Awas Agenda Tersembunyi Icerd


ADALAH suatu yang pelik lagi mencurigakan apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy bersungguh-sungguh mahu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Ini menggambarkan seolah-olah akan atau telah berlaku diskriminasi kaum dan ICERD sebagai jalan keluarnya. Tunjukkan kaum mana satu menjadi mangsa diskriminasi?

Konvensyen ini sebenarnya sudah lapuk dan ketinggalan zaman malah banyak negara tidak membuat ratifikasi tersebut. Ada pemimpin di negara ini pula terhegeh-hegeh mahu menyambutnya. Konvensyen ini sebahagian daripada lakonan Barat seolah-olah menentang diskriminasi tetapi pada masa sama menjadi pemangkin diskriminasi yang memberi faedah kepada Barat.

ICERD bukan sahaja tidak bermanfaat malah mendedahkan negara ini pada jerat terma-terma yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Asal usul ICERD adalah Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948 beracuan Barat. Lebih daripada itu, ICERD sangat lapuk dalam konteks Malaysia yang jauh lebih awal tampil sebagai penentang diskriminasi di pentas dunia.

Ketika Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) masih lena dibuai mimpi, Malaysia telah bangkit menentang dasar apartied di Afrika Selatan. Apakah ini bukan penentangan terhadap diskriminasi? Kemudian Malaysia berada di barisan depan menentang pembersihan etnik Bosnia tahun 1990-an dan terbaru kekejaman terhadap etnik Rohingya di Myanmar.

Malaysia tidak memerlukan ratifikasi hak asasi manusia yang lapuk seperti ICERD. Lebih menyulitkan apabila pengecualian di sesebuah negara terhadap perkara yang disebut dalam ICERD masih boleh dicabar oleh negara lain supaya digugurkan. Ini mendedahkan kepada satu penjajahan Barat terhadap hal ehwal dalaman negara ini.

Persoalan yang belum terjawab ialah kenapa teruja sangat dengan konvensyen yang lapuk ini? Adakah kaum tertentu dinafikan mendapat hak yang sama seperti orang Melayu dan bumiputera? Adakah orang Melayu penindas kejam seperti orang kulit putih di Afrika Selatan?

Bukanlah suatu yang mustahil kalau Perkara 153 (Hak-hak keistimewaan orang Melayu), Perkara 152 (Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan), Perkara 89 (Tanah Rizab Melayu) dan Perkara 3(1) (Islam sebagai Agama Persekutuan) dibaca sebagai satu bentuk diskriminasi dalam acuan Barat. Ini merujuk Perkara 2.2 ICERD yang mengungkapkan bahawa segala bentuk diskriminasi kaum mesti dihentikan selepas tempoh masa tertentu.

Kalau dilihat dari sudut pandang yang penuh muslihat dan berkepentingan, kelihatan orang Melayu diberi kelebihan dan keistimewaan oleh Perlembagaan Persekutuan. Bagaimanapun kalau diteliti dengan jujur, orang Melayu tidak menggunakan kelebihan itu, apa lagi untuk menindas kaum lain. Sebaliknya, orang Melayu yang ditindas secara terhormat kerana terlalu bertolak ansur dan ditolak secara beransur-ansur.

Lihatlah bagaimana Perkara 152 mengenai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang tidak diendahkan oleh sesetengah dalam kalangan bukan Melayu. Keadaan ini ditambah dengan sekolah vernakular penghantar bahasa ibunda yang dibantu oleh kerajaan. Sudahlah ingkar Perkara 152 diberi bantuan pula. Ini mendukung Perkara 152 atau apa?

Kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan pun telah digugah oleh pihak tertentu walaupun Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menggariskan kebebasan mengamalkan agama selain Islam. Tidak wujud langsung diskriminasi beragama terhadap kaum tertentu.

Menerima ratifikasi ICERD dengan sendirinya menafikan beberapa perkara teras dan asas dalam Perlembagaan Persekutuan. Janji manis bahawa ada “pengecualian” terhadap perkara-perkara tertentu ICERD menimbulkan persoalan apabila frasa “menghapus diskriminasi” sangat kukuh dan dominan dalam konvensyen itu. Bacalah yang tersirat dari tersurat.

Oleh : Ku Seman Ku Hussain

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2018/11/awas-agenda-tersembunyi-icerd.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jelas Dap Cuba Gunakan Tekanan Antarabangsa Untuk Laksanakan Agenda Malaysian Malaysia Melalui Retifikasi Icerd

Jelas Dap Cuba Gunakan Tekanan Antarabangsa Untuk Laksanakan Agenda Malaysian Malaysia Melalui Retifikasi Icerd

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 616 hits
Memahami Isu ICERDSebagai seorang pensyarah undang2 antarabangsa yang tiada apa2 kepentingan politik peribadi Dr Yazid terpanggil untuk jelaskan isu ICERD ni dalam bahasa mudah Baru2 ini seorang menteri mengumumkan bahawa Malaysia akan mena...
Terbuktikah Ini Icerd Agenda Dap Kuasai M Sia

Terbuktikah Ini Icerd Agenda Dap Kuasai M Sia

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 497 hits
Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah Foto IZARI ROSLITERBUKTIKAH Ini ICERD adalah agenda parti DAP ingin kuasai Malaysia Ya lihat berita ini ICERD AGENDA DAP UNTUK KUASAI NEGARA KUALA LUMPUR Ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan...
Icerd Agenda Dap Untuk Kuasai Negara Kini Tun M Tak Mampu Pertahan Melayu Lagi

Icerd Agenda Dap Untuk Kuasai Negara Kini Tun M Tak Mampu Pertahan Melayu Lagi

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 557 hits
DAP dengan biadap memperbodohkan PPBM di mana Tun Mahathir adalah Pengerusi PPBM Seolah olah Tun Mahathir sangat bodoh walau sudah berpuluh tahun menjadi Perdana MenteriKUALA LUMPUR Ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Se...
Hati Hati Keluar Kenyataan Tentang Icerd Mujahid

Hati Hati Keluar Kenyataan Tentang Icerd Mujahid

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 328 hits
KUALA LUMPUR Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa meminta semua pihak mendapatkan penjelasan lanjut berhubung proses ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum sebe...
Icerd Sanggupkah Kita Lihat Perkahwinan Sesama Jantina

Icerd Sanggupkah Kita Lihat Perkahwinan Sesama Jantina

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 469 hits
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin Baru 7 bulan Pakatan Harapan tadbir negara sudah porak peranda KUALA LUMPUR Sepanjang Barisan Nasional memerintah selama 61 tahun tidak sekali pun terdengar suara hendak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa M...
Pemimpin Ph Jangan Jadi Barua Icerd

Pemimpin Ph Jangan Jadi Barua Icerd

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 380 hits
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin Rakyat akan terus desak kerajaan batal hasrat ratifikasi ICERD PASKUALA LUMPUR Pemuda PAS bersama parti parti pembangkang dan badan bukan kerajaan akan terus mendesak kerajaan membatalkan hasrat untuk meratif...
Bantah Icerd Bergema Menuju Ke Sogo

Bantah Icerd Bergema Menuju Ke Sogo

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 522 hits
MUHAMED NORAZIHA ABDULLAH SYAHIRAH SALLEHKUALA LUMPUR Laungan Bantah ICERD bergema sepanjang jalan dari Masjid Jamek menuju ke tempat perhimpunan di pekarangan hadapan pusat membeli belah Sogo di ibu negara hari ini Orang ramai berarak menu...
Pemuda Umno Pas Berhimpun Bantah Icerd

Pemuda Umno Pas Berhimpun Bantah Icerd

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 449 hits
Diterbitkan 4 Nov 2018 2 00 petangKira kira 1 500 orang berkumpul di Masjid Jamek Kuala Lumpur hari ini bagi membantah hasrat kerjaan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum Himpunan yang di...
Icerd Amaran Untuk Kerajaan Ph

Icerd Amaran Untuk Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 492 hits
Muhammad Afham Ramli Hidayah Hairom Himpunan Bantah ICERD di Kompleks Sogo di sini hari ini KUALA LUMPUR Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia memberi amaran kepada kerajaan PH untuk tidak bertindak melampaui batas Presidennya Mohd Faizzuddin...
Insurance With No Medical Exam Simplified Coverage For Peace Of Mind

Pasaran Saham As Dalam Zon Merah Dow Jones 0 4 Nasdaq 0 1 Laporan Korporat Yang Memberangsangkan Tidak Menyelamatkan

The Benefits And Considerations Of Whole Life Insurance

Claims Sarawak Seeks Stake In Ambank Mere Speculation Says Abang Jo

High Court Rules It Has Jurisdiction To Hear Lawsuit Against Raghad

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

Precious Metal Recovery Services Malaysia A Great Investment


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Loko Pemuda Chord

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Bull Ring A Taurine Triumph Bonneville Scrambler From Spain

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan

Syawal Ke 4 Adik Beradik Dan Keluarga Sa

Mmasa Jadi Kerajaan 33 Bulan Tak Mampu Pikir Pun Sibuk Bab Lain