Awesome Tv Ambil Tindakan Undang Undang Terhadap Amir Raja Lawak Mamak Puteh Dan Abu Mamu



KUALA LUMPUR – Pihak Awesome TV mengesahkan telah memfailkan tindakan undang-undang terhadap tiga pelawak selebriti tempatan susulan dakwaan kenyataan berunsur fitnah yang dimuat naik di media sosial masing-masing.
Tiga individu yang dinamakan dalam saman itu ialah Mohamad Amirullah Azmi atau Amir Raja Lawak, Mohamad Ikhtiarudin Naina Mohamad (Mamak Puteh) dan Abu Musarrif Abu Bakar (Abu Mamu).
Dalam kenyataan rasmi pada Khamis, Awesome TV mendakwa ketiga-tiga mereka telah menyebarkan tuduhan tidak berasas kononnya pihak stesen gagal membuat bayaran bagi penglibatan mereka dalam beberapa program terbitan yang disiarkan di saluran tersebut.
“Pihak Awesome TV ingin menjelaskan bahawa semua program yang disiarkan di saluran kami diterbitkan sepenuhnya oleh syarikat produksi luar (production house) dan sebarang urusan kontrak serta pembayaran artis adalah tanggungjawab penuh pihak produksi berkenaan.
Kenyataan fitnah yang dikeluarkan oleh ketiga-tiga individu tersebut telah menjejaskan imej serta reputasi Awesome TV,” kata kenyataan itu.
Isu dibawa ke Parlimen
Menurut Awesome TV, isu berkenaan turut dibangkitkan di Parlimen oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid, tanpa pemeriksaan fakta yang teliti. Tindakan itu didakwa telah mencetuskan salah faham dan memberikan gambaran tidak tepat terhadap pihak mereka.
“Sebagai Ahli Parlimen, beliau sepatutnya berlaku adil menyiasat fakta sebelum mengeluarkan kenyataan yang tidak benar.
Justeru itu, pihak Awesome TV telah mengarahkan firma guaman Shafie & Co untuk memfailkan saman berunsur fitnah terhadap mereka bagi melindungi integriti Awesome TV.
Awesome TV memandang serius sebarang tuduhan yang tidak berasas dan sebarang usaha untuk mencemarkan nama baik Awesome TV,” tambah kenyataan tersebut.
Respons Amir Raja Lawak
Susulan kenyataan rasmi itu, Amir Raja Lawak tampil memberikan reaksi melalui hantaran di laman Facebook pada Khamis.
“Alhamdulillah. Terima kasih Awesome TV kalau ini harganya untuk penat lelah saya dan kami. Terima kasih banyak-banyak,” tulisnya.
Dalam hantaran sama, Amir menjelaskan beliau tidak sempat membalas mesej atau panggilan kerana sibuk menguruskan bapanya yang dimasukkan ke unit kecemasan akibat luka jahitan terbuka.
Beliau juga memaklumkan telefon peribadinya mengalami kerosakan sehingga kad SIM tidak dapat diakses buat sementara waktu.
“Kalau ada wartawan atau sesiapa yang cuba hubungi, saya minta maaf kerana tak dapat jawab buat masa ini. Bila telefon dah elok semula, saya akan respons,” katanya lagi.
Sementara itu, menerusi hantaran terbaharu di Facebook, Amir berkongsi keadaan terkini bapanya.
“Assalamualaikum, salam Jumaat.
Alhamdulillah tadi sempat jumpa abah sekejap sebelum ditolak masuk ke bilik untuk ultrasound. Selepas doktor membuat pemeriksaan nanti, akan diputuskan sama ada perlu melakukan pembedahan baharu atau tidak. Ini kerana kesan pembedahan sebulan lepas terkoyak, keluar darah dan nanah sejak semalam.
Jemm jugak tadi bila abah perlahan-lahan tanya saya, pergi KL berapa hari? Saya hanya mampu tunjuk angka dengan jari sebab tak mampu tahan suara daripada menangis depan abah. Akhirnya tumpah juga air mata jantan saya di hadapan abah yang sedang terlantar.
Sebenarnya saya tak kuat berjauhan dengan keluarga dalam keadaan macam ni. Tapi Ahad saya kena juga bekerja untuk cari duit sebagai persediaan kos rawatan abah, termasuk harga ubat yang tinggi. Ahad ni saya akan bersama PAK MAT Western sekali lagi, bergabung dengan Cip Lando Zawawi, Brotherhood Malaysia di Mydin Subang Jaya, selepas Zohor.
Esok pula katanya PMX akan ke tapak Stadium Kota Bharu sempena Program Madani Rakyat, betul-betul sebelah kedai saya. Siapa yang uruskan? Tolong bagitahu PMX yang saya ada kedai kat sini, boleh la nanti singgah beli ayam goreng yang saya jual
Apa pun jadi, apa pun kena buat… in shaa Allah, saya kena kuat ,” tulisnya lagi. – The Malaysian Update



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2025/08/08/awesome-tv-ambil-tindakan-undang-undang-terhadap-amir-raja-lawak-mamak-puteh-dan-abu-mamu/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=awesome-tv-ambil

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tindakan Tegas Bakal Diambil Terhadap Pelajar Terlibat Buli Fadhlina

Tindakan Tegas Bakal Diambil Terhadap Pelajar Terlibat Buli Fadhlina

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 344 hits
Tindakan Tegas Bakal Diambil Terhadap Pelajar Terlibat Buli Fadhlina KUALA LUMPUR Kementerian Pendidikan Malaysia menegaskan tidak akan berkompromi terhadap mana mana pelajar yang terlibat dalam salah laku buli dan tindakan tegas akan diamb...
Nurul Izzah Kecam Serangan Terhadap Anak Rafizi Desak Tindakan Segera

Nurul Izzah Kecam Serangan Terhadap Anak Rafizi Desak Tindakan Segera

papar berkaitan - pada 15/8/2025 - jumlah : 500 hits
PETALING JAYA Timbalan Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mengecam sekeras kerasnya serangan terhadap anak kepada Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Rafizi Ramli yang disifatkannya sebagai satu tindakan keji dan melampau Beliau berkata tiada kanak...
4 Anggota Polis Didakwa Lakukan Pemerasan Terhadap Warga Asing

4 Anggota Polis Didakwa Lakukan Pemerasan Terhadap Warga Asing

papar berkaitan - pada 2/8/2025 - jumlah : 258 hits
4 anggota polis didakwa lakukan pemerasan terhadap warga asing BUKIT MERTAJAM Tiga anggota polis berpangkat rendah mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan bersubahat dan melakukan pemerasan secara berasingan terhadap dua lelaki warga Tha...
Laporan Polis Terhadap Penghasut Mp Pasir Mas Memalukan Negara

Laporan Polis Terhadap Penghasut Mp Pasir Mas Memalukan Negara

papar berkaitan - pada 30/7/2025 - jumlah : 203 hits
Laporan Polis Sidang Media oleh Pengarah Mobilisasi Amanah Nasional YB Tuan Abbas Salimi Che Azmi merangkap ADUN Sri Serdang mengenai karikatur Ketua Penerangan PAS Pusat merangkap Ahli Parlimen Pasir Mas YB Fadhli Shaari di Ibu Pejabat Pol...
Tiada Kompromi Mengenai Standard Halal Terhadap Import As Tengku Zafrul

Tiada Kompromi Mengenai Standard Halal Terhadap Import As Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 2/8/2025 - jumlah : 236 hits
Tiada Kompromi Mengenai Standard Halal Terhadap Import AS Tengku Zafrul KUALA LUMPUR 1 Ogos Produk halal yang diimport dari Amerika Syarikat masih perlu mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia kata Menteri Pel...
23 Ahli Majlis Istihar Hilang Kepercayaan Terhadap Datuk Bandar Pasir Gudang

23 Ahli Majlis Istihar Hilang Kepercayaan Terhadap Datuk Bandar Pasir Gudang

papar berkaitan - pada 2/8/2025 - jumlah : 222 hits
Zulhisham IsahakMohd Amin bersama sama Ahli Majlis menyatakan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Datuk Bandar Pasir Gudang di De Elegance Grand Hotel Bandar Seri Alam Pasir Gudang hari ini PASIR GUDANG Seramai 23 daripada 24 ahli Majlis...
Guru Mengaku Tidak Salah Lakukan Amang Seksual Terhadap Murid Lelaki

Guru Mengaku Tidak Salah Lakukan Amang Seksual Terhadap Murid Lelaki

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 185 hits
Guru Mengaku Tidak Salah Lakukan Amang Seksual Terhadap Murid Lelaki KOTA BHARU 5 Ogos Seorang guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan melakukan amang seksual terhadap murid lelaki berusia 11 ta...
Design Printing Produk Murah Berkualiti Pilihan Bijak Usahawan Baru

Jasa Layanan Pengurusan Sertifikat Halal Untuk Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Terengganu Dua Remaja Tiada Lesen Jadi Pemandu Kelindan Lori Ditahan Jpj

Teens As Young As 16 Being Hired As Lorry Drivers Says Jpj

Social Media Abuzz With Danish Pm Reiterating Burqa Ban Tells Muslims To Adjust To Local Culture Confront Law Or Leave

Murtabak Kulit Popia

Cara Hidup Suami Isteri Di Akhir Zaman Dengan Tenang Dan Diredhai Allah

Building A Memorable Brand Identity


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Punca Guru Bersara Awal Yang Ramai Orang Tidak Tahu

Firdaus Cerita Gunting Rambut

Ultimate Best Beef Burger Recipe Uk Bbc Good Food

Teruskan Bersabar Nona

Kalau Tak Boleh Menyenangkan Jangan Menyusahkan

Wafiy Sempat Tolak 2 Kawan Ke Tepi Dengan Kaki Sebelum Hanyut Dan Lemas Nenek