Autonomi Jalan Terbaik Tangani Konflik Marawi




FIRMAN Allah S.W.T:
﴿سُنَّةَ مَنْ قَدْ أَرْسَلْنَا قَبْلَكَ مِنْ رُسُلِنَا  وَلَا تَجِدُ لِسُنَّتِنَا تَحْوِيلًا٧٧﴾ [الإسراء: 77]
“Begitulah peraturan alam yang Kami tetapkan kepada sesiapa sahaja yang Kami utuskan menjadi Rasul di kalangan Rasul-rasul kami dan kami tidak sekali-kali mengubah peraturan itu” ( Surah Al-Isra: 77)Marilah kita merenung sejenak kepada ayat yang dibaca untuk pembukaan majlis pada hari ini menyatakan senario perjalanan Islam yang dibawa oleh Rasul-rasul A.S. Berlakunya pasang surut, rebah dan bangun, menang dan kalah, maju dan mundur. Begitulah semangat sempena dengan himpunan yang diambil nama Bandar Marawi tetapi banyak kalangan kita tidak baca. Marawi adalah Bandar Islam, bandar bagi negeri Lanau, satu negeri di Mindanao. Merupakan wilayah Islam zaman dahulunya termasuk Wilayah Islam Alam Melayu yang luas dari Acheh, Champa sehingga Merauke, seluruh kepulauan ini dikuasai oleh Islam.Namun dimusnahkan oleh kedatangan penjajah yang telah memecah dan membahagikan wilayah-wilayah ini di tangan kuasa-kuasa penjajahan British, Belanda, Filipina termasuk Amerika, Perancis. Alhamdulillah sebahagian besar telah mencapai kemerdekaan, namun Filipina teruk terjebak dalam konflik politik yang perlu diselesaikan oleh umat Islam.Alhamdulillah hasil daripada negara jiran serumpun khususnya Malaysia, Tan Sri Syed Hamid menjadi Menteri Luar pada masa itu termasuk NGO-NGO Islam telah berjaya memujuk supaya menerima autonomi setelah berlakunya peperangan yang berlarutan beberapa abad sejak datangnya penjajah.Perlu diketahui Manila itu Fi Amanillah. Wilayah Islam. Tinggal selatan sahaja dipertahankan oleh saudara kita dikenali oleh saudara Moro, gelaran diberi penjajah Filipina. Mereka namakan Moro yang menentang penjajah Filipina sebagaimana orang Islam menentang penjajah di Andalusia.Autonomi adalah pilihan terbaik kerana dalam hubungan antarabangsa Islam mendahulukan perdamaian. Perang adalah terpaksa.
Firman Allah Ta'ala:
﴿وَإِنْ جَنَحُوا لِلسَّلْمِ فَاجْنَحْ لَهَا وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ  إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ٦١﴾ [الأنفال: 61]“Jika sekiranya mereka cenderung kepada perdamaian walaupun di tengah-tengah kamu berperang maka terimalah perdamaian itu dan bertawakkal kepada Allah. Sesungguhnya Ia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui(61)” [Surah Al-Anfal: 61]Dan Allah memberi jaminan apabila berlaku penipuan yang dibimbangi:﴿وَإِنْ يُرِيدُوا أَنْ يَخْدَعُوكَ فَإِنَّ حَسْبَكَ اللَّهُ ﴾ [الأنفال: 62]“Jika sekiranya mereka mahu menipu kamu, cukup Allah memelihara kamu” (Surah Al-Anfal: 62)Cara damai hendaklah diutamakan khususnya di wilayah-wilayah umat Islam sendiri walaupun telah berubah. Ada yang meninggalkan agamanya tetapi masih serumpun.Memilih cara peperangan mengundang campur tangan asing melakukan perang proksi di tanah air umat Islam sendiri.Kita menyaksikan apa yang berlaku di negara-negara Asia Barat yang memilih pendekatan bersenjata, berlaku perang proksi di mana umat berperang bagi pihak negara-negara asing dengan duit kita, senjata musuh membunuh sesama kita sendiri. Khususnya dalam konteks untuk mengembalikan umat kepada Islam itu maka autonomi cara yang terbaik memberi ruang untuk menyatakan Islam secara damai kepada pihak yang lain khususnya kalangan sebangsa yang sudah jauh meninggalkan agama itu.Apa yang menarik ialah cahaya Islam tidak boleh dipadamkan:﴿يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ٨﴾ [الصف: 8]“Mereka hendak memadamkan cahaya agama Allah dengan mulut-mulut mereka, Allah tetap menyempurnakan cahaya Islam ini walaupun dibenci oleh musuh-musuhnya.” (Surah As-Saff: 8)Apa yang berlaku Islam yang diganyang dan dihentam habis-habisan itu tidak boleh dipadamkan cahayanya. Dunia menyaksikan kegagalan agama-agama yang lain daripada Islam. Gereja-gereja yang ditinggalkan di Eropah dan Amerika, ada yang dijual menandakan tidak ada lagi penganut di kalangan generasi muda mereka. Kehancuran ideologi komunisme yang meruntuhkan kuasa besar dunia Soviet Union di abad yang lalu dan kita menyaksikan negara-negara komunis seperti China yang besar itu, Cuba dan lain-lain mengubah dasar komunis kepada ekonomi liberal yang lebih kapitalis daripada kapitalis.Kita menyaksikan juga merudum liberal kapitalis menghadapi kemusnahan bukan saja moral malah ekonomi, memberi kesan kepada ekonomi dunia pada hari ini. Ini peluang kepada Islam. Namun sikap cemburu dan benci kepada Islam masih wujud. Ini cabaran yang kita hadapi.Ketika berlakunya keruntuhan Soviet Union terdapat pemikir-pemikir Barat seperti Francis Fukuyama, Henry Kissinger menyanggah pandangan mengatakan bahawa dunia tinggal satu tamadun sahaja (iaitu) tamadun Barat. Mereka menganggap Islam masih ada cahayanya tak boleh dipadamkan. Dengan sebab itu Islam menjadi sasaran. Serangan bersenjata hanyalah membunuh nyawa dan jasad.  Yang membahayakan serangan pemikiran yang melanda umat Islam melemahkan iman dan moral mereka dalam masa yang sama menyebarkan apa yang dinamakan islamofobia, sikap kebencian terhadap Islam, permusuhan terhadap Islam.Malangnya terdapat umat Islam sendiri yang terpengaruh dengan agenda Barat ini. Berlakunya tindakan melampau, tindakan ganas di luar ajaran Islam kerana semangat terlalu tinggi melaksanakan ajaran Islam tanpa Tafaqquh fid Din.  Perlu mengetahui bahawa semua ajaran Islam itu ada feqahnya. Aqidah ada feqahnya, solat ada feqahnya, haji ada feqahnya, jihad ada feqahnya. Lihat kalau orang pergi haji tanpa feqah melontar dengan batu besar lengan kepada kawan sendiri di Mekah. Semangat tinggi melontar, tidak feqah haji. Begitulah tidak feqah jihad membunuh sesama sendiri, mengebom masjid bukan sahaja pasar dan hotel sehingga mendokong dan menyalakan Islamofobia yang dinyalakan oleh Barat.Bandar Marawi menghadapi krisis ini beberapa tahun dahulu. Tak perlu sebut nama siapa yang terlibat, mencetuskan keganasan, pembunuhan. Yang matinya orang-orang Islam lebih ramai daripada orang bukan Islam kerana melampau ini. Alhamdulillah kita dapat meredakan keadaan sehingga berjaya mencapai melaksanakan autonomi yang sedang dilaksanakan.Apa yang penting ialah semua pihak perlu terlibat membantu rakan-rakan kita mengambil ruang dan peluang daripada autonomi ini. Saya memperingatkan kepada NGO-NGO, Yayasan Amal dan lain-lain supaya menumpukan perhatian kepada jiran tetangga, sahabat handai yang dekat dengan kita kerana saya dapati terlalu banyak sangat aktiviti yang bercelaru, berterabur ke sana ke mari sampai ke Afrika, sampai ke mana-mana semangat tinggi sedangkan kawasan kita tak habis kita bantu dan kita tolong di Filipina, di Indonesia, Rohingya yang dekat dengan kita tetapi pergi ke tempat lain jauh-jauh. Bukan tak boleh tetapi mesti mengutamakan jiran dan serumpun dahulu.Langkah yang diambil untuk membantu jiran serumpun ini mendapat tiga fadilat. Pertama fadilat saudara seIslam. Kedua fadilat silaturrahim. Ketiga fadilat jiran tetangga. Tiga fadilat kita dapat kalau laksanakan ini. Silaturrahim ini perlu dihuraikan dengan makna yang luas kerana Nabi kita Muhammad S.A.W. pernah berwasiat kepada sahabat-sahabatnya bila kamu pergi ke Mesir, kamu hendaklah berlaku baik kepada rakyat Mesir kerana mereka ada hubungan silaturrahim dengan aku kerana Hajar, ibu Ismail daripada Mesir. Nabi Ismail bin Ibrahim AS yang jaraknya ribu-ribu tahun melahirkan beberapa bangsa. Kalau dikira berapa ribu pupu kita tak tahu. Kita kira sekadar dua tiga pupu empat pupu sahaja. Ini ribu pupu. Nabi masih menyebut silaturrahim dengan Mesir kalau kamu pergi ke sana.Begitulah hubungan kita dengan negara jiran sebelah kita ini. Mindanao, Rohingya dan lain-lain. Hubungan yang sangat dekat kerana itu tumpuan perlu diberi kepada negara yang dekat ini.Mudah-mudahan seminar dan muktamar yang kita adakan ini menjadi satu aktiviti mengeratkan hubungan sekurang-kurangnya melaksanakan aktiviti yang lebih besar daripada itu lagi. Mudah-mudahan diberkati oleh Allah dan saya ucap terima kasih diberi peluang untuk ikut serta berucap sepatah dua dalam majlis ini. Mudah-mudahan diberkati Allah. Siiru 'ala barakatillah. Teruskan perjalanan mendapat berkat daripada Allah. – HARAKAHDAILY 28/7/2019# Transkripsi Ucapan Majlis Perasmian “International Conference of Marawi” pada 19 Julai 2019, di Duyong Marina & Resort, Pulau Duyong, Terengganu
Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/07/autonomi-jalan-terbaik-tangani-konflik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Pilih Sunscreen Yang Terbaik Dan Selamat Tanpa Mercuri

Cara Pilih Sunscreen Yang Terbaik Dan Selamat Tanpa Mercuri

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 541 hits
Ramai umumunya keliru dengan perbezaan Sunscreen dan Sunblock Jadi saya nak mengupas perkara ini kerana penting tau Cara Pilih Sunscreen Yang Terbaik Dan Selamat Tanpa Mercuri Apa beza Sunscreen Dan Sunblock 1 SUNSCREEN kita fokus pada perk...
Donat Cheese Gebu Yang Padu Terbaik

Donat Cheese Gebu Yang Padu Terbaik

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 505 hits
Ini adalah artikel fevret admin adajew dotnet kuih kegemaran admin dari kecil lagi memang zama sekolah dulu memang tidak miss kuih lain tolak tepi dan kuih ini adalah no 1 di hati Sebut sahaja tentang donat anda pasti teringatkan kandungan ...
Bercuti Jalan Terbaik Buat Azmin Kata Abdullah Sani

Bercuti Jalan Terbaik Buat Azmin Kata Abdullah Sani

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 204 hits
Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Abdullah Sani Abdul Hamid berpandangan bahawa bercuti merupakan jalan terbaik buat Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali yang dikaitkan skandal video seks sejenis Kata anggota parlimen Kapar itu Azmin sepatu...
Anak Orang Biasa Jadi Lulusan Terbaik Di Tni Dan Polisi

Anak Orang Biasa Jadi Lulusan Terbaik Di Tni Dan Polisi

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 177 hits
Menjadi lulusan terbaik peraih Adhi Makayasa adalah impian semua perwira TNI dan Polisi yang baru lulus Untuk meraih penghargaan tersebut sangatlah tidak mudah perwira baru ini harus mengikuti pendidikan dan pelatihan yang sangat keras
Multicooker Cuckoo Periuk Serbaguna Terbaik

Multicooker Cuckoo Periuk Serbaguna Terbaik

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 773 hits
Multicooker Cuckoo Periuk Serbaguna Terbaik Pelbagai Guna Fungsi Memudahkan Urusan Di Dapur ANDA ANDA mahu beli periuk pelbagai The post appeared first on
Kenali 9 Motosikal 250cc Pilihan Terbaik Di Malaysia

Kenali 9 Motosikal 250cc Pilihan Terbaik Di Malaysia

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 389 hits
Kali ini admin kongsi bersama anda tentang Superbike 250CC pilihan adajew dotnet Nasib baik motor idaman admin tidak tersenarai Apa yang anda inginkan dalam motorsikal superbike Kuasa Kelajuan maksimum Atau keterujaan Penampilan lumba denga...
John Cena Menjanjikan Aksi Terbaik Dalam Fast Furious 9

John Cena Menjanjikan Aksi Terbaik Dalam Fast Furious 9

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 251 hits
Penglibatan Dwayne Johnson di dalam siri filem Fast Furious bermula dengan Fast Five telah membuktikan bahawa ianya cukup memberangsangkan Kini John Cena pula merupakan penambahan seorang lagi pelakon baru untuk siri filem tersebut dan diha...
Slimming Bizzi Boddy Terbaik Untuk Kuruskan Badan Dari As Legacy

Slimming Bizzi Boddy Terbaik Untuk Kuruskan Badan Dari As Legacy

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 377 hits
Bukan mudah untuk kita kekal cantik dan langsing Keinginan nak berbadan kurus dan langsing tu memang impian semua orang yang berbadan gempal macam tu juga saya Sakit betul hati bila badan makin bertambah dari masa ke semasa Macam macam cara...
Jalan Terbaik Bercutilah Azmin

Jalan Terbaik Bercutilah Azmin

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 241 hits
KUALA LUMPUR Pemimpin PKR mencadangkan jalan terbaik untuk Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk berdepan siasatan video intim yang didakwa miripnya adalah dengan bercuti
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya