Awang Selamat Mati Tersenyum Kambing




Sekiranya Barisan Nasional masih berkuasa dan Mohd Najib Abdul Razak masih bermaharajalela, Utusan Malaysia, kita semua percaya, akan kekal mendongeng dan memomokkan minoriti. Pihak editorial, kita semua percaya, akan mengubah naratif yang sama seperti sedekad berlalu
Kita andaikan begitu
Pengarang akan menulis tanpa mempertikaikan. Mereka akan mendengar apa sahaja titah atasan. Pembaca pruf akan melepaskan cerita tersebut untuk diterbitkan, kerana ya, mengapa harus menyaring penipuan. Pencetak lantas menjadi perantara untuk ia disebarkan. Wang akan masuk, ini adalah utusan pelabur. Ia bukan utusan rakyat
Dan paling malang, akan ada segelintir anggota masyarakat yang akan ditimpa bencana dan nahas kerana dongengan keji tersebut
Siapakah mereka? Nanti saya perikan
Tentu, untuk masyarakat terbanyak, apa sahaja yang didongengkan akan disahut sebagai kebenaran. Kerana Utusan adalah lidah kebenaran. Utusan adalah bahagian daripada sejarah nasionalisme negara ini. Apa sahaja yang di wahyu dan disabda Utusan adalah kebenaran, mengatasi kitab-kitab suci
Jika kita masih ingat, hal sedemikian pernah terjadi, kepercayaan bagaikan rukun kepada Utusan. Itu semua pernah terjadi sebelum kita semua boleh menciap di Twitter menerusi telefon genggam di tangan
Siapakah mereka yang dilanyak Utusan
Ambil sahaja sebuah berita muka hadapan yang ditulis oleh Angelina Sinyang pada 17 Disember 2010. Sambil memetik Muhammed Khusrin Munawi, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor ketika itu, Angelina menukilkan “ajaran Syiah jika dibiarkan berkembang boleh mengancam keselamatan negara kerana pengikut yang fanatik menganggap umat Islam mazhab lain sebagai kafir”
Malah ditambah dengan kenyataan Khusrin, “bagi mereka, darah pengikut fahaman lain adalah halal dan ia bermakna penganut Ahli Sunnah Wal Jamaah boleh dibunuh”
Untuk semua yang masuk sekolah pemikiran dan falsafah serta membaca, kita semua tahu betapa bodohnya kenyataan dan dakwaan di atas. Tetapi orang awam tidak masuk sekolah epistemologi
Sudah hampir sedekad berlalu, berita muka hadapan yang dikarang Angelina Sinyang itu adalah dongengan yang sama digunakan oleh semua untuk membelantan komuniti Syiah saban tahun sehingga mendorong kepada kebencian terhadap minoriti ini, dan sedikit sebanyak merupakan sebahagian dari faktor penyebab aktivis komuniti ini, Amri Che Mat diculik
Kehilangan Amri, seperti diputuskan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) adalah perbuatan pihak berkuasa sendiri
Juga setelah satu dekad, kita mendapati masyarakat Syiah semakin dibuli. Tahun ini, khabarnya ada antara mereka yang digari
Inilah bentuk “sumbangan” Angelina Sinyang dan Utusan Malaysia untuk sejumlah anggota masyarakat yang tidak dapat membela diri langsung. Tiada porsi berita yang setara untuk komuniti ini bagi menjawab dakwaan yang dibuat terhadap mereka
Syiah bukan satu-satunya jalur yang difitnah dan terancam oleh kegelojohan Utusan. Kumpulan sufi dan tarekat turut tidak terkecuali. Pada 23 Mei 2015, Utusan menyiarkan pula berita muka hadapan dengan tajuk “Ancaman Tarekat Baharu”
Laporan khas itu meletakkan sufisme yang merupakan tenaga utama Islam di rantau ini di bawah satu prasangka yang meluas. Akhbar ini memilih untuk mewawancara dan memetik pandangan ulama dan tokoh yang mungkin tebal kesalafiannya agar stigmatisasi itu menikam tepat ke jantung orang yang jahil
Kemudian ambil pula berita muka hadapan Utusan Malaysia bertarikh 7 Mei 2011 yang membawa tajuk “Kristian Agama Rasmi?”
Akhbar tersebut mendakwa pemimpin parti DAP bekerjasama dengan paderi di seluruh negara, langsung berikrar untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi persekutuan
Berita tersebut, yang bertujuan untuk menyalakan kesangsian majoriti umat Islam berbangsa Melayu terhadap minoriti agama Kristian boleh sahaja menjadi nyalaan api bahaya
Syukur Malaysia masih waras tatkala itu dan tidak termakan umpan gila yang sungguh jahat ini. Suhu antar dan inter agama sangat mencanak tatkala itu. Utusan tidak peduli. Kita tidak ingat jika Utusan pernah peduli
Barang diingat, sekali satu kepalsuan dihebah, terdapat sejuta kebencian tercambah. Prasangka tersebar dan kaum minoriti Kristian tidak diberi peluang setara untuk menjawab dakwaan nista tersebut
Siapakah yang mengizinkan berita sedemikian dijaja? Pihak editorial, pihak pengarang, pihak pencetak, pihak pemodal, pihak pengedar dan akhirnya racun tersebut jatuh kepada pembeli dan pembaca Utusan yang ramai di kawasan pedalaman dan luar bandar
Kita mungkin tidak dapat menghujahkan bahawa kehilangan Pastor Raymond Koh, yang juga diculik dan dihilang paksa seperti Amri Che Mat adalah bernatijahkan laporan Utusan Malaysia tersebut. Kita percaya ia telah menyumbang sebesar zarah pemomokan terhadap segelintir ahli masyarakat
Kita tidak perlu pun membincangkan bahawa Nabi Muhammad telah mendapat perlindungan kaum Nasrani di Ethiopia, atau rahib Kristian yang menyedari kerasulan baginda di Syam atau Syria
Itu terbenam dalam kitab. Utusan mengganti kitab kuning kita. Kita tidak perlu berhujah sejauh itu. Memadai dengan kita memetikkan kepalsuan dan ketidakbenaran konon “Kristian bakal menjadi agama rasmi”, agar ia dapat membantu politik kebencian dan perkauman seorang dua pemimpin yang serakah dan bernafsu besar
Juga laporan berita muka hadapan 2 Ogos 2018 yang sisinya sangat manipulatif berjudul “Catat Peratusan Tertinggi Dijangkiti HIV: LGBT Paling Ramai”
Utusan boleh sahaja membuat argumen bahawa pihak editorial dan pengarang hanya “melaporkan angka”, akan tetapi sisi yang dibesarkan itu membawa kepada mesej pemomokan yang mungkin sahaja meletakkan minoriti LGBT di bawah suluhan cahaya lampu utama
Berita itu niatnya di hujung adalah, mungkin, ingin menghodohkan kaum Liberal yang berpegang kepada hak-hak asasi manusia dan pilihan individu
Laporan-laporan di atas boleh memberi tenaga dan bateri bercaj untuk kaum ekstremis dan pelampau. Boleh, dan mungkin menjadi penyubur minda jumud mereka
Lebih dahsyat tidak ada pertanggungjawaban agar Utusan membetulkan laporan yang berat sebelah di atas, dengan tiadanya keadilan untuk pihak tertuduh
Ia adalah amalan kebebasan media terburuk, terhodoh dan terbangsat. Ia terjadi bertalu-talu. Ia terjadi bertubi-tubi. Sukar untuk kita menghujahkan yang para karyawan Utusan melakukannya secara tidak sedar
Ambil pula fitnah yang dilakukan terhadap gerakan demokrasi BERSIH. Masih ingat bagaimana Perhimpunan BERSIH 2.0 diburuk-burukkan sebagai “diresapi gerakan komunis”
Laporan 28 Jun 2011 tersebut menyebutkan betapa “ancaman terhadap keselamatan negara melalui gerakan komunis yang kini meresapi demonstrasi haram, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) berada pada tahap membimbangkan”
Kita semua tahu betapa mengarutnya laporan itu, dan hari ini filem “M for Malaysia” yang menyorot positif gerakan tersebut menghantar dokumentari ini untuk penyertaan Oscar
Bayangkan Awang Selamat masih selamat menabur fitnah selepas pilihan raya umum ke-14, serta Utusan Malaysia masih dibaca dan ditatap hari ini dan esok
Ini semua berbentuk andaian tentunya, tetapi dengan mengambil kira rekod Utusan yang melakukan pemomokan terhadap kaum minoriti dan berita semberono yang tidak berjejak, bayangkan bagaimana negara ini dirosakkan selama satu dekad dan akan terus dirosakkan lagi selama satu kurun
Utusan menyebabkan sektarianisme dengan mencipta-cipta perbalahan Sunni-Syiah. Mufti yang melakukan pemomokan memulai kolumnya di situ, masih terus menabur kebencian, manakala terdapat satu mangsa dari kalangan kaum Syiah ini yang diculik hilang
Masyarakat tidak peduli pun nasib Amri. Mereka percaya mufti dan bohong Utusan. Yang masyarakat imani adalah kepalsuan yang dicanang Utusan dari mula
Manakala kebencian kaum (masih ingat dengan judul berita ‘Apa Lagi Cina Mahu?’ atau ‘Bangkitlah Melayu’) semakin beranak-pinak. Atau kesangsian terhadap agama selain Islam terus membuak. Kita masih ingat siri gangguan terhadap gereja dalam tahun 2009-2010
Mujur negara ini tidak jatuh dalam kancah bedebah
Utusan antara penyebab kepada masalah yang kita hadapi hari ini. Jika tidak pun menjadi penyebab paling utama, Utusan adalah kudis awalnya
Yang ikut memberikan sumbangan kepada kudis bernanah itu ialah para wartawan, pelapor dan pengarang yang bertugas di akhbar itu. Yang bejat moralnya. Yang makan minum pendapatannya dengan melakukan fitnah dan kerasukan yang dahsyat
Satu dekad lamanya tidak berhenti. Hari ini Utusan berhenti. Nyawa tidak berdegup lagi
Kita tidak dapat membayangkan jika Utusan tidak menemui mautnya hari ini dan Awang Selamat dengan selamat dan leganya terus menerus membakar dan menebar stigmatisasi
Kita tidak dapat membayangkan apakah lagi kerosakan yang bakal terjadi. Dan untuk kerosakan yang lalu, kita masih jenuh dan termengah tidak dapat membaiki. Kita mewarisi onar yang dilakukan. Kita masih bertungkus-lumus cuba merawat, tetapi keadaan makin memburuk
Utusan telah menjangkitkan perangainya kepada yang lain. Ia sudah menjadi kuman dan mewabak. Utusan tiada untuk membantukan kita. Kerana akhirnya, Utusan sang lidah sekian banyak fitnah itu telah pun menemui karmanya
Satu-satunya legasi Utusan ialah, melahirkan seekor Awang Selamat kepada lebih banyak kawanan Awang yang nyata meletakkan negara ini tidak selamat. Kita bagai orang kelelahan cuba memadam api yang dinyalakan seribu bahkan sejuta Awang bebal ini
Demikian Utusan pergi tiada talkin dan kebumi. Ia mati terkial dengan senyum kambingnya. - FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2019/10/awang-selamat-mati-tersenyum-kambing.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Mus

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiu Bintang 7 Meter Ditemukan Mati Terdampar Di Pantai Wanasalam

Hiu Bintang 7 Meter Ditemukan Mati Terdampar Di Pantai Wanasalam

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 313 hits
Hiu tersebut ditemukan oleh salah satu warga setempat pada Senin pukul 11 00 WIB terdampar di pesisir pantai Hiu yang memiliki berat 2 sampai 3 ton itu ditemukan dengan keadaan telah mati
Dita Ditemukan Mati Membusuk Di Bengkalis

Dita Ditemukan Mati Membusuk Di Bengkalis

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 218 hits
Pada 2018 lalu mendapat perawatan medis dari pihak Balai Besar Konservasi Sumber Daya Alam Riau Karena sejak terkena jeratan pada 2011 lalu luka di kakinya tak sembuh ucapnya
Pengedar Dadah Hukuman Mati Diampun

Pengedar Dadah Hukuman Mati Diampun

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 339 hits
A letter sends the Catholic Church leader s appreciation for the sultan s act of compassion
Budak 3 Tahun Mati Lemas Akibat Terjatuh Dalam Lubang Kumbahan

Budak 3 Tahun Mati Lemas Akibat Terjatuh Dalam Lubang Kumbahan

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 779 hits
Malang tak berbau seorang kanak kanak lelaki berusia tiga tahun lemas selepas terjatuh ke dalam lubang kumbahan di kawasan kuarters Balai Polis Pasir Puteh Ipoh hari ini Mangsa Mohammad Anas Hadif Ahmad Hafiz meninggal dunia akibat lemas da...
Berang Bil Perubatan Terlalu Mahal Pemilik Cuba Hempas Anjingnya Sampai Mati

Berang Bil Perubatan Terlalu Mahal Pemilik Cuba Hempas Anjingnya Sampai Mati

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 385 hits
The ReporterMembela haiwan peliharaan memerlukan tanggungjawab yang besar di mana anda perlu menyediakan makanan keperluan yang lain termasuk perubatan sekiranya haiwan itu jatuh sakit Kesemua itu memerlukan kos dari pemilik bagi memastikan...
Anak Gajah Betina Ditemui Mati Di Jalan Kota Tinggi Mersing

Anak Gajah Betina Ditemui Mati Di Jalan Kota Tinggi Mersing

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 323 hits
KOTA TINGGI Seekor anak gajah betina ditemui mati di Batu 13 Jalan Kota Tinggi Mersing di sini hari ini Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Johor Salman Saaban berkata anak gajah dianggar berumur enam tahun itu ditem...
Pelajar Mati Selepas Dipaksa Guru Berlari 20 Pusingan Kerana Terlambat 25 Minit Datang Ke Sekolah

Pelajar Mati Selepas Dipaksa Guru Berlari 20 Pusingan Kerana Terlambat 25 Minit Datang Ke Sekolah

papar berkaitan - pada 5/10/2019 - jumlah : 454 hits
Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun di Sulawesi Indonesia meninggal dunia selepas dipaksa gurunya untuk berlari sebanyak 20 pusing di bawah matahari terik kerana terlambat 25 minit datang ke sekolah Mangsa yang dikenali sebagai Fanly se...
Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global

Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Tahukah Anda Fasal Nama Tempat Terpanjang Dan Terpendek Di Malaysia

Adikwaniey Feat Ella Queen Cinto Mainey Chord

Road Tested Saint Unbreakable Coretec Armored Motorcycle Jeans

The New 2025 Honda Prelude