Ayah Dan Anak Tamatkan Pengajian Di Ums Secara Serentak


Momen manis buat sepasang anak-beranak ini membanggakan ramai apabila si ayah berjaya menamatkan pengajian Ijazah Doktor Falsafah (PhD), dan si anak pula meraih Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama. Momen bersejarah ini diraikan dengan penuh kebanggaan semasa Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) ke-26 baru-baru ini.
Kehebatan Dr. Azmi Abd Majid, 52, dan anaknya, Aleeya Batrisyia, 22, membuktikan bahawa usaha dan ilmu adalah kunci kejayaan. Dr. Azmi berjaya menamatkan PhD dalam bidang Perbankan dan Kewangan di bawah Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP),
Manakala Aleeya cemerlang meraih Ijazah Sarjana Muda dalam Fakulti Psikologi dan Pendidikan dengan PNGK 3.83. Kejayaan mereka menjadi inspirasi bahawa kejayaan keluarga bermula dengan azam dan usaha yang tidak pernah padam.
Ketika menceritakan perjalanan menuju kejayaan PhD, Azmi berkata impian tersebut tercetus selepas beliau menceburi dunia akademik sebagai pensyarah pada tahun 2016, setelah menamatkan kerjaya selama 19 tahun dalam industri kewangan dan perbankan.

Azmi percaya bahawa dengan memiliki PhD, ia dapat meningkatkan keyakinan diri serta membuka peluang untuk menerapkan pengalaman dalam konteks keilmuan yang lebih luas.
“Saya percaya dengan memiliki PhD dapat meningkatkan keyakinan yang lebih sebenarnya dan juga memberi ruang untuk menerapkan pengalaman dalam konteks keilmuan yang lebih luas” ujarnya.
Usia Bukan Penghalang
Dalam pada itu, Azmi berpendapat bahawa usia bukan penghalang untuk terus belajar, kerana baginya, semuanya bergantung pada motivasi dan keinginan untuk menyelesaikan apa yang telah dimulakan.
“Apabila anak-anak sudah dewasa, saya dapat menfokuskan kepada penyelesaian tesis sepenuhnya walaupun umur meningkat naik.”
“Ramai orang kata bila tua, kita perlu berehat, tetapi bagi saya, ia bergantung kepada motivasi, yang penting, mahu atau tidak mahu habiskan,” katanya.
AYAH JADI IDOLA

Dalam pada itu, anaknya, Aleeya Batrisyia, meluahkan rasa gembira kerana dapat menamatkan pengajian bersama ayahnya dan berasa bangga dapat menghadiahkan ijazah kelas pertama kepada ibu bapanya.
“Saya gembira dapat habiskan pengajian bersama ayah dan bangga dapat hadiahkan ijazah kelas pertama pada mereka.
“Nasihat ayah saya “belajar sebanyak mungkin” menjadi motivasi cemerlang dalam akademik sekali gus dapat memberikan keseriusan dalam akademik,” katanya.
Aleeya merancang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dalam bidang yang sama, tetapi lebih fokus kepada terapi berbual.
“Minat saya lebih kepada bidang terapi dan saya ingin mendalaminya dengan lebih mendalam,” ujarnya lagi.
Sementara itu, di laman Facebooknya, Azmi meluahkan rasa syukur atas kejayaan yang diraih oleh anaknya serta dirinya sendiri. Beliau juga tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada keluarga, khususnya isteri tercinta, yang sentiasa memberikan sokongan padu dalam setiap usaha yang dilakukan.

“Tahniah Aleeya Batrisyia atas pencapaian.  Aleeya sememangnya layak mendapatkannya!!! Ayah akan sentiasa menyokong dalam setiap langkah besar yang akan datang.” “Menjadi impian untuk berkongsi pentas yang sama dengan Aleeya  pada  konvokesyen tahun ini menjadi dorongan besar untuk menamatkan PhD.”- Ujar Azmi menerusi facebooknya Kisah inspirasi Dr. Azmi dan Aleeya Batrisyia adalah contoh nyata bagaimana sokongan keluarga dapat merealisasikan impian. Dengan dedikasi dan semangat yang tidak pernah pudar, mereka membuktikan bahawa usaha keras dapat membawa kejayaan, sekaligus membentuk generasi keluarga yang cemerlang.
Sumber: Sumber: Universiti Malaysia Sabah & Azmi Abd Majid
 
The post Ayah dan Anak Tamatkan Pengajian Di UMS Secara Serentak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ayah-dan-anak-tamatkan-pengajian-di-ums-secara-serentak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harris Annuar Syukur Rezeki Bawa Anak Tunai Umrah Impian Seorang Ayah Jadi Kenyataan

Harris Annuar Syukur Rezeki Bawa Anak Tunai Umrah Impian Seorang Ayah Jadi Kenyataan

papar berkaitan - pada 18/12/2024 - jumlah : 285 hits
Pelakon Harris Anuar meluahkan rasa syukur dapat membawa isteri dan anaknya untuk sama sama menunaikan ibadah umrah Harris yang ketika ini sedang berada di Makkah bersama dua kesayangannya itu amat terharu kerana impiannya untuk membawa ked...
Dia Banyak Sebut Ayah Hyunbin Kongsi Sering Habiskan Masa Dengan Anak Bila Tiada Penggambaran

Dia Banyak Sebut Ayah Hyunbin Kongsi Sering Habiskan Masa Dengan Anak Bila Tiada Penggambaran

papar berkaitan - pada 19/12/2024 - jumlah : 161 hits
Sukanya tengok keluarga bahagia Hyun bin dan Son Ye jin ni Artikel Berkaitan Baru baru ini Hyun bin telah muncul sebagai tetamu menerusi program You Quiz on the Block bagi mempromosikan filem barunya iaitu Harbin dan juga bercerita tentang ...
Ini Kesilapan Besar Jika Paksa Anak Belajar Ini Masa Ibu Ayah Kenal Potensi Diri Anak

Ini Kesilapan Besar Jika Paksa Anak Belajar Ini Masa Ibu Ayah Kenal Potensi Diri Anak

papar berkaitan - pada 18/12/2024 - jumlah : 268 hits
Cukup risau bila anak tidak nak belajar Puas dipujuk tetap tidak mahu Jika ajak main di taman atau apa sahaja barang permainan cepat je Siapa yang tak bimbang apabila anak usia enam tahun tahu lagi membaca dengan lancar Lebih menakutkan ana...
Jangan Sesekali Kata Penat Depan Anak Anak Antara Tip Nak Buat Anak Hormat Kita Sebagai Ibu Ayah

Jangan Sesekali Kata Penat Depan Anak Anak Antara Tip Nak Buat Anak Hormat Kita Sebagai Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 19/12/2024 - jumlah : 248 hits
Memang mencabar menjadi ibu ayah kepada anak anak supaya anak mendengar kata dan hormat kita yang menjaganya sejak kecil lagi Namun kadang kala kita terlepas cakap sehingga merungut penat bekerja dan silap dalam mendidik anak anak sehingga ...
Cara Bantu Anak Selamat Tengok Tv Gajet Mak Ayah Tentukan

Cara Bantu Anak Selamat Tengok Tv Gajet Mak Ayah Tentukan

papar berkaitan - pada 19/12/2024 - jumlah : 278 hits
Anak yang anak lihat dan belajar itulah yang akan kekal dalam mindanya sewaktu membesar Oleh sebab itulah mak ayah perlu memilih saluran yang tepat untuk anak belajar dan tonton Menurut perkongsian Penulis Keibubapaan Pn Wawa Shauqi berjuan...
Penasihat Sg4 Jual Kedaulatan Negara Mahathir Bakal Didakwa Kerana Menipu Anak Najib Kemuka

Penasihat Sg4 Jual Kedaulatan Negara Mahathir Bakal Didakwa Kerana Menipu Anak Najib Kemuka

papar berkaitan - pada 6/12/2024 - jumlah : 229 hits
Mahathir bakal di dakwa kerana jenayah menipu bakal menghancurkan negara Apa cerita batu puteh anak najib nampak adendum tahanan rumah dan buat affidavit Bersatu akan saman SPRM Kes bung mokhtar akan di teruskan Individu luluskan pelaburan ...
Bukan Berfikiran Sempit Tak Bagi Anak Keluar Malam Tapi Nak Didik Jadi Orang

Bukan Berfikiran Sempit Tak Bagi Anak Keluar Malam Tapi Nak Didik Jadi Orang

papar berkaitan - pada 6/12/2024 - jumlah : 172 hits
Bila anak minta sesuatu tak semua permintaan boleh ditunaikan walaupun nampak kecil atau tak berbahaya Sebab setiap kali kita izinkan sesuatu yang di luar batas mereka ia boleh jadi kebiasaan yang sukar dikawal di masa depan Contohnya anak ...
Lirik Lagu Gurauan Mengusik Jaro Anak Limbat Feat Wawa Sri Mas

Lirik Lagu Gurauan Mengusik Jaro Anak Limbat Feat Wawa Sri Mas

papar berkaitan - pada 7/12/2024 - jumlah : 579 hits
guano kiro pejemato duk napok abe abeduduk bangun serbo tok kenokesik tidur sorehai adik manjo itutado hati doh saye sayekalu tidur male tok lenokemari abe temeresoh gelisoh seksobade duk gilo baye bayerindu gurauan mu haiabe si teruno idam...
Hari Lautan Sedunia Untuk Lebih Dihargai Lautan Wajar Diberikan Tanda Harga

Back The Yusoff Rawther Anwar Ibrahim Case Does Two Wrongs Make A Right

Kj Tengku Zafrul Kemungkinan Akan Bertanding Di Ampang

Kemalangan Maut Empat Beradik Di Jerantut Feri Ibu Saudara Dakwa Panggilan Terakhir Tersilap Simpang

Misteri Banglo Besar Di Sebelah Kerian Valley Resort Kubang Kerian Masih Wujudkah

Wanita Jumpa Wang Lebih Rm1 Juta Dalam Kotak Di Tempat Buang Sampah

Comment On Plate Gold Tak Sepanas Plate Ff By Tempahan Plate Fg Putrajaya Dibuka 2025 Adzril

Anwar Vs Daim Legal Action Or Political Vengeance


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Traffic Reported Smooth On Major Highways

In Death Sabahan Haryanie Binti Jamil Teaches Peninsular Muslims True Meaning Of Religious Diversity

Sammy Simorangkir Daripada Menyiksa Diri Chord

Yung Kai Sunkis 88rising Take Me Where The Sunlight Glows Chord

Jenazah Lima Sekeluarga Nahas Di Jerantut Selamat Dikebumikan Dalam Satu Liang Awal Pagi Tadi

Dirty Deeds Done Well A Honda Xl500 Flat Tracker By Gas Oil