Awat Lagu Tu


 
Saya tidak terperanjat, apa lagi hairan, apabila isu atau lebih tepat tuduhan kononnya azan sukar atau tidak kedengaran di Pulau Pinang. Untuk disensasikan lagi tuduhan diolah laungan azan diharamkan di masjid dan surau di Pulau Pinang.
Tuduhan itu ditimbulkan sekitar 2011. Kemudian senyap. Ditimbulkan semula sebelum dan menjelang PRU13 pada 2013. Ia dilempar musuh politik Pakatan Rakyat terutama terhadap DAP. Objektifnya nyata. Yakni menuduh DAP anti-Islam manakala orang Islam dalam parti sekutu merestui atau tidak mampu membantah. Sasaranya pengundi Melayu-Islam. Bagaimanapun berdasarkan keputusan PRU13, jelas strategi itu tidak berjaya.
Anjak ke 12 April lalu, dilaporkan Ismail Abd Muttalib, Ahli Parlimen Maran, daripada PAS mengemukakan soalan bertulis kepada Dewan Rakyat bertanya mengapa ada “sebuah kerajaan negeri” mengeluarkan arahan kepada semua masjid memperlahankan laungan azan melalui alat pembesar suara.
“Apakah punca sebenar menyebabkan sebuah kerajaan negeri di negara ini mengeluarkan perintah larangan kepada semua masjid di negeri berkenaan supaya memperlahankan setiap kali azan apabila solat lima waktu?” soal beliau.
Benar Ismail tidak menamakan negeri yang beliau maksudkan. Namun seperti dikata tadi Pulau Pinang pernah dituduh mengeluarkan arahan suara azan dilarang atau diperlahankan. Bagi saya bukan mustahil negeri itu yang Ismail, dalam diam, maksudkan.
Apa pun pertanyaan beliau dijawab Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar bahawa tidak ada perintah sedemikian di mana-mana negeri seperti didakwa Ismail. Mufti Pulau Pinang, Wan Salim Wan Mohd Noor, ketika menafikan dakwaan itu berkata azan dan iqamah menggunakan pembesar suara luar masjid atau surau dibolehkan. Bagi ceramah, baca Al-Quran dan sebagainya dibenarkan menggunakan pembesar suara dalam masjid dan surau.
Seperkara lagi. Di Pulau Pinang azan subuh dilaungkan dua kali. Yang pertama bagi bangunkan umat Islam yang sedang tidur dan memberi isyarat waktu subuh sedang hampiri. Azan kedua menandakan masuk waktu subuh. Bagi saya amat menarik kata-kata pemimpin PKR, Fahmi Zainol, kepada Ismail: “Patutnya hang tanya Yusni Mat Piah. Negeri kami siap azan dua kali tau dak?” Yusni Mat Piah merujuk kepada Adun Penaga yang satu parti dengan Ismail.
Izinkan saya memetik satu laporan Malaysiakini yang menyatakan Yang Dipertua PAS Padang Serai, Shaharuddin Ibrahim, pernah membuat kenyataan berbunyi: “Kalau DAP menguasai negara … nuu Pulau Pinang tuan-tuan ‘bang’ (azan) dah tak boleh dah, ‘bang’ tak boleh dah tuan-tuan.”
Bagaimanapun beliau kemudian meminta maaf kepada kerajaan Pulau Pinang dan DAP. Ini berlaku pada 2016.
Ads by KioskedSebenarnya orang Tanjung dan orang yang pernah berkunjung ke Tanjung tahu akan hal azan ini. Tetapi mengapa PAS mahu terus memainkannya? Jawapannya PRN yang akan diadakan tidak lama lagi. PAS pada hemat saya seolah mahu “take a chance with the issue”.
Perikatan Nasional terutama PAS masih ghairah dengan Gelombang Hijau yang terjadi pada PRU15. Mereka yakin hijau akan bergelombang lagi pada PRN. Malah penganalisis politik, Sivamurugan Pandian, dipetik Sinar Harian tempoh hari meramal Kedah, Kelantan, dan Terengganu akan kekal milik PAS dan “di Pulau Pinang akan wujud persaingan besar di kawasan yang majoriti pengundi Melayu”.
Ini katanya “kerana di negeri itu ada 14 kerusi yang mana 11 di tanah besar dan tiga di pulau. Ia akan menjadi tarikan kepada PAS-PN untuk melihat sama ada mereka mampu atau sebaliknya dapatkan sokongan lebih besar.”
Selain dakwaan “agama Islam terancam”, apa isu yang akan dicanang untuk meraih undi Melayu? Mungkin soal orang Melayu terpinggir, tidak menikmati pembangunan, serta tidak mampu memiliki kediaman mewah yang didirikan. Sebenarnya inilah isu yang dibawa Umno semasa ia menjadi pembangkang di Pulau Pinang. Strategi itu bagaimanapun tidak membawa hasil yang diidamkan.
Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P Ramasamy, menyifatkan anggapan PN bahawa ia boleh memang mudah kerusi majoriti Melayu adalah salah. Katanya, andaian PN itu berdasarkan tanggapan undi Melayu sangat pro-PN. Tetapi Ramasamy yakin tadbir urus baik Pakatan Harapan akan memenangi sokongan Melayu di Pulau Pinang. Tadbir urus baik yang beliau katakan itu memang susah untuk pembangkang menidakkan. Tidak dinafikan juga banyak program kerajaan negeri yang memberi manfaat kepada masyarakat Melayu.
Cuma kini timbul isu projek tambak laut Selatan Pulau Pinang, yang menurut Ketua Menteri Chow Kon Yeow mendapat sokongan majoriti penduduk. Projek sudah mendapat kelulusan Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar atau EIA. Pun begitu nelayan membantah kerana percaya mereka akan terkesan dan bilangan terbabit agak ramai. Oh ya mereka orang Melayu yang layak mengundi. - FMT
Ads by Kiosked - FMTArtikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/04/awat-lagu-tu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Politik Cari Makan Awat Lagu Tu

Politik Cari Makan Awat Lagu Tu

papar berkaitan - pada 30/4/2023 - jumlah : 313 hits
Mohsin AbdullahSaya tidak terperanjat apa lagi hairan apabila isu atau lebih tepat tuduhan kononnya azan sukar atau tidak kedengaran di Pulau Pinang Untuk disensasikan lagi tuduhan diolah laungan azan diharamkan di masjid dan surau di Pulau...
Muah Muah Salam Raya Sporting Betul Anak Anak Dato Seri Vida Rakam Lagu Raya Baru Bersama

Muah Muah Salam Raya Sporting Betul Anak Anak Dato Seri Vida Rakam Lagu Raya Baru Bersama

papar berkaitan - pada 22/4/2023 - jumlah : 391 hits
Siapa yang tak kenal dengan usahawan kosmetik terkenal di Malaysia iaitu Dato Seri Vida Dato Seri Vida atau nama sebenarnya iaitu Hasmiza binti Othman 52 dikenali sebagai pempengaruh usahawan penyanyi dan juga seorang ibu Cara didikan dan l...
Lagu Tema Takbiran Chord

Lagu Tema Takbiran Chord

papar berkaitan - pada 23/4/2023 - jumlah : 303 hits
C F Allahu Akbar C F Allahu Akbar C Allahu Akbar C G C La ila ha illahu Allahu Akbar G C Allahu Akbar Walillahilham C F Allahu Akbar C F Allahu Akbar C Allahu Akbar C G C La ila ha illahu Allahu Akbar G C Allahu Akbar Walillahilham
Potret Cantik Leona Agustine Yang Jadi Model Lagu Hits Sheila On 7 Bikin Pangling

Potret Cantik Leona Agustine Yang Jadi Model Lagu Hits Sheila On 7 Bikin Pangling

papar berkaitan - pada 24/4/2023 - jumlah : 328 hits
Leona Agustine pernah menjadi Model MV Lagu Hits Sheila on 7 berjudul Hari Bersamanya yang rilis 2011 Lagu ini mengisahkan tentang remaja laki laki yang mengejar cinta perempuan idamannya yang berlatar belakang anak sekolah SMP Berikut potr...
Lirik Lagu Sunyi Joe Flizzow

Lirik Lagu Sunyi Joe Flizzow

papar berkaitan - pada 19/4/2023 - jumlah : 534 hits
Kelilingi bumi Macam macam bunyi Tapi aku sunyi Kelilingi bumi Macam macam bunyi Tapi aku sunyi Dekat Italy naik motor Passola Dulu naik bas tapi tak gi sekolah Motor EX5 pager Motorola Minyak ngam ngam kalau habis tolak Budak mentah tapi n...
Lirik Lagu The Dollah Raya Raya Raya 2 0

Lirik Lagu The Dollah Raya Raya Raya 2 0

papar berkaitan - pada 17/4/2023 - jumlah : 950 hits
Lirik Lagu The Dollah Raya Raya Raya 2 0Lirik Lagu The Dollah Raya Raya Raya 2 0 Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Entri kali ini MOMI nak kongsi kepada anda sebuah lagu raya dari The Dollah yang berjudul Raya Raya Raya 2 0 Lagu ini meru...
Lirik Lagu Raya Terbaik Nyanyian Dayang Nurfaizah Hannah Delisha And Sophia Liana

Lirik Lagu Raya Terbaik Nyanyian Dayang Nurfaizah Hannah Delisha And Sophia Liana

papar berkaitan - pada 17/4/2023 - jumlah : 466 hits
Lirik Lagu Raya Terbaik Nyanyian Dayang Nurfaizah Hannah Delisha and Sophia LianaBersalaman bermaafan di hari yang muliaLupakan segala sengketa di antara kita semuaMari bersama bersukariaSambut Hari RayaHari Raya mari raikan bersamaHari Ray...
Menjamu Selara Makan Petang Di Sufian Cafe One Borneo Kota Kinabalu Sabah

As Tingkatkan Tekanan Ke Atas Venezuela Operasi Ketiga Menjadi Perhatian Dunia

Aktiviti The 3rd Malaysia International Muslim Food Culture Tourism Festival Ppim 25 12 2025

Krismas Hidup Dalam Jiwa Saya Tiada Siapa Mampu Merampasnya Deanna Yusof Jelaskan Sebab Masih Raikan Hari Natal

Carta Kedudukan Akhir Kumpulan B Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025

Thaipusam Hari Wilayah 2026 2 Hari Cuti Gantian Untuk Pekerja Wilayah Persekutuan

Berkawan Dengan Aku Cukup Dengan Kejujuran

Najib Kena 15 Tahun Penjara Dan Denda Rm11 38 Bilion Bagi Tuduhan Salah Guna Kuasa


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Empat Punca Roti Puri Tidak Menjadi Gelembung Seperti Yang Diharapkan

Mengalami Kehilangan

Ai And Automation Set To Dominate The Industrial Sector By 2026

Kuih Penyaram Rasa Yang Selalu Bawa Aku Terbang Ke Kota Kinabalu Sabah

The Sanctuary Of Resilience A Tribute To Nature S Giants

Kecoh Di Nilai Letupan Peranti Berbahaya Goncang Ketenangan