Awana Bio Park Resorts World Genting


Dah lama rasanya tak merasa suasana sejuk dan berkabus di puncak Genting Highlands. Dulu, memang selalu ke Genting Highlands untuk masuk theme park. Memandangkan theme park belum siap, jadi kita ronda-ronda Sky Avenue dan tempat-tempat menarik yang lain di sekitar Genting Highlands. Untuk perkongsian kali ini, aku nak berkongsi serba-sedikit pengalaman kami ke Awana Bio Park, Genting Highlands. Nak tahu apa yang menarik di sana? Jom, cekidout!



Resorts World Genting telah memperkenalkan satu lagi tarikan terbaru untuk pelancong dari dalam dan luar negara. Tarikan terbaru yang dimaksudkan adalah laluan alam semulajadi di Awana Bio Park yang terletak berdekatan dengan Awana Genting Highlands Golf & Country Resort, Genting Highlands. Jadi, untuk korang yang cintakan kehijauan dan ketenangan, jangan lepaskan peluang untuk meneroka dan menikmati keindahan alam semulajadi (nature) di hutan hujan purba Gunung Ulu Kali. Untuk korang yang tak pernah buat jungle trekking, boleh cuba kat sini. Trek dia memang santai dan selamat. Paling penting, banyak benda yang kita boleh belajar di sepanjang perjalanan dari Awana Hotel ke Awana Bio Park.

Objektif utama kewujudan laluan hutan seumpama ini adalah inisiatif pihak Resorts World Genting dalam usaha untuk memulihara tumbuh-tumbuhan terancam seperti periuk kera dan buluh di Awana Bio Park. Hutan Hujan Tropikal yang wujud di Genting Highlands sudahpun berusia lebih daripada 130 juta tahun yang kaya dengan biodiversity. Walaupun pembangunan pesat di Genting Highlands, namun usaha seumpama ini wajar dipuji. At least, ia dapat mengekalkan kewujudannnya dan sekaligus menggalakkan para pencinta alam untuk datang melawat dan meneroka keajaiban ekologi di sini selain bercuti dan berseronok di theme park Genting Highlands kelak.

AWANA GENTING HIGHLANDSSelain berpeluang untuk mendalami ekosistem hutan yang lengkap, ini juga menjadi satu lagi sebab tambahan untuk  korang berkunjung ke Awana Genting Highlands Golf & Country Resort. Korang boleh pilih sama ada nak menginap di Awana Genting Highlands Golf & Country Resort ataupun di First World Hotel. Kalau korang menginap di Awana, dekat lah dengan Awana Bio Park. Kalau nak tahu, Awana merupakan hotel bertaraf lima bintang yang dilengkapi dengan padang golf 18 lubang, pemandangan gunung-ganang yang indah, kolam renang yang mempunyai sistem pemanasan dan bermacam-macam jenis fasiliti sukan lain. Korang hanya perlu berjalan kaki lebih kuran 15-20 minit dari hotel untuk sampai ke Awana Bio Park


Macam kami tempoh hari, kami menginap di First World Hotel. Seronok juga, dapat melepak di sekitar Sky Avenue dan ambil udara segar dan sejuk di puncak Genting Highlands. Macam mana nak ke Awana dari puncak Genting Highlands? Jangan risau, korang boleh naik cable car. Then, turun di stesen Awana dan ada shuttle van yang akan pick-up untuk ke Awana Genting Highlands Golf & Country Resort. Bukan sahaja boleh ke Awana, malah kalau korang nak singgah di Genting Highlands Premium Outlet (GHPO) pun dah dekat. Jalan kaki sahaja, tak sampai 10 minit dah sampai GHPO.


AWANA BIO PARKSebelum aku bercerita tentang pengalaman aku sendiri di Awana Bio Park, aku rasa lebih baik aku kongsi serba-sedikit informasi berkaitan Awana Bio Park. Awana Bio Park merupakan usaha Resorts World Genting untuk meningkatkan kesedaran mengenai betapa pentingnya biodiversity. Walaupun proses pembangunan resort menjadi keutamaan, namun hanya 4% yang digunakan daripada kawasan sekeliling untuk proses pembangunan. Ini jelas menunjukkan yang mereka cakna dalam menjaga keindahan hutan hujan tropikal yang ada dan paling penting berusaha untuk mengekalkan kehijauan di Genting Highlands untuk generasi akan datang.




BIRDINGResorts World Genting telah bekerjasama dengan pakar alam semulajadi iaitu TREKS. Kerjasama ini melibatkan projek-projek yang melibatkan keseluruhan hutan. Selain itu, aktiviti meneroka hutan hujan  di Genting Highlands ini akan dibimbing oleh pakar alam semulajadi iaitu Eddie Chan dan Pat Ang yang cukup arif dengan kawasan hutan hujan sekitar Genting Highlands. Satu pengalaman indah bila kami berpeluang untuk melakukan aktiviti "birding" di sekitar Awana dengan melihat sendiri kehadiran burung-burung yang unik dengan menggunakan binokular yang disediakan. Kami diajar teknik yang betul untuk menggunakan binokular dan seterusnya cara bagaimana untuk menentukan spesies burung yang kami jumpa dengan merujuk buku yang disediakan. Interesting!




TEKNOLOGI NFCSatu usaha yang boleh dipuji bila pihak Resorts World Genting sangat proaktif dalam usaha menuju 4th Indsutrial Revolution. Kini, Awana Bio Park sudahpun menyediakan perkongsian maklumat tentang hidupan hutan hanya dengan menggunakan imbasan NFC sahaja. Untuk pengetahuan korang, imbasan NFC ini ada dalam smartphone android. Korang hanya perlu aktifkan NFC seperti Wi-fi/ bluetooth, dan seterusnya boleh digunakan untuk scan QR Code. Memang kaedah yang cepat untuk mendapatkan maklumat.





INTERNET OF THINGS (IOT)Apa yang membuat aku lagi kagum bila pertama kali datang ke Awana Bio Park, dari aspek teknologi yang digunapakai, aku rasa memang teruja. Siapa sangka, dalam hutan rimba macam ni pun mereka boleh apply "Internet of Things" untuk menjadikan perkongsian ilmu lebih interaktif dan menarik. Memang kagum. Lagi satu, kalau korang datang ke sini, korang juga boleh buat Live Streaming untuk share apa yang best tentang Awana Bio Park kepada mereka di luar sana dengan platform social media seperti facebook, Instagram ataupun youtube. Pendek kata, pemeliharaan dan pemuliharaan hutan tropikal sekarang pun semakin maju dan "going digital" mengikut arus permodenan semasa. Brilliant!







3 TRAILS UNTUK DITEROKABuat masa sekarang, pihak Resorts World Genting menyediakan 3 laluan berbeza untuk semua pengunjung explore keindahan alam flora dan fauna. Jadi, korang boleh pilih mana satu yang korang prefer untuk teroka. Check it out!


1) Laluan Pemuliharaan (Conservation Trail)

Satu pusingan laluan ini adalah sepanjang 800 meter yang fokus pada flora Hutan Dipterokarp Atas yang beketinggian 750 - 1200 meter paras laut. Di sini juga terdapat biome yang kaya dengan tumbuhan seperti periuk kera, rotan, buluh montane, orkid liar, teratai kelawar hitam, semua tumbuh di bawah bayangan Strangler Fig dan pokok kayu gunung yang menjulang tinggi. Kawasan Pemuliharaan Tumbuhan Periuk (Pitcher Plant Conservation) - Tempat yang agak menarik untuk melihat sendiri tumbuh-tumbuhan jenis karnivor. Di kawasan ini, sekiranya ada rezeki, maka dapatlah tengok burung Hornbill serta laluan ini juga adalah kawasan yang sedang diusahakan bagi memulihara spesis-spesis primeval ini seiring dengan hasil tumbuh-tumbuhan, tidak kira dari segi penggunaan praktikal, budaya dan juga semulajadi.




2) Laluan Hutan Herba (Herba Forest Trail)

Kat sini pula, kita berpeluang untuk belajar menggunakan sistem NFC. Laluan ini sepanjang 1.8km di mana melibatkan lebih banyak lagi spesies tumbuhan hutan hujan purba di Gunung Ulu Kali. Pasukan TREKS akan memberi pendedahan kepada semua dengan adanya spesimen-spesimen yang tertentu. Selain itu, maklumat yang diberikan adalah fokus tentang spesies tertentu dengan adanya tag NFC yang boleh diimbas dengan smartphone untuk mendapatkan maklumat lanjut. Di sini juga, korang berpeluang untuk tengok rumpun-rumpun buluh liar yang tebal atau herba-herba hutan yang kaya dengan kahsiat dan zat untuk perubatan.




3) Laluan Biodiversity

Laluan Biodiversity pula mempunyai trek sepanjang 2.7km. Kalau korang nak tahu, ini adalah laluan yang sesuai untuk bergambar, trek beralun yang menurun ke arah sebuah lembah dan perlu melintas sebatang sungai yang mengalir, diteduhi oleh pokok kayu gunung yang meninggi melintasi awan memang menarik untuk chill dan relax! Back to nature!




Wi-Fi  & SHINRIN YOKUHutan ini juga dikenali sebagai hutan Wi-Fi bersama Shinrin Yoku. Ini satu lagi keistimewaan Awana Bio Park yang kan memberikan satu pengalaman yang berbeza kepada semua. Ia menggabungkan konsep Shinrin Yoku iaitu pembelajaran di dalam hutan secara kontemplatif dari Jepun bersama penggunaan aplikasi smartphone. Selain itu, The Experience pula mengalakkan seseorang itu menjadi lebih berani dan aktiviti ini sangat sesuai untuk aktivit berkumpulan seperti 'Team Building"



PAKEJKalau korang berminat, boleh pilih mana-mana pakej yang disediakan mengikut preference laluan/ trail yang korang suka! Harga pakej yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Conservation TrailRM75/seorang
Herb ForestRM95/seorang
Biodiversity TrailRM135/seorang

GUA CHIN SWEE TEMPLEAntara tempat tarikan lain di Genting Highlands yang korang boleh singgah selain daripada Awana Bio Park adalah di Kuil Gua Chin Swee. Korang ada dua pilihan sama ada nak drive ataupun menaiki cable car (skyway). Kalau naik cable car, korang boleh stop di Stesen Chin Swee Station. Don't worry, tak payah panjat tangga, sekarang dah ada eskelator. Jimat tenaga, hehe.



TREASURE HUNTAntara aktiviti lain yang korang boleh request untuk buat di Awana Bio Park adalah treasure hunt atau team building. Apa yang lebih menarik, kat sini tak guna paper untuk tasks bagi aktiviti treasure hunt. Semuanya akan guna smartphone dengan adanya teknologi NFC. Memang canggih! Scan je QR code, terus dapat clue dan soalan untuk treasure hunt.


Kalau korang berminat untuk mengetahu lebih lanjut berkenaan dengan Bamboo Conservation Project, jungle trekking, treasure hunt dan sebagainya di Awana Eco Park, korang boleh hubungi mereka seperti berikut:
Trek Events
Teelfon: +60133993667Email: [email protected]
Bamboo Conservation ProjectTelefon: +603-61011118 / 013-3993667Website: www.regenting.com


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penaberkala.com/2018/10/awana-bio-park-resorts-world-genting.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/eBUqd+(VISIBLE+VOICE)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pesta Kopi Yang Pertama Di Resorts World Genting Genting Coffee Festival 2018

Pesta Kopi Yang Pertama Di Resorts World Genting Genting Coffee Festival 2018

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 367 hits
Sebagai pencinta kopi seteguk air kopi sudah cukup memberi satu kenikmatan dan kepuasan yang tidak dapat diungkapkan Keharuman bau kopi seakan memberi ketenangan yang tak terhingga sebab itulah tanpa kopi tidak lengkap hari hari saya Baru b...
Menikmati Keindahan Alam Semulajadi Terbaru Di Laluan Awana Bio Park

Menikmati Keindahan Alam Semulajadi Terbaru Di Laluan Awana Bio Park

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 429 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca yang saya kasihi sekalian Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya Baiklah dalam entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai laluan ala...
Genting Coffee Festival Bersama Nescafe Dan Barista Guild Asia Yang Pertama Kali Diadakan Di Resorts World Genting

Genting Coffee Festival Bersama Nescafe Dan Barista Guild Asia Yang Pertama Kali Diadakan Di Resorts World Genting

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 643 hits
A Bean To Cup StorySeri Wangi pertama kali menjejak kali di Resorts World Genting untuk menghadiri event Genting Coffee Festival yang terbesar dan buat pertama kalinya diadakan selama 3 hari festival tersebut mulai dari 19 hingga 21 Okt 201...
Pergi Underwater World Langkawi

Pergi Underwater World Langkawi

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 336 hits
Kami bercuti ke Langkawi bulan lepas Dan tentunya Kami tak lepaskan peluang untuk Pergi Underwater World Langkawi Pergi Underwater World Langkawi ni memang no 1 Dalam senarai tempat Yang Kami nak pergi sebab Tu lah mama awal awal dah beli t...
Small Luxury Hotels Of The World Welcomes Five New Hotels This October

Small Luxury Hotels Of The World Welcomes Five New Hotels This October

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 297 hits
Small Luxury HotelsNature lovers are spoilt for choice with three new members of Small Luxury Hotels of the World in Nicaragua Malaysia and the United Kingdom joining the luxury brand this month City break seekers will also be excited with ...
Delegasi Imf World Bank Kepincut Wisata Bali

Delegasi Imf World Bank Kepincut Wisata Bali

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 220 hits
Tempat ini sangat luar biasa inovatif dan sangat memikirkan masa depan saya berharap semua desa di Indonesia dan dunia mampu menginspirasi seperti yang dilakukan di Tukad Bindu yang sukses bentuk Community Based
Full List The World S Highest Paid Actors And Actresses 2017

Full List The World S Highest Paid Actors And Actresses 2017

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 402 hits
source https www forbes comA gender pay gap persists in Hollywood even among elite earners The top 10 actors banked a cumulative 488 5 million nearly three times the 172 5 million combined total of the 10 top earning women While only three ...
Twice Is Making History In The Kpop World

Twice Is Making History In The Kpop World

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 278 hits
No doubt TWICE is now one of the most popular k pop girl groups and every k pop fan would know the girl group is very popular at home and abroad But do you really know how popular they are Especially in Japan which has the world s second la...
Usung Konsep Inovatif Tokopandai Terpilih Showcase Di Imf World Bank Summit 2018

Usung Konsep Inovatif Tokopandai Terpilih Showcase Di Imf World Bank Summit 2018

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 229 hits
TokoPandai buka akses toko tradisional dengan stakeholder melalui platform digital
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game