakinan diri. 5 tips yang dikongsikan ini boleh dijadikan panduan.
Ayah, figura lelaki pertama yang hadir dalam diri anak perempuan. Ayahlah lelaki pertama dalam hidup anak perempuan, yang mempunyai perkaitan yang rapat dan memberikan pengaruh besar dalam segenap segi dalam kehidupan pada masa akan datang. Jadi, ia bukanlah sekadar hubungan biasa-biasa. Kalau nak anak perempuan menjadi orang hebat, si ayah mesti mulakan dari awal lagi.

Kaunselor, Puan Farhan berkongsi tentang hal ini. Pengalamannya sendiri turut dikongsikan bagi memberikan gambaran yang jelas tentang perkaitan antara hubungan anak perempuan dan ayah serta kasih sayang yang tertanam dalam diri anak kepada ayahnya. Berikut ialah perkongsian beliau;
[Pengaruh ayah kepada anak perempuan]
"Ibu, kakak nak kahwin dengan abi"
"Hahh..heyy mana boleh, abi tu kan suami ibu"
"Haaa, tak kira kakak nak kahwin juga dengan abi…?"
Dialog saya diatas bersama Aufa berakhir begini
"Kakak, dengar sini. Kakak tak boleh kahwin dengan abi. Tapi kakak boleh kahwin dengan orang yang sama karakter dengan abi"
"Lepastu Aufa boleh kahwin dengan siapa?"
" Erm, contohnya kawan kakak kan ada. Kawan boleh. Yang penting bukan ahli keluarga macam abi, dan adik"
"Owh, macam tu.Ok ibu" Kata Aufa sambil malu malu kucing.
Dialog di atas adalah perbualan saya dan Aufa tempoh hari. Tdak pelik pun apabila anak perempuan yang masih KECIL berkata begitu. Sebenarnya, apa yang dia katakan itu merujuk kepada rasa kasih dan sayang yang tidak berbelah bagi seorang anak kepada ayahnya.
Kiranya tidak ada lelaki lain yang boleh menandingi ayahnya.

1: TEMPAT BERPAUT Seorang ayah yang penyayang dan baik akan memberi impak yang sangat besar kepada seorang anak perempuan. Tahukah anda, seorang anak perempuan sangat memerlukan figure seorang ayah yang baik dan bertanggungjawab untuk dia berpaut.
2: JADI HERO YANG SENTIASA MELINDUNGI Anak perempuan yang membesar dengan seorang ayah yang mempunyai ciri ciri di atas akan sangat rapat dengan ayahnya. Sebelum datang lelaki lain (iaitu suami) ayah lah adalah lelaki yang paling utama dalam hidupnya. Baginya ayah adalah hero yang akan sentiasa menjaga dan melindunginya. Kehadiran ayah itu akan membuat dia merasa selamat.
3: MEMBERIKAN PUJIAN SUPAYA JADI YAKIN Fungsi ayah juga adalah untuk menyokong proses anak perempuan membesar. Segala bentuk belaian, kata-kata pujian ini akan membentuk seorang anak perempuan yang kuat dan mempunyai keyakinan terhadap dirinya.

4: MENGELAKKAN MASALAH FATHER-HUNGER Anak perempuan yang membesar tanpa sentuhan seorang ayah akan mengalami masalah father-hunger. Dimana anak ini akan membesar menjadi seorang anak yang sentiasa dahaga kasih sayang seorang ayah. Hasilnya dia akan tercari cari sentuhan itu melalui orang sekeliling contohnya teman lelaki.
Malang sekali, mengikut satu kajian, anak perempuan yang tidak mendapat sentuhan seorang ayah akan menjadi gopoh dan tergesa gesa dalam mencari kasih sayang yang hilang itu.
Akibatnya mereka mudah menyerah kepada lelaki yang memberi perhatian kepada mereka. Hasilnya mereka lebih mudah terlibat dengan hubungan luar nikah dan aktiviti yang tidak bermoral bersama seorang lelaki yang pada sangkaannya adalah tempat dia meneguk kasih sayang yang dia tidak berjaya dapat melalui seorang ayah. Namun hakikatnya bukan.

5: AYAH MENJADI KAYU UKUR Situasi ini berbeza dengan anak perempuan yang sudah cukup kasih sayang seorang ayah. Selain lebih yakin, mereka juga akan lebih berhati hati dalam mencari kasih sayang seorang lelaki selain ayahnya. Ayah akan menjadi kayu ukur kepada pemilihan yang akan dilakukan untuk memilih teman hidupnya.
Seandainya ayahnya seorang yang suka berjenaka, dia akan mencari lelaki yang juga suka berjenaka.
Seandainya ayahnya seorang yang suka membantu membuat kerja rumah, dia juga sedaya upaya akan mencari lelaki yang rajin membuat kerja rumah.
Tak dapat banyak pun sedikit.
Hasilnya anak ini akan lebih bahagia dalam kehidupannya.
Begitulah pentingnya watak seorang ayah dalam hidup seorang anak perempuan.
Jadi ibu ibu, sentiasalah berpesan kepada pasangan anda agar menunjukkan contoh terbaik kepada anak perempuan agar dimatanya ayah adalah hero dan segalanya untuk dia.
Untuk anak perempuan yang mungkin sudah kehilangan ayah, watak lelaki lain seperti bapa saudara dan datuk masih boleh menjadi hero kepada mereka. Asalkan namanya itu lelaki.
[Lepas baca,Jangan lupa pesan pada suami masing ya] Sumber: Puan Farhan
The post Ayah Lelaki Pertama Dalam Hidup Anak Perempuan. Sebab Tu Anak Perempuan Lebih Rapat Dengan Ayahnya appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ayah-lelaki-pertama-dalam-hidup-anak-perempuan-sebab-tu-anak-perempuan-lebih-rapat-dengan-ayahnya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Lelaki Jiwanya Lebih Sensitif Berbanding Anak Perempuan Berikan Sokongan Emosi

Anak Lelaki Jiwanya Lebih Sensitif Berbanding Anak Perempuan Berikan Sokongan Emosi

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 342 hits
Selalu kita rasa anak perempuan lebih memerlukan sokongan emosi Namun hakikatnya dikatakan ibu bapa perlu melebihkan anak lelaki betul ke Jom baca perkongsian artikel ini Emosi sensitif Sebagai ibu bapa hampir kebanyakan daripada kita meras...
Melahirkan Anak Lelaki Lebih Sakit Daripada Anak Perempuan

Melahirkan Anak Lelaki Lebih Sakit Daripada Anak Perempuan

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 287 hits
Adakah anda sebagai ibu pernah mendengar ekspesi melahirkan bayi lelaki lebih menyakitkan dari ketika melahirkan bayi perempuan Dari fakta perkara ini bukan sekadar mitos anda tahu Kajian telah membuktikan perbezaan alat kelamin bayi menyeb...
Seperti Drama Melayu Seorang Ayah Hidup Merempat Selepas Diperdaya Tujuh Orang Anak Kandung

Seperti Drama Melayu Seorang Ayah Hidup Merempat Selepas Diperdaya Tujuh Orang Anak Kandung

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 780 hits
Kita mungkin selalu tengok perkara macam ni berlaku dalam drama melayu Tapi realitinya ia benar benar berlaku apabila seorang bapa dikatakan dihalau anak anaknya sendiri selepas memberikan harta pusaka sebanyak RM7 juta Ini berlaku kepada p...
Anak Lelaki Rapat Dengan Ayah Membesar Jadi Jantan Sayang Ibunya 100

Anak Lelaki Rapat Dengan Ayah Membesar Jadi Jantan Sayang Ibunya 100

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 410 hits
Banyak kajian yang dilakukan membuktikan anak yang rapat dengan ayah akan membesar sebagai anak yang cerdik dan berkeyakinan bila dewasa nanti Dalam perkembangan seorang anak perlu diingat yang peranan ayah sama pentingnya seperti peranan i...
Hampir Give Up Masa Ayah Meninggal Dunia Gadis Ini Akhirnya Berjaya Capai Ijazah Kelas Pertama

Hampir Give Up Masa Ayah Meninggal Dunia Gadis Ini Akhirnya Berjaya Capai Ijazah Kelas Pertama

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 355 hits
Dalam kesibukan para graduan berkongsi detik bahagia bersama keluarga tercinta wanita ini berkongsi kehilangan orang tersayang Setiap manusia di muka bumi ini akan menerima ujian hidupnya Tuhan Maha Adil apa yang berlaku pasti ada hikmahnya...
7 Kesilapan Anak Muda Menghalang Untuk Beli Rumah Pertama

7 Kesilapan Anak Muda Menghalang Untuk Beli Rumah Pertama

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 600 hits
7 Kesilapan Anak Muda Menghalang Untuk Beli Rumah Pertama l Berapa ramai anak muda apabila melangkah ke alam 35 tahun baru nak sedar diri Masa muda ni kau tak nak dengar nasihat orang Nak belajar daripada pengalaman kononnya Dah dapat penga...
Sikap Anak 80 Ikut Cara Dan Gaya Ibu Ayahnya Kalau Jenis Kuat Suara Anak Pun Ikut

Sikap Anak 80 Ikut Cara Dan Gaya Ibu Ayahnya Kalau Jenis Kuat Suara Anak Pun Ikut

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 394 hits
Sedarkah anda cara kita bercakap ton suara kita intonasi suara pergerakan badan lenggok tubuh renungan mata dan ekspresi wajah apabila kita berinteraksi dengan orang lain adalah 80 hampir menyerupai cara dan gaya ayah ibu atau orang terdeka...
Netizen Tegur Jejai Cium Mulut Anak Perempuan

Netizen Tegur Jejai Cium Mulut Anak Perempuan

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 340 hits
Meskipun sudah bercerai namun hubungan Fasha Sandha dan bekas suami Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai masih baik demi anak anak The post appeared first on
Anak Lebih Seorang Tetap Kena Cantik Biar Suami Jatuh Cinta Setiap Kali Pandang

Anak Lebih Seorang Tetap Kena Cantik Biar Suami Jatuh Cinta Setiap Kali Pandang

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 414 hits
Rumah tangga yang dibina pasti ada pasang surutnya Setakat bergaduh sikit itu biasa Cuma bagaimana pasangan itu mengendalikannya bergantung pada satu sama lain Buang rasa ego ringankan tulang membantu isteri sentiasa menjalankan tanggungjaw...
Technology For Startup Growth

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More


echo '';
Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Impak Positif Disiplin Terhadap Produktiviti

Perubahan Iklim Tingkatkan Risiko Ozon Paras Tanah Sebagai Pencemar Udara Sekunder

Tunai Haji Selesa Dengan Pakej Premium Mkm Travel

Bawang Besar

Pekerja Pelanggan Bergaduh Lempar Burger Aiskrim

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef