Awas Ya Saya Baca Komen Dan Cari Pelaku Ali Puteh


Oleh SITI ATHIRAH DZULKIFLY TIMBUL rasa kasihan akan nasib yang menimpa pelawak Ali Puteh sejak dia mengambil alih segala urusan pembahagian harta peninggalan arwah abangnya, Allahyarham Abam Bocey. Diam tak diam sudah dua tahun dihadapinya.
Bukan apa, sejak itu jugalah ramai dapat menyaksikan dirinya seringkali dilemparkan dengan pandangan hina masyarakat dan warganet yang tergamak memberi pelbagai jolokan tidak baik padanya termasuk menggelar Ali sebagai si pemakan harta anak yatim dan makan harta arwah abang.
Siapa sahaja yang rela ditohmah dengan tuduhan seperti itu dan sebagai manusia biasa, sanggupkah hati menerima segala pandangan salah itu sedangkan perkara itu tidak benar?
Selain itu, perbalahannya dengan kakak ipar, balu kepada arwah Abam juga menyaksikan dirinya terpalit dengan kontroversi yang tiada berkesudahan sebelum ini sehingga ia membuatkan ramai orang percaya Ali adalah ‘watak antagonis’ dalam penceritaan ini.
Berpeluang berbicara dengan Ali, lelaki berusia 32 tahun ini meluahkan rasa di hati berhubung isu termasuk mengenai kejadian baru-baru ini yang menyaksikan sekali lagi dirinya difitnah menggunakan duit arwah abam untuk kepentingan diri.
Tentang tuduhan guna wang arwah untuk kepentingan sendiri dalam media sosial, boleh ulas mengenai hal itu?
Sebagaimana yang orang tahu, tak sangka ramai fikir begitu walhal saya tak pernah pun buat seperti yang dituduh. Baru-baru ini, bila saya muat naik gambar di kebun durian, orang kata saya seronok guna duit arwah abang, di mana logiknya itu? Mereka yang cakap itu ada bukti tak? Saya pelik dengan netizen sekarang, terlalu mudah menulis ikut rasa dalam media sosial dan gemar mencari masalah.
Mana mereka tahu saya guna duit arwah? Saya tak tipu, memang saya cari individu yang lemparkan fitnah itu. Saya berjaya dapat nombor telefonnya dan apabila dihubungi , tiba-tiba dia kata nombor telefon itu untuk urusan bisnes dan milik saudaranya. Bila saya tekankan untuk berjumpa, seolah berdalih. Saya tak minta banyak, cuma nak minta orang yang lempar fitnah sebegini sertakan bukti, kalau betul apa yang mereka tuduh itulah. Disebabkan saya tahu diri tak bersalah, maka tiada masalah bersemuka dengan orang macam ini.
Apabila membabitkan nama Ali, pasti tiada isu lain. Pusing-pusing semuanya berkaitan harta dan isu wang. Apakah orang hanya nampak Ali cuma tentang itu saja?
Bukan sahaja orang sekeliling, saya sendiri pun rasa pelik. Kalau sebut nama saya sahaja macam tak ada isu lain, balik-balik pasal hal ini walhal urusan pembahagian harta sudah selesai di mahkamah. Urusan saman oleh balu arwah dan saya sahaja hanya akan dimaklumkan secara rasmi pada November ini. Tetapi, berani untuk saya katakan, berhubung hal itu, Insya-Allah, kebenaran akan terungkai nanti. Pada waktu itu, semua akan tahu cerita sebenar.
Saya tahu, balu arwah juga tahu apa sebenarnya berlaku sepanjang proses perbicaraan di mahkamah. Tapi tak perlu saya ceritakan apa kerana nanti orang akan tahu juga kebenarannya. Dia nak saman saya RM900,00. Tetapi satu saja soalan saya, RM100,000 saman yang saya failkan itu nanti, risau juga kalau dia tak dapat bayar.

Pernah tak rasa putus asa dengan semua kontroversi ini?
Siapa yang mahu dirinya sering terpalit dengan kontroversi. Lagi-lagi kalau ia membabitkan hal keluarga dan cerita arwah abang saya yang sampai ke hari ini orang masih bercakap. Kalau nak tahu, sejak arwah Abam meninggal, sampai ke hari ini saya masih menerima mesej atau komen berbaur negatif dalam media sosial yang menghina, mencaci dan menuduh saya begitu dan begini. Setiap hari! Sampaikan anak saya yang baru lahir sebelum ini pun orang caci.
Sebab itulah saya dah tak kongsikan lagi gambar anak, isteri dan keluarga dalam media sosial. Nanti akan ada sahaja orang caci. Isteri saya yang kini sedang mengandung enam bulan pun saya tak kongsikan hal itu. Tak nak orang doa yang buruk-buruk pada anak kami lagi. Saya pula cari makan dalam dunia seni, tak apa saya akan hadapi. Asal jangan sentuh keluarga saya.
Jauh di sudut hati, Ali pernah tak rasa, andai diberi pilihan, Ali sendiri tak mahu pun urus atau pegang amanah besar ini?
Itulah apa yang saya rasakan sebenarnya. Kalaulah saya tahu akan jadi macam ini sampai begitu ramai memandang hina dan memfitnah saya dan keluarga makan harta arwah abang dan harta anak yatim, saya tak akan menawarkan diri untuk uruskan hal ini. Tapi Allah SWT lebih tahu. Macam saya katakan, biarlah kebenaran terungkai dengan sendirinya.

Jarang melihat pelawak suka marah-marah atau kuat melenting, tetapi Ali pula dituduh sebegitu. Bagaimana Ali melihat situasi ini?
Betul. Saya tak nafikan. Memang pelawak ini suka menghiburkan orang. Tapi adakah 24 jam dia cuma menghiburkan orang? Bagaimana pula dengan perasaannya sendiri jika dirinya diperkotak-katikkan dan keluarganya disentuh dengan hinaan dan kutukan?
Tak akanlah saya nak berdiam diri sahaja? Sebagai pelawak itu adalah kerja saya apabila di pentas. Selepas habis kerja, saya tak boleh jadi diri sendiri? Tak boleh ada rasa marah apabila orang sentuh kita apa lagi dengan tuduhan tak berasas? Saya pun manusia biasa, ada hati dan perasaan. Satu yang nak tekankan, saya memang tak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang kononnya lantang menulis dan menuduh saya di sebalik papan kekunci. Ini bukan kerja budak-budak. Ada sahaja orang dewasa yang buat begitu dan buktinya telah beberapa kali saya berdepan dengan situasi ini sebelum ini.
Bila ajak bersemuka, minta bukti. Bila saya nak saman, eh, tiba-tiba macam-macam alasan dan cerita sedih keluar. Akaun media sosial kena sabotajlah, digodamlah, dia orang susahlah, stres akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mengarut! Semasa mereka menulis dan menyebarkannya, tak pula fikir semua itu? Kalau artis lain bolehlah mereka buat macam itu sebab ada yang jenis tak baca komen dan tak kisah. Maaf, saya artis yang baca komen dan akan cari setiap orang yang cuba mencipta masalah dengan saya. Jadi jangan cuba-cuba tabur fitnah tak berasas.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/awas-ya-saya-baca-komen-dan-cari-pelaku.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Kategori B Ngsat Ali Puteh Berang Dirinya Tidak Henti Difitnah

Hiburan Kategori B Ngsat Ali Puteh Berang Dirinya Tidak Henti Difitnah

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 182 hits
Pelawak Ali Puteh meluahkan rasa berang apabila dirinya tidak henti difitnah individu tertentu berikutan dakwaan menggunakan wang peninggalan arwah abangnya iaitu Allahyarham Abam Bocey ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementUjar Ali dia tidak meny...
Ali Puteh Berang Dituduh Makan Duit Arwah Abam Bocey

Ali Puteh Berang Dituduh Makan Duit Arwah Abam Bocey

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 362 hits
Ali Puteh berang dituduh makan duit arwah Abam Bocey KUALA LUMPUR Pelawak Ali Puteh berang apabila dituduh menggunakan wang milik arwah abangnya iaitu Abam Bocey sebagai modal mengusahakan kebun durian Jelas Ali atau nama lengkapnya Syed Al...
Hai Guna Kuasa Cari Line Gamaknya

Hai Guna Kuasa Cari Line Gamaknya

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 231 hits
Tidak menunggu lama JAKIM terus anjur program di kawasan menteri agama bertandingSeptember 5 2021 Hari ini saya di Bukit Gantang menyampaikan bantuan Musa adah Banjir di Mukim Matang Saya juga sempat meninjau Masjid Tengku Menteri di Taipin...
Hiburan Ryzal Duriankimchi Pening Cari Makanan Tradisi Korea Isteri Mengidam Ikan Pari Mentah Diperap

Hiburan Ryzal Duriankimchi Pening Cari Makanan Tradisi Korea Isteri Mengidam Ikan Pari Mentah Diperap

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 242 hits
Kini pasangan selebriti media sosial iaitu Ryzal DurianKimchi dan Maryam tinggal hanya menunggu dalam 50 hari lagi untuk menyambut kelahiran cahaya mata sulungnya itu ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementMenurut Ryzal atau nama sebenarnya Nik Muh...
Selongkar Lori Sampah Cari Emas Rm70 000

Selongkar Lori Sampah Cari Emas Rm70 000

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 301 hits
PETALING JAYA Kalau rezeki tidak ke mana itu antara ungkapan paling sesuai bagi menggambarkan situasi dialami seorang wanita apabila berjaya menjumpai semula barang kemas bernilai RM70 000 selepas membuangnya ke dalam tong sampah
Tak Boleh Hilang Sekejap Mesti Anak Cari 10 Tanda Anak Selesa Dengan Kita

Tak Boleh Hilang Sekejap Mesti Anak Cari 10 Tanda Anak Selesa Dengan Kita

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 347 hits
Walau kita selalu marah didik dengan ketegasan tapi penuh kasih anak kecil kita bijak membezakan yang mana terbaik untuk dirinya Ibu dan ayahlah yang sentiasa menjadi pendamping setianya Tak hairanlah anak asyik nak berkepit saja dengan kit...
Jalan Jalan Cari Makan Alor Setar Covid 19 Style

Jalan Jalan Cari Makan Alor Setar Covid 19 Style

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 608 hits
Jalan Jalan Cari Makan Alor Setar Covid 19 Style Minggu lepas habis je kerja rasa lapar Nak dine in memang tak la kan So busyra decide makan dalam kereta je Banyak sebenarnya gerai gerai tepi jalan yang sedap Apa yang bestnya beli satu maka...
Bomba Cari Lelaki Dipercayai Tersesat Dalam Hutan

Bomba Cari Lelaki Dipercayai Tersesat Dalam Hutan

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 124 hits
Oleh Anggota bomba dengan bantuan penduduk kampung melakukan pencarian lelaki dipercayai hilang di kawasan hutan di Kampung Alor Yoi hari ini Foto ihsan JBPM PADANG TERAP Seorang lelaki dilaporkan hilang dipercayai tersesat selepas memasuki...
Polis Cari Saksi Kes Lelaki Maut Dirempuh Lori Tunda

Polis Cari Saksi Kes Lelaki Maut Dirempuh Lori Tunda

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 186 hits
Oleh NOR AZIHAN BINTI MD GHAZALI Lokasi kejadian mangsa dirempuh lori tunda tersebut kelmarin SUBANG Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah lori tunda di kilometer 26 6 Lebuhraya Damansara Puchong berhampiran susur masuk ...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025