Bercuti Jalan Terbaik Buat Azmin Kata Abdullah Sani


M Fakhrull Halim 
   
Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Abdullah Sani Abdul Hamid berpandangan bahawa bercuti merupakan "jalan terbaik" buat Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali yang dikaitkan skandal video seks sejenis.

Kata anggota parlimen Kapar itu, Azmin sepatutnya meletakkan dirinya sebagai "orang yang disiasat" agar tidak mengganggu perjalanan siasatan kes berkenaan.

"Kalau diberitahu kepada saya, ini (bercuti) salah satu jalan terbaik, walaupun presiden PKR (Anwar Ibrahim) mengatakan dia patut teruskan.

"Pada saya ia lebih sempurna bahawa dia perlu ambil dirinya sebagai orang disiasat," katanya kepada pemberita di parlimen.

Abdullah Sani berkata demikian mengulas gesaan Ketua Penerangan PKR Shamsul Iskandar Md Akin semalam agar pemimpin politik yang dikaitkan dengan salah laku agar bercuti sementara dan "tidak berselindung di sebalik jawatan tinggi...apatah lagi di belakang perdana menteri".

Meskipun tidak menyebut secara langsung, kenyataaan Shamsul itu dipercayai merujuk kepada Azmin yang dikaitkan dengan video seks sejenis bersama bekas ketua Pemuda PKR (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz.

Azmin bagaimanapun menyifatkan gesaan Shamsul sebagai tindakan "munafik" sementara Naib Presiden PKR Zuraidak Kamaruddin membidas gesaan seumpamanya

Zuraida turut menggesa semua pihak tidak mengeluarkan kenyataan demi kepentingan "agenda sendiri" berhubung klip videos seks itu

Terdahulu, diminta mengulas persoalan sama, Anwar berpandangan bahawa Azmin cuma perlu meletakkan jawatan daripada kabinet jika terbukti terlibat dalam video seks yang kini dalam siasatan polis.

Sementara itu, menjawab soalan pemberita, Abdullah Sani menafikan tanggapan yang mengatakan banyak pemimpin PKR menjauhkan diri daripada Azmin di tengah-tengah skandal tersebut.

“Itu pandangan yang silap. Saya pun baik dengan dia, cuma benda yang tak betul saya serang,” katanya lanjut.

Azmin dikaitkan skandal seks sejenis dengan Haziq setelah beberapa rakaman video seks yang didakwa mirip wajahnya tersebar sejak sebulan lalu.

Haziq mengaku merupakan individu dalam video tersebut manakala Azmin menafikan dirinya terlibat dan mendakwa ia adalah komplot untuk memusnahkan karier politiknya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/07/bercuti-jalan-terbaik-buat-azmin-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azmin Perlu Lihat Dirinya Sebagai Orang Disiasat Elok Bercuti Abdullah Sani

Azmin Perlu Lihat Dirinya Sebagai Orang Disiasat Elok Bercuti Abdullah Sani

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 814 hits
Bercuti jalan terbaik Abdullah Sani Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang sedang berdepan kontroversi berhubung isu video seks yang dikatakan mirip dirinya dicadangkan supaya bercuti sementara siasatan sedang dijalanka...
Perang Anwar Azmin Akan Menjadi Semakin Buruk Kata Penganalisis

Perang Anwar Azmin Akan Menjadi Semakin Buruk Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 566 hits
Seorang penganalisis politik berkata tempelak tajam Mohamed Azmin Ali terhadap cadangan Anwar Ibrahim supaya beliau meletakkan jawatan sekiranya bersalah terlibat dalam insiden hubungan seks sejenis menunjukkan keadaan akan menjadi semakin ...
Jalan Terbaik Bercutilah Azmin

Jalan Terbaik Bercutilah Azmin

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 352 hits
KUALA LUMPUR Pemimpin PKR mencadangkan jalan terbaik untuk Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk berdepan siasatan video intim yang didakwa miripnya adalah dengan bercuti
Azmin Boleh Ambil Cuti Atau Teruskan Kerja Kata Dr M

Azmin Boleh Ambil Cuti Atau Teruskan Kerja Kata Dr M

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 519 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata Azmin Ali boleh mengambil cuti atau meneruskan kerjanya selepas pemimpin PKR menggesa mana mana pemimpin yang terpalit dengan tuduhan salah laku bercuti sementara sehingga siasatan se...
Masuk Bersatu Pilihan Terbaik Untuk Azmin

Masuk Bersatu Pilihan Terbaik Untuk Azmin

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 404 hits
Dalam kemelut yang melanda hubungan Azmin Ali dengan Anwar Ibrahim sekarang dan meskipun kedua duanya ada mengeluarkan kenyataan saling sedia bekerjasama persoalan yang tidak kurang ditanyakan ialah ke mana hala tuju Timbalan Presiden PKR i...
Azmin Dan Saya Masih Satu Pasukan Kata Anwar

Azmin Dan Saya Masih Satu Pasukan Kata Anwar

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 522 hits
Presiden PKR itu berkata demikian ketika pertembungannya dengan timbalannya dilihat memecahkan PKR kepada dua kem yang berbeza
Kami Masih Sepasukan Kata Anwar Selepas Azmin Tak Hadir Temu Rapat Pkr

Kami Masih Sepasukan Kata Anwar Selepas Azmin Tak Hadir Temu Rapat Pkr

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 717 hits
July 21 2019 2 54 PMAnwar Ibrahim bersama Timbalan Perdana Menteri Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution di majlis temu rapat parti itu hari ini PORT DICKSON Presiden PKR Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau dan...
Giddy Up Galloping Motorcyclist Mimicking Horse Ride Goes Viral

Commando Badly Injured After Parachute Landing Goes Wrong

Murid Kini Bebas Pilih Tali Leher Tidak Wajib Lagi Mulai 2026

Sheraton Kota Kinabalu Sabah S Newest Luxury Landmark Opens

Jalan Jalan Cari Makan

Kotak Kurma Eksklusif Tarikan Utama Jualan Ramadan 2026

Malaysian Ringgit Forecast 2026 How To Find The Lowerst Exchange Rates

Skandal Bekas Wanita Pertama Korea Selatan Menggoncang Landskap Politik Negara


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Easy Beef Liver Recipe Goan Style

Tidak Mudah Tapi Alhamdulillah

Isu Kesihatan Lelaki Di Malaysia Mengapa Lelaki Hidup Lebih Singkat Dan Apa Puncanya

Cara Simpan Daun Kesum Agar Kekal Segar Lebih 2 Minggu Petua Mudah Berkesan

Ain Syakirah Feat Farah Insyirah Rindu Rinduan Jadi Kenangan Chord

Empati Yang Terlalu Dalam Sunyi Yang Terlalu Jujur