Momen Yang Tidak Akan Terhilang



BELASUNGKAWAMenghadiahkan buku terbaru saya
kepada Allahyarham ketika kunjungi 
pejabatnya.
SELAMAT menyambut Maal Hijrah 1447 dengan harapan sepanjang tahun ini kita diberikan rahmat melimpah oleh Allah SWT. Ukhuwah Islamiah sesama kita juga kian menebal, negara kita terus aman makmur sejahtra. 
Daun kalender Hijrah 1446 berakhir semalam gugur dengan meninggalkan setitik rasa sebak dan duka kepada kita semua apabila perginya Dr Muhammad Nur Manuty ke rahmatullah, kira-kira jam 11: 27 minit pagi. 
Seperti mana dijanjikan, menjelang dini hari ini saya akan cuba mengutip dan menghimpun beberapa kenangan dan peristiwa bersama Allahyarham disepanjang pengenalan kami, sejak tahun 1998 lampau.

Detik-detik bersamanya, sejak saya mengenalinya, bertemu kemudian berintraksi dan bersahabat merupakan momen tidak akan terhilang sampai ke akhir hayat.

Saya bukan orang awal bersama dengannya, saya tidak pernah berada dalam mana-mana gelanggang atau wadah perjuangan bersamanya, baik dakwah ataupun parti politik bersamanya.

Saya hanya mengenali beliau sebagai seorang aktivis gerakan Islam ABIM, dan pengasas parti Keadilan Nasional (Keadilan). Selebihnya mengenali beliau sebagai seorang ilmuan dan seorang murrabi (pendidik) selaku pensyarah dan penceramah agama. Sementara beliau pula mengenali saya sebagai seorang penulis atau wartawan.

Dr Muahmmad Nur seorang profesor yang lebih dikenali sebagai pendakwah, yang berkembang bersama ketokohan dan keintelektualiti menerusi profesyennya sebagai pensyarah. Seorang ilmuan Islam yang mampan. Beliau banyak membentang kertas kerja berkaitan dakwah, pengurusan dan pemikiran Islam di seminar, simposium dan sebagainya baik dalam negeri dan luar negara. Beliau sebaris dengan Allahyarham Dr Siddek Fadhil, Dr Razali Nawawi, Sheikh Azmin Ahmad, Dr Mohd Nur Nawawi, dan lain-lain pemuka ABIM.

Pertama kali mengenalinya.

Pertama kali mengenalinya lebih dekat apabila seorang rakan, yang menjadi pendaftar di UIA, Salleh Mat Hassan memberi tahu saya yang beliau ada menyebut-nyebut nama saya. Salleh memberi tahu nama saya menjadi bualan di UIA dan salah seorang ialah Dr Muhammad Nur Manuty, dan Rektor UIA AbdulHamid Abu Sulayman. Kata kawan saya itu Allahyarham dan Abu Sulayman tidak senang dengan buku saya yang mengkritik Anwar Ibrahim.

Buku saya berjudul Anwar Ibrahim: Mimpi dan Realiti waktu itu menjadi sebutan dan viral dalam kalangan orang politik kerana ia adalah merupakan buku pertama yang mengkritik Anwar Ibrahim saat di puncak kegemilangan dalam UMNO. Menurut Salleh, pihak ABIM ingin menyaman saya gara-gara buku itu yang ikut menyentuh perihal ABIM. Ketika itu Allahyarham adalah presiden Abim, manakala Setiausahanya Annuar Tahir.

Bermula di situ baru saya mengenali lebih dekat siapa Allahyarham. Untuk beberapa waktu kami masih belum bertemu dan bersua muka. Bagaimana pun saya mulai memerhati akan sosok ini, saya mula mengetahui peranannya, kegiatannya dan sebagainya. Pertama kali saya melihat wajah Allahyarham dari dekat semasa Muktamar Senawi ABIM di Universiti Islam di Petaling Jaya tahun 1986. Saya hadir untuk buat liputan muktamar ABIM itu yang dirasmikan oleh Ustaz Dr Siddek Fadhil. Dari situ saya hanya melihat wajahnya dari jauh dan tidak pun bersalam.

Selepas itu saya ada menghadiri beberapa program anjuran ABIM, berupa seminar, forum dan sebagainya dan saya melihat setiap kali itu ada Allahyarham, tetapi masih tidak mendekatinya dan bersalaman dalam kata lain belum akrab dan rapat. Beliau sendiri tidak menyedari saya berada dalam majlisnya.

Hinggalah meletusnya Reformasi 1998 apabila Datuk Seri Anwar pecat didari UMNO, ditangkap kemudian dipenjara, baru kami bersua muka dan berjabat tangan. Pertama kami bersalaman dengan di rumah Anwar di Bukit Damansara. Beliau hadir bersama beberapa rakan rapatnya Dr Razali Nawawi, Kamaruddin Jaafar dan lain-lain. Dari situlah kami kemudian saling sapa menyapa antara satu sama lain.

Pembelaan saya kepada Anwar yang dizalimi Dr Mahathir Mohamad dengan menulis buku Sumpah dan Airmata Reformis Bangsa, mengubah persepsi kami di antara satu sama lain. Buku itu yang pertama kali membela Anwar dan membentang kronologi bagaimana Anwar dizalimi mengubah persepsi beliau terhadap saya sebelum ini.

Buku saya itu menjadi pengikat persahabatan saya dengan beliau, sekaligus menebus kritikan saya kepada Anwar dalam buku Anwar Ibrahim: Mimpi & Realiti. Allahyarham memberi tahu saya dia membaca buku saya itu dan mengucapkan tahniah dan terima kasih kerana berani membela Anwar. Bermula dari situ hubungan kami kian dekat dan mesra. Kami kerap bertemu dan berbicara semasa majlis tahlil dan doa selamat pada setiap malam Jumaat di rumah Anwar di Bukit Damansara dan di Segambut. Jarang sekali saya lihat beliau absen di majlis itu. Sesekali kami juga bergerak sederap dalam demonstrasi pada setiap Sabtu atau sebarang himpunan reformasi.

Selalunya setelah majlis solat hajat dan tahlil selesai dan sewaktu menjamah juadah di rumah Anwar di Segambut kami akan duduk semeja, di sinilah saya banyak berintraksi dan mengenali akan kehebatannya mengenai pemikiran Islam. Beliau pula akan bertanya apakah buku saya terbaru disamping mengenangkan nasib dan masa depan Anwar

Bercakap dengannya banyak berkisar pengisi ilmu dakwah, gerakan Islam dan politik Islam dunia. Allahyarham berasal dari Kampung Jelai, Batu Kurau, Taiping Perak punyai hubungan rapat dengan pengerak dan pejuang Islam di Gunung Semanggul banyak bercakap tentang gerakan Islam di era Hizbul Muslimim. 
Setiap kali berjumpa beliau akan mengisahkan akan kegigihan pejuang Islam dan sering memberi semangat agar kita perkuatkan Islam di negara ini.

Berbalik kepada buku saya tadi, ia seperti menebus rasa terkilan beliau kepada buku saya pertama mengenai Anwar tadi. Setiap kali jumpa beliau tidak habis-habis memperkatakan tentang buku berkenaan, lantas menceritakan tentang kehebatan seorang Anwar sebagai tokoh Islam tiada tolak banding. Seperti Dr Razali Nawawi juga yang setiap kali jumpa saya berpesan agar pertahankan Anwar dan biarlah bersama Anwar sehingga Anwar mencapai cita-cita untuk memimpin negara ini, demikian juga dengan Dr Muhammad Nur Manuty.

Satu kenangan lain yang perlu saya nukilkan disini, pada suatu ketika beliau agak skeptikal dengan Keadilan, sebenarnya dengan politik, ekoran berlakunya pertembungan dua kumpulan dalam pemilihan pertama parti Keadilan 2001 di Kemaman, Terengganu. Beliau mewakili kelompok ABIM dicadangkan untuk bertanding merebut jawatan timbalan presiden. Beliau diasak oleh rakan rakan ABIM demi untuk memastikan Keadilan dilihat sebagai parti Melayu – Islam. Malangnya niatnya itu tidak direstui oleh Anwar yang berada dalam penjara. Dalam pemilihan pertama parti itu golongan ABIM tewas kepada golongan liberal menyebabkan beliau sedikit keretakan.


Ekoran itu beliau sedikit kecewa menyebabkan seperti menarik hand break dari politik. Beliau tidak aktif dalam parti dan dilihat cuba menjauhi. Saat inilah sebagai orang diterima sebagai rakan dan sahabatnya saya memberi pandangan kepadanya agar terus aktif dalam parti. Saya menggunakan sedikit elemen psikologi dengan mengatakan kepadanya, “Dr (saya mesra memanggilnya sebagai Dr), Dr perlu berada dalam parti dan aktif, kerana kalau Pak Sheikh (Anwar) jadi perdana menteri nanti, siapa nak dilantik sebagai Menteri Pendidikan, kalau bukan Dr,” kata saya kepadanya. Beliau terdiam dengan kata-kata itu. Kebetulan selepas itu beliau kembali aktif dalam parti dan melupai apa yang berlaku di Kemaman itu menjadi makin rapat dengan saya. 

Bila ada sesuatu isu politik Allahyarham akan menghubungi saya bertanya perkembangan politik. Apabila saya uzur beliau tidak lenguh bertanya tentang kesihatan dan keadaan saya. Saat saya menjalani by pass beliau datang menziarahi siap bawa rojok dan roti nan bersama kari kambing. Sesekali apabila ada hal penting untuk dibincangkan beliau akan pelawa ke mana-mana restoran terpilih untuk bertemu dan berbincang.

Dalam perhatian saya, kasih sayang dan harapannya kepada Anwar sangat tinggi. Sehingga suatu masa beliau tidak boleh mendengar langsung orang mengkritik kawannya itu dan akan menzahirkan rasa sedihnya. Selain itu Allahyarham pada saya seorang sangat menghormati orang lain, tenang dalam berhadapan dengan masalah dan sangat berhemat serta sedia mendengar apa-apa pandangan. Ketinggian ilmu agamanya langsung tidak menjadikan beliau ego mudah meremehkan pendapat orang lain

Sebaik beliau dilantik menjadi Pengerusi Institiut Kefahaman Islam Malaysia  (IKIM) beliau menjemput saya ke pejabatnya. “Sheikh Sayuti datanglah ke pejabat ana di IKIM, ana nak bincang apa-apa yang boleh dilakukan di IKIM ini. Ana harap anta boleh membantu dan bekerjasama dengan ana,” begitulah kata-katanya merendah. Disini menjelaskan beliau seorang terbuka dan sedia menerima apa sahaja pandangan meskipun beliau seorang bertaraf ulul albab. 

Mengharapkan Husam MusaBersama Allahyarham dan rakan bertemu di suatu 
restoran. Ini adalah pertemuan terakhir sebelum
Allayarham uzur.
Suatu hal yang perlu juga saya sebut dalam balasungkawa ini, Dr Muhammad Nur bukan sahaja ilmuan atau ulama yang concern kepada Islam, tetapi dalam pentadbiran politik juga ikut memberi perhatiannya sama. Suatu hal yang beliau pernah sebutkan kepada saya, dan mengharap supaya membawa Husam Musa ke dalam PKR, selepas beliau lihat Husam menyendiri daripada politik tanpa aktif dalam parti

Kerap kali beliau berbincang dan menyebut kepada saya tentang Husam. Sekali semasa bersama Dr Zaiyadi Awang Nuh, beliau merisik apakah Husam tidak ada keinginan lagi untuk aktif dalam politik. Katanya adalah baik kalau Husam dibawa masuk PKR bagi membantu perdana menteri. Baginya Husam seorang yang mempunyai nilai dan aset politik serta sosok sebagai pemimpin. Kekalahan Husam dalam pilihan raya lepas bukan mengejutkan beliau tetapi menghairankannya kenapa orang Kelantan menolak bekas Exco kanan itu

Ketika saya mengunjungi ke pejabatnya di IKIM beliau menyebut dan meminta sangat saya membawa Husam suatu hari untuk bertanya khabar mengenai politik Husam. Malangnya saya tidak dapat memenuhi permintaannya itu kerana selepas itu beliau keuzuran keluar masuk hospital. 
Seperti saya nyatakan sebelum ini pemergian Prof Datuk Dr Muhammad Nur Manuty mengilankan saya kerana tidak dapat bersua dan bertemu mata disaat-saat beliau terlantar di hospital. Setiap kali saya niat untuk menziarahinya dan bila dihubungi beliau memberi tahu (kebetulan) akan discaj. Semoga roh Allahyarham dalam pemeliharaan Allah dan segala nasihat dan amanat yang terluah khususnya buat saya akan saya tunaikan. Momen momen bersamanya tidak akan terhilang. [wm.kl. 4:45 am 27/06/2025]
 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2025/06/momen-yang-tidak-akan-terhilang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mercedes Benz Will Continue To Offer Combustion Engines After 2030

Resipi Lobster Butter Cheese Yang Ringkas Sedap Menu Untuk Sambut Hari Istimewa

Amir Given Economy Minister S Duties To Overhaul 13th Malaysia Plan

More Action Needed To Combat Vaping By Students

Top 10 Hotel Berdekatan Klia Bermula Rm70

Kes Bunuh Pelajar Universiti 3 Suspek Direman 7 Hari

The Rise Of Film To Tv Adaptations Why Hollywood Keeps Revisiting The Big Screen

Adakah Perbezaan Antara Tempeyek Dan Rempeyek


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Maksud Gambar Sekadar Hiasan

Ets Diselenggara Secara Berkala

Kesan Buruk Disebabkan Ikan Tilapia Hitam

The Traffic School That Works Around Your Life Not The Other Way Around

Untuk Arwah Ibu Bapa Maulana Juhari Terima Anugerah Sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang

Kerajaan Pahang Meluluskan Peruntukan Sebanyak Rm500 000 Baik Pulih Rumah Tok Batin Di Seluruh Negeri Ini