Awas Gelombang Ketiga Covid 19


Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan, sekitar 1.7 bilion atau 20 peratus penduduk dunia berdepan risiko tinggi dijangkiti Covic-19 disebabkan mempunyai masalah kesihatan seperti obesiti dan penyakit jantung.
Sehingga kini, gelombang pertama virus itu sudah membunuh hampir 440,000 orang di seluruh dunia dan akan memberi kesan lebih teruk kepada mereka yang berpenyakit bahaya. Kajian juga mendapati, satu daripada lima orang akan berdepan risiko tersebut, malah kira-kira empat peratus penduduk global atau 350 juta penduduk boleh dijangkiti dan memerlukan rawatan hospital.
Tambahan pula, ketika ini banyak negara sudah tidak lagi melaksanakan perintah berkurung atau mengamalkan perintah berkurung yang dilonggarkan demi memacu pertumbuhan ekonomi di negara masing-masing, maka risikonya lebih tinggi. Apatah lagi terdapat sesetengah negara yang telah mula membuka pintu untuk aktiviti pelancongan.
Hal ini turut mencetuskan kebimbangan bahawa Malaysia bakal berdepan gelombang ketiga susulan kewujudan kluster pendatang asing, pembukaan pusat beli-belah dan penjarakan sosial tidak dipatuhi orang ramai.
Adalah tidak mustahil untuk negara mencatatkan peningkatan kes harian seperti sebelum PKP dilaksanakan jika pendekatan keselamatan yang dilaksana dan diamalkan selama ini mula diabaikan dan dipandang enteng kerana rakyat meraikan kemenangan dan tidak lagi kisah apatah lagi kecenderungan wujudnya perhimpunan awam.
Sehingga 15 Jun, Malaysia mencatatkan 8,494 kes Covid-19 dengan 121 kematian (1.42 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Pada 15 Jun, sejumlah 41 kes baharu dilaporkan dengan 38 kes penularan tempatan (6 kes membabitkan warga tempatan) dan selebihnya kes import.
Walaupun mencatatkan satu atau dua angka, kita jangan leka dengan kejayaan melawan pandemik ini kerana, kita belum berjaya memutuskan sepenuhnya rantaian jangkitan di negara ini.
Buktinya empat kluster Covid-19 dikesan masih aktif di negara ini sehingga hari ini. Ia membabitkan kluster Pedas, kluster Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil, kluster syarikat pembersihan dan kluster warga emas Kuala Selangor.
Kluster Pedas mencatatkan sebanyak 295 kes, kluster DTI Bukit Jalil (644), kluster syarikat pembersihan (31) dan kluster warga emas Kuala Selangor (3). Walaupun 22 kluster yang lain tiada pertambahan dicatatkan, namun apa yang membimbangkan adalah kluster Pedas mencatat pertambahan 15 kes, kluster DTI Bukit Jalil pula pertambahan 14 kes, kluster syarikat pembersihan dua kes dan kluster warga emas Kuala Selangor pertambahan satu kes.
Kemungkinan jika tidak berhati-hati akan wujud kluster gunting rambut dan kluster raya pula. Semua ini berupaya mencetuskan gelombang ketiga jangkitan Covid-19 di negara ini, tambahan pula jika semua pihak masih gagal mematuhi sepenuhnya SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Perlu diketahui, ramai yang positif Covid-19 hanya mengalami gejala ringan atau langsung tiada gejala seterusnya berupaya menyebarkan virus ini kepada orang lain.
Oleh itu, orang ramai dinasihatkan tidak mengambil mudah kelonggaran PKPP kerana individu dewasa berisiko tinggi menjadi pembawa virus tanpa disedari, terutama kepada anak-anak mereka ataupun anak kalangan ahli keluarga terdekat kerana jangkitan virus ini sudah menular dalam kalangan ramai kanak-kanak meskipun tiada kematian membabitkan golongan tersebut.
Sehingga 17 Mei, seramai 317 kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dikesan positif virus itu dan Selangor mencatatkan kes jangkitan tinggi dan ini setara dengan beban kes pesakit dewasa.
Justeru, ibu bapa perlu mengelak daripada dijangkiti dengan cara kurang berjumpa orang, tidak kunjung-mengunjung, amalan sanitasi diri dan sentiasa memakai pelitup muka.
Ibu bapa yang berisiko tinggi, misalnya yang baru pulang dari tempat kerja atau berurusan di luar rumah dalam tempoh lama, digalakkan menyaring diri sendiri meskipun tiada gejala terutama jika dalam keluarga mempunyai anak kecil, orang kurang upaya atau warga emas.
Jangan kerana kelalaian kita sebagai ibu bapa, merebaknya kes kalangan kanak-kanak hingga berpotensi mewujudkan gelombang ketiga jangkitan.
Ringkasnya, terdapat banyak faktor boleh menyumbang kepada peningkatan kes positif wabak ini hingga berupaya mewujudkan gelombang ketiga pandemik ini. Maka tidak menghairankan jika terdapat pakar kesihatan awam yang mahu kerajaan menilai semula kelonggaran pergerakan berikutan ketika ini masih tiada vaksin atau imuniti kelompok yang mampu memulihkan wabak Covic-19.
Meskipun kes jangkitan baharu Malaysia kekal dua angka, kewujudan kluster baharu dikhuatiri berupaya mencetuskan gelombang ketiga virus. Selagi tiada penemuan vaksin khas, kita terus berdepan kewujudan gelombang kecil, dan dengan kelonggaran pergerakan dan operasi perniagaan semula ia akan mengakibatkan kes jangkitan baharu.
Oleh itu, selain menyesuaikan diri dengan normal baharu pandemik Covic-19, masyarakat perlu mematuhi tanggung jawab sosial masing-masing.
Pandemik Covic-19 akan terus berlegar dalam kalangan masyarakat. Justeru tiga perkara penting yang perlu diamalkan adalah mengelakkan tempat yang sesak, kawasan tertutup dan elakkan bercakap pada jarak yang dekat (kurang dari satu meter).
Pada masa ini, langkah berkesan mencegah Covic-19 ialah menjaga dan mempraktikkan amalan kebersihan diri dengan kerap membasuh tangan dengan air dan sabun, menggunakan pelitup muka dan mengamalkan penjarakan sosial dengan jarak sekurang-kurangnya satu hingga dua meter antara satu dengan lain.
Semuanya bergantung kepada kita, yang mana setiap orang mempunyai peranan untuk dilakukan bagi mengelak potensi gelombang ketiga Covic-19.
Hargailah segala penat lelah dan kerja keras sepanjang masa barisan hadapan (frontliners) kita selama ini.
Sekiranya masyarakat tiada disiplin dalam menjaga penjarakan sosial akan ada penularan mikro (micro-outbreaks) dan mewujudkan kluster baharu, tidak mustahil PKP dilaksanakan semula disebabkan peningkatan kes secara mendadak atau apa yang dikatakan gelombang ketiga Covic-19.
* Profesor Madya Dr Haliza Abdul Rahman ialah Ketua Laboratori Kesejahteraan dan Kesihatan Sosial Belia Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS),Universiti Putra Malaysia
SH
The post Awas gelombang ketiga Covid-19 appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/06/17/awas-gelombang-ketiga-covid-19/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=awas-gelombang-ketiga-covid-19

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gelombang Kedua Jangkitan Covid 19 Di China Berlaku Di Beijing

Gelombang Kedua Jangkitan Covid 19 Di China Berlaku Di Beijing

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 379 hits
Gelombang kedua jangkitan COVID 19 di China berlaku di BeijingKakitangan perubatan membantu orang ramai yang tinggal berhampiran Pasar Xinfadi untuk menjalani ujian COVID 19 Foto AFPGelombang kedua jangkitan di China berlaku di BeijingCOVID...
Pasukan Perubatan Mula Takut Penunjuk Perasaan Dijangka Bawa Gelombang Covid 19 Kedua Di As

Pasukan Perubatan Mula Takut Penunjuk Perasaan Dijangka Bawa Gelombang Covid 19 Kedua Di As

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 349 hits
Di saat wabak Covid 19 belum berakhir sebilangan rakyat Amerika Syarikat telah mengambil keputusan tanpa ragu untuk keluar berarak di jalan beramai ramai di seluruh negara Ianya sekaligus mencetuskan kebimbangan mengenai gelombang kedua Cov...
Rancangan Perdagangan Untuk Eur Usd Pada 4 Jun 2020 Situasi Mengerikan Di Brazil Dan Kemungkinan Gelombang Ketiga Wabak

Rancangan Perdagangan Untuk Eur Usd Pada 4 Jun 2020 Situasi Mengerikan Di Brazil Dan Kemungkinan Gelombang Ketiga Wabak

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 280 hits
Kemas kini Coronavirus dari seluruh dunia Seperti sebelumnya kes baru di AS meningkat sekitar 20 ribu sehari dan kematian kira kira 1 000 sehari Bandar harus dipersalahkan kerana tindakan kuarantin berfungsi dengan sangat buruk terutama ket...
Korea Selatan Sahkan Berada Dalam Gelombang Kedua Jangkitan Wabak Covid 19

Korea Selatan Sahkan Berada Dalam Gelombang Kedua Jangkitan Wabak Covid 19

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 308 hits
SEOUL Pihak berkuasa kesihatan Korea Selatan mengesahkan negara itu kini berada dalam gelombang kedua wabak COVID 19 Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea sebelum ini memberi amaran gelombang pertama wabak itu di Korea Selatan tidak p...
Jubir Gugus Tugas Riau Ingatkan Warga Gelombang Kedua Covid 19 Pasti Terjadi

Jubir Gugus Tugas Riau Ingatkan Warga Gelombang Kedua Covid 19 Pasti Terjadi

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 228 hits
Juru Bicara Gugus Tugas Percepatan Penangan Covid 19 Provinsi Riau Indra Yovi memprediksi gelombang kedua Covid 19 pasti terjadi
Pesakit Terakhir Dah Sembuh New Zealand Dilapor Berjaya Singkirkan Covid 19 Turut Tarik Semula Sekatan

Pesakit Terakhir Dah Sembuh New Zealand Dilapor Berjaya Singkirkan Covid 19 Turut Tarik Semula Sekatan

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 313 hits
New Zealand pada Isnin mengisytiharkan negara tersebut kini bebas daripada COVID 19 selepas tiada jangkitan baru dicatatkan dan pesakit terakhir yang dirawat dihospital dilaporkan sembuh serta dibenarkan pulang Menurut laporan The Guardian ...
Kkm Siasat Punca Bayi Lapan Bulan Dijangkiti Covid 19

Kkm Siasat Punca Bayi Lapan Bulan Dijangkiti Covid 19

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 232 hits
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan sedang menyiasat kes seorang bayi berusia lapan bulan yang disahkan menghidap wabak Covid 19 di Hospital Wanita dan Kanak Kanak Sabah di Likas Sabah Ketua Pengarah Kesihatan Datu...
Hanya Tinggal Seorang Pesakit Covid 19 Perlukan Ventilator Kurang 6 Kes Di Icu Kkm

Hanya Tinggal Seorang Pesakit Covid 19 Perlukan Ventilator Kurang 6 Kes Di Icu Kkm

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 314 hits
Putrajaya 8 Jun Hanya seorang sahaja pesakit COVID 19 di unit rawatan rapi di Malaysia yang memerlukan bantuan pernafasan Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah lebih 1 500 ventilator telah disediakan Kementerian Kes...
Hiburan Ashraf Muslim Terkilan Gagal Pikul Tugas Ketua Keluarga Ketika Covid 19

Hiburan Ashraf Muslim Terkilan Gagal Pikul Tugas Ketua Keluarga Ketika Covid 19

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 307 hits
Tekilan apabila gagal melaksanakan tugasnya sebagai ketua keluarga sepanjang dirawat sebagai pesakit COVID 19 pada April lalu pelakon Ashraf Muslim dedah kisah kemalangan yang menimpa salah seorang anakanya ketika beliau dikuarantin di sebu...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp