Awas Ini 6 Berita Penting Mengenai Rusuhan Kuil



Pihak FRU bersiap-sedia memastikan kawalan ketat di lokasi insiden rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman. - Foto Astro AWANI
DALAM tempoh lebih 24 jam lalu, isu rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 Subang Jaya mencetuskan pelbagai komen, pandangan dan kenyataan daripada pelbagai pihak.
Persoalan yang berlegar dalam pemikiran umum berkisar tentang ketenteraman awam, kestabilan masyarakat dan hubungan antara kaum. 
Keadaan adalah terkawal dan pihak berkuasa memberi jaminan ketenteraman awam menjadi keutamaan bagi mengelak sebarang insiden tidak diingini.

Berikut 6 berita penting yang perlu anda tahu berkait isu ini sejak enam jam yang lalu:

1. Kira-kira 1,400 anggota FRU dan polis trafik Kuil Sri Maha Mariamman malam ini (Selasa, 27 November 2018)
Polis akan menggunakan pendekatan lebih tegas bagi memastikan insiden rusuhan di tapak kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Seafield, Subang Jaya tidak berulang termasuk menambah bilangan anggotanya di lapangan.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata pihaknya akan mengambil tindakan yang sewajarnya berlandaskan undang-undang yang diperuntukkan untuk mengawal situasi di lokasi terbabit.
PDRM akan menempatkan kira-kira 1,400 anggotanya di lokasi panas itu pada Selasa malam.
LIHAT: Kronologi insiden Kuil Sri Maha Mariamman

2. Adakah ini isu perkauman? PM Tun Dr Mahathir bersuara...
“Rusuhan yang berlaku di kuil Sri Maha Mariamman, di USJ25, Subang Jaya Isnin lalu, merupakan satu insiden jenayah dan tiada kaitan dengan unsur-unsur lain."
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ia tidak timbul sama sekali isu perkauman mahu pun isu berkaitan agama, walaupun ianya berkaitan perpindahan kuil.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri hari ini, beliau berkata beliau telah dimaklumkan oleh pihak polis tentang perkembangan terkini siasatan ke atas kejadian tersebut.
Ini ketegasan PM terhadap dalang di sebalik keganasan ini.

3. Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor bincang langkah seterusnya
Satu Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor diadakan petang Selasa bagi membincangkan langkah seterusnya berhubung insiden yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, awal pagi semalam.
Menteri Besar, Amirudin Shari yang memaklumkan perkara itu menerusi akaun Twitternya hari ini berkata, keutamaan beliau kini ialah untuk mengembalikan ketenteraman awam.
BACA: Insiden kuil: Selangor adakan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara
Tetapi, pihak media tidak diberitahu mengenai lokasi mesyuarat itu diadakan.

4. Anggota JBPM cedera dalam rusuhan, bukan maut
Seorang anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya cedera manakala jentera dinaiki turut dirosakkan kumpulan perusuh yang berhimpun di sekitar Kuil Maha Mariamman, dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi tadi.
Anggota berkenaan diserang selepas pasukan bomba dari balai terbabit tiba di lokasi sebaik mendapat maklumat sebuah kereta terletak di luar kuil terbakar.
Ia sekali gus menamatkan berita palsu yang tular di media sosial mengenai kononnya anggota bomba tersebut maut dalam rusuhan.


5. Dua menteri jumpa PM selepas jumpa pihak kuil
Dua orang menteri, Menteri di JPM P. Waytha Moorthy dan Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran bertemu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menyelesaikan isu tersebut.
Pertemuan itu dibuat selepas Moorthy mengadakan perjumpaan bersama beberapa pihak di kuil berkenaan.
Sebelum itu, P Waytha Moorthy mengumumkan Kuil Sri Maha Mariamman tidak akan dirobohkan sehingga mendapat penyelesaian penuh.
Keinginan pihak tidak mahu kuil itu berpindah akan dibawa ke perhatian dan pertimbangan PM dan MB Selangor.

6. Pihak pemaju, kuil perlu cari jalan menang-menang
Kerajaan Selangor diminta mencari jalan penyelesaian ‘menang-menang’ antara pemaju swasta dan pengurusan kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, di sini, membabitkan kes pemilikan tanah.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, berkata ia juga perlu dirangka secara menyeluruh bagi memastikan insiden rusuhan di sekitar kuil itu tidak berulang. (AA)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2018/11/awas-ini-6-berita-penting-mengenai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Perlu Tahu Fakta Mengenai Rusuhan Di Kuil Tun M

Rakyat Perlu Tahu Fakta Mengenai Rusuhan Di Kuil Tun M

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 319 hits
PETALING JAYA Perdana Menteri Tun Dr Mahathir berpendapat rakyat perlu tahu apa sebenarnya yang terjadi di sebalik rusuhan yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ25 Subang Jaya pada tempoh hari Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysi...
Rusuhan Kuil Polis Tubuh Pasukan Khas

Rusuhan Kuil Polis Tubuh Pasukan Khas

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 468 hits
POLIS menubuhkan pasukan khas bagi memburu suspek yang terbabit dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 Putra Heights Subang Jaya sejak Isnin lalu Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pasukan khas dari Bukit...
Rusuhan Kuil Jangan Kaitkan Dengan Himpunan Bantah Icerd

Rusuhan Kuil Jangan Kaitkan Dengan Himpunan Bantah Icerd

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 759 hits
KUALA LUMPUR 28 Nov 8211 Semua pihak perlu melaksanakan peranan masing masing dengan tidak mencurahkan minyak ke api melibatkan isu rusuhan yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman Subang Jaya Selangor sejak Isnin lalu Malah kekecohan yang b...
Saya Sangat Sedih Rusuhan Kuil Berlaku Di Negara Kita Najib

Saya Sangat Sedih Rusuhan Kuil Berlaku Di Negara Kita Najib

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 317 hits
Bekas Perdana Menteri Najib Tun Razak kecewa dengan insiden rusuhan yang berlaku di Kuil Sri Mariamman USJ 25 Putra Heights sehingga menyebabkan seorang anggota bomba parah dipukul Najib menggesa rakyat bertenang dan jangan mengancam keharm...
Rusuhan Kuil Sri Mariamman Dap Tuduh Orang Islam Menteri Jadikan Polis Kambing Hitam

Rusuhan Kuil Sri Mariamman Dap Tuduh Orang Islam Menteri Jadikan Polis Kambing Hitam

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 614 hits
Exco DAP Tuduh Orang Islam Punca RusuhanAhli Exco Selangor V Ganabatirau menuduh sekumpulan orang Islam menyerang Kuil Seafield Sri Maha Mariamman di USJ 25 Subang Jaya awal pagi tadi hingga mencetuskan rusuhan Tanpa mengemukakan bukti Ahli...
Rusuhan Kuil Pakar Ingatkan Pemimpin Jangan Jadi Penghasut

Rusuhan Kuil Pakar Ingatkan Pemimpin Jangan Jadi Penghasut

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 457 hits
FMTNovember 28 2018 KUALA LUMPUR Pakar terorisme mengingatkan semua pihak bertindak secara rasional dan mengawal emosi dalam mendepani isu rusuhan di kuil Subang Jaya Ahli panel pakar deradikalisasi Kementerian Dalam Negeri Dr Mohd Mizan Mo...
Kenyataan Rasmi Persatuan Kucing Merah Malaysia Isu Rusuhan Di Kuil Sri Mariaman Usj

Kenyataan Rasmi Persatuan Kucing Merah Malaysia Isu Rusuhan Di Kuil Sri Mariaman Usj

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 1784 hits
Copy PasteAssalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera Kenyataan Rasmi Persatuan Kucing Merah Malaysia isu Rusuhan di kuil Sri Mariaman USJ Bismilahirohmanirohim KENYATAAN RASMI DARI PIHAK PERSATUAN KUCING MERAH MALAYSIA Persatuan Kucing Merah M...
Pasukan Bukit Aman Ipk Selangor Buru Dalang Rusuhan Kuil Kata Kpn

Pasukan Bukit Aman Ipk Selangor Buru Dalang Rusuhan Kuil Kata Kpn

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 886 hits
Polis Bukit Aman dan Kontinjen Selangor akan bekerjasama memburu dalang dalam kejadian kekecohan di kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 Putra Heights yang tercetus awal pagi Isnin lepas Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata untuk...
Rusuhan Kuil Muhammad Adib Bukan Dipukul

Rusuhan Kuil Muhammad Adib Bukan Dipukul

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 798 hits
Hafidzul Hilmi Mohd Noorhafidzul nstp com myJENTERA FRT milik BBP Subang Jaya mengalami kerosakan apabila perusuh bertindak memecah cermin hadapan serta belakang selain cermin tingkap jentera di sisi kiri dan kanan dalam kejadian di sekitar...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Technology For Startup Growth

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order


echo '';
Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Resipi Nasi Jagung Sedap Ikut Cara Masak Kenduri

Januari 23 2025

Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 Bantuan Rm300 Untuk Golongan Miskin Sabah

Eur Usd 22 Januari Kenaikan Harga Masih Berusaha Mengambil Alih Kawalan

Sultan Pahang Ingatkan Semua Ahli Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang Peka Masalah Rakyat

Nostalgia Selera Kampung Ramadan Buffet Thistle Johor Bahru