Awas Kkb Boleh Jadi Tapak Bermula Jatuhnya Selangor






PRK Kuala Kubu Baharu (KKB) pada 11 Mei depan pada asasnya hanya suatu proses untuk memilih semula seorang Adun berikutan penyandangnya sebelum ini telah meninggal dunia.


Siapa kalah siapa menang tidak menjejaskan kedudukan kerajaan negeri yang diterajui PH/BN, tidak menggugat kedudukan Menteri Besar, Amirudin Saari, jauh sekali mampu menggoncang kedudukan kerajaan di peringkat pusat.


Hakikatnya, tiada apa-apa yang akan berubah, meski apa pun keputusannya nanti.


Tetapi, berdasarkan perkembangan semasa – khususnya hubungan UMNO dan DAP yang tidak berapa baik berikutan isu-isu yang berlaku kebelakangan ini, selain komposisi pengundi KKB sendiri ialah Melayu 51%, Cina 30% dan India 18%, mahu tidak mahu, PRK KKB adalah penting untuk diperhati dan dianalisa.


Ia bukan saja daripada segi sama ada PH/BN mampu bertahan lagi sebagai kerajaan di Selangor, bahkan juga sejauh kerajaan madani di peringkat pusat yang diterajui PMX boleh dielakkan daripada kejatuhan dalam PRU16 akan datang.


Paling mudah untuk dibaca ialah jika PH melalui DAP gagal mempertahankan KKB yang telah dikuasainya sejak tiga penggal lalu, ini bermakna kubu parti itu bukan lagi kawasan yang selamat di Selangor.


Tidak kira siapa calon lawan daripada PN nanti, baik Melayu atau Cina, gagalnya PH mempertahankan kerusi KKB, ia adalah petanda bahaya bakal menjelma.


Kalah DAP di KKB bermakna dalam PRU atau PRN akan datang memungkinkan parti itu kehilangan lebih banyak lagi kerusi yang selama ini selesa dimenanginya.


Kalau begitu kedaannya, rakan lain dalam PH iaitu PKR dan Amanah juga dalam zon bahaya sama.


Kalau di Selangor sudah bertukar jadi bahaya, kedudukan kerajaan pusat juga akan berada dalam bahaya juga.


Jika pun mungkin DAP masih boleh menang banyak kerusi dalam PRU16 akan datang kerana ia bertanding di kawasan pengundi Cina yang besar jumlahnya, tetapi dengan kalahnya PH di KKB, ia memberi bayangan bahawa PKR dan Amanah yang bertanding di kawasan campuran berada dalam bahaya yang cukup besar.


Tambah memburukkan keadaan menjelang PRK KKB ini ialah kerana MCA dan MIC awal-awal lagi sudah membuat keputusan tidak mahu membantu DAP.


Enggannya MCA dan MIC memberi bantuan adalah gambaran parti-parti dalam kerajaan madani sudah mula berpecah dan tidak sehaluan lagi, walhal dalam beberapa PRK sebelum ini, insiden memboikot dan enggan memberi bantuan seumpama ini tidak pernah berlaku.


Sedikit sebanyak, dengan keengganan MCA dan MIC memberi bantuan itu, kelompok 30% pengundi Cina dan 18% pengundi India akan semakin berpecah atau barangkali lebih ramai yang tidak keluar mengundi.


Dalam keadaan tersebut, terutama jika pengundi Melayu sebanyak 51% lebih ramai yang condong kepada PN berbanding PH yang diwakili DAP, harapan PH untuk menang tentunya semakin menjauh.


Kalau testimoni MCA dan MIC berjaya di KKB di mana tanpa bantuan mereka boleh menyebabkan PH kalah, maka tiada ada jaminan juga kedua-dua parti tersebut mahu terus kekal bersama BN dalam PRU16 akan datang.


Kesimpulannya, jika keputusan PRK KKB nanti menyaksikan hala tuju pengundi Melayu lebih mengarah kepada PN, diikuti dengan pengundi Cina dan India yang makin berpecah, semua ini akan memberi harapan yang memudar kepada PH/BN untuk kekal meneruskan kuasa, di Selangor dan juga di Pusat.


Maka itu, segala jentera PH/BN jangan pandang mudah PRK KKB ini kerana ia tidak mustahil boleh menjadi tapak bermulanya sebuah kejatuhan kepada perjuangan mereka. – ShahbudinHusin 21/04/2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/04/21/kkb-tapak-mula-kejatuhan-madani.html






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/04/awaskkb-boleh-jadi-tapak-bermula.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bersih Selangor Govt S Hari Raya Event In Kkb Violates Election Laws

Bersih Selangor Govt S Hari Raya Event In Kkb Violates Election Laws

papar berkaitan - pada 26/4/2024 - jumlah : 218 hits
The Hari Raya Aidilfitri open house planned by the Selangor state government in Kuala Kubu Baharu tomorrow evening is an election offence said Bersih The electoral reform group questioned the location and timing of the event given the nomin...
Selangor Dap Defends Nga S Hulu Selangor Allocation Ahead Of Kkb Polls

Selangor Dap Defends Nga S Hulu Selangor Allocation Ahead Of Kkb Polls

papar berkaitan - pada 20/4/2024 - jumlah : 264 hits
The Selangor DAP has come to Housing and Local Government Minister Nga Kor Ming s defence over the latter s announcement of an RM5 21 million allocation for Hulu Selangor State DAP secretary Ng Sze Han said it was a normal practice and had ...
Jangan Hina Pengundi Kkb Rakyat Selangor Dengan Hantar Penipu Sebagai Wakil Rakyat

Jangan Hina Pengundi Kkb Rakyat Selangor Dengan Hantar Penipu Sebagai Wakil Rakyat

papar berkaitan - pada 28/4/2024 - jumlah : 221 hits
HarapandailyPengarah Strategi Keadilan Selangor Saifuddin Shafi menegaskan bahawa Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional harus bertanggungjawab berhubung isu status akademik calon Perikatan Nasional bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kuala...
No Campaign Elements In Kkb Hari Raya Open House Selangor Mb Tells Bersih

No Campaign Elements In Kkb Hari Raya Open House Selangor Mb Tells Bersih

papar berkaitan - pada 28/4/2024 - jumlah : 316 hits
The Selangor menteri besar has denied electoral watchdog Bersih s claim that his administration committed election offences by holding a Hari Raya Aidilfitri open house in Kuala Kubu Baharu yesterday Amirudin Shari assured there were no ele...
Kutu Rambut Bila Si Anak Dijangkiti Ini Tip Mudah Yang Ibu Bapa Boleh Buat

Kutu Rambut Bila Si Anak Dijangkiti Ini Tip Mudah Yang Ibu Bapa Boleh Buat

papar berkaitan - pada 15/4/2024 - jumlah : 161 hits
Masalah amat biasa terjadi pada Kanak kanak berusia 3 10 tahun di prasekolah atau pusat jagaan harian lebih terdedah kepada serangan ini Bila si anak dijangkiti kutu rambut ini tip mudah yang ibu bapa boleh buat Kutu rambut adalah serangga ...
Idea Dapur Bawah Tangga Yang Ingin Mencipta Dapur Yang Simple Boleh Ambil Inspirasi Daripadanya

Idea Dapur Bawah Tangga Yang Ingin Mencipta Dapur Yang Simple Boleh Ambil Inspirasi Daripadanya

papar berkaitan - pada 15/4/2024 - jumlah : 199 hits
Idea dapur bawah tangga korang yg teringin nak buat dapur simple2 je boleh ambil inspirasi sebegini rupa cantik Kredit Dayang Sarina The post appeared first on
Bagaimanakah Kita Boleh Mencorakkan Idea Yang Lebih Baik Dari 5 Tahun Kedepan

Bagaimanakah Kita Boleh Mencorakkan Idea Yang Lebih Baik Dari 5 Tahun Kedepan

papar berkaitan - pada 15/4/2024 - jumlah : 240 hits
Untuk mencorakkan ide yang lebih baik dalam lima tahun ke depan ada beberapa langkah yang dapat Anda ikuti Refleksi Mulailah dengan merenungkan dan merefleksikan diri Anda Pertimbangkan apa yang telah Anda capai sejauh ini dan apa yang ingi...
Kulit Telur Yang Selama Ini Dianggap Sampah Boleh Guna Untuk Ini Rupanya

Kulit Telur Yang Selama Ini Dianggap Sampah Boleh Guna Untuk Ini Rupanya

papar berkaitan - pada 16/4/2024 - jumlah : 242 hits
Benih sayur sawi boleh disemai dengan menggunakan kulit telur Setelah benih itu bertunas anda boleh menanam benih sawi kecil di tanah Jangan lagi buang kulit telur yang selama ini dianggap sebagai sisa Sebaliknya anda boleh gunakannya untuk...
Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Pekerja Pelanggan Bergaduh Lempar Burger Aiskrim

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life