4 Anggota Polis Didakwa Lakukan Pemerasan Terhadap Warga Asing


4 anggota polis didakwa lakukan pemerasan terhadap warga asing

BUKIT MERTAJAM: Tiga anggota polis berpangkat rendah mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan bersubahat dan melakukan pemerasan secara berasingan terhadap dua lelaki warga Thailand membabitkan kerugian wang tunai berjumlah RM10,000, tahun lalu.
Tertuduh, Mohd Shukri Amran, 35, Mohammad Faizal Mirdukhim @ Mustapa, 43, dan Muhammad Arifshah Zulkefli, 23, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap dibaca serentak di hadapan di hadapan Majistret Nurul Rasyidah.
Berdasarkan pertuduhan, mereka yang bertugas didakwa secara bersama dengan sengaja melakukan pemerasan terhadap dua lelaki warga Thailand bernama Anotai Saentawee dan Suwit Sake.
Tindakan mereka mendatangkan ketakutan bahawa apa-apa bencana berlaku kepada warga asing berkenaan sehingga mendorong mangsa supaya menyerahkan wang tunai sebanyak RM10,000.
Ketiga-tiga tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah stesen minyak hentian rehat dan rawat (R&R) Juru arah selatan pada jam 1.30 pagi, 26 November tahun lalu.
DISYORKAN UNTUK ANDA : Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri

Mereka didakwa mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 yang memperuntukkan hukuman penjara yang sehingga tujuh tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan
Sementara itu, seorang lagi tertuduh yang juga anggota polis turut mengaku tidak bersalah selepas berdepan pertuduhan secara berasingan melakukan pemerasan membabitkan mangsa yang sama.
Tertuduh, Muhammad Nizar Mat Axid, 40, didakwa bersubahat melakukan pemerasan terhadap Anotai Saentawee dan Suwit Sake bersama tiga tertuduh terbabit iaitu Mohd Shukri, Mohammad Faizal dan Muhammad Arifshah di sebuah rumah sewa di Jalan Setia 2, Taman Setia pada tarikh yang sama jam 2.30 pagi.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 385 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Nor Shakila Dahari, mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh namun peguam tertuduh memohon kadar jaminan lebih rendah atas alasan kesemua mereka yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah perlu menyara keluarga.
DISYORKAN UNTUK ANDA : Game Over Kepada Ahmad Terrirudin Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR Ayuh Malaysia, Kita Merajuk Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan

Mohd Shukri diwakili peguam M Puveneswaran; Muhammad Arifshah diwakili peguam Muhammad Amirul Hakim; manakala Mohammad Faizal dan Muhammad Nizar diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Ima Syakira Mohd Salim.
Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dan menetapkan 12 September ini sebutan semula kes.
4 anggota polis didakwa lakukan pemerasan terhadap warga asing  
DISYORKAN UNTUK ANDA : Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien? LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?

The post 4 anggota polis didakwa lakukan pemerasan terhadap warga asing appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2025/08/02/4-anggota-polis-didakwa-lakukan-pemerasan-terhadap-warga-asing/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pegawai Polis Terima Rasuah Daripada Warga Asing Ditahan Sprm

Pegawai Polis Terima Rasuah Daripada Warga Asing Ditahan Sprm

papar berkaitan - pada 5/8/2025 - jumlah : 436 hits
ABDUL RASHID ABDUL RAHMANSEORANG pegawai polis dibawa keluar dari Kompleks Mahkamah Kuantan selepas dibawa bagi mendapatkan perintah tahanan reman di Kuantan hari ini KUANTAN Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan seorang pegawai po...
Warga Asing Tanam Mayat Kawan Di Tapak Lupus Sampah Ditahan Polis

Warga Asing Tanam Mayat Kawan Di Tapak Lupus Sampah Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 405 hits
BernamaSHAH ALAM Polis menahan tujuh warga asing termasuk dua wanita bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang lelaki di Bandar Sentosa Klang pada 20 Jun lepas Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan Supt Kamalariffin Aman Shah berkat...
Terengganu Penyelia Hotel Didakwa Lakukan Seks Luar Tabii Pekerja Wanita

Terengganu Penyelia Hotel Didakwa Lakukan Seks Luar Tabii Pekerja Wanita

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 280 hits
Mohd Ishak Abdillah NgahTertuduh Mohd Arid Zakaria diiringi anggota polis di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini KUALA TERENGGANU Seorang penyelia pembersihan sebuah hotel didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduh...
Guru Mengaku Tidak Salah Lakukan Amang Seksual Terhadap Murid Lelaki

Guru Mengaku Tidak Salah Lakukan Amang Seksual Terhadap Murid Lelaki

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 253 hits
Guru Mengaku Tidak Salah Lakukan Amang Seksual Terhadap Murid Lelaki KOTA BHARU 5 Ogos Seorang guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan melakukan amang seksual terhadap murid lelaki berusia 11 ta...
Kad Pengenalan Palsu Warga Filipina Didakwa Di Mahkamah

Kad Pengenalan Palsu Warga Filipina Didakwa Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 2/8/2025 - jumlah : 318 hits
KUALA LUMPUR Seorang lelaki warga Filipina telah didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas kesalahan memiliki kad pengenalan palsu tanpa kuasa yang sah Tertuduh Simfroso Trillana 53 ditahan pada 30 Julai di Bahagian Kelahiran Kematian...
Polis Pulau Pinang Terima 3 Laporan Kejadian Pukau Pelancong Asing

Polis Pulau Pinang Terima 3 Laporan Kejadian Pukau Pelancong Asing

papar berkaitan - pada 4/8/2025 - jumlah : 347 hits
Polis Pulau Pinang terima 3 laporan kejadian pukau pelancong asing Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin Foto fail NSTP Mikail Ong GEORGETOWN Polis negeri ini menerima tiga laporan kejadian pukau membabitkan pelanc...
Laporan Polis Terhadap Penghasut Mp Pasir Mas Memalukan Negara

Laporan Polis Terhadap Penghasut Mp Pasir Mas Memalukan Negara

papar berkaitan - pada 30/7/2025 - jumlah : 263 hits
Laporan Polis Sidang Media oleh Pengarah Mobilisasi Amanah Nasional YB Tuan Abbas Salimi Che Azmi merangkap ADUN Sri Serdang mengenai karikatur Ketua Penerangan PAS Pusat merangkap Ahli Parlimen Pasir Mas YB Fadhli Shaari di Ibu Pejabat Pol...
Sokong Subsidi Ron95 Untuk Warga Asing Skmm Ambil Keterangan Muhyiddin

Sokong Subsidi Ron95 Untuk Warga Asing Skmm Ambil Keterangan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 8/8/2025 - jumlah : 305 hits
HarapandailyAugust 7 2025Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia telah merekodkan kenyataan pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini Kenyataan beliau diambil untuk membantu siasatan terhadap dakwaan bahawa beliau menyoko...
Amazing Dinner Recipes Pasta

Lagu Boboiboy Bergema Di Festival Anime Luar Negara Pengunjung Pakat Layan Karaoke

Perjuangan Khamil Bashah Berakhir Penghidap Barah Darah Meninggal Dunia

Jangan Pelik Kalau Satu Hari Nanti

Bakteria Pemakan Plastik Penyelesaian Alam Untuk Pencemaran Plastik

Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2025 Jadual Keputusan

Cw Zon Debuts A Twin Engine Royal Enfield Classic 650 At Mooneyes

Malam Indah Bahagia Terasa Di Suria Klcc Kuala Lumpur 3 12 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kecepatan Terkecoh Ikan Tercepat Di Lautan

Mof Perkenal Sistem Tender Dua Peringkat Langkah Ketat Untuk Transparensi Dan Kualiti

Kehilangan Besar Buat Sabah Amp Negara Pm Anwar Ziarah Keluarga Allahyarham Bung Moktar

Bekas Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad Meninggal Dunia

Mat Saleh Speechless Terima Surat Dari Kedai Makan Malaysia

Ada Pemimpin Pkr Lawan Kem Izzah Disiasat Sprm Rafizi