Axiata Telenor Selesai Gabung Celcom Digi


 
Celcom Digi akan memberi perkhidmatan kepada kira-kira 20 juta pelanggan.KUALA LUMPUR: Axiata Group Bhd, Telenor Asia Pte Ltd dan Digi.com Bhd (Digi) telah selesai menggabungkan operasi telekomunikasi Celcom Axiata Bhd dan Digi.
Menerusi kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Rabu, Axiata menjelaskan pihaknya dan Telenor akan memegang pemilikan yang sama dalam Celcom Digi iaitu masing-masing sebanyak 33.1%.
Setelah selesai, Axiata menerima saham Digi yang baru diterbitkan mewakili 33.1% serta tunai berjumlah RM2.5 bilion yang dibiayai oleh Digi dan akan diambil alih oleh entiti gabungan (Celcom Digi).
Digi juga menerbitkan saham untuk Telenor bagi mencapai pemilikan yang sama susulan pembayaran Telenor sebanyak RM300 juta kepada Axiata.
“Dalam memacu proses penyatuan, pihak-pihak bergerak dengan tujuan bermanfaat untuk membentuk syarikat telekomunikasi digital Malaysia berkelas dunia yang akan menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan ekosistem digital dan ekonomi negara.
“Celcom Digi akan menjadi syarikat teknologi tersenarai tempatan terbesar di Bursa Malaysia,” tambahnya.
Sementara itu, Axiata and Telenor pula menjelaskan berasaskan proforma bagi tahun kewangan 2021, Celcom Digi akan memberi perkhidmatan kepada kira-kira 20 juta pelanggan, dengan perolehan sebanyak RM13 bilion serta keuntungan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) berjumlah kira-kira RM5.8 bilion.
“Celcom Digi kekal komited kepada sasaran sinergi RM8 bilion seperti yang diumumkan sebelum ini,” menurut kedua-dua pihak dalam kenyataan bersama.
Axiata and Telenor juga menambah bahawa Celcom Digi akan mengemukakan saranan kukuh untuk memacu peralihan negara ke arah masyarakat berpendapatan tinggi yang menggunakan digital menerusi penggabungan skala, kompetensi, kekukuhan kewangan dan pengalaman dalam memenuhi pelbagai keperluan pengguna Malaysia.
Pengerusi Axiata, Shahril Ridza Ridzuan berkata bagi pihak lembaga pengarah Axiata, beliau mengucapkan tahniah kepada pasukan Celcom Digi atas permulaan baharu ini yang merupakan kemuncak setelah berbulan-bulan kerja penyepaduan yang teliti dilakukan untuk mencipta juara digital Malaysia.
“Dalam melangkah maju, saya yakin Celcom Digi berada di kedudukan baik untuk memberi perkhidmatan kepada pengguna dan perusahaan Malaysia yang mahu meningkatkan daya saing digital dalam era masa kini,” katanya.
Sementara itu, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Asia Telenor, Jørgen C Arentz Rostrup berkata syarikat itu komited untuk menjadi pemilik aktif, membawa pengetahuan teknologi, pengalaman di seluruh pasaran antarabangsa serta perkongsian global dengan firma-firma utama industri kepada Celcom Digi.
“Pelancaran Celcom Digi mewakili pencapaian penting dalam perjalanan usaha pendigitalan Malaysia, sejajar dengan aspirasi Telenor untuk membangunkan pengendali terkemuka yang memberi perkhidmatan kepada pelanggan menerusi produk dan perkhidmatan yang relevan, menarik dan mudah,” katanya.
Axiata dan Telenor juga menjelaskan sebagai sebahagian daripada usaha membina negara, Celcom Digi akan melabur sehingga RM250 juta dalam tempoh lima tahun untuk membina pusat inovasi bertaraf dunia di Kuala Lumpur.
“Matlamatnya adalah untuk memangkinkan transformasi digital Revolusi Industri Keempat (4IR) dan memperkukuh ekosistem tempatan melalui penerimagunaan Internet Pelbagai Benda (IoT), kecerdasan buatan (AI), pengkomputeran awan dan 5G.
“Merapatkan jurang digital di kawasan luar bandar untuk menggalakkan penyertaan sosio-ekonomi yang lebih besar akan menjadi keutamaan,” jelasnya.
Selain Axiata dan Telenor, pelabur institusi Malaysia seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Permodalan Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) adalah antara pemegang saham syarikat baharu itu. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/11/axiata-telenor-selesai-gabung-celcom.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tragedi Pru Suami Isteri Maut Selepas Selesai Mengundi Anak 3 Tahun Patah Kaki

Tragedi Pru Suami Isteri Maut Selepas Selesai Mengundi Anak 3 Tahun Patah Kaki

papar berkaitan - pada 20/11/2022 - jumlah : 260 hits
Sepasang suami isteri maut manakala anaknya berusia tiga tahun patah kaki apabila kereta dinaiki mereka terlibat kemalangan selepas pasangan itu selesai mengundi dalam kejadian di Kilometer 46 Jalan Johor Bahru Mersing pada Sabtu Ketua Poli...
Jokowi Di Muktamar Muhammadiyah Ktt Apec Selesai Sore Nanti Tapi Saya Pulang Duluan

Jokowi Di Muktamar Muhammadiyah Ktt Apec Selesai Sore Nanti Tapi Saya Pulang Duluan

papar berkaitan - pada 19/11/2022 - jumlah : 108 hits
Jokowi mengaku baru saja tiba di Solo pada Jumat 18 November 2022 sekitar pukul 11 00 Wib Jokowi bertolak ke Solo dari Bangkok Thailand usai menghadiri KTT APEC 2022
Ismail Sabri Selesai Menghadap Agong

Ismail Sabri Selesai Menghadap Agong

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 184 hits
Ismail Sabri selesai menghadap Agongoleh21 November 2022 04 34pmMasa membaca 2 minitIsmail Sabri melambai tangan kepada petugas media selepas selesai menghadap Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Fot...
Mesyuarat Selesai Ahli Parlimen Bn Tutup Mulut

Mesyuarat Selesai Ahli Parlimen Bn Tutup Mulut

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 176 hits
Mohd Nasaruddin Parziam hmetro com myKuala Lumpur Ahli Parlimen Barisan Nasional selesai bermesyuarat berhubung isu pembentukan kerajaan dan pencalonan Perdana Menteri Ke 10 sama ada menyokong Pakatan Harapan Perikatan Nasional atau menjadi...
Selesai Kemelut Dengan Formula Hang Nadim Dan Muhammad

Selesai Kemelut Dengan Formula Hang Nadim Dan Muhammad

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 359 hits
SESUDAH SUBUHKEPUTUSAN pilihan raya ke 15 mempunyai hikmah tersendiri Ia menjadi medan ujian kebijaksanaan para ahli politik kita sejauh mana mereka dapat menyelesaikan kemelut yang terhasil daripada pilihan raya berkenaan Pilihan raya kali...
Terkini Tok Mat Akhirnya Bersuara Cadang Ph Gabung Dengan Pn Tanpa Libatkan Bn

Terkini Tok Mat Akhirnya Bersuara Cadang Ph Gabung Dengan Pn Tanpa Libatkan Bn

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 149 hits
Timbalan Presiden Barisan Nasional dan juga Ahli Parlimen Rembau Datuk Seri Mohamad Hasan akhirnya menyuarakan untuk partinya kekal sebagai pembangkang
Tok Mat Cadang Pn Ph Gabung Tubuh Kerajaan

Tok Mat Cadang Pn Ph Gabung Tubuh Kerajaan

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 187 hits
PETALING JAYA Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Mohamad Hasan mencadangkan Perikatan Nasional bekerjasama dengan Pakatan Harapan untuk menubuhkan kerajaan persekutuan Beliau berkata BN sedia menjadi pembangkang untuk semak dan imbang
Digi Postpaid Prepaid Plan

Digi Postpaid Prepaid Plan

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 139 hits
DIGI POSTPAID PREPAID PLAN Berkembangnya teknologi terkini penggunaan perkhidmatan internet terkini memang amat menggalakkan Adakah anda pengguna talco Digi Berita baik kepada anda kini Digi telah mengumumkan kebanyakkan plan yang tersedia ...
Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Buasir Otak Tv Rambut Tak Basah Bila Berlari Dalam Hujan Be Like

Jahil Menteri Besar Kelantan Dikecam Dakwa Tiada Tanah Adat Di Semenanjung

Kaya Sebab Duit Banyak

Kkv Alamanda

Projek Terakhir Sebelum Meninggal Dunia Kim Saeron Tampil Dalam Mv A World Without Pain

Ramai Yang Skeptikal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Viktario Berpura Pura Bahagia Chord

Letak Jawatan Sebagai Ajk Pibg Sekolah

Maksud Karamah Insaniah

Sebelum Pukul8 Dah Sampai

Pekena Asam Pedas Ikan Merah Untuk Lunch

Drama Bru