Ayah Figura Terhebat Anak Macam Bff Jangan Sekali Abaikan Emosinya


Anak perempuan mana yang tidak rapat dengan ayahnya. Mereka ibarat rakan karib yang bercerita apa sahaja malah berkongsi emosi. Namun jangan dibiarkan anak kecil kita seperti ‘kehilangan’ bila mana kita terlalu sibuk dengan kerja dan tanggungjawab.
Walaupun penat malah pulang lewat dari kerja, ucapkanlah perkataan yang baik dan indah untuk si comel kesayangan kita yang menanti lama kepulangan kita. Dr Redza Zainol berkongsi kisahnya bersama anak perempuannya. Jadikan panduan untuk kita merapatkan bonding dengan anak perempuan.

Setiap hari balik dari tempat kerja, anak perempuan saya mesti akan cari saya. Saya buka je pintu, akan bermulalah segala cerita dia dari pagi sampai ke petang.
Kalau anak saya cerita perkara sedih, saya akan ikut sama merasa sedih. Kalau ada cerita yang kelakar, memang boleh gelak berguling atas lantai.
Benda besar dia akan cerita, benda yang kecil-kecil lagilah dia akan cerita.
Sampailah 1 hari tu, mood saya tak baik. Hari-hari rasa penat sangat bila balik dari kerja. Dalam otak ni ada bermacam benda yang saya fikirkan sepanjang minggu.

Perkara yang patut saya tinggalkan di tempat kerja, saya terbawa-bawa sampai ke rumah. Itulah kesilapan saya.
Bak kata orang yang bijak pandai, “Don’t play at work and don’t work at play.”
Bila anak saya nak berbual, saya kata nanti dulu dan terus masuk ke bilik. Saya mandi, solat, makan dan lepas tu saya tak tengok pun anak saya tadi. Sampailah dia tertidur sendiri. Dan itulah kebodohan saya yang terbesar.
Malam tu anak saya tertunggu-tunggukan saya. Dia bukannya nak apa-apa, dia cuma mahukan secebis masa dari saya. Itulah yang terjadi setiap hari selama seminggu.

Sampai satu hari, anak perempuan saya jatuh sakit. Demam, tak ada selera makan. Kebanyakan masa dia baring saja. Sekelip mata rumah ni hilang serinya. Tak ada lagi gelak ketawa dia. Tak ada lagi suara dia yang selalu memenuhi segenap ruang rumah ni.
Semuanya jadi diam. Sunyi. Barulah terasa langit ni tinggi ke rendah. Saya rindu nak dengar suara anak saya.
Saya datang pada anak dan minta dia cerita apa-apa pada saya. Dia buka mata separuh dan dia kata dia nak tidur. Allah, luluh hati saya ni.
Dalam fikiran ni, nak je saya merayu supaya dia cakaplah apa-apa pun. Sampai malam pun saya sanggup dengar.

Anak perempuan, mereka nak rasa keberadaan ayahnya.
Anak perempuan, mereka nak kita rasa kagum dengan cerita dan usaha mereka.
Anak perempuan, mereka nak kita faham dunia mereka.
Hargailah anak yang ada disisi. Anak yang banyak bercakap itulah yang paling kita rindui bila mereka membesar dan tiada lagi disisi satu hari nanti.
Ya benar, kita semua sibuk bekerja. Mencari rezeki tak putus masa. Namun di sebalik kesibukan kita, ada anak kecil yang merindui wajah dan senyuman kita.
Redza Zainol
Menarik: Alhamdulillah 4 Bulan Lagi, Eyra Hazali Umum Hamil Anak Kedua, Buat Kejutan Untuk Suami!

Memang betul-betul seram ke sampai Faiz Dickie boleh panik tengok adik-adik Bintang Kecil kita menangis dalam Scream Park Sunway Lagoon ni? Kalau tak percaya korang kena layan sampai habis episod pertama Scream Park Challenge ni.
Follow dan subscribe Youtube Channel Bintang Kecil.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Ayah Figura Terhebat Anak, Macam BFF, Jangan Sekali Abaikan Emosinya! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ayah-figura-terhebat-anak-macam-bff-jangan-sekali-abaikan-emosinya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Duit Banyak Tapi Anak Kurang Kasih Sayang Tak Ada Memori Untuk Dikenang Mak Ayah Jangan Berkira

Duit Banyak Tapi Anak Kurang Kasih Sayang Tak Ada Memori Untuk Dikenang Mak Ayah Jangan Berkira

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 277 hits
Cara kita mendidik anak anak sememangnya berbeza Ada yang manja dan mewahkan anak dengan mainan tetapi kurang gemar membawa anak berjalan jalan Semuanya ada cara yang tersendiri mengikut keselesaan Namun ingatlah anak anak perlukan sebuah k...
Umur 0 2 Tahun Pertama Anak Masa Paling Tepat Bina Bonding Dengan Anak Mak Ayah Jangan Sia Siakan

Umur 0 2 Tahun Pertama Anak Masa Paling Tepat Bina Bonding Dengan Anak Mak Ayah Jangan Sia Siakan

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 381 hits
Kita merasakan anak kita pada usianya di bawah dua tahun masih kecil Namun hakikatnya di waktu umur inilah waktu paling sesuai untuk merapakatkan bonding yang kuat kita dengan anak Mereka memahaminya Di ketika anak sedang membesar inilah lu...
Beli Set Pinggan Jangan Simpan Rai Suami Anak Bukan Tunggu Tetamu Baru Guna

Beli Set Pinggan Jangan Simpan Rai Suami Anak Bukan Tunggu Tetamu Baru Guna

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 304 hits
Lumrah orang perempuan memang suka beli tapi sayang nak guna Bila suami tanya kenapa tak guna barang yang dibeli tu Jawapannya yang lama elok lagi sayanglah nak guna yang baru Bukan saja pinggan mangkuk kasut beg tangan baju atau apa saja m...
Anak Lagi Cepat Tangkap Belajar Dengan Mak Ayah Ni Tip Jadi Learning Coach Di Rumah

Anak Lagi Cepat Tangkap Belajar Dengan Mak Ayah Ni Tip Jadi Learning Coach Di Rumah

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 282 hits
Didikan awal sememangnya bermula dari rumah bukan di sekolah bersama guru guru Maka jadilah ibu ayah yang sentiasa mendidik malah sentiasa kreatif merangsang minda anak Pun begitu ada waktunya dek kerana hambatan tugas yang tak pernah habis...
Anak Umur 3 Tahun Mula Tunjuk Perangai Negatif Tiru Sikap Buruk Ini Yang Ibu Ayah Wajib Lakukan Segera

Anak Umur 3 Tahun Mula Tunjuk Perangai Negatif Tiru Sikap Buruk Ini Yang Ibu Ayah Wajib Lakukan Segera

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 357 hits
Anak saya umur 4 tahun Memang mudah terpengaruh dengan sikap sepupunya Bagaimana cara untuk atasi sikap sikap negatif yang dia tiru daripada orang lain Saya pula tak suka ajar anak dengan cara menjerit dan memukul Pernah tak anda alami atau...
Dulu Garang Macam Singa Sekarang Cool Sporting Caprice Layan Anak Tiri

Dulu Garang Macam Singa Sekarang Cool Sporting Caprice Layan Anak Tiri

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 230 hits
Seronok tengok kehidupan Caprice sejak berkahwin dengan Farra Inalis Hussni Boleh dikatakan kehidupannya berubah dan jelas menampakkan dia seorang suami dan seorang ayah penyayang Melihat kebahagiaan yang dikongsikan oleh Caprice atau nama ...
Isu Penjagaan Anak Suhakam Jangan Dilema Antara Mahu Jaga Hak Kanak Kanak Atau Lgbt

Isu Penjagaan Anak Suhakam Jangan Dilema Antara Mahu Jaga Hak Kanak Kanak Atau Lgbt

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 218 hits
Aminuddin Yahaya PEMBELA minta penjelasan kerajaan status anak angkat Sajat 1 PEMBELA merujuk kepada isu yang dibangkitkan oleh Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia yang menyatakan kebimbangan mengenai status pengangkatan kanak kanak yan...
Ada Haiwan Atau Animal Toys Macam Ni Dekat Rumah Bagus Untuk Ajar Anak Pertuturan

Ada Haiwan Atau Animal Toys Macam Ni Dekat Rumah Bagus Untuk Ajar Anak Pertuturan

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 251 hits
Siapa dekat rumah ada haiwan atau animal toys macamni Walaupun animal toys ni selalu jadi punca kemarahan kita sebab asyik terpijak atau bersepah sebenarnya banyak vocab yang kita boleh ajar anak speech delay hanya menggunakan toys ni sahaj...
Jangan Letak Apa Apa Serbuk Herba Ya Doktor Jelaskan Proses Penyembuhan Luka Sunat Anak

Jangan Letak Apa Apa Serbuk Herba Ya Doktor Jelaskan Proses Penyembuhan Luka Sunat Anak

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 228 hits
Bagi ibu bapa yang pertama kali berhadapan dengan pengalaman anak bersunat memang satu pengalaman yang besar Lebih lebih lagi mungkin ada yang kurang pengalaman Ada juga ibu yang tak tahu bagaimana proses penyembuhan luka sunat terjadi tamp...
Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

Pakej Percutian Turki

Penang Water Supply 83pc Restored Amid Scheduled Outage

How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Umdap Paling Sesuai

Kkv Alamanda

Sabun Pencuci Pinggan Pun Boleh Buat Sendiri Guna Limau Kasturi

Yassin Berjaya Ketepikan Hukuman Penjara Seumur Hidup Serta 16 Sebatan

Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Pbu Akademik Pinjaman Boleh Ubah Berasaskan Merit Akademik