Ayah Bangga Dengan Anak Ayah Tomok Gembira Anak Dapat Keputusan Straight A


Penyanyi terkenal, Tomok berkongsi keputusan peperiksaan anaknya, Arrianshah Akid yang memperoleh gred cemerlang. Perkara itu dikongsi Tomok menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
“Ayah bangga dengan anak ayah,” tulisnya ringkas sebagai kapsyen.
Dalam keputusan peperiksaan tersebut, Arrian yang berusia enam tahun itu memperoleh gred A dalam sepuluh matapelajaran yang diambilnya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Tomok mengucapkan tahniah dan memuji kepintaran Arrian.

Tomok mula mendirikan rumah tangga bersama pasangannya Rahayu Abbas pada tahun 2011 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Arrian mempunyai seorang adik lelaki yang bernama Andrashah Iman yang berusia empat tahun.
macam-macam jugak arrian order..adik dia rilek je

Dipetik daripada artikel yang lepas mengenai perkongsian Tomok perihal mendidik anak anak :
Sedikit rahsia didik anak, penyanyi lelaki popular, Shah Indrawan atau lebih dikenali dengan nama glamornya Tomok, 33, dan isteri Rahayu Abbas, 38, cukup bertuah kerana dikurniakan dua cahaya mata lelaki yang cukup bijak dan comel.
Tomok dan Ayu juga menerangkan dalam mendidik anak-anak, mereka tidak memaksa malah kedua-dua anak mereka, Arrianshah Akid atau mesra dipanggil Arrian, 5, dan Andrashah Iman atau mesra dipanggil Andra, 2, mempunyai karektor yang berbeza.
Cara Didik Anak, Bukan Niat Nak Menunjuk
“Tujuan utama saya bukanlah nak menunjuk-nunjuk kisah kehidupan kami sebagai selebriti. Siapalah saya, bahkan saya dan keluarga bukanlah selebriti yang punya nama besar. Di sini, saya cuma mahu berkongsi dengan orang luar mengenai idea mendidik anak-anak. Didikan yang kami terapkan kepada Arrian dan Andra cukup berbeza. Saya tak memaksa tapi ikut kesesuaian anak-anak. Mereka ini punya karakter yang berbeza. Sebenarnya saya tak banyak masa untuk ajar anak sebab sibuk dengan dunia seni. Jadi isteri yang lebih dominan menjaga dan memberi pendidikan kepada mereka,” tambah Tomok lagi.
Ayu pula ketika ditanya menjelaskan dalam mengajar anak-anak dia juga sama seperti ibu bapa yang lain.
“Saya tak ada pengalaman dalam mengajar jadi saya banyak belajar tentang didikan anak-anak menerusi bahan bacaan. Saya kumpulkan bahan-bahan bacaan ilmiah tentang keibubapaan dan pembelajaran awal pendidikan kanak-kanak dan juga sumber Internet, bagaimana untuk membentuk anak-anak kita. Dari situ saya ambil mana yang boleh diterapkan dan bersesuaian dengan anak-anak saya. Kiranya ‘trial and error’. Saya tidak memberi tekanan dan memaksa anak-anak untuk belajar sebab tak nak ganggu proses pembesaran mereka,” ungkap Ayu yang kelihatan lebih muda daripada usia sebenarnya dan teringin untuk memiliki anak perempuan pula.

1. Berbual-bual
Apabila sering berbual-bual dengan anak walau pun pada ketika itu mereka masih belum boleh bertutur dengan baik lagi ada kelebihannya. Walau pun masih belum mengerti dan faham, minda anak-anak sebenarnya seperti span yang menyerap apa yang dilihat dan didengari. Mereka sebenarnya sedang menajamkan kemahiran berbahasa dan komunikasi. Lebih banyak bercakap kepada mereka, lebih baik.
2. Mengagah
Mengagah bayi adalah salah satu komunikasi awal yang boleh dilakukan kepada anak. Selain merangsang, ia juga menggalakkan deria pendengaran. Bayi yang berumur enam bulan atau tujuh bulan akan mula mengesan dan memusing ke arah bunyi itu. Menjelang usiasetahun, bayi sudah mula mengenalpasti lagu kesukaannya dan cuba menyanyikannya.
3. Membaca Buku
Ramai yang tahu, buku jambatan ilmu. Tapi ramaikah yang membacakan buku kepada anak walau pun mereka masih belum mengerti/faham? Membacakan buku sejak awal lagi boleh membantu mengajar bayi tentang interaksi, komunikasi dan konsep tentang bentuk, warna, abjad, memori, nombor dan tatabahasa dalam cara yang menyeronokkan.
4. Kad Imbasan
Perkenalkan kad imbasan sejak awal melancarkan sebutan dan meningkatkan penguasaan tatabahasa. Mula-mula baca dan sebutkan apa yang ada pada kad. Lama kelamaan anak-anak akan menyebutnya sendiri dan kemudian mengejanya. Ini yang Ayu lakukan kepada Arrian.

5. Bermain
Biarkan anak-anak seronok bermain dengan permainan mereka. Ketika bermain, mereka akan mengeksplorasi, berimaginasi dan menajamkan motor halus. Ia juga merangsang skil kognitif dan penyelesaian masalah. Aktiviti mewarna dan menconteng juga salah satu cara bermain yang digalakkan untuk si manja!
6. Aktiviti Fizikal
Berenang, bermain di taman permainan dan berjalan memberikan anak-anak peluang untuk aktiviti yang dapat menggunakan otot dan anggota badan. Ia dapat menguatkan otot, keseimbangan dan sokongan tubuh. Selain itu, ia juga merangsang keyakinan diri kanak-kanak. Aktiviti seperti melompat, berlari, memanjat, berguling dan merangkak merupakan aktiviti yang baik untuk perkembangan motor kasar mereka.
7. Menyanyi
Dedahkan bayi kepada lagu kanak-kanak untuk merangsang pendengaran dan apabila anak mula mennyanyikannya, ia menggalakkan aktiviti pada kedua-dua belah otak. Anak-anak juga jadi lebih ceria dan gembira
Hargai Isteri
Itu sedikit perkongsian dalam bab mendidik anak, tetapi Tomok juga dedah cara terbaik menghargai isterinya yang banyak berkorban masa menjaga anak-anak yang tersayang. Haaa… kalau Tomok sediri, dia kebiasaannya akan memberi ganjaran dengan membawa isteri dan anak-anak bercuti bila berkesempatan.
“Selain bercuti saya juga sering bantu isteri dengan memandikan anak-anak atau menukar lampin pakai buang anak-anak. Dengan cara ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan bebanan kerja Ayu.” Ujarnya lagi.
Sumber : IG tomok
The post “Ayah Bangga Dengan Anak Ayah” – Tomok Gembira Anak Dapat Keputusan Straight A appeared first on MFADHLY.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mfadhly.net/2018/11/23/ayah-bangga-dengan-anak-ayah-tomok-gembira-anak-dapat-keputusan-straight-a/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ayah Bangga Arrian Dapat Straight A Semua Subjek Tomok Hargai Pengorbanan Isterinya

Ayah Bangga Arrian Dapat Straight A Semua Subjek Tomok Hargai Pengorbanan Isterinya

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 1016 hits
Penyanyi terkenal Tomok berkongsi keputusan peperiksaan anaknya Arrianshah Akid yang memperoleh gred cemerlang Perkara itu dikongsi Tomok menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum View this post on Instagram A post...
Anak Saya Bagi Main Fon Ipad Diamlah Ramai Mak Ayah Bangga Tapi Akhirnya Menyesal

Anak Saya Bagi Main Fon Ipad Diamlah Ramai Mak Ayah Bangga Tapi Akhirnya Menyesal

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 450 hits
Ibu ayah perasan tak apa yang kita buat untuk anak kadang kala kesilapan kita sendiri Niat nak buat yang terbaik tapi pengakhirannya beri kesan tak baik pada anak Memang diakui ibu bapa berlumba lumba nak anak pandai dan bijak dari anak ora...
Anak Di Indragiri Hilir Jadi Budak Nafsu Ayah Tiri Hingga Hamil Tujuh Bulan

Anak Di Indragiri Hilir Jadi Budak Nafsu Ayah Tiri Hingga Hamil Tujuh Bulan

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 352 hits
Pelaku tega memerkosa anak tirinya berusia 13 tahun hingga hamil 7 bulan Padahal korban masih berstatus pelajar Sekolah Menengah Pertama
Teruja Anak Anak Masuk Sekolah Ayah

Teruja Anak Anak Masuk Sekolah Ayah

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 265 hits
Masa cuti raya cina ari tu kami balik kampung Muar Sebab nanti cuti sekolah bulan 3 nak balik kampung Tanjong Karang plak Alkisahnya hari Sabtu tu ada jemputan kawin sedara ayah Adik kepada abah mertua mama Yang jadi cerita diorg buat majli...
Anak Suruh Saya Cari Pemain Bola Sepak Jadi Ayah Baru

Anak Suruh Saya Cari Pemain Bola Sepak Jadi Ayah Baru

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 330 hits
Mengikut jejak langkah bapanya anak Rita Rudaini juga suka bermain bola sepak hinggakan meminta ibunya berkahwin dengan pemain bola sepak supaya dapat The post appeared first on
Cara Cepat Dan Tak Stres Tenangkan Anak Mengamuk Tanpa Mak Ayah Tinggi Suara

Cara Cepat Dan Tak Stres Tenangkan Anak Mengamuk Tanpa Mak Ayah Tinggi Suara

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 327 hits
Ada banyak sebab kenapa anak anda suka mengamuk buat tantrum dan buat perangai Namun kunci utamanya ibu bapa kena bersabar dan pandai tawan hati anak Kadang kadang perangai anak ni sukar dijangka Mula mula nampak elok tapi sekali mengamuk b...
Ini 3 Punca Anak Selalu Sembelit Najis Keras Ini Penjelasan Pediatrik Mak Ayah Sila Take Note

Ini 3 Punca Anak Selalu Sembelit Najis Keras Ini Penjelasan Pediatrik Mak Ayah Sila Take Note

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 530 hits
Ini 3 Punca Anak Selalu Sembelit Najis Keras Ini Penjelasan Pediatrik Mak Ayah Sila Take Note Memang kesian bila lihat anak selalu menangis susah nak buang air besar sebab sembelit dan najis keras Seringkali mak ayah tertanya tanya apa punc...
Anak Tetak Ayah Usia 90 Tahun Kerana Tak Dapat Pinjam Motorsikal

Anak Tetak Ayah Usia 90 Tahun Kerana Tak Dapat Pinjam Motorsikal

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 366 hits
GARA GARA tak dapat pinjam motosikal daripada ayahnya seorang anak berusia 38 tahun tergamak menetak ayahnya yang sudah tua berusia 90 tahun menggunakan sebilah parang Kejadian dilaporkan berlaku di Kampung Tersusun Bukit Chawi Kampung Gaja...
Ini Sebab Ibu Ayah Kena Elak Membanding Anak Anak Salah Cara Hukum Kritik Boleh Bunuh Kepercayaan Dirinya

Ini Sebab Ibu Ayah Kena Elak Membanding Anak Anak Salah Cara Hukum Kritik Boleh Bunuh Kepercayaan Dirinya

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 536 hits
Membandingkan anak dengan orang lain paling dekat ialah adik beradiknya menjadi satu perkara yang biasa dilakukan dalam keluarga Tahukah anda perkara ini memberikan impak yang tidak baik kepada perkembangan diri dan emosi mereka Membina emo...
Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


What The Jalur Gemilang Truly Means To Me

Don T Give Ex Army Cops Unrestricted Powers As Mrsm Wardens Says Criminologist

World S First Tri Fold The Huawei Mate Xt Ultimate Design Was Gifted For Official State Visit To Malaysia

Shandy Pagalla Aku Ikhlas Melepaskanmu Chord

Ipank Mutiara Chord

Planner Islamic 2025 The Wife Co