Autoimmune Disease
Check in lagi? Bulan lepas check in(Mei). Bulan ni check in lagi(Jun). Sebagai pesakit autoimmune ni memang kerap saya check in *hotel* yang best ni. bulan lepas check in memang mood swing. langsung tak buka tv di bilik, tak buka tingkap. malah kadang tu lampu pun cuma buka semasa nurse atau doktor datang buat pemeriksaan.
Sakit ni yang tidak boleh sembuh, sakit yang tidak memberi signal. tiba-tiba baik. elok sihat cergas, tau tau esoknya terus sakit sampai tak mampu bangun.
Kali ni agak lama juga masuk wad hari Selasa dan Hari Jumaat baru dapat pulang. itu pun puas merayu merengek dengan tuan doktor minta balik demi kesejahteraan emosiku , barulah dia bagi balik walau result darah dan result urine ada yang tak keluar lagi.
kenangan yang sempat snap. gambar ubat ubatan trip pagi hari bersama vitamin D dua biji. Ops sempat ambil gambar peti ais kecil tu. penyelamat agar stok air sejuk sentiasa ada. Pesakit Autoimmune ni kerap dapat ulser dalam mulut. saya akan minum air sejuk untuk legakan pedih mulut tu. bila dapat bilik yang ada peti sejuk lega la tak perlu buat stok ais banyak banyak.
Tv memang tak tengok langsung. kali ni banyak baring dan tidur saja sebab sangat tak sihat.
sarapan kuetiaw goreng dan ayam berlado tu hari kedua punya menu kot? lupa dah. kuetiaw tu tak lalu nak makan cuma makan telur dan sikit saja dan ayam berlado tu makan habis sebab rasa sangat lapar walau kemain podeh ayam tu melahar rasa kat tokak den ni ha! hehe
kalau larat saya share lagi kisah di wad . kalau tak larat saya stop saja tunggu ada mood dan kekuatan nak menaip ye.
moga kalian semua sihat selalu dan diredhai Allah sentiasa
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://lydiamiza.blogspot.com/2025/06/autoimmune-disease.html