Anak Lelaki Jiwanya Lebih Sensitif Berbanding Anak Perempuan Berikan Sokongan Emosi


Selalu kita rasa anak perempuan lebih memerlukan sokongan emosi. Namun, hakikatnya dikatakan ibu bapa perlu melebihkan anak lelaki, betul ke? Jom baca perkongsian artikel ini.

Emosi sensitif
Sebagai ibu bapa, hampir kebanyakan daripada kita merasakan kanak-kanak perempuan lebih memerlukan sokongan sama ada dari aspek fizikal atau mental yang melibatkan emosi.
Walau bagaimanapun, keadaan sebenarnya adalah kanak-kanak lelaki mempunyai jiwa yang lebih sensitif berbanding perempuan. Disebabkan ini, mereka lebih memerlukan sokongan berbanding kanak-kanak perempuan.
Kenyataan ini adalah berdasarkan satu kajian yang dipanggil sebagai ‘The Fragile Male’ atau turut dikenali sebagai ‘Lelaki yang rapuh’. Ia adalah mengenai bagaimana minda bayi lelaki adalah lebih sensitif dan dipengaruhi oleh emosi dan perasaan si ibu.
Tahap perkembangan
Umumnya, selepas dilahirkan otak bayi lelaki tidak berkembang sepenuhnya. Keadaan ini adalah berbeza dengan bayi perempuan, di mana perkembangannya adalah lebih pantas enam minggu.
Perkembangan ini pastinya memberikan kelebihan buat bayi perempuan untuk berkembang dan mendapatkan momentum yang lebih baik berbanding bayi lelaki. Manakala bagi bayi lelaki, mereka akan sedikit terkebelakang.
Keadaan ini bukan sahaja mempengaruhi daripada aspek tumbesaran fizikal, tetapi ia juga melibatkan soal tahap kematangan sosio-emosi mereka. Jadi sebab itulah, kadang-kadang sebagai ibu bapa, kita akan nampak anak perempuan adakalanya lebih dewasa berbanding anak lelaki.
Cara didikan
Mungkin sebagai ibu bapa, kita tidak sedar sebenarnya cara didikan yang diberikan dalam membesarkan anak lelaki juga mempengaruhi aspek perkembangan mentalnya. Ini kerana, seringkali kita akan membesarkan mereka dengan cara yang lebih tough berbanding anak perempuan. Setuju tak ibu bapa sekalian?
Biasanya anak perempuan akan lebih dilimpahi dengan kasih sayang, lebih dimanjakan serta diberikan permainan yang menjurus kepada memupuk rasa sayang. Sedangkan anak lelaki, diberikan permainan yang berunsur lasak seperti kereta dan patung adiwira. Begitu jugalah dalam aspek didikan, yang lebih berunsurkan kelakian. 

Penulis tidak mengatakan semua ibu bapa mendidik anak lelaki mereka begitu, tetapi penulis percaya kebanyakan ibu bapa melakukannya. Ini kerana ibu bapa merasakan anak lelaki adalah sebagai individu yang boleh diharapkan apabila dewasa kelak. 


Sebaliknya, kesan didikan yang diberikan ini hanyalah akan melahirkan seorang individu lelaki yang kasar jiwa dan sifatnya. Malah tidak dinafikan mereka juga mungkin kurang sensitif terhadap perasaan individu lain.
Berikan lebih kepada anak lelaki
Jadi bagaimana cara untuk mengatasi isu ini? Mudah sahaja. Ibu bapa harus memberikan sokongan fizikal dan mental yang mencukupi kepada anak lelaki sama seperti anak perempuan. Ini sekali gus dapat membantu anak mengendalikan emosi mereka dan menjadi individu yang lebih prihatin pada masa hadapan.
Berikut adalah beberapa cara yang ibu bapa boleh lakukan di rumah kepada anak lelaki:

Dorong anak lelaki anda untuk meluahkan perasaan secara verbal. Jika mereka perlu menangis, biarkan. Jangan sekali memperkecilkan perasaan mereka dengan mengatakan mereka tidak patut menangis kerana mereka lelaki Berikan perhatian sewaktu anak berkongsi apa yang dirasakan. Usah menyampuk atau memotong kata-katanya. Penulis pasti tiada siapa yang suka apabila ada yang mencelah ketika berbicara, bukan? Peluk dan ciumlah pipi dah dahi anak lelaki anda seperti mana anda lakukan kepada anak perempuan. Walaupun mereka mungkin segan, tetapi percayalah setiap manusia punyai keinginan untuk disayangi Bercakap dengan lembut dan hindari daripada berkomunikasi secara kasar dengan mereka Sama rata
Kesimpulannya, ibu bapa perlu memberikan kasih sayang secara fizikal atau mental secara sama rata kepada anak-anak tidak kira anak lelaki mahupun perempuan. Usah membeza-bezakan antara anak-anak anda. 

Dalam masa yang sama, pastikan keadaan mental anda sebagai ibu bapa juga stabil. Ini kerana jika anda mengalami tekanan sudah tentu ia akan memberi kesan secara langsung kepada anak-anak. Ibu bapa dengan emosi yang seimbang, pastinya akan melahirkan anak-anak yang gembira dan bahagia.
Sumber: Hello Health 
The post Anak Lelaki Jiwanya Lebih Sensitif Berbanding Anak Perempuan, Berikan Sokongan Emosi appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-lelaki-jiwanya-lebih-sensitif-berbanding-anak-perempuan-berikan-sokongan-emosi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ayah Lelaki Pertama Dalam Hidup Anak Perempuan Sebab Tu Anak Perempuan Lebih Rapat Dengan Ayahnya

Ayah Lelaki Pertama Dalam Hidup Anak Perempuan Sebab Tu Anak Perempuan Lebih Rapat Dengan Ayahnya

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 329 hits
Pengaruh ayah sangat kuat kepada pembentukan diri anak perempuan Kalau betul caranya anak perempuan boleh jadi orang yang hebat kuat keyakinan diri 5 tips yang dikongsikan ini boleh dijadikan panduan Ayah figura lelaki pertama yang hadir da...
Bukan Pemalas Perempuan Sebenarnya Perlu Lebih Tidur Berbanding Lelaki

Bukan Pemalas Perempuan Sebenarnya Perlu Lebih Tidur Berbanding Lelaki

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 617 hits
Siapa yang perlu lebih banyak tidur wanita atau lelaki Jawapannya ialah wanita Tapi sebab apa Penyelidik dari Amerika Syarikat berkata otak wanita memerlukan lebih banyak masa untuk pulih kerana melakukan banyak tugas di siang hari Kajian o...
Melahirkan Anak Lelaki Lebih Sakit Daripada Anak Perempuan

Melahirkan Anak Lelaki Lebih Sakit Daripada Anak Perempuan

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 268 hits
Adakah anda sebagai ibu pernah mendengar ekspesi melahirkan bayi lelaki lebih menyakitkan dari ketika melahirkan bayi perempuan Dari fakta perkara ini bukan sekadar mitos anda tahu Kajian telah membuktikan perbezaan alat kelamin bayi menyeb...
Bila Dah Kahwin Pasti Nak Anak Hati Hati Bila Bertanyakan Soalan Sensitif Pada Orang

Bila Dah Kahwin Pasti Nak Anak Hati Hati Bila Bertanyakan Soalan Sensitif Pada Orang

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 498 hits
Setiap wanita yang sudah mendirikan rumah tangga pasti menyimpan hasrat untuk menjadi seorang ibu Apabila sudah bernikah dalam satu tempoh yang agak lama soalan bila mahu hamil dan dapat anak sering diajukan Siapa yang tidak mahu tetapi mun...
Mardiana Alwi Lebih Baik Guna Nama Sebenar Berbanding Komersial

Mardiana Alwi Lebih Baik Guna Nama Sebenar Berbanding Komersial

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 633 hits
Pelakon teater dan drama Mardiana Alwi tidak kesal menggunakan nama sebenar sebagai panggilan komersial untuk kerjaya seni diceburi Mardiana 31 berkata dia selesa memilih untuk menggunakan nama sendiri bagi memastikan sentiasa berhati hati ...
Bukan Manja Tapi Selain Ubat Anak Yang Sakit Perlu Lebih Perhatian Bawa Ke Klinik Jika Demam Lebih 3 Hari

Bukan Manja Tapi Selain Ubat Anak Yang Sakit Perlu Lebih Perhatian Bawa Ke Klinik Jika Demam Lebih 3 Hari

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 468 hits
Anak kerap demam batuk dan selsema terutama pada hujung tahun dimana cuaca tidak menentu Hujan dan panas setiap hari boleh mempengaruhi kesihatan anak anak Kadang kadang kita sebagai ibu bapa buntu apabila anak mula sakit Doktor telah berko...
Menurut Kajian Wanita Lebih Suka Lelaki Wangi Berbanding Lelaki Kacak

Menurut Kajian Wanita Lebih Suka Lelaki Wangi Berbanding Lelaki Kacak

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 723 hits
Pernah tak anda terjumpa dengan orang yang mempunyai rupa paras yang tampan atau jelita tapi bila dekat badan berbau busuk pula Memang betul jika ramai yang mengatakan mereka lebih tertarik kepada seseorang yang berbau wangi lebih dari rupa...
Lebih Seorang Anak Kena Berlaku Adil Jangan Bandingkan Sebab Nanti Anak Cemburu

Lebih Seorang Anak Kena Berlaku Adil Jangan Bandingkan Sebab Nanti Anak Cemburu

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 303 hits
Ingat lagi waktu awal awal kahwin Bahagianya rasa bersama pasangan Hidup berdua hanya kita dimanja Hanya mata kita yang ditenung Hanya pipi kita yang dikucup Hanya badan kita yang didakap Kemudian Bayangkan kebahagian itu bertahan hanya set...
Dah Ada 2 Masuk 3 Girl Juga Untungnya Suami Isteri Ada Anak Perempuan Banyak

Dah Ada 2 Masuk 3 Girl Juga Untungnya Suami Isteri Ada Anak Perempuan Banyak

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 369 hits
Biasanya jika kita sudah dikurniakan dengan dua orang anak perempuan pada awalnya sudah tentu akan memasang impian untuk mempunyai anak lelaki pula untuk kali ketiga Tapi siapalah kita untuk melawan takdir Allah SWT Apabila disahkan hamil a...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Resipi Daging Masak Hitam Berempah Terlajak Sedap

Masjid Sri Sendayan Keindahan Keunikan Seni Bina Masjid


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Orang Bunian Mystiska V Senden I Den Malaysianska Urskogen

Usd Cad Ulasan Dan Analisis

Dakwaan Projek Rumah Pahang Gagal Dan Terbengkalai Fitnah Kdmi Buat Laporan Polis Terhadap Adun Kuala Sentul

Penjawat Awam Antara 13 Ditahan Disyaki Terbabit Dengan Kartel Pindah Milik Tanah Secara Tidak Sah

Sila Cermin Diri

Pi Kwc Fashion Mall Pulak